Thursday, February 21, 2019

Iran for the Second Time: Parsian Esteghlal International Hotel

Assalamualaikum..

Bila rasa rindu menulis datang, wajib buka blogspot terus sebelum rasa itu menjauh.. hari ni hari emosional sikit.. but alhamdulillah managable.. aku nak kena manage balik la tagging dekat blog.. tengah nak cari masa.. sekarang aku malas nak balik lambat.. mood duduk rumah membuak-buak.. tengokla..

entry ini ialah akan fokus cerita hotel je.. kita update pendek-pendek, janji semua cerita ada dalam kenangan aku.. jadilah.. walaupun orang kata gambar mampu menceritakan segala-galanya, aku still prefer ada penulisan di sebalik gambar.. hence, sebab tu aku ada blog.. 

Aku duduk di   Parsian Esteghlal International Hotel.. hotel ni nama lamanya ialah Hilton Hotel.. but after revolution, depa rebranding.. hari ni tema rebranding ke apa.. keje aku pun hari ni cerita pasal rebranding.. masuk tema betul kan.. aku sampai hotel dalam pukul 4 pagi.. 


ada bathtub.. 



ada cermin awesome.. hari-hari selfie..



ada balkoni tapi sejuk nak mati.. lantai sejuk gile..


walaupun pukul 4 pagi.. bandar tetap hidup.. macam KL agaknya kan


ready to go for the event lepas rehat for 3 to 4 hours.. aku cakap tak hotel ni tak provide iron.. but they did provide sevis untuk iron.. rugila kan nak bayar.. sanggup aku pakai baju kedut.. terus teringat dekat ila, adik aku.. ila pengemas orangnya.. so aku yakin dia akan hantar baju dia pergi iron kalau dia dalam situasi aku.. hehe, hai la..


astonashing view from the balcony.. super duper subhanallah and amazing kan.. aku ada google, tehran ada ski resort juga.. 100 lebih duit kita.. teringin je rasa nak pergi.. aku tanya Dr Sabri, dia cakap dia tak pernah pergi sebab mahal





keluar di malam hari explore sekitar hotel.. entry jejalan aku update dekat entry lain


2nd day


panorama view




malam kedua, kami pergi ke bazaar depa..



pagi 3rd day.. last day event


malam keluar jalan lagi.. pergi bazaar yang sama..


Final day and check out day


pakai beg baru.. apsal tah muka aku gitu.. exited nak balik agaknya


beg as always beranak


Say babai to hotel..

Tuesday, February 12, 2019

Repost: Jalan Ini Jalan Sehala

Assalamualaikum..
Too meaningful.. artikel dari blog Ustaz Hasrizal
--------------------------------------------------------------------

Semakin usia meningkat, pendengaran saya terhadap sekeliling semakin merosot.
Bukanlah saya menjadi pekak hilang pendengaran. Sebaliknya saya semakin beransur-ansur kurang peka dengan apa yang diperkatakan di sekeliling kehidupan ini.
Ia juga bukanlah kerana sekeliling saya semakin sunyi, biar pun di Finland ini, persekitaran memang sepi daripada manusia dan kenderaan berbanding kehidupan sebelumnya. Dunia hakikatnya semakin bising, semakin hiruk pikuk dengan 1001 pendapat.
Hiruk pikuk itulah yang saya semakin kurang peduli. Bukan berbanding dengan orang lain, tetapi berbanding dengan diri saya sebelum ini.
Dunia yang bising itu tidak banyak nilai yang boleh saya kumpulkan daripadanya, kerana berkata-kata di zaman ini bukan lagi natijah fikiran, sebaliknya lebih kepada kurangnya berfikir sebelum menukil perkataan.
Kebisingan itu selama ini mencetuskan banyak keresahan di dalam diri. Usaha untuk melepaskan diri daripadanya adalah usaha paling susah dan mahal. Akhirnya ia memerlukan saya pergi, membawa diri, sejauh yang mungkin, agar kebisingan sekeliling berkurang, dan saya lebih mendengar suara hati sendiri.
“Hasrizal, apakah erti kehidupanmu pada masa yang berbaki ini?
Setelah beberapa tahun meninggalkan tanah air, engkau sudah jauh meninggalkan dirimu sebelum ini. Bagi orang lain, ada yang telah melupakanmu, tak kurang juga yang masih ‘benci tapi rindu’. Ketepikan semua itu. Bagi dirimu sendiri, apa khabar?
Kini, emak sudah tiada. Satu-satunya sauh yang mengikat hatimu dengan kampung halaman yang hakikatnya telah lama engkau tinggalkan berpuluh tahun yang lalu.
Engkau terlambat.
Emak tidak menunggu.
Engkau memberitahu yang pengajianmu hanya dua tahun di Finland, dan emak mungkin menanti cukup dua tahun. Engkau tidak pulang, dan emak pergi.
Pergi tak kembali.
Di bumi Finland yang hening dan sunyi itu engkau menyendiri.
Mencari sesuatu, mencari apa yang tidak engkau temui selama 40 tahun kehidupanmu sebelum ini.
Sudahkah kautemui apa yang engkau cari?”
SUARA HATI
Itulah barangkali suara yang saya lebih dengar hari ini. Suara hati diri sendiri. Pada pagi yang sepi di tingkap merenung salji turun tanpa henti, dunia yang bising itu semakin kurang didengari, kerana saya tenggelam dalam kebisingan suara diri sendiri. Pertanyaan demi pertanyaan, menyoal kembali keutamaan, menyoal kembali perancangan, dan impian.
Saya tahu masa yang berbaki tidak panjang.
Setiap pagi apabila bangun dari lena, saya ucapkan syukur kerana diberikan satu lagi hari, untuk terus bernafas.
Satu lagi peluang.
CERMIN KIRI
Sesekali seumpama seorang yang sedang memandu, saya melihat cermin kiri kenderaan. Cermin yang mengingatkan saya kepada kejadian-kejadian kontroversi, pahit, perit yang sedang menguji bukan sahaja diri sendiri, malah keluarga, masyarakat dan umat. Cermin itu mengingatkan kami bahawa ujian datang boleh jadi sebagai kaffarah ke atas dosa, mahu pun untuk meningkatkan darjat diri di sisi Tuhan, bergantung kepada reaksi kita terhadapnya.

