May 25, 2011

SIMPATI

Assalamualaikum..

 

Perghh kenyang gile aku makan nasi dagang semalam petang..alhamdulillah atas rezeki kurnian-Nya..aku pergi pasar tani petang semalam..alahai..jam betul..jadi stuck sebab sambutan sejuta belia kat putrajaya weekend ni..awal gile pasang khemah..time aku kat pasar tani, aku nampak seorang budak lelaki,kira remaja dalam belasan tahun macam jual kismis..kenapa tah aku rasa sayu bila tengok budak besar tu cari rezeki..aku ada dengar kadang-kadang budak-budak digunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab untuk cari keuntungan..tapi tak tahu kenapa rasa sayu tengok dia berusaha nak cari rezeki..tanpa rasa malu jual kat orang..bila tengok muka dia nampak sangat dia kepenatan..aku pusing kat ares situ hampir 3x..eh bukan sebab nak tengok dia..aku duk pusing cari tempat nasi kerabu tak jumpa..

 

Bila tengok dia,aku terbayang kan adik aku..sedih..aku pon pergi beli jugak kat dia..time aku datang, ada seorang budak..ayah dia suruh beli jugak daripada adik penjual kismis tu..2 insan yang sama baya tapi cara kehidupan yang berbeza..aku ni lemah betul bila tengok keadaan macam tu..takpela dik,awak mungkin susah sekarang tapi tentu Allah da tetapkan sesuatu yang indah untk awak nanti..

 

Okeh,change mood

Aku sempat jugak ambil suasana sekitar Putrajaya semalam..banyak no khemahnya..mak aku cakap dewan MOF pon diorang guna untuk aktiviti sejuta belia tu nanti..tapi aku macam ‘alaa’ sketla sebab time hari belia tu aku balik kampung..takdo can nak pergi..tingin jugak nak join sebab nampak macam sangat hebat je..hmm next year la yo!

                                               24052011686

 24052011685

24052011687

                       Khemah yang merata-rata..baru hari selasa..confirm weekend ni lagi meriah

Yana Sayang Kamu!

May 9, 2011

Ingatan untuk kamu:Selamat Hari Umi

                                                          P1010247
Saya sayang kamu kerana kamu sentiasa ada disisi saya..walaupun perangai saya masyaAllah..tapi kamu xpernah berputus asa dalam mendidik saya..kamu sentiasa yakin dengan anakmu..kamu sentiasa tak jemu-jemu ada disisi saya dan adik-adik
New folder_AutoCollage_7_Images
P1010256    P1010257
P1010248Will always love you umi..kamu syurgaku!
Love,
Yana

May 5, 2011

Such a relief,Thank you Allah

Salam semua..

Sekarang Alhamdulillah aku di fasa yang amat lega..macam tak percaya je aku berjaya buat keputusan untuk berundur..reaksi dari keluarga,kawan-kawan tersayang semuanye positif..pernah tak korang rasa korang tahu sangat jalan yang korang pilih sebenarnya salah tapi still juga kita stay dengan keputusan kita sebab kita rasa sayang sangat kat dia..aku ialah dalam situasi itu..aku tak pernah rasa salah dia 100% dan aku pon tak pernah rasa i'm perfect and good enough for him..cuma i'm tired being sabar all the time..

Nak jaga perempuan sebenarnya amat mudah (mungkin aku cakap ni sebab aku perempuan)..seorang perempuan hanya perlukan penghargaan dari orang yang dia sayang..betul bila orang cakap perempuan kalau dah sayang susah nak tinggal,tapi kalo orang yang dia sayang cross limit kesabaran dia, there's no turning back..percayalah,hati wanita mampu jadi amat keras kalau dia mahu..dan bila saat tu datang, i never said it will never heal but it takes time nak lembutkan dia balik..

sedar tak sedar sebenarnye keluarga dan rakan-rakan yang baik akan ada disisi kita time kita buntu untuk buat keputusan..kadang-kadang time diorang bantah dulu aku asik nak melawan je,tapi bila time kita dah sedar,astaghfirullah..apalah yang aku da buat..thank you ayah dan umi,thank you adik-adik yang sentiasa berikan aku kekuatan..without them i'm nothing..kadang-kadang bila kita bersama dengan orang yang kita sayang,kita tinggalkan kawan-kawan semata-mata nak jaga hati dia..tapi bila kita susah,kawan yang baik akan sentiasa ada disisi kita..rasa bersalah yang amat dengan my friend yang selalu ada disisi saya..eh terguna saya plak da..

Tipula kalau takde rasa bersalah bila dia merayu-rayu untuk balik..berjanji akan ubah semuanya..berjanji akan jaga kita sepenuhnya..camne nak cakap ek..aku ialah orang yang tak sampai hati nak tolak permintaan orang,nak buat orang kecewa..aku tak kata aku baik (again),tapi aku susah nak ubah benda tu..pernah jugak terfikir untuk balik semula tapi bila kenangkan umi dan ayah,yang da bersusah payah ada dengan kita,kawan-kawan yang sentiasa sokong..rasa tak patutu plak..tak salah aku rasa untuk bahagiakan orang yang betul-brtul hargai kita..dan yang paling aku takut kalo aku buat keputusan untuk bersama adalah atas dsar simpati which will head no where..tak best tak best

dan..

Thank you Allah..terima kasih bagi aku kekuatan..terima kasih tunjukkan aku jalan untuk nak hadapi semua ni..

Bye,
Yana!