Nov 30, 2011

I have a date!

Assalamualaikum..

 

image

Oh oh oh…menggigil rasa..hehehe,over sungguh..sangat looking forward nak tengok cerita ni..tetiba nak rasa neves plak..hehehe,memang over sungguh..date aku malam tu selain Aaron Aziz ialah umi dan Adi..kepada adik aku yang nama Aki, sorry babe..ko jauh nun di Kedah,tak dapat nak angkut ko sama..jangan risau,nanti aku bagitau ko ending dia hape..hehehe

 

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!

Yana Kama

Usaha gigihku malam tadi demimu~Safi

Assalamualaikum..

Kalo diikutkan,takdela gigih mana pon kan sebab dan lagi mengarang entry..hehehe,panjang kisahnya cerita Safi ni..kalau korang still ingat lagi dekat entry ini,tujuan kami berlama-lamaan di Pullman hotel ialah sebab untuk amik pic Safi..ianya bermula bila Kak Fiza mesej aku ajak join..aku macam alaaaa,kawan tak ramai kalo nak suruh undi-undi ni..akukan pemalu,wakakaka..tapi bila Kak Fiza habaq takpe sebab boleh undi sendiri,aku pon rasa why not give a try kan..Kak Fiza roger aku sebelum Raya Haji,tapi end up kami shoot lepas raya haji sebab semua pon mahu balik kampung kan untuk beraya..

Untuk pertandingan tu,kita kena amik gambar dengan produk Safi bersama 3 rakan,maknanya total semua yang wajib ada dalam gambar ialah 4 orang la kan..Kak Fiza da ajak Kak Eli, dan geng terakhir yang join ialah kawan office aku, Kak Shida..ni pon last minit jugak ni sebab ada teknikal problem sket..eceh,macam shoot hebat-hebat je kan bila siap ada teknikal problem bagai ha..ini ialah antara gambar yang aku cilok dari FB Kak Eli..heeee,pinjam gambar ye Kak Eli..eh,photog dihari kejadian ialah suami Kak Fiza..eh maknenye aku pinjam gambar Kak Fiza la kan,tetiba nak main kompius-kompius plak hehehe

324940_2443604643596_1056246441_2731111_427990979_o
Kak Shida, aku, Kak Fiza dan Kak Eli..eh,terasa muda plak bila semua ialah kak..ekekeke,padahal setahun je pon beza aku dengan Kak Fiza..heee


324940_2443604803600_1056246441_2731113_1688921194_o
Props itu ialah hasil usaha keras aku,eceh..perlula nak bagitau kan..hehehe,gigih aku usaha petang hari kejadian untuk print dan potong huruf-huruf itu, and turns out jadik sangat naik pic (ehem,terpuji diri sendiri lagi..ekekeke)..

Pertandingan ni akan berakhir hari ini..macam-macam jugakla ujian kami untuk pertandingan ini..gigih kami usaha untuk nak kejar top scorer,kalo ikut kata Kak Fiza blogger jugak top scorer tu,tapi nak buat macam mana,sistem Safi ni hang dekat 2 minggu da aku rasa..setakat hari ini kami lead 2nd untuk undi,adalah dalam 30,000++ jugak gap dengan no.1..takpela kan,nasibla undi 50% dan juri 50%..perghh,rasa macam masuk AF plak bila ada juri ni kan..ekekeke,harap-harap adala rezeki kami untuk menang..1st prize adalah ipad dan dapat bercuti dengan Shila Amzah di Gold Coast Sepang,bukan Australia tau..hehehe

Takpela kan,join untuk suka-suka..kalau memang da rezeki tak kemana,yang penting kami da usaha….nak start berdebarla..ekekeke

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Nov 29, 2011

5 Tips Berkesan untuk Berubah

Assalamualaikum..

 

Terjumpa ini di blog Pakar How to..ayuh kawan-kawan,kita berkongsi ilmu..ilmu yang baik itu kalau dapat dikongsi bersama akan terasa lebih nikmat..

 

1. Mula berubah dengan yakin dan penuh keazaman.

Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

 

2. Lakukan secara perlahan-lahan.

Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

 

3. Lakukan perubahan pada masa sekarang.

Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

 

4. Berubah dengan niat yang ikhlas dan buat bersungguh-sungguh.

Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

 

5. Jadikan amalan itu sebagai tabiat.

Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya. Lakukannya lagi dan lagi.

 

Sumber

 

PS: Mahu berubah itu tak mudah, tapi jika hati mula terkesan/terasa/terdetik untuk berubah, grab peluang itu..detikan hati/kilasan hidayah itu tak selalu datang..jangan sia-siakan peluang yang kita da dapat itu Open-mouthed smile Yok amik peluang sempena tahun baru ini untuk berubah ke arah yang lebih baik..

 

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!

Yana Kama

Hari-hari terakhir Waheda as Bachelorette: Hotel de ART ~Check out dan Lobby yang ummphhh!

Assalamualaikum..

Cerita pagi Sabtu,26/11..ajaib plak aku rasa bila kenang balik..sebabnya,malam sebelum tu dalam pukul 1 lebih jugak aku tido..budak-budak lain aku rasa pukul 2 jugak baru diorang ni beradu..tapi pagi tu lepas Subuh semua tak tido balik..ye SEMUA..kagum plak aku bila kenang balik..aku ni sah-sahla kalo bantal cecah kepala memang percent mau celik mata sangat tipis kan..hehe,macam-macam cerita jugak sempat kami borak pagi tu..termasukla cerita kawan aku ngigau..hehe,memang dari zaman UTM lagi selalu jugakla ngigau..eh tiba-tiba aku rasa serba salah plak nak sebut nama kawan aku..hehe,takut dia segan plak nanti..yang paling bertahan malam itu ialah Anis,sebab dia diapit oleh kawan aku yang ngigau dan preggy Ain yang selalu bangun untuk p toilet..hehehe,what a memory..dalam pukul 8 pagi macam tu semua amik giliran bersiap-siap dan mandi..

SAM_6340
Eeh,tersenyum simpul plak aku..tiba-tiba malu tengok pic sendiri..ekekeke

SAM_6342
Still da same, my beloved friend, Yuhanis

SAM_6343
Owh,kitorang kagum dengan shot ini..kredit tu preggy Ain for this stunning picture..owh,aku sangat admire jugak dengan kamera preggy Ai..memang menggugah jiwa..oh ye,most of gambar untuk bachelorette Waheda adalah dari kamera Ain..mana cek tak makan hati tengok pic cantik cantik ini..

SAM_6349
Sahabat hamba yang diraikan..Waheda,teringat plak kata Yu..next time we see each other, Waheda da jadi isteri orang..oh ye,Yu tak sempat attend wedding Waheda..dia balik cuti untuk 2 minggu je..

SAM_6353
Last shot..erghhh,kenapa double chin aku lagi nyata dari bakal ibu ni..

Pukul 10 macam tu kitorang bergerak p makan dekat Pak Li..Zafran da tunggu dekat sana,mula-mula kami ingat nak check out terus tapi bila fikir-fikir balik,nanti nak copy gambar dari camera Ain semua kan,tak jadik..lepas breakfast kami akan ke bilik balik..so setel-setel diri untuk pergi breakfast..

The Lobby

Upacara (eceh) pengambilan gambar di lobi sebenarnya adalah lepas kami sarapan,tapi sebab aku nak habiskan cite hotel ni sekaligus aku combinekan terus..tiba-tiba rasa banyak plak entry untuk parti bujang Waheda..aku rasa macam tak banyak  sangat amik gambar,since aktiviti yang kami buat pon hanyala lepak-lepak dan borak je..tapi bila da transfer eh boleh tahan jugakla banyak pic dia..jom tengok lobi hotel yang stunning!

SAM_6383
Nampak aku macam cikgu yang tengah tengok kerja sekolah anak murid..hehe,yang Waheda tengah pegang tu ialah contoh-contoh design bilik..oh ye, Erma ada tanya kat mana hotel ini,hotel ini ialah dekat Shah Alam, dan sangat dekat dengan ICT..exact location aku blur..hehehe,entry sebelum ni aku ada bagi link kalo-kalo korang berminat mahu cuba..eceh,macam cuba product plak kan..hehehe

SAM_6385
Zafran yang menjelma di pagi hari..ekekeke,hepi belated besday babe..oh aku da kena perli da dengan kawan aku bila duk ber’babe’ ni..ekekeke,aku pon pelik dengan diri sendiri apehal plak la nak ber’babe’ bagai haa..eh tapi macam sweet plak aku rasa panggil babe..hehe

SAM_6389SAM_6390
Test shot..

SAM_6393SAM_6394
SAM_6396
Antara angle menarik dalam hotel ni..

SAM_6398
SAM_6399
Itu sahaja gambar aku di hotel..kalau korang mahu lepak-lepak dengan kawan-kawan aku sangat cadangkan hotel ini..sekadar nak hang out ngan member-member okla kan,tapi kalau nak bercuti di tengah-tengah bandar Shah Alam macam tak berapa nak kena je kan..

Oh ye,aku ada sedikit pengalaman ngeri..lepas check out tengahari tu,kitorang plan nak g lepak mana-mana la kan..Anis,Ain dan Huda tak dapat join since masing-masing ada plan tenghari Sabtu tu..before bergerak ke next destinasi,aku nak isi minyak..cari punya carik beg duit aku tak jumpa..aah suda,kawan aku suh try usha dalam beg baju..kot-kot terselit..takde jugak..kitorang pon apa lagi patah balik dekat hotel..p dekat receptionist,dia kata bilik yang kitorang duduk da ada orang kemas..lagi cuak kebebeh..takplea,aku macam da tawakal time tu..debar sangat tu takla,tapi try nak mencoolkan diri..masuk-masuk bilik cadar katil memang da takde,bila usha celah-celah katil Alhamdulillah jumpa…lega,yang paling best bukan takat beg duit aku je yang kitorang jumpa..terjumpa sekali baju kawan aku terselit jugak tepi katil tu..haha~punyala dalam ramai-ramai tu pon takde yang perasan kan..hmmm…bila lagila dapat jumpa mereka-mereka ini..I heart them so much..

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Nov 27, 2011

Hari-hari terakhir Waheda as Bachelorette: The Celebration Begin

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah untuk semua rakan-rakan blogger..jom sama-sama kita berusaha buku catitan kita tahun ni lagi cantik dari tahun-tahun lepas..moga blog yang kita karang hari-hari ni jugak jadi lebih baik untuk tahun baru ini..Amin..

P1010158
Parti bujang untuk Anis..dalam bulan 5 aritu..Yu takde..

20110723 (382)
Parti bujang untuk Ain..Zaf, Waheda dan Yu takdop..BIGGGGG question mark for parti bujang untuk aku..kihkihkkih

Oh oh exited nak cerita pasal perjumpaan kitorang yang di plan sejak 2 3 minggu lepas..kawan baik aku, Waheda bakal berkahwin di bulan 12 nanti..jadik kitorang mesti kena jumpa dan at least bermalam untuk borak-borak dan buat aktiviti bersama—..pilih punya pilih date akhirnya kami decide untuk berjumpa pada 25/11..date tu jugak macam best sebab Yuhanis, our BFF yang study dekat Australia balik on 24th..so memang da cantik-cantikla date untuk make sure semua available..dalam 7 orang tu, Zaf sorang je tak sempat nak bermalam sebab 25hb itu ialah besday dia..dia ada celebration dengan family,so Zaf join untuk aktiviti berjimba pada 26hb..

Plannya ialah untuk menginap dimana-mana hotel di Shah Alam dan kemudian lepak di ICT..hari 26hb aku cadang nak p wetworld since macam da lama tak buat aktiviti yang melibatkan air ni..tapi ni plan je,tertakluk tengok timing dan kesesuaian semua orang..plannya lagi kami akan berkumpul di Jakel pukul 9 malam..owh,aku sangat haru biru mau catch up time tu..petang lepas kerja tu,aku pergi Equin nak amik baju mak aku yang da siap tempah..tak pernah-pernah aku pergi Equin jam,tapi boleh plak terkena time tu jam..yang lagi frust tu bila sampai depan kedai,kedai jahit tu TUTUP..owhhh,memnag menduga hati..tup tap tup tap..aku sampai rumah dalam 7.30malam..dengan kelam kabut nak mandi,kemas baju dan nak baca google mapnye haa..akhirnye pukul 8.30 jugak baru aku gerak..aku bakal lambat dengan nyatanya..

