Apr 19, 2011

Ku pinta kekuatan dari-Mu

Bila kita dah berikan yang terbaik,
Dia selalu cakap kita masih tak cukup baik lagi..

Bila kita selalu bersabar dengan dia,
Dia selalu cakap kita xpernah faham perasaan dia..

Bila kita berusaha nak selalu ada dengan dia,
Dia selalu cakap kita tak pedulikan dia..

Bila kita sedih dan nak pujuk diri sendiri,
Dia selalu cakap kita biar je dia marah sorang2..

kenapalah hari ini terasa lemah sangat..aku mohon kekuatan dari-Mu Ya Allah..

Jika kau terasa penat dan tak berdaya kerana usaha yang tersa sia-sia,
Allah tahu betapa kuat kau berusaha

Ketika kau menangis dan hatimu terasa kepedihan,
Allah sudahpun menghitung air matamu

Jika kau fikir hidupmu sedang menunggu sesuatu dan terasa waktu berlalu begitu sahaja,
Allah sedang menunggu untuk bersamamu

Kalau kau sendiri tanpa teman menghiburmu,
Allah sentiasa disampingmu

Ketika kau berfikir kau telah mencuba segalanya dan tak tahu membuat keputusan
Allah ada jawapannya

Ketika kau tak tenang dan mersa tertekan,
Allah dapat menenangkanmu..

Ketahuilah wahai suadaraku,betapa Allah amat menyayangimu

Apr 2, 2011

Maharaja Lawak-Make my night!

Assalamaualaikum..

Amat kebosanan sungguh weekend ni..takde plan..si dia pun takde..just empty..but life still go on kan walaupun dia takde kat sini..tetibe nak emosional plak..hehehe,ok balik pada tajuk balik..korang layan tak maharaja lawak semalam..mantap kan..okeh,meh aku review yang mana aku ingatla kan:

JAMBU
kesian tengok yus..sepatutnya dia da di atas,da sangant mantap..tapi mungkin bukan rezeki dia lagi gaknye..tapi dari apa yang aku tengok kalo dalam maharaja lawak ni..peluang dia pon takdela cerah mana..dia combine dengan tauke..tetibe aku rase tauke lagi kelakar dari dia..definitely not my favourite

BALAS
aku suka kumpulan ni..lawaknye adalah lawak..tapi cukup menyampah dengan elemen double meaning..cukup-cukupla da banyak source budak-budak tengok kat internet..takkan dekat tv pun kita nak dedahkan diorang dengan term double meaning..pada aku ending dia kalo xde double meaning tu pon kamu orang da cukup manatap..

KECIK+IDLAN (TAK INGAT NAMA APA..WAI KOT)
worst of the night..come onla,lawak ke bila cite pasal ayah mati..cakap mandi kan ayah niat mandi wajib..sangat menghina la..isu mati in kan sensitif..banyak-banyak benda kenapala nak buat lawak tentang mati..terukklaa....hate their performance last night,but who knows they can do better next time

JIHAN
eh makin kurus plak akak ni..kelebihan jihan pada aku ialah pada energy dia..always tip top..do your best jihan

R2
Mantap..tapi lawat yang tiru Ali tu da biasa dengar..bukan original idea diorang..but amat menghiburkan..

JOZAN
Aku rase semua orang tunggu persembahan diorang ni..pada aku da cukup kelako tapi kompius apa yang mamat khalid tak puas hati..maybe dia expect lebih since diorang ni da lama kot dalam industri..tapi aku suka diorang

NABIL
Adik aku, Ila peminat setiasa..time mula-mula tengok Nabil muncul rasa macam dia dah hilang taring since mcam-macam cerita tak enak kuar pasal dia..tapi he WOW me..kagum dengan idea dia..orang ni kalo da memang kelakar,sampai bila2 pon diorang kelakar..suka yang amat kat kamu Nabill....good Luck ya!

Secara keseluruhannya aku suka ML ni..this is my own opinion..takde niat untuk hasut sesiapa..tapi dua episod pertama je ada kat prima..harusla pujuk mak aku layan warna plak,kalo tak tengok youtube je la nanti..emmm,macam pelik kenapa cham tak masuk..diroang punya lawak pon mavels..eh malam ni tirai AF kan..aku macam ada cita-cita mahu buat life update..

OK semua..have a great weekend!

Ok,Bye!