Jul 17, 2016

Raya with ayah versi dengan Mai

Assalamualaikum..

Cerita semalam.. aku macam tak berapa nak ada mood sangat nak mengarang, tapi sebab tak nak hari dan masa habis dengan sia-sia mari kita catatkan kenangan supaya aku boleh baca balik.. salah satu sebab syok tulis blog ialah bila baca balik entry lama-lama.. sengih sorang2 aku bila baca balik.. especially entry travel..

Pagi semalam aku ke KOA Ulu batu dulu, asalnya plan nak sambut raya.. tapi sebab ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kami hanya masuk untuk buat aktiviti biasa.. aku balik awal sikit sebab dah plan dengan adik-adik aku nak pergi rumah ayah belah petang.. diorang ada bagi duit raya juga dekat adik-adik.. Adik-adik asik bisik kat aku, kak yana bila kita nak jalan lagi.. cerita diorang jalan-jalan pergi upm pun aku tak up lagi hehe..

Suka pula aku amik gambar stail gini sekarang.. hehe


Ini Mazwin.. anak yatim, dia baru lagi dekat sini tak salah aku.. adik dia Dian tak join, tolong kakak buat kerja katanya


Time ni aku dah ngantuk sangat.. aku sempat lelap 5 minit time diorang color.. hehehe, hampeh betul.. bila ngantuk aku saje tengok diorang buat apa dekat luar.. semua semangat pakai baju raya.. cantik-cantik juga baju raya diorang



Shira n norizan, dah besar sangat dah semua orang..  



Dah terror posingdah sekarang diorang.. Aku gerak dari sini nak ke rumah ayah aku pukul 1.. pukul 4 baru sampai.. jalan jem, plus hujan plak.. lagi lama dari pergi Melaka.. haha Melaka jadi benchmark aku sekarang kalau perjalanan yang dekat jadi lama sebab jem hehe


Gambar time diorang gerak.. aku pesan bawa baju raya siap-siap sebab nak amik gambar raya dengan ayah sekali dengan Mai.. kira 1st gambar gambar raya dengan Mai



Kali ni kitorang amik gambar luar rumah.. dalam rumah kan gelap dan terhad sikit ruang nak bergambar.. try amik dekat pouch dulu, gelap pula.. jadi amik gambar dekat luar pula..


yang ni kelakar,ayah suruh semua orang menyenget macam koir.. hahaha nampak sangat ayah selalu amik gambar berkumpulan dekat opis





Gambar ramai- ramai wajib ada la kan..


Gambar hey ladies, tapi iman nak join juga.. ye la, iman kan geng ladies juga..


 #teamadikberadik 


#teamfamily


#tuanblog


Ni fevret pose ayah sekarang.. ala-ala wakil rakyat plak aku rasa.. pulak tu ayah pakai baju batik kan



#teamfamily lagi.. iman suka sangat main ball.. marah sungguh kalau orang amik



iman enterprem juga




semangat ayah cerita pasal pokok yang ayah tanam.. mai yag dengar lagi semangat aku rasa


Kitorang nak amikgambar adik beradik perempuan.. Mai cakap jom sorok belakang ila, masalahnya bila sorok pun ila still nampak paling kurus hahaha.. tapi membantu jugala nampak kurus sikit bila sorok







Lama tak amik gambar sorang-sorang.. jadi kekok plak rasa hehe



tahun ni tak dapat amik gambar dekat tangga.. jadila kan, janji cukup the furious 5





Tamat kisah raya semalam.. hari ni pun penuh juga aktiviti berjalan kitorang.. Insyaallah aku update..

Jul 12, 2016

Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Assalamualaikum..

Tajuk buku:Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu
Penulis:Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Muka Surat: 342
Harga: RM30
Rating: 9/10


Review buku kedua aku.. setelah yang terakhir 4 tahun lepas.. haha, lama sangat kan.. buku 1st yang aku buat review adalah penulis yang sama dengan buku kedua.. entah kenapa satu hari tu aku rasa bosan layan internet, terus belek-belek buku nak baca.. Lama dah aku beli buku ini, tapi baca separuh je hari tu.. eh ke separuh pun tak sampai..

