Mar 31, 2012

Jawapan kepada Pencarian 5 perkara

Seorang Sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya.
Dia berkata : Hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara
Sehingga aku sibuk mencari jawabannya
Ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula,


Pertama, aku mencari berkah dalam mengejar keperluan hidup
Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Dhuha


Kedua, aku mencari penerang dalam alam kubur
Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Malam


Ketiga, aku mencari jawaban untuk pertanyaan Munkar dan Nakir
Aku menemukannya saat aku membaca Al-Qur’an


Keempat, aku mencari alat pegangan saat meniti
Shiratol Mustaqim
Aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah


Dan kelima, aku mencari naungan Arasy
Dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah


Sekarang hatiku beristirahat dengan tenang.

Mar 13, 2012

Percayalah..facebook bukan medan terbaik untuk luahan perasaan

Assalamualaikum..

Hari ni aku ada appointment doktor gigi untuk nak tampal gigi..da 2 minggu rasanya aku da set appointment, even dekat Pusat Kesihatan Uni pon lama bebenor nak tunggu turn..aku malas nak g kat luar, 2 minggu pon tunggu jugakla..penat nih aku berdebar sebab aku tak pernah tampal gigi lagi, plus aku ni jenis orangnya yang kalo 1st  time buat sesuatu perkara baru mesti nak bedebo aje..da kena gelak da aku ngan kawan opis aku tadi,hehe..sekali bila jumpa Dr, Dr kata gigi aku tak lubang, cuma ada jarak antara gigi..takde apa yang boleh ditampal..haaaa, tetiba malu plak bila ngaku pandai dari Dr..yela kan, bila nurse dekat kaunter tanya nak buat apa, aku jawabla nak tampal gigi..mungkin patutnya aku kena cakap nak cek gigi dulu la kan..hehe, malu sendiri plak rasa dengan Dr..tapi Dr kata eventually dia akan buat gigi lubang jugak kalo geraham jenis jarak-jarak..Dr advicekan suruh floss selalu..

Ok, berbalik pada tajuknye..akhir-akhir ni aku perasan trend status FB kawan-kawan opis aku  kebanyakannya adalah macam jenis luahan perasaan..emm, aku takdela nak kata tak setuju langsung or kata tak boleh langsung nak buat status gtu, sebab kita owner page kita kan..sah-sah kita ada right untuk tulis apa sahaja yang kita rasa kita nak tulis..plus aku pon kadang-kadang ada jugak perasaan geram dan pernah jugak tulis dekat FB..cuma aku sekadar nak ajak kita fikir balik dalam-dalam tentang perkara yang kita buat..sama ada timbangannya banyak belah balik atau belah buruk..

image

Katakan A tulis status seperti yang diatas..manusia ni ciptaanNya sangat indah..cara pemikiran setiap orang amat berbeza..complexity manusia tu buatkan setiap satu ciptaan Allah tu unik..dan pemikiran yang berbeza-beza melahirkan persepsi yang berbeza-beza..apa aku membebel ni..Mungkin aku boleh kongsikan apa yang aku rasa rakan-rakan FB kita akan fikir bila A buat status begini:

image
Bagi kawan-kawan yang rapat dengan kita di FB, of coz dia memahami kita, faham jenis kita ni macam mana since da lama kenal kan..so pada kawan-kawan baik kita ni dia of cozla takde masalah bila dengar rungutan atau keluhan kita..tapi cuba tengok balik senarai friend list dekat FB, berapa banyak orang dalam tu yang kita boleh kategorikan sebagai kawan baik kita..aku amik diri aku sebgaia contoh, friendlist aku dalam 200 ke 300 tah, tapi for sure aku yakin dalam 10 orang macam tu je kenal luar dalam hati aku, yang pernah tido sebantal dengan aku,eceh..hehehe, sangat sikit kan..boleh dikatakan dalam 5-10% saje kawan dalam FB kita tu betul-betul BFF kita..

image
yang ni aku sentiasa alami..bila orang duk post status dia terasa, bengang dengan seseorang, tak puas hati dan sebagainya automatik aku akan terus terasa, eh dia cakap pasal aku ke..automatik kot..eh ke aku je yang perasa terlebih ni, hehe..tapi aku pernah borak-borak dengan 2 3 orang kawan aku, diorang pon mengalami perasaan yang sama..betul, siapa makan cili diala terasa pedasnya..tapi kita sedar tak bila kita buat kenyataan macam tu sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa syak wasangka..padahal hakikatnya mungkin yang A ni duk marah bukan kawan dia pon dekat FB..dia sekadar geram dan rasa nak luahkan je..tapi soalan aku balik, sampai ke rasa geram dia dekat orang yang dia marah tu kalau dia tak friend pon dengan orang tu..

image
Aku pon ada jugak perasaan macam ni, hehe..not good not good..cuba kita fikir balik, kalo dalam seminggu boleh dikatakan hari-hari ada rungutan atau keluhan, apa lagi yang kita nak orang expect dari kita..of coz kita akan dapat wrong perception dari orang-orang disekeliling kita bila asik keluhan je yang ada dekat status kita..jangan kata ‘I don’t care what other people think about me’..kita hidup bermasyarakat..even mungkin kita ada staf yang kita selia, adakah kita selesa untuk nak kerja dengan orang kalau staf kita ada persepsi tak best dekat kita..tak best tak best suasana gitu..

image

image Bila kita tengah marah, emosi lebih menguasai fikiran kita..tu yang jadik keluar status bukan-bukan..ditambah plak kalo ada komen-komen nasi tambah plak kan lepas tu..percayala, dalam kita nak lepaskan perasaan marah tu, yakin ke kita sampai perasaan marah tu pada orang yang kita target nak bagi terasa tu..yakin ke kita marah kita fuhhhh terus hilang ditiup angin sebaik saje kita update status kita..betul ,kita mungkin kata ‘eh aku tulis sebab nak luah je perasaan..nak bagi lega..bukan nak bagi orang terasa ke apa’..betul, tapi betul ke saluran luahan masalah tu adalah sebaik-baik pilihan yang kita ada..sebenar-benarnya banyak lagi option pilihan untuk kita luahkan perasaan..luahkan dekat kawan baik, dekat adik beradik ke, atau kalau da tak tahan sangat luahkan dekat kawan opis yang kita percaya..bila kita buat luahan secara bertulis ni, apa yang kita tulis di FB tu boleh jadi bukti..orang boleh print dan boleh gunakan untuk jatuhkan kita satu hari ni, who knows kan..

Da berapa banyak kisah, gara-gara FB kawan-kawan jadik musuh, suami isteri boleh bergaduh..sebelum kita amik atau buat apa-apa kita kena ingat setiap apa yang kita buat ialah saham kita di akhirat nanti..status luahan perasaan bukan-bukan tu rasanya bukan saham yang baik untuk kita..kalau aku salah betulkan..aku tulis ni bukan nak kata aku ni baik gile, aku manusia jugak..pernah tergelincir jugak, tapi control ourself..agak-agak geram sangat tu conteng je kertas..ataupon kalau memang nak jugak tulis dialam maya, aku cadangkan bukak blog..eceh,hehe..bukan apa, di blog ni lebih open sket..plus kita sempat berfikir dulu before post sebab panjang kot kalo nak tulis dekat blog kan..kita sama-sama fikir dan renung balik..

Setiap hari adalah penambahbaikan untuk diri kita sebagai hamba..dan sebagai penutup, sebaik-baik pendengar keluh kesah kita adalah Allah..Dia yang palinnngggggg faham sekali diri kita..so, set a time date dengan Dia..insyaallah hati yang marah tu jadik lebih sejuk..Amin, moga-moga hari kita esok lebih balik dari semalam kan..

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Mar 10, 2012

Welcome to our family-born 0n 29th Feb!

Assalamualaikum..

Minggu lepas umi aku ajak kitorang p melawat baby ayah Cik, adik umi aku yang selamat dilahirkan..yang paling menarik, eh tak tau la menarik ke tak kan..dia lahir pada 29 Feb hoke! 4 tahun sekali la jawabnye kita sambut besday ye adik baby..hehe..ini ialah anak ke-6 ayah cik..ayah cik da pecah rekod family belah umi aku..sebelum ni yang champion adik beradik ialah kitorang dan anak pakcik aku, Ayah Din iaitu 5 orang..Ayah Cik da potong kitorang..perghhh

Baby ni kira ditunggu-tunggu jugakla oleh family ayah cik aku..anak ayah cik sebelum baby ni lahir ialah 4 orang perempuan dan sorang laki..dan memang rezeki Ayah Cik dapatla sorang lagi baby boy..adalah geng ZUlfakar, satu-satunya anak lelaki Ayah Cik sebelum ni,  nak buat bergusti kan..

photo (2)
Baby Z..kecik plak aku rasa gambar dia..time kitorang datang last week takde nama lagi..umi aku bagitau akhirnye ayah cik aku letak nama Zahir..adik beradik diorang memang semua mula dengan huruf Z..Zulaikha, Zulfa, Zulfakar, Zafia, Zahirah, Zahir..berpasang-pasang kan nama diorang..Zulfa-Zulfakar, Zahirah-Zahir..smart kan..

photo
photo (1)
Macam biasa aku kalo nak angkat memang tak berani..kocik bebenor..da besar sket baru Kak Yana berani nak touching2..bertambah la duit raya punya bajet tahun ni..eh cakap pasal duit raya kan, anak kedua ayah Cik a.k.a Zulfa a.k.a Kak Ngah duk borak-borak ngan aku..dia memang jenis kelako sket, terus terang jugak..yelah,budak baru darjah 3 kan..dia tanya umo aku berapa..bila aku cakap 26 dia cakap kenapa tak kawin lagi, da tua la..hehe, jaga ko Kak Ngah..aku pon cakap kalo aku kahwin nanti tak balik raya, takdapatla duit raya nanti untuk Kak Ngah..terus Kak Ngah jawab tak yahla kawin camtu..hehehe,senang sungguh nak ugut budak-budak kan..kalo orang tua tanya aku redha je takleh nak ugut-ugut ni..ekekeke

Eh, esok anak-anak ayah cik nak datang..exited kot aku nak jumpa Zahirah..budak tengah umo setahun lebih memang cute kan..

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama