Jan 28, 2017

Pesan ayah

Assalamualaikum..

Aku cuba up entry guna ipad.. Aku tak tau kenapa, tapi kalau aku up dari apps blogger mesti susah sangat nak publish entry, lagi-lagi kalau entry banyak gambar.. Connection internet ok je.. Berst sangat agaknye.. Entoh

Semalam agak lama aku borak dengan ayah di telefon.. Macam-macam ayah cerita.. Tengah borak-borak tiba-tiba suara ayah serius, ayah cakap, "ayah ada benda nak pesan dekat yana dengan adi".. Aku dah seriau dah.. Ini pesan ayah.. Aku kongsikan jugs untuk sahabat-sahabat.. Nabikan suruh kita berpesan-pesan..

1) Bangun pagi awal. Ayah kata ayah dah cuba buat dulu, alhamdulillah hidup jadi lebih bermakna.. Eh macam ada tagline produk kan hehehehe.. Ayah tanya aku bangun pukul berapa. Aku dengan yakinnya cakap 5.30 pagi. Aku ingat ayah nak kata bagus anak kesayangan ayah ni.. Hahaha. Sekali ayah cakap, LEWATNYA. Hahahaha, smik ko na.. Nak banggs diri lagi. Ayah kata itu dah sama waktu dengan waktu ayam bangun hahahaha.. Ayah macam biasa, lawak lagi canggih dari MLM mega.. Ayah cakap bangun awal, 4.45 macam tu. Mandi, solat tahajud.. Solat hajat. Aku melawan lagi, hahaha.. Aku cakap, "eh kalau 5.30 sempat lagi yah solat tahajud. Wuduk 5 minit je" hehehe. Degil plak aku ni. Konsep aku, cuba je dulu cakap apa yang kita rasa betul dengan hati terbuka untuk bersedia orang tolak pandangan kita. Hidup kan memang trial and error. Ayah kata biarlah bersih sikit nak mengadap tuhan. Ok ayah, yana cuba. Pada aku, kalau korang nak cuba bangun awal, 5.30 is a great start sebab subuh lewat kan sekarang. Bila dah biasa, kita up lagi bangun pukul 5 pula. Tips untuk istiqamah ialah jangan buat perubahan yang drastik, slow and steady but doing it continuously.

2) Lepas solat, istighfar banyak-banyak. Ayah kata, Hassan Al-basri, ulama tabiin pernah ditanya penyelesaian untuk 3 isu; 1) perniagaan tak berjaya, 2) susah dapat anak 3) bertani tak berjaya ( kalau aku salah betulkan).. Imam Hassan kata "istighfar".. Alhamdulillah ketiga-tiga individu tadi jumpa balik Imam Hassan dan bagitshu masalah mereka dah selesai.. Kuatkan kuasa istighfar

3) baca quran walaupun selembar sebelum subuh. Ini sunnah nabi. Cuba buat sikit kalau tak mampu banyak. Nabi tak suruh renang lautan api, mendaki gunung yang tinggi untuk buktikan cinta. Just do what he do.

4) Lepas subuh, siap-siap dan bersegera ke tempat kerja. Ayah kata nabi suruh bersegera mencari rezeki. Waktu berkat kan.

5) banyakkan sedekah. Kalau jumpa orang yang nampsk susah, bagi je sikit walau tak banyak mana.. Aku pun baru baca buku 20 checklist akhlak (worth it, cara santai untuk faham hadis berkenaan akhlak).. fadhilat sedekah.. Sedekahlah pada sesiapa sahaja, ia kan membawa faedah kepada pemberi dan penerima. Ada kisah sahabt yang bagi sedekah pads pencuri, penzina dan orang kaya sebab dia tak tahu. Rasulullah kata moga sedekah pada yang mencuri akan buat dia berhenti mencuri, sedekah pada penzina akan buat dia berhenti berzina dan sedekah pada orang kaya akan buka hati dia untuk jadi pemurah. Hebat kan kesan sedekah.

Ayah kata, sampaikan pada adik-adik, kalau ayah tak sempat nak bagitahu diorang. Terus aku rasa sayu. Entah. Mungkin rindu pada ayah


Jan 18, 2017

Umi

Assalamualaikum..

 

Alhamdulillah aku baru siap teman umi pergi check up follow up.. Alhamdulillah keputusan darah umi ok, hari ini antara hari yang lama aku rasa kami tunggu untuk check.. Kitorang sampai pukul 8 pagi, pukul 12.30 baru siap.. Kebetulan ramai pula yang follow up susulan untuk penyakit adik beradik, darah tinggi + kencing manis. Umi aku borak dengan ramai geng-geng dia (baca: pesakit lain).. nak tenangkan hati mungkin, aku cakaplah dekat seorang akak ini, darah tinggi, kencing manis dan kolestrol memang 1 pakej..  akak tu betulkan, ‘eh tak, kalau pakej termasuk dengan jantung sekali. Kalau darah tinggi kencing manis tu baru tahap adik-beradik’. Haha gelak-gelak kitorang dekat situ.

 

Yang lagi best, time kami habis check up, umi aku salam dengan geng-geng umi yang masih belum masuk check up, aku pun join sekali salam.. hahahaha, aku cakap dekat umi aku, umi punya seronok macam nak hari raya dah.. hahahaha, mak aku sungguh-sungguh seronok dia.. Alhamdulillah, good job umi.. Next check up bulan 7 nanti.. Insyaallah semuanya ok..

 

Aku nak share 1 perkara yang sangat membuatkan aku rasa sayu.. bila nak ingat balik ni pun aku dah rasa sedih.. ada seorang makcik ni, aku kira umur dia dalam 60-70 tahun, atau mungkin lebih.. memang nampak dah uzur, naik kerusi roda. Ada lah seorang akak ni jadi peneman.. mula-mula aku ingat itu anak dia, tapi bila dengar slang dia, dia orang indonesia. Dan time kami borak-borak, dia bagitahu dia maid. Entah kenapa aku rasa sayu, kesiannya makcik ni.. siapalah aku nak judge anak dia, aku pun tak tahu cerita sebenar dari sudut pandang anak dia, mungkin dia ada hal kecemasan.. yang buat aku rasa lagi sayu, makcik ni tanya, ‘bila nak siap’.. akak yang teman tu cakap, ‘sabarlah’ dengan nada yang pada aku agak tak sesuai untuk makcik itu.. but again, aku tak patut judge akak tu.. aku cuma terfikir, mungkin kalau anak dia yang teman, cara layanan boleh jadi berbeza.. Allah lebih tahu..

 

Di sudut hati aku, aku berdoa supaya Allah rezekikan aku untuk teman mak aku hingga akhir hayatnya untuk setiap kali temujanji Dr. Walaupun umur mak aku setua makcik itu. Tak tergamak rasa bila bayangkan umi aku pergi dengan ditemani orang yang bukan ada pertalian saudara. Aku rasa sayu. Aku kan anak, takkan aku tak mampu nak jaga umi aku.. umi aku sorang je Na, insyaallah ko boleh Na.. tadi aku nak minta umi aku doakan, ‘umi doakan Yana suoaya Allah rezekikan Yana untuk teman umi pergi jumpa Dr walaupun usia umi macam makcik tu’, tapi tak terkeluar sebab aku confirm aku akan nangis kalau aku cakap terus tadi.. Allah, kasihani kami Ya Allah.. Jadikan ibu bapa kami asbab untuk engkau reda dengan kami kerana reda-Mu adalah dengan keredaan ibu bapa..

 

WhatsApp Image 2017-01-18 at 13.23.02

Umi aku test sekali lagi check BP dekat luar lepas dah kurang rasa berdebar. Kitorang siap ambil gambar nak tunjuk dekat Dr yang BP umi aku ok bila aku yang ambil. Mai, cepat-cepat habis belajar. Munkgkin bila Mai amik lagi rendah BP umi hehehehe

Jan 14, 2017

ZAK: Seorang Lelaki bernama Faiz Subri


Nota Yana Kama: En Nal ialah antara orang yang kagumi di office aku sebab ayat dia perghhh.. aku bukan orang yang faham seni, jadi bila jumpa orang yang dalam jiwanya ada seni terus aku hormat. Aku kalau ayat berbunga-bunga dan ada maksud tersirat memang pening juga nak faham walaupun baca banyak kali.. Jadi, kalau nak ngorat den, sila bagi ayat direct, ayat berbunga aku tak faham.. hehehe, aku ajak en nal share karya dia dekat blog aku.. untuk inspirasi yang lain-lain kalau tersinggah blog aku..

Jan 8, 2017

Sambungan Januari 2017

Assalamualaikum..

Sebelum pertemuan hari ini jadi, aku sempat jumpa Zaf dulu Rabu lepas.. kebetulan time tu aku ada benda nak setel, terus ambil cuti.. belah petang dapat jumpa Zaf, kejap sangat aku rasa.. Balik dari jumpa Zaf, tiba-tiba aku rasa kepingin nak jumpa geng-geng lain.. amik ko, kepingin terus perkataan yang aku guna hahaha..

Pelan punya pelan, kami setuju nak jumpa dekat Kids Cafe.. Waheda yang cadangkan, dan Ain bagi list antara cafe-cafe yang ada di sekitar KL dan Selangor. Setelah tengok lokasi semua orang, kami setuju nak jumpa di tempat yang semua orang mudah nak pergi. Shah Alam, to be exect Kopimeo Cafe. Ain kata better petang, sempat siapkan anak-anak.. Time pelan aku tak terfikir nak bawa kakaman.. kebetulan pula kakaman and the geng (mama, baba dan dadek) balik rumah Tok Umi, aku tanya mama kakaman boleh ke nak bawa kakaman.. eh tak best pula aku rasa sebut kakaman.. tukar-tukar.. kakak iman..Dapat green light mama kakak iman, weols proceed dengan pelan.. weols di sini ialah aku dan kakak iman.. hehehehe aki (baba iman) tanya Iman "Mama dan Baba tak ikut, Iman ok ke?". Kakak Iman dengan selamba je jawab, "Iman ikut" hahahaha.. aku rasa ni kali keempat aku keluar dengan Iman berdua. Ist dan 2nd time bawa kakak iman pergi office time Mama Iman ada urusan. 3rd time,bawa Iman pergi KLIA ambil Cik Su.. Jadi, yakin tu adalah sikit. Bolehlah jadi modal nak bawa kakak iman pergi berjalan..

Zaf sampai dulu, then Yu lepas tu baru aku sampai.. Time kitorang nak sampai tu, Anis bagitau tak dapat join sebab bateri kereta tak boleh hidup.. sedih juga tapi Allah kan tahu the best for us.. Pasti ada yang lebih baik Allah janjikan untuk Anis dan kami. Waheda pun ada urusan juga. But its ok, aku rasa good enough for the start untuk kami meet each other kan..

Aku tak dapat nak duduk dekat meja sangat sebab Iman tak berapa boleh sesuaikan diri lagi duduk sorang. Alhamdulillah Zaf berjaya cop meja tepi betul-betul sebelah tempat main.. jadi aku boleh borak-borak disebalik gerigi..

1st foto lepas dah puas borak


Korang nampak tak sayur atas meja tu? Kisahnya Ain kita dia nak bawa hadiah untuk tukar-tukar, aku plan nak bawa buku tapi lupa. Aku ingat Ain sediakan 1 hadiah, sekali rupanya Ain bawa untuk semua orang hadiah.. omg omg.. huda pun sama omo omo omo omo (memang nak taip omo tau, bukan typo.. ambil feel cakap korea sikit hahahaha). Huda bawa sayur yang dia beli time grocery shop hahahaha.. kelakar gila kitorang rasa.. Insyallah next time yang lain-lain nak join.. exited weh dapat hadiah.. Ain bagi dua hadiah, 1 personal hadiah dia pilih untuk setiap orang, set kedua ialah diary dan kalendar untuk tahun 2017. Ain kami punya ejen takaful..


Hadiah aku dari Ain dan Huda.. Thanks korang!



beria masing-masing cerita sampai terteleng-teleng Ameera renung makcik-makcik ni


Hahaha, korang nampak tak kawan aku Zaf disebalik jeriji tu? aku selalu lepak situla sebab Iman nak main berteman hehehe.. aku ok je.. kalau korang perasan Ameera tengah semangat nak tarik cawan air.. aku pula cuak takut tumpah tapi mama Ameera cool je.. hahaha, makcik yang cuak


Aku pun tak tahu kenapa aku masih duduk depan lagi.. tak dapat nak cari port menyorok sebab semua memang dah duduk dari awal sebelum ambil gambar. Nasib ada Iman, dapatlah cik yong sorok 20% belakang Iman..




Iman pasrah je tersepit.. hehehehe



Dah dalam kereta baru Iman ok sikit.. takpe Iman, life is about long learning process.. Biasalah tu kita tak selesa dalam keadaan yang kita tak biasa kan Iman..Benda yang Iman pegang tu ialah mainan Iman dan adik.. tok umi bagi duit dekat iman kalau Iman nak beli apa-apa.. aku pesan dekat iman, iman belikan adik juga ye.. dia ok kan aje.. good girl kakak iman ni


Dia panas dalam kereta sebab matahari memancau.. bukan main suka lagi dapat pakai spek.. Spek mata iman kena standby la dalam kereta.. 


Ok sambung balik cerita tentang cafe.. ini view aku dari jeriji, still dapat borak lagi dengan diorang. Yu siap boleh pass kan hp lagi dekat aku dari celah jeriji..  aku cakap dekat Yu, dah macam cakap dari dalam penjara pula.. ni kira macam penjara upgrade, boleh seludup hp hehehe


kaunter layan diri.. cafe ni just nice, tak besar dan tak terlalu padat sangat


Ameera comel dengan Untie Zaf comel.. eh aku baru perasan gambar beramai-ramai kanak-kanak takdelah.. mak budak dan makcik sedara budak exited sangat dapat jumpa.. oh ye, geng single semua dah ada anak sedara.. #lappeluh


kakak iman syok main ni..


Lebih kurang ni je besar kawasan main.. time mula-mula sampai aku dan Zaf rasa macam ralat sikit sebab kami bayang tempat main dia luas.. tapi Ain dan yang lain-lain kata eh ok sangat dah ni.. asal ada port tempat main je.. Anak ain, Aisy dan Aisya bawa mainan diorang juga.. memang syokla budak-budak ni..




Dengan diorang pun kami pelan untuk berjumpa bulan 2 juga. Agak challenging dari geng S09 sebab semua duduk jauh-jauh dan hanya boleh jumpa weekend. Yus dan Mimi aku boleh jumpa waktu lunch time hari kerja, jadi masing-masing takde risau nak pelan perjalanan dengan anak kan.. takpe, kita setkan dan tetapkan je, doa yang baik-baik untuk Allah rezekikan kita jumpa lagi.. Allah kan baik, Dia tahu yang terbaik untuk kita..

Till we meet again in February insyaallah! Jaga mereka untukku, Ya Allah.

Januari 2017

Assalamualaikum..

Aku gagahkan juga menaip sebab dengan 100% aku yakin kalau aku tak terus kongsi cerita, pasti selamanya cerita itu takkan tertulis di blog. Selamanya cerita tau, bukan selamanya cinta lagu suri hati Mr Pilot tu hehehehe.

Alhamdulillah, Allah rezekikan Januari jadi bulan ukhwah. Aku tak pasti korang, tapi aku ada kawan yang aku tau memang akan ada ketika aku susah, tapi jarang sangat-sangat nak dapat tenung muka masing-masing secara live. Faktor standard, masing-masing ada komitmen keluarga. Aku kira mungkin ada sesuatu yang kurang tepat dalam cara kami merancang nak jumpa, mungkin kurang usaha dan kesungguhan. Kadnag-kadang kita rasa tak sempat nak jumpa kawan-kawan kita, tetapi bila fikir balik semua orang ada 24 jam yang sama. Jadi, kalau nak kata kita tak cukup masa kenapa ada je geng-geng yang berjaya hang out dengan jayanya kan.. hmm, things to ponder kan..

Ok, kisah 1.. alkisahnya sejak tahun baru ni aku punya mood update IG menggeletis betul.. hahaha, seronok pula aku kongsi menaip dekat situ.. dekat FB, macam kawan aku, Yu cakap feel dah kurang sikit nak share dekat situ.. Aku prefer tulis dekat blog untuk lebih sampai maksud dan lebih privasi sebab blog berapa kerat je kan orang tau.. but then, tulis blog pun tak berapa nak menjadi, itu yang aku fikir salah satu faktor penggalak aku update IG dengan lebih kerap hehehe, gigihkan aku explain.. biasalah tahun baru hehehehe

Yus, kawan UTM aku ialah antara yang aktif IG juga. Bila saling berbalas komen, Yus seru untuk jumpa dan aku sahut seruan Yus itu... haha, kalau tulis ayat ni dekat Fb mahu pengsan kawan-kawan aku.. mungkin aku belum ikhlas dalam menulis lagi, masih kisah lagi apa yang orang akan cakap kan hmmm..

Kami p makan dengan Bangi.. oh ye, kitorang pergi sekali dengan Mimiko.. ni semua geng-geng blok S09 dekat KTC dulu..cuma sorang lagi, Cikro dekat Kelantan.. tak cukup korum.. aku personally selalu rasa cuak bila nak jumpa kawan yang lama tak jumpa, sebab aku fikir alamak-alamak, mula-mula nak cakap apa.. penat-penat aku fikir nak cakap apa, akhirnya mula-mula sekali yang aku buat ialah aku gelak besar bila nampak diorang hahaha.. terus hancur lebur ais pecah.. faham tak? ice breaking..


Ni tahun 2015.. raya rumah Yus, ni geng blok S09 aku.. semua budak kimia.. semua masih bergelumang dengan unsur kimia kecuali aku.. aku elergik kimia sekarang hahaha


Ini gambar hingusan lagi, zaman baru nak up kata Gen Y sekarang.. masa pergi air terjun tak salah aku..


Kami makan di The Caravan House.. eh ada ke perkataan House ek? aku lupa.. ok aku dah cek wsap balik.. Nama tempat ni The Caravan Cafe.. hehehe, Mimi yang terer tempat-tempat makan sedap.. aku memang failed.. tempat makan sedap yang aku tahu ialah Lestari Cafe.. tu pun buka pagi je hehehehe

Syok sangat dapat jumpa, dalam aku konon-konon kelu lidah tu entah apa-apa cerita yang keluar. Insyaallah kami plan nak jumpa minggu pertama setiap bulan. Bulan depan minggu pertama tu birthday yus.. alaa, kenapala aku tak terfikir nak cadangkan untuk jumpa minggu ketiga setiap bulan? silap percaturan betul.. haha, birthday iolss 19hb.. agak-agak aku boleh runding lagi ke untuk nak tukar? Hehehehe

Next time kalau cikro dapat join sekali lagi ok dan seronok kan.. Alhamdulillah geng-geng blok ni semua lecturer tapi chill je.. Kawan sampai syurga ye korang. Kalau ada entry bulan Februari nanti maksudnya berjayalah kami pelan nak jumpa bulan kedua..

Kisah 2 next entry sebab nak bagi pecah rekod sikit bagi tahun 2017 tahun terbanyak aku menulis di blog.. hehehehe, cita-cita biar menggunung tinggi.. tak dapat capai gunung, insyaallah bukit masih ada kan..