Aku terasa lebih motivasi nak baca buku bila tengok kawan aku, Ain target seminggu satu buku.. wah menarik sangat idea tu, tapi time tu aku tak start lagi.. sekarang baru mula nak berjinak- jinak hehehe.. sebab ada geng exited maybe =D

aku baru baca balik review yang aku buat sebelum ini.. oo mak aihh, bahasa.. typo merata.. ok, start dari entry ini insyaallah aku nak try guna bahasa yang formal untuk ulasan buku.. kekok sangat dah lama tak menulis dalam bahasa Melayu yang sempurna.. teringin pula nak cari buku secangkir teh tu..

Mari kita mulakan, Bismillah..

Antara perkara yang menarik minat saya (aku tak berapa nak rasmi pula rasanya) untuk membaca buku ini ialah ketika di awal buku, penulis berkongsi bahawa ramai orang menyangka bahawa perjalanan hidup beliau adalah indah dan lancar. Sedangkan pelbagai ujian dan cabaran yang beliau hadapi tidak dikongsi kepada orang ramai. Jadi tujuan atau penceritaan buku ini adalah untuk berkongsi pengalaman hidup beliau yang penuh dengan warna-warni.. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini (oh Allah kekoknyeeee... mujahadah yana mujahahadah). Pertama kali saya mendengar atau membaca pernyataan seperti ini adalah dari blog atau instagram Vivy Yusof. Vivy menyatakan ramai orang seolah-olah menyangka hidup beliau sangat bahagia tanpa sebarang masalah, sedangkan beliau mengatakan bukan semua masalah hidup kita, kita kongsikan di laman sosial.. teringat kata-kata Ustaz Pahrol, hidup ini akan terasa hambar tanpa warna-warna ujian hidup..sejak saya membaca pernyataan dari Vivy, saya mula melihat hidup orang yang nampak bahagia sepanjang masa dengan pandangan yang lain.. Dia juga seperti saya yang punya masalah, punya ujian.. Terasa lebih berjiwa manusia.. Hidupkan memang untuk diuji..

Tauladan di penjara

Baiklah, antara perkara-perkara yang terkesan dihati saya ialah bila mana Ustaz Hasrizal menceritakan pengalaman beliau dipenjara kerana visanya tamat tempoh.. Mengikut perancangan ustaz, beliau akan pulang ke Malaysia dua hari selepas visanya tamat.. Walaubagaimanapun, beliau telah ditahan semasa bas yang beliau naiki diperiksa oleh pihak berkuasa tempatan.. Saat saya membaca beliau di penjara, saya rasa sunggu tersentak.. PENJARA? Tambahan pula di LUAR NEGARA.. Subhanallah, tak terbayang rasanya bagaimana sekiranya saya yang berada di tempat beliau.. Mungkin nanar dan hilang arah tujuan.. terasa seperti bermimpi.. Menangis juga saya bila membaca perkongisan beliau tentang perasaan beliau ketika itu.. benarlah, orang hebat-hebat lebih hebat ujian dariNya.. Terasa kerdil sungguh ujian yang saya alami.. Apa sangatlah ujian kena marah dengan majikan, apa sangatlah ujian putus bercinta, apa sangatlah wahai Norliyana.. Teringat juga kata Ustaz Pahrol (saya peminat setia beliau), cara untuk kecilkan masalah adalah dengan membesarkan hati.. Subhanaallah.. 

Selain dari luahan hati penulis saat di penjara, antara yang menarik perhatian saya juga adalah akhlak dan adab pegawai penjara.. Mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik yang selayaknya untuk manusia walaupun kepada seorang tahanan..Subhanallah, indah sungguh akhlak.. Malah, Ustaz Hasrizal juga menceritakan pegawai penguatkuasa yang menahan beliau semasa dalam bas telah datang berjumpa dengan beliau sebelum beliau dihantar pulang ke Malaysia.. Ya Allah, rendahnya akhlak saya jika hendak dibandingkan dengan mereka.. Saat kita merasa diri dipihak benar, saat kita merasakan kita menjalankan tugas, sanggupkah kita untuk menyantuni pihak yang salah,sanggupkah kita untuk memohon maaf kepada mereka yang salah.. Saya secara peribadi merasakan saya tidak punya kekuatan itu.. terasa jatuh ego, terasa hancur keyakinan bahawa saya telah menjalankan tugas dengan baik kononnya. Saat kita berasa kita baik dari orang lain, maka saat itu adalah saat kehancuran kita.. seperti mana iblis merasakan dirinya lebih baik dari Adam

Pengalaman beliau menjadi Minister of Religion di Belfast Islamic Centre

Ini merupakan antara bahagian menarik yang membuatkan saya untuk baca dan terus baca.. Antara yang saya ingat tentang bagaimana penulis menceritakan pengalaman menguruskan anak-anak disitu.. Anak-anak dibawa ke zoo, ada antara anak-anak disitu yang berkata kepada beruk/ gorila, "tengok itu moyang kita".. Hampir tersedak saya bila membaca.. mencabar sungguh untuk mendidik anak-anak disana.. Anak-anak yang aktif dan gemar berlari di dalam masjid.. Bagaimana beliau santuni anak-anak ini.. Terlalu keras mungkin akan menyebabkan anak-anak ini lari, terlalu lembut pula bagaiman elemen didikan dapat diserap.. Menarik, memandangkan saya juga gemar dengan anak-anak kecil..

Antara lain ialah bagaimana ustaz hasrizal boleh berkomunikasi dengan paderi kristian.. ayat beliau yang terkesan dihati ialah "titik persamaan dikembangkan, titik perbezaan dihindari".. Kursus Comparative Religion yang saya pergi sebelum ini juga turut menekankan perkara yang sama.. Antara pengalaman beliau yang lain ialah pengalaman menguruskan jenazah anak kecil yang melibatkan perkahwinan Islam dan Kristian, Beliau mensolatkan jenazah atas jemputan ibu anak kecil itu yang beragama kristian.. Banyak lagi yang lain-lain yang sangat berbaloi untuk dibaca


Cabaran menghabiskan pengajian..

Ustaz hasrizal menceritakan bagaimana cabaran yang dihadapi beliau bermula dengan ujian biasiswa ditarik sehingga kepada cabaran menghabiskan pengajian dengan hafazan sebanyak 6 juzuk Quran.. Beliau telah menamatkan kelas pengajian, hanya tinggal hafazan sahaja. Setelah tiga tahun mencuba untuk menghabiskan hafazan alhamdulillah beliau berjaya bergraduan. Beliau berjaya bergraduanselepas lapan tahun pengajian.. Sekali lagi, saya merasakan cabaran saya dahulu semasa hendak menamatkan pengajian amat kecil berbanding beliau.. Saya lewat bergraduan atas kelemahan sikap saya sendiri, sedangkan beliau menghadapi ujian-ujian yang tidak dikawal.. terasa saya semakin mengecil dan mengecil.. Benarlah kata-kata (maaf saya tidak tahu dari mana ayat ini dipetik), untuk merasa bersyukur, lihatlah orang lebih hebat diuji. Insyaallah hati akan menjadi sedikit lembut dari berkeluh kesah..

Selepas habis membaca buku ini, saya berhajat untuk mencari buku beliau yang bertajuk DATARAN SYAM: RINDU BAU POHON TIN..  jenis saya ialah apabila saya minat dengan gaya penulis,saya akan lebih cenderung untuk membaca karyanya yang lain.. kerana cara penulisannya telah masuk dengan jiwa saya.. Saya juga bercita-cita untuk hadir ke kelas/ ceramah yang dianjurkan ustaz. Moga Allah lorongkan dan rezekikan saya ke arah itu amin..

Ceritera Syawal bersambung..

Assalamualaikum..

Hari ni aku dah mula rasa bosan.. mungkin sebab takde plan apa-apa hari ni.. ok, aku nak sambung cerita raya.. gabung-gabung je sebab raya 2 dan seterusnya tak semeriah raya 1 kan.. ziarah tetap ziarah.. gigih aku nak recall rumah siapa yang kami boleh ziarah hehehe.. habis semua adik-adik aku, aku tanya korang takde kawan ke dekat area sini hehehe

2 Syawal

Kami ke Olak Lempit, rumah mak kak ros.. sebelum raya hari tu aku duk cakap dekat kak ros raya ketiga aku kerja dah kot sebab tak tau nak kemana kan.. duduk rumah je pun bosan juga.. time tu sebelum diumumkan raya ketiga sebagai cuti peristiwa.. kak ros kata mehla datang rumah dia, kalau datang hari 1 dapat rasa pecal mak kak ros.. kak ros masak pun maveles, mak kak ros mesti maveles ganda 27 hehehehe.. lepas zuhur kami gerak ke rumah kak ros




Diva muslimah sikit hari ni.. tapi kejap je pakai tudung,susah agaknya nak pakai spek dan tudung.. dah pandai dah minta spek kalau nak keluar.. dia duk sebut mata mata.. hehehe



Port wajib gambar.. gegaq pulak dah tangan aku






Alhamdulillah mudah juga nak cari rumah kak ros walaupun aku ada salah masuk lorong hehe.. sesat dengan aku kan sinonim.. aku cakap dekat iman kita nak pergi rumah kak ros.. iman kan fanatik upin.. dah dua malam dia ngigau sebut upin haha tak ayu langsung tau iman ngigau upin


Cantik-cantik area rumah kak ros.. rumah melayu klasik.. mak kak ros kata umur rumah ni sama dengan umur kak ros.. aku cakap kat mak kak ros, ooo baru 30 tahun la rumah ni hehehe nampak tak cara nak pau nasi goreng kak ros isnin nanti hehe



Bukan main seronok lagi iman berjalan pusing-pusing dalam rumah.. aku pun rasa terlebih selesa plak dekat rumah kak ros.. hehehe, rasa macam mak sendiri agaknya..


Adik tak yah cakap, memang baik sokmo time raya..



Alhamdulillah food semua maveles.. rendang daging tu maveles, mak kak ros buat.. mi sup pun sedap.. lemang pun lembut.. adik kak ros jual.. tahun depan insyaallah rasa macam nak order.. lembut dan lemak gile.. eh boleh order time jamuan raya opis.. macam best je idea tu.. boleh ngecek kak ros ni



Kitorang duduk dengan makanan.. nampak tak konsep nak tambah hehehe aku bertambah kot makan.. mi tambah, lemang pun sama..



Elok kami habis makan, ada geng saudara kak ros sampai.. kami pun beransur sebab takut tuan rumah tak selesa plak kami lama-lama kan.. terima kasih banyak kak ros atau hospitaliti.. minta maaf datang menyusah kak ros sekeluarga


kak ros yang kanan, mak kak ros sebelah aku.. gagah sangat lagi maknye.. muka bersih.. adik-adik aku suruh minta tips


Rumah cantik kak ros


Next, kami ziarah alamanda plak.. hehe cik lang nak belanja aiskrim.. adalah juga orang kat alamanda.. banyak kedai yang tutup juga, kat toys r us ramai budak melabur hasil kutipan duit raya hehe




Baskin robin bercahaya.. tak cair ke ek aiskirim sebab tempat dia boleh tahan panas juga masuk matahari..



macam biasa, budak paling happy jumpa aiskrim.. semua pun iman punya hehehe


 3 Syawal

Raya ketiga pun kami beraya satu rumah juga.. rumah umi Mariam dekat kajang..


Geng siap awal.. hari-hari pun adik siap dulu sebab dia bangun awal.. rindu plak cik yong kat adik..


kakak iman pun siap awal juga






exited iman suruh kitorang pakai spek macam dia juga..


iman suka sangat dengan cat.. dia dah berani pegang dah sekarang.. aku cakap kat diah mesti iman suka kalau dapat pergi farm in the city.. nanti kita pergi ye iman

aku dan adik aku jumpa port letak hp untuk self timer.. apalagi, dapatlah amik gambar banyak juga..







iman kena paksa gambar




umi dan mak mertua adi a.k.a mak mariam





4 Syawal


Setakat time aku mengarang ni memang takde ke mana lagi.. pagi tadi aku keluar joging sat.. dah lain sangat dah tempat joging.. nampak sangat bertahun aku tak joging.. aku aim nak fit stamina.. aku cepat mengah, kalau dokong iman tu kejap je dah penat.. kawan aku suruh try freelatics.. nanti nak google.. 





Nampak tak rumah ke pondok belah kiri gambar.. dari dulu aku misteri rumah apa la tu



nampak tak kapal terbang atas picc.. dekat belah kiri.. macam dia berlepas dari picc kan



Hajat nak jalan (jalan bukan joging, memang tak salah tulis..hehe) sampai PICC.. tapi tak larat pula..





Habis cerita syawal setakat 4 syawal.. mari kita tengok ada sambungan ke tak cerita raya aku