Jun 6, 2021

Book Review: Stigma

 Assalamualaikum..


Hello hello.. style CC babcock dalam The Nanny.. fevret sitcom adik beradik aku hehe.. helo 2021.. dah setengah tahun baru kesampaian hasrat untuk wish tahun baru hehe.. aku ada 2 3 kali percubaan untuk tulis entry, tapi most of it, halfway.. or maybe querterway.. do you get it get it hehehe.. aku baru cuba nak hidupkan balik hobi membaca suatu ketika dahulu.. hopefully it will lasting for a while kan..




Ringkasan

Ini ialah kali kedua aku baca.. buku ni adik aku punya.. aku dan adik-adik aku suka layan siri medical kalau dekat tv.. The Good Doctor, Amsterdam.. cerita korea medical pun aku suka jika takde politik banyak sangat.. now tengah tak sabar nak tunggu Hospital Playlist Season 2..aku layan season first agak lambat, jadi takdela lama sangat aku tunggu.. 


ok, cerita Stigma ini dibuat dengan bahasa novel, which pada aku very santai but a lot of knowledge..  cerita tentang doktor pakar yang bertugas di wad penyakit berjangkit.. isu yang banyak diketengahkan ialah HIV.. ada cerita denggi 1, tapi mostly HIV.. ada diterangkan punca dijangkiti, cara merawat, cara cegah dari kita jangkitkan pada orang lain dan paling penting penulis banyak menekankan aspek untuk kembali pada Tuhan.. penulis banyak tekankan tugas doktor bukan sahaja merawat secara fizikal, malahan aspek spiritual juga turut beliau laksanakan.. oh ye, penulis ialah seorang doktor juga.. kalau korang biasa dengar nama Muharikah.. 


aku suka bila setiap kali dia sampaikan cerita, at the end of chapter dia akan tulis 'another live to be saved'.. banyakla ilmu baru aku dapat.. cerita tentang LGBT juga ada dikongsikan dengan cara ilmiah dan tidak menghina.. menarikla pada aku sebab secara santai penulis buat kita berfikir.. oh, doktor pakar dalam ni nama dia Iman.. so aku suka sebab sama dengan anak buah aku.. aku baru tahu juga, jika pasangan kita ada HIV, partner boleh ambil ubat untuk cegah dijangkiti.. 


My insight

 aku akan kongsikan bait-bait ayat dalam ni yang menyentuh jiwa aku..

Diri kita adalah dua medan perjuangan yang paling hebat antara dua kekuatan; iaitu malaikat dan syaitan. Manusia adalah pertengahan antara keduanya kerana pada dirinya ada kebaikan dan kejahatan. Akan sentiasa ada dua jalan ditempuhnya, jalan kanan ke Allah SWT dan jalan kiri ke syaitan

(Hamka)

- The struggle is real. Tapi siapa cakap Allah tinggalkan kita sendiri untuk harungi jalan-jalan ke syurga.. Allah ada yana, Allah ada.. kau yang menjauh


Hati kita ni, Allah yang punya. Serahkan hati kita pada Allah

- Allah Maha Baik.. bila mana aku tengah struggle nak betulkan hati, Allah hantar pesanan-pesanan begini.. mungkin kali pertama aku baca buku ni, aku tak rasa ayat ni bagi kesan yang besar pada aku.. bila baca kali kedua ini, aku rasa ayat ni macam dibuat khas untuk aku.. letakkan cinta pada yang selayaknya tanpa menafikan cinta sesama manusia.. sandarkan harapan pada tuhan yang Maha Memberi.. hati akan lebih lega.. aku style suka overthinking, cepat percaya dah jatuh hati.. jadi, bila aku reset semula konsep menjaga hati, aku rasa lebih lega.. overthinking still ada, aku kan manusia.. tapi aku belajar untuk kawal.. masih mencuba, moga Allah kurniakan kekuatan untuk terus dan terus mencuba..


Meletakkan cinta Allah melebihi segalanya. Itulah kunci kekuatan untuk keluar daripada perasaan dan cinta yang salah

-Perfect.. just perfecto


Apabila cinta itu kerana Allah, ia takkan mudah songsang


Kita sering kali menganggap pernikahan itu peristiwa hati. Padahal pernikahan itu adalah peristiwa peradaban. Hubungan yang terbina bukan hanya hubungan emosi, tetapi juga spiritual dan rasional. Kerana keluarga ini adalah unit sosial terkecil bagi membangun peradaban

-wow, wow.. mana pernah aku terfikir pernikahan untuk peradaban.. mungkin sebab aku sering dimomokkkan pernikahan ialah cinta yang menyatukan hati dua manusia.. terbuka mata akal minda aku.. ayat ni buat aku fikir nak menuju ke alam pernikahan itu perlu rasional.. perlu ada sasaran yang lebih besar.. bina peradaban uols.. peradaban yang mesopotamia tu semua tu hehehe.. mungkin terlalu lambat aku dibukakan mata tentang aspek or sudut pandang pernikahan yang ni, but hey.. better late than never kan..

Rating aku: 4.5/5

1 comment:

Yusai said...

hahaha mesopatoamia tu yg ade firaun tu ke???