 من يُرد الله به خيراً يُصِبْ منه

“Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, Dia akan mengujinya” [Hadith riwayat al-Bukhari]
Cermin kiri itu jangan terlalu banyak ditinjau, hingga hilang upaya optimis. Jangan sampai putus asa dengan kehidupan. Ujian demi ujian, ingatlah semua itu hanya sementara, di dunia yang sementara ini, dan kita masih bergerak ke hadapan.
Kehidupan masih diteruskan.
Dan petua cermin kiri ialah, hindari daerah penuh duri dan sembilu, antaranya adalah ruangan komen di media sosial. Bukan soal ‘hati tisu’ atau kurang cekal, tetapi ia adalah daerah kita sedang beramai-ramai melakar dosa dengan segala kecelaan yang diamarankan Tuhan di dalam surah al-Hujurat, surah Akhlaq yang dipinggirkan.
Kita tidak perlu menguatkan hati dan emosi agar teguh mendepani dosa. Ia suatu kegilaan.
CERMIN KANAN
Semasa menempuh perjalanan ini, jangan lupa kepada cermin kanan.
Cermin kanan itu memperlihatkan kepada saya akan hal-hal positif yang hadir dalam hidup ini. Kejadian demi kejadian yang mengingatkan saya betapa baiknya Tuhan kepada diri kami. Tatkala ditimpa kegusaran dan kesulitan, Dia tidak pernah membiarkan diri tanpa perhatian dan pembelaan. Dalam seribu kesulitan, ada sejuta kemudahan. Kita hanya perlu mengingatinya, mengukir senyum semasa mengenangnya, dan mengucapkan dengan hati yang penuh kehambaan, Alhamdulillah!

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka manakah daripada nikmat Tuhanmu yang engkau dustakan?” [Al-Rahman 55: 13]
CERMIN BELAKANG

Semasa memandu, sesekali saya perlu melihat cermin belakang. Cermin yang menampakkan pengalaman silam yang terkandung di dalamnya pelbagai iktibar dan amaran. Pengalaman silam itu adalah silam, tetapi teladannya berguna buat memandu perjalanan kerana jalan yang ditempuh ini adalah lanjutan daripadanya. Ia rantaian yang tidak terputus di dalam perjalanan masa.
Celik sejarah itu membantu kita membina makna terhadap kesemasaan hari ini. Manusia adalah manusia, perlakuannya adalah hasil akal, emosi, kepercayaan dan nilai yang mencorakkan pilihan masing-masing.

فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الأَبْصَارِ

“Maka ambillah iktibar wahai sekalian yang celik mata hatinya” [Al-Hashr 59: 2]
Lama saya belajar sejarah… walaupun ia gagal menghasilkan ijazah, ia sangat membentuk keyakinan saya untuk sekurang-kurangnya di peringkat diri, berdamai dengan realiti. Sepelik mana pun perubahan dan perkembangan yang terjadi, ada sejarah yang menjadi akarnya. Celik akar, kuranglah kejutan melihat pucuk yang menjadi atau mati.
CERMIN HADAPAN

Apa yang utama, adalah terus bergerak ke hadapan. Cermin hadapan itu yang perlu jernih, jelas, tidak kabur, membolehkan kita menempuh perjalanan sebenar dengan selamat.

Cermin hadapan itu menjadi tanggungjawab kita untuk membersihkannya. Kita boleh nampak dunia di hadapan itu kotor sedangkan yang cemar itu adalah cermin kita sendiri. Bersihkan ia, jernihkan pemandangannya, agar seindah atau sehodoh mana pun pemandangan di hadapan, apa yang kita nampak adalah realiti sebenar. Realiti yang menuntut kita bertanggungjawab terhadap perjalanan sendiri, keselamatan sendiri, apatah lagi jika di dalam kenderaan itu ada penumpang yang mengamanahkan ke atas kita kebajikan mereka.
Apa yang utama, tahukah wahai diri, ke mana engkau sedang memandu?

فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ

“Maka ke manakah engkau mahu pergi?” [Al-Takwir 81: 26]
Benar…
Itulah soalan yang lebih penting pada masa ini. Siapa pun yang melintas perjalananmu, apa sahaja pemandangan yang telah dan sedang engkau lalui, engkau sedang bergerak di sebuah JALAN SEHALA. Jalan yang tiada U-TURN. Jalan yang menuju ke sebuah kepastian, yang hujungnya mungkin dekat mungkin jauh, tetapi setiap detik engkau semakin hampir kepadanya.
Ingat kembali kepada pesanan Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam daripada Muaz bin Jabal radiyallahu anhu:

– خُذوا العطاءَ ما دام عطاءً ، فإذا صار رِشوةً على الدِّينِ فلا تأخذوه ، ولستم بتاركيه يمنعْكم الفقرَ والحاجةَ ، ألا إنَّ رحَى الإسلامِ دائرةٌ فدُوروا مع الكتابِ حيث دار ، ألا إنَّ الكتابَ والسُّلطانَ سيفترِقان فلا تُفارقوا الكتابَ ، ألا إنَّه سيكونُ عليكم أمراءُ يقضون لأنفسِهم ما لا يقضون لكم ، إن عصيتموهم قتلوكم ، وإن أطعتموهم أضلُّوكم ، قالوا : يا رسولَ اللهِ ! كيف نصنعُ ؟ قال : كما صنع أصحابُ عيسَى بنِ مريمَ عليه السَّلامُ ، نُشِروا بالمناشيرِ ، وحُمِلوا على الخشَبِ ، موتٌ في طاعةِ اللهِ خيرٌ من حياةٍ في معصيةِ اللهِ

“Ambillah pemberian selama mana ia adalah sebuah pemberian. Akan tetapi apabila ia bertukar menjadi rasuah menurut agama, maka janganlah sesekali engkau mengambilnya. Sesungguhnya engkau tidak berupaya untuk meninggalkannya kerana engkau takutkan kefakiran atau terlalu berhajat kepadanya.
Sesungguhnya Islam itu bergerak di dalam sebuah putaran, maka berputarlah bersama al-Kitab mengikut putaran berkenaan (semasa susah atau pun senang, ketika beroleh nikmat atau sedang ditimpa musibah). Sesungguhnya al-Kitab dan pemerintah itu akan terpisah, namun jangan sesekali engkau berpisah dengan al-Kitab. Akan datang suatu masa kamu diperintah oleh pemerintah yang mengambil bahagian untuk mereka apa yang tidak mereka kongsikan dengan kamu. Jika engkau mengingkari mereka, mereka membunuhmu, dan jika engkau mentaati mereka, mereka akan menyesatkanmu.”
Sahabat bertanya, “wahai Utusan Allah, apakah yang patut kami lakukan?”
Jawab baginda, “lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat Isa bin Maryam alayhi al-salam, maut dikerat dengan gergaji, terbunuh di tiang salib, mati dalam mentaati Allah lebih baik daripada hidup mengingkari-Nya.”
[Hadith riwayat al-Thabarani]
TERUSKAN PERJALANAN
Teruskan perjalananmu duhai diri.
Di hadapanmu hanya ada dua kepastian. Satu yang dekat satu yang jauh. Yang dekat itu adalah kematian, yang jauh itu adalah Syurga atau Neraka. Jahat atau baik, ikhlas atau khianat, engkau tetap akan mati. Tetapi satu akan ke Syurga bersama redha Tuhan, satu akan terhumban ke Neraka dalam kemurkaan.
Pilihlah jalan yang lurus.
Jalan sehala yang Tuhan redha dengannya.
Selamat jalan..

