May 18, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 5: MBK, Siam Discovery dan kawasan sekitar

Assalamualaikum..

Bersambung lagi entry Bangkok.. untuk hari kelima, memang kami plan nak santai-santai.. untuk hari kelima dan seterusnya memang asing-asing aktiviti kitorang dengan geng lelaki.. Nak tau apa aktiviti diorang? tengok wayang.. hahaha kat malayisa masing-masing busy jadi tak sempat.. kami plan hari kelima nak pusing MBK.. sebab kak yam masih belum dapat cari untuk family perempuan dan anak suadara.. aku plak nak cari untuk officemate je.. hajatnye nak beli makanan kering je.. serius rasa senang je nak ke MBK.. tak rasa macam dekat foreign country.. hari ni juga bermula Songkran Festival.. jadi kitorang da standby siap-siap benda-benda yang perlu dilindungi.. tapi alhamdulillah, sepanjang dekat sana kitorang memang tak kena siram dengan dahsyat.. yang berani simbah dekat kitorang ialah budak dan makcik-makcik.. Magic kan bila bertudung? Subhanallah, sebaik-baik pelindung Allah dah bagi pada kita.. siapa sangka dalam situasi macam ni tudung boleh jadi pelindung.. Sungguh Allah Maha Kaya dan Mengetahui hikmah setiap perintahNya.. korang bayangkan, orang depan kitorang yang tak bersenjata pistol air kena tembak, elok dekat kitorang dia hands down.. Subhanallah..

Ok, sambung cite MBK balik.. kami gerak agak awal.. sebelum pukul 10 dah sampai.. jadi tukang buka kedai plak.. hehe.. kak yam ajak berjalan-jalan ke shopping complex dekat area MBK.. situ ada Siam Discovery dan yang serangkai iaitu Siam paragon dan Siam Center.. sini ialah shopping complex mewah.. memang mewah sangat.. cuci mata je kitorang.. kalau korang memang dah khaskan satu hari nak ke MBK, boleh jalan-jalan dekat area Siam Paragon juga sebab dia ada attraction lain yang best macam Madame Tussauds, Underwater world.. Madame Tussauds tak salah aku kosnya 1000 baht++, boleh rujuk dekat sini untuk info.. Underwater world, 900 baht ++.. Detail boleh rujuk sini.. kalau untuk tiket combo pula, boleh rujuk sini.. aku dan kak yam memang takde plan nak masuk sebab bajet ngam-ngam.. kitorang sekadar lawat kawasan.. berbaloi sangat aku rasa sebab dapat jumpa patung lilin juga, dan dekat underwater world kitorang sempat ambil gambar dengan karekter dekat situ.. diorang ada buat show tapi terlepas..

IMG_3969
MBK.. kalau nak ke siam discovery, korang ikut je jejantas tu.. signage insyaalah lengkap ada.. kalau nak pergi sini direct, boleh turun dekat stesen siam sebenarnya.. lagi dekat, kitroang ialah unplan nak pergi.. tu yang turun dekat national stadium..



IMG_3974
Tunggu kedai buka..



IMG_3980
Kaunter tiket untuk masuk madame tussauds.. kalau ada duit lebih memang teringin nak masuk.. Insyaallah next time.. tak salah aku madame tussauds di tingkat 5.. tempat beli tiket aras 4.. boleh cek signage juga..


IMG_3987
IMG_3989
Brad Pit tunggu dekat luar.. jadila kan dapat gambar dengan sepatung dua.. Orang Indonesia tolong ambilkan gambar.. next kami berjalan ke arah Siam Center dan Siam Paragon..



IMG_4005
IMG_4012
Ambil gambar bukti da pernah sampai.. nak buat balik bukti shopping tak terdaya..


IMG_4018
yang ni siam paragon kalau tak salah aku.. siap ada pokok hidup tinggi menggunung dan air terjun cantik.. kagum kagum



IMG_4029
Ok salah nama.. ingatkan underwater world.. nama sebenar adalah Bangkok Sealife Ocean World


IMG_4037
View yang best.. dekat luar pun aku dah kagum.. kalau masuk dalam mesti best lagi..


IMG_4041
Gambar gelap sikit sebab dalam bangunan aku kira.. ni karekter yang aku cakap tu.. gambar free je, tak perlu bayar..



IMG_4044
Diorang sporting.. selfie dengan mereka.. diorang siap tolong ambilkan gambar.. sah-sah tangan diorang lagi panjang kan..



IMG_4047
Ada patung juga dekat sealife ni.. Tony jaa kata kak yam namanya.. aku memang tak kenal.. jadi total patung lilin yang kami jumpa untuk bergambar ialah tiga.. termasuk dekat tempat beli tiket



IMG_4057
Beg merah untuk hp tu aku beli dekat chatuchak.. merata orang jual.. mula-mula aku tak faham kenapa banyak orang jual beg ni dan pistol air.. rupanya untuk songkran hehe



IMG_4059
Lepas dah setel tour, kami ke MBK.. aku kira dekat pukul 11 lebih baru kitorang patah balik ke MBK.. penat jugala berjalan.. banyak kali berhenti rehat.. lunch pun makan dekat sini.. aku makan menu yang sama time 1st day dulu..



IMG_4060
Aiskrim kelapa sedappp.. ada jeli yang macam kita makan dengan bubur caca tu dan jagung.. sedap sangattt… ingat nak repeat makan sebelum balik tapi tekak tak berapa sedap.. dekat family mart dekat dengan hostel kitorang ada juga jual.. ada perisa keladi.. yang tu hajat tak kesampaian nak try..



IMG_4062
Kitorang gerak balik dalam pukul 4 lebih.. ini ialah pemandangan dekat BTS sala deng.. terkejut gila aku orang ramai gile.. nak turun train pun susah.. orang yang belah kanan tu semua ialah geng yang memang nak menyembur air.. kira macam diorang ni berarak untuk menyembur dan disembur air.. fuhh, dahsyat betull.. of coz ramai foreigner.. serius aku yang first time rasa ala-ala culture shock juga tengok gini ramai orang.. ada lagi dua hari dekat bangkok.. tak sabar nak habiskan semua.. kalau berjaya habis alhamdulillah sangat.. dah lama tak menulis berentry entry kan hehe..

  1. Transport dan makan: 500 baht
  2. Sorvenir Office: 1000 baht
  3. Sabun kelapa awesome gile: 50 baht
Total kos hari kelima: 1550 baht ~ RM166

No comments: