Aug 22, 2011

Sampul Raya yang takde isi lagi dan selingan

Assalamualaikum..

 

Sejak aku da keje ni, bila time raya tambah lagi satu tanggungjawab, iaitu bagi duit raya..dan tiap2 tahun memang jadi kewajipan jugak untuk beli sampul raya..aku selalu tak bernasib baik dalam bab2 nak dapat sampul raya free..sejak 2 3 tahun keje ni memang aku beli sendiri je..kalo sampul raya,aku minat yang panjang2..sebab senang,takyah lipat2 duit tu kan..tapi aku duk carik tak jumpa plak yang pesen camtu..so aku beli yang biasa je..sampul raya plak aku kena beli lain2 corak..ikut jenis duit yang nak dimasukkan..eh jap jap..Mai sengal tetibe time aku tulis entry ni (entry cam biasa ditulis malam sebelum)..Aki pukul Mai, terus Mai jerit ‘Dayussss’..hahaha tahpapela diorang ni..

 

Sambung balik..Aku suka beli sampul yang lain2 design untuk setiap nilai duit..sebab takdela tertukar nanti kan time nak bagi..naya weh kalo tertukar,kalo sampul singgit tertukar dengan 5 ringgit takpe lagi..dibuatnye kalo singgit tertukar dengan sepuluh ringgit tak ke rasa macam nak pengsan hehehe..tapi kalo da rezeki budak tu nak buat camne kan..tetibe rasa tua bila da kena bagi duit raya hehe

 

P1050028

Yang ni untuk adik2 aku..dekat kedai yang aku beli ni pon tinggal satu peket je..

 

P1050033

Satu peket ada 8 dan satu peket nilainye ialah singgit

 

P1050039

Yang ni untuk kanak2 yang tak berapa dikenali..tak cun sangat pon tapi sebab tak banyak choice..kat mana ek tempat jual sampul duit yang best2..aku selalu takde idea nak beli sampul katne

 

P1050046

Yang ni untuk orang-orang yang lebih tua dari aku..cute kan gambar pakcik dan makcik ni ekekeke harap2 time aku da tua nanti ada lagi sampul ni..hehe

 

P1050047

Yang ni untuk sepupu2 dekat..gambar budak2 ni aku suka

 

P1050055

Yang ni untuk sedara2 yang tak berapa jauh dan tak berapa dekat..

 

P1050035

Tengah2 aku snap gambar ada plak orang di atas ni jerit ‘Na,amik gambar aku Na’..ceh,pantang aku amik gambar, dan dan tu nak suh amik gambar dia..

 

P1050049

Mak aku plak cakap ‘Na, amik gambar lompat tikam ni Na’..aihhh,memang family aku paling sporting bab2 bergambar ni..hahaha

 

blog19

Soya hasil buatan orang..hehehe,mak aku buat..dulu2 zaman kecik2 mak aku rajin buat soya..time weekend camni segala request tingin nak makan apa akan dilayan mak aku hehe sukeee..sekak perut kenyang semalam..

 

P1050066

Blogging sambil enjoying lompat tikam

 

Yana Sayang Kamu!

Aug 18, 2011

Happy belated Besday Adi!

Assalamualaikum..

Lama rasanye tak mengarang entry secara bersungguh2..puasa telah meragut mood nak mengarang dengan penuh semangat..ke aku je yang rasa camtu..sebelum tu,thanks untuk Kak Gee dan Kak Aya yang bagi opinion time aku testing2 godek2 blog..bila aku tengok dekat PC kat rumah da cun da kelebaran blog..tu yang bila Kak Aya cakap macam terlebih2 gambo sampai kena scroll aku da pelik tu..sekali bila bukak kat PC opis,aahla..Pixel standard untuk blog berapa ek..jeles tengok blog2 orang lain boleh letak gambar besar2..ada sesape yang tau tak ek..mohon share ye Open-mouthed smile thanks in advance..

Ok,kembali pada cite asal..12hb Ogos ialah besday adik kedua aku,Adi atau nama penuhnye Mohd Zuhdie..aku rasa nama dia best sebab macam unik..zuhud kalo tak salah aku makna nama Adi..yang aku tak puas hati kawan2 USIM dia panggil dia ‘Jo’..haaaa,celah mana korang nampak adik aku nama Jo..hehehe,disebabkan besday ialah pada hari Jumaat,aku tunggu adik aku, ila balik rumah dulu..kira Jumaat malam Sabtu baru sesi ‘baling2 apa saje’ kitorang buat..aku ajak adik aku, Aki join sama kenakan Adi tapi boleh dia cakap tak nak..alasan dia takut Adi syak…cehhh,tak cukup korumla kitorang nak buat baling2 ni since yang ada kat umah ialah aku dan ila je..

Dalam pukul 10 camtu, Adi dan Aki balik tarawih..Aki berjaya la suh Adi yang ketuk pintu dulu..(still geram lagi bila Aki tak nak join baling sama hehe,tahpapekan)..mula2 kitorang ingat nak baling air dengan tepung..sekali kena warning dengan umi aku ‘No tepung plisss’..terus kitorang macam ‘alaaaa..’..tetibe ila kata baling telur nak kat Adi..ila cakap ketuk atas kepala dia je..bukan baling dari jauh..aku pon rasa eh cun jugak tu kan..takkan takat baling air je kan..mula2 kitorang ingat nak ketuk dua bijik telur, sekali telur kat rumah ngam2 tinggal 2 bijik je..kang kalo buat dua2 kang kot2 umi aku nak guna untuk sahur takde plak nanti..so 1 je kitorang baling kat Adi..aku tukang simbah air,ila tukang ketuk telur..

Mula2 macam cuak jugak nak buat sebab Adi kan pakai baju melayu..kot2 dia marah ke kan..pastu pikir balik besday boy mana boleh marah2..ekekeke,at the end Adi tak marah pon..

P1040990
Besday boy..Aki cakap ni bukan besday boy, besday Man!cehhh

P1040991
Bertelur di kepala..pasrah je Adi..terus dia p mandi lepas kena..

P1040993
Ensem jugak adik aku..ekekeke

P1040994
Yang kiri tu tak ensem..ni la budak yang tak nak pakat sama..Aki tak puas hati gambo dia sket..selalu nak over..hehehe,air bersepah2 kat luar..Hepi Besday Di yang ke-24!Jangan langkah bendul hoke..aku tak izinkan ekekeke

PS:Akhirnye entry tak panjang mana jugak

Yana Sayang Kamu!

Aug 16, 2011

Testing

Assalamualaikum..

Aku tengah godek2 setting blog..mau kembalikan semangat untuk berblog..
20110723 (35)
Muat ke tak ek..ke terlebih..

Yana Sayang Kamu!

Aug 8, 2011

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN GAJI

08 Ogos 2011

Malaysiakini
8/8/2011


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.


"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.


Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini. Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.  "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,”

 

Alhamdullillah atas rezekinya Open-mouthed smile

 

Sumber

 

Yana Sayang Kamu!