New Resolution

Assalamualaikum..

Hasil dari emosi berkecamuk semalam, aku letak target baru untuk diri sendiri.. talk less about other people, as i hate it so much when people talked about myself without my concern.. nampak, bila marah je nak speaking.. pedulik grammar semua kan.. aku perasan environment kita buat kita always love to talks about other people.. good things or bad things.. 

aku rasa aku orangnya agak tertutup.. walaupun ada blog, yang aku share itu ialah yang ditapis dan yang aku willingly shared.. no problem.. but aku tak pernah disclose pun pasal blog.. yang tau tu taula.. aku blogger suam-suam kuku.. update ikut hati.. yang buat aku frust ialah bila aku share cerita dekat orang yang aku percaya, then aku dengar cerita tu dari orang lain pulak.. like seriously.. memangla aku tak suruh rahsiakan tapi perlu ke cerita dekat orang lain.. benda ni buat aku fikir balik, yela.. kadang-kadang aku pun gitu.. kita tercerita tanpa sedar.. memangla perkara yang diceritakan tu bukan isu besar, tapi it makes me feel uncomfortable.. unsorting feeling..

So, resolusi aku ialah to talk less about other people.. since im not comfortable dengar orang bercerita tentang aku.. cherish our own moments.. yeah, thats all.. lama pulak tak tulis blog benda-benda gini.. dahsyat pusingan emosi aku kali ni..


Monday, February 11, 2019

Fed Up

Assalamualaikum..

Betul ke tah eja fed up.. i hate this kind of feeling.. rasa nak marah tak lepas.. teringat ustaz pahrol kata, ego manusia ni ialah bila ada kuasa dia marah, bila takde kuasa dia merajuk/ kecil hati.. entahla.. aku macam kategori 2 agaknya.. nak marah tapi tak mampu, nak kecil hati, tapi macam pehal ko nak kecik hati.. aku macam nak abaikan je tapi rasa tak release bila tak luah.. so here we are..

Whatever, i dont care anymore 

Tuesday, January 22, 2019

Dreaming Trip to Korea: Day 3~ National Palace Museum of Korea, Hanok Village, Lunch and to Itaewon we go!

Assalamualaikum..

Rindu nak menulis sebenarnya tapi mood aku akhir-akhir ni huru hara betul.. aku selalu ada certain time, rasa aimless.. macam robot.. rasa rutin harian tu sama je.. sindrom apa pun aku tak tahu.. hopefully things will get better insyaAllah.. aku tengok dekat IG kawan aku dia tengah kat jeju.. best betul nampak.. aritu aku usha jeju tiket dalam 600 lebih ada.. dalam bulan 6 ke 7 gitu.. tapi tengah fikir-fikir lagi..

Dekat dalam palace ni ada National Palace Museum of Korea.. wajib masuk sebab free.. kami masa suntuk, sebab sewa hanbok 2 jam je kan.. so kami bajet dalam 10 minit gitu je spend dekat sini.. aku kan suka muzium, so bila pergi kejap je rasa tak puas juga.. tapi dapat masuk kejap pun rezeki juga kan



still hujan lagi..


area dalam muzium.. kak yus dengan Sarah lepak sini.. penat juga time ni sebab rasanya kitorang macam tak sarapan.. tapi aku kalau penat pun still semangat nak explore.. datang mood berjalan kan.. rasa lain macam will power dia..


dekat sini ada macam pasport booklet.. kita boleh cop lambang dinasti kot.. ada banyak station.. asri buat, aku malas.. nanti ke mana je aku letak.. asri kata dekat jepun ke dekat china tah ada buat gini juga

🎿Apa la dtg jauh2.. Tak nak cop.. 
Rugi.. Mujo takleh masuk passport.. 
Kalo tak bole cop skali.. 

antara kereta pertama di korea.. hyundai rasanya.. walaupun gambar muka selambak, wajib letak untuk kenangan.. remember masa kami ada 10 minit je.. sempat selfie je.. memang berlari-lari aku dalam ni

Ahjumma ke ahjussi ke.. 
Ahh. Ahhapantah ni.. 

sejarah automobil korea



Sedang perati tiang.. Ada anai2 ke tidak

macam biasa.. tuan director suruh buat cover movie lagi.. 


🎿Baju mahal2.. Yak nak posing plak.. 
Terasa mcm duta or mascott kebudayaan korea plak kt sini.. 
Budak2 korea pun pelik tgk kitorg pakai naju ni.. 






kerusi raja dekat dewan bersidang dia.. puas aku tenung gambar nak bagi nampak tulisan dia.. ni je yang sempat kami pusing.. kami teruskan perjalanan untuk pulang hanbok.. hanbok ni kena pulang on time.. lambat seminit pun ada extra charge.. pandangan aku, sewa 2 jam pun dah cukup.. cuma kitorang lama sangat dalam istana.. mungkin sebab tak tau ada muzium juga.. kalau nak ample time, mungkin boleh ambil 3 jam..


jumpa orang jual kuih kacang ikan.. Sarah belanja.. sedap weh makan panas-panas.. tengah lapar plak tu


terus pakai gelang korea.. biasalah aku, exited..
🎿Memang sedap kuih ni.. Nmpk macam baulu ikan je. Tp dalam inti kacang.. 
Tekstur luar ikan ada rasa garing2 sikit.. 
Sedapp.. 
Lepas pulang hanbok tu ingat nak beli lagi.. Tp tak dpt sebab dah abih dah.. 


harga rental kedai ni..
🎿Kedai tingkat 1 ni lagi murah dari kedai kat bawah.. Silalah pilih. 


nama kedai.. ada toilet juga dekat sini.. ada wayar.. ciri-ciri penting tu


diorang study tempat makan yang ada promotion.. tapi sudahnya kami tak pergi pun
🎿Kupon diskaun kedai makanan halal punyala banyak.. Tp takde la banyak kt area sini.. Itu yg kempunan.. Sekupon pun tak merasa diskaun..
Buku kupon ni ambil di airport.  
Kalau di malaysia pun bole request di kedutaan rasanya.. Bole tgk website.. 



cantik-cantik hanbok diorang


next, kami nak pergi ke Hanok Village.. memang berdekatan dengan Gyongbok Palace.. 


ada arts muzium


Sampai di Hanok Village.. kampung ni sebenarnya ada orang duduk.. nampak merata dia letak signage macam marah hak diorang dicabuli.. ada yang tulis kami kerja beli rumah bukan untuk jadi tempat pelancongan.. siap ada guard yang jaga dekat sini.. kesian juga la.. so kalau kita pergi sini, behave please.. respect their rights.. aku rasa kalau tak pergi pun ok.. kitorang sebab tak tau kan..

🎿Memang pelik.  Sbb ini bukanla tempat pelancong.. So tak payah datang ramai2.. 
Diorang tak suka.. 
Tapi ada byk org korea macam tourist guide kat situ.. Mgkn sukarelawan kampung kot.. Macam Rela.. 

🎿Antara pelancong yg berpotensi mengganggu ketenteraman penduduk kampung

Delea sentiasa di hati


pricey juga.. better beli dekat Dondaemon Market.. beli bulk lagi murah







kawasan dia cantik.. sangat tradisional style punya rumah



ajak geng gambo













kena NCR ni.. tak ikut arahan.. ni kedai teh ke kedai perfume tah tak salah aku


aku nak amik gambar dekat tangga belakang aku tu.. tapi lama plak geng tu ambil gambar.. jadila dari jauh pun





antara signage kemarahan penduduk setempat


alley ni sangat cerita drama korea kan







tanya juga Sarah maksud sign ni, tapi macam biasa la.. lupa dah





jatuh cinta dengan wall depa




yang baju merah tu ialah tourist guide.. 



settle di Hanok Village, kami naik cab untuk patah balik ke hotel.. Sarah bawa kami makan kedai kimbab.. kami ambil yang flavor tuna dengan apa tah





aku mampu makan dengan sudu je la.. asri sorang je korean celup.. rasa nak minta chopstick yang budak punya.. jeles tengok orang terer pakai chopstick





Settle makan, kami terus gerak ke Itaewon.. Sarah time ni dah rasa makin tak sihat.. kesian dia layan kakak-kakak g berjalan


kami naik teksi yang kebetulan memang ada depan hotel.. teksi ni memang teksi tourist.. driver semua boleh speaking.. pakcik ni la yang marah aku cakap korea tak tambah 'yo' dekat belakang..  garang weh




bouquet bunga besar yang macam dalam cerita korea.. gelap pulak kan gambarnya.. till then

South Korea kuinjak kaki di tanah ini
Tempat dipuji dinanti dibuai mimpi
Oppa ahjusi lantas menyapa interaksi dua negeri
Kamsahamnida menitip bibir terasa dekat dihati
Impian terlaksana apa diidam hanbok dicari
Namun ini berbondong bondong dibawa pulang kesini..