P1070686
Bukti aku gigih baca google map..haha,aku rasa adalam dalam 20minit gak aku tenung PC nak bagi faham ayat-ayat peta tu ha..alhamdulillah senang jugak mahu jumpa..yang paling hampeh time cari-carik tu adalah hp aku mati takde bateri..owhh,terus cuak cane mau contact semua orang ni..nasibla time aku sampai jakel tu Anis dan Ain da sampai..Waheda yang mula-mula sampai terus tempah hotel yang dia cadangkan tu..sementara tunggu Waheda sampai dekat Jakel,sempatla kitroang borak-borak and guess ehat,Ain Pregnanttttt…..ramai sungguh orang disekeliling aku yang mengandung..Alhamdulillah atas rezeki yang diberi Allah..dan preggy mum itu tingin mau makan ayam penyet..nasib ada kedai ayam penyet dekat area situ..sebab da lewat sangat kan masa,plus masing-masing macam ala-ala longlai lepas balik kerja,kitorang decide mau lepak bilik je while gosip-gosip..akhirnya plan ICT ialah terbang dibawa angin lalu..ekekeke…

SAM_6306
Gambar dari kamera Ain..sanggup Waheda pause bercerita nak bagi Ain capture pic..cerita ialah pasal Migration kerja yang mana aku rasa topik itu adalah serius,tapi Anis berjaya gelak dengan sangat jayanye..hehehehe

SAM_6309SAM_6310
Us while tapauing..time ni still tunggu Yu dan Huda untuk sampai..aku rasa jalan malam Jumaat aritu memang jam oh..mungkin sebab semua pon ada plan mau spend cuti yang 3 hari tu kan..memang semua keluar time waktu itu..Till then,next entry will be coming sooonn…(hopefully)..

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Nov 25, 2011

Can’t Wait to meet them..

Assalamualaikum…

Salam Pagi Jumaat semua..confirm semua da ada macam-macam plan kan arini since cuti sekolah pon da start..untuk weekend ni, jadual aku semua booked..eceh,macam orang besar-besar plak siap ada jadual bagai kan..hehehe..Insyaallah petang ni aku akan berkumpul dengan kawan-kawan utm dulu..last gather-gather untuk Waheda sebelum dia kawin..kejapnye rasa masa berlalu,rasa macam baru je lagi keluar p carik kain baju untuk Waheda..eh,da siap ke belum gaknye baju yang aku anta jahit tu..

Apa-apa pun,aku wish untuk semua orang Selamat Bercuti dan salam Maal Hijrah…moga-moga buku baru yang kita tukar tu nanti akan catat rekod yang bersih-bersih dan baik-baik aja kan..amin

P1010108
Bride to be..Insyaallah 25 Disember ini..aku rasa aku bakal nangis kat wedding Waheda..hehe,emosi terlebih sikit kalau kawan-kawan kawin ni..biasalah aku,ratu air mata..ekekekeke

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Nov 22, 2011

Wedding Lagi~Hijau Putih

Assalamualaikum..

Eh, nak luah perasaan sket boleh kan..he’s officially moved on..demmmm,aku jeles..haha,tahpape kan..ni la bahana jadik stalker FB orang..ekekeke, kan sendiri da sentap,pastu nak makan hati..hehehe, nak padankan muka diri sendiri boleh,heee..I pray da best for him..kalau itu yang terbaik moga dipermudahkan jalan, Amin..(ok,lega walaupon sepatah dua ayat je yang diluahkan..)..berblogging itu memang satu terapi..

Ok,kembali kepada mood nak bercerita tentang wedding anak kawan umi yang aku pergi Ahad lalu..20.11.2011, nice date kan..umi da booking lama da date ni..eh bukan booking untuk majlis anak dia,hehehe..booking mau ajak aku teman dia pergi..aku on aje,kalo takde pape sekarang memang aku berkepit dengan umi je la sekarang ni..wedding ialah dekat Kelab Golf dekat dengan INTAN Kiara..aku memang tak pernah sampai area situ..nasib dekat kad dia ada bagi koordinat GPS..senang kan sekarang,takdela duk huru hara nak calling-calling keluarga pengantin..tapi time nak masuk koordinat tu,aku tak reti weh cane nak buat..ekekeke,akhirnya bedal je..mula-mula aku da siap nak berbangga dengan umi aku sebab berjaya jumpa..ceh,padahal GPS yang berjaya..aku plak yang nak kecoh lebih hehe..sekali walaupon da masuk GPS,dia macam lari sketla..tapi Alhamdulillah dia area area Kelab Golf tu jugak..takdela aku cuak kalo sesat berlama-lamaan..aku takpe,da alas perut dulu kat umah..umi aku memnag tak makan pape lagi time..nasib jumpa cepat,kalo tak aku ni umi aku da nampak macam ayam gaknye..hehe,tak abes-abes nak samakan diri dengan ayam..ekekeke

P1070604
Benda pertama yang aku perasan ialah eh umi masuk warna tema..hehe,umi aku da serba tak kena da..ekekeke,kalo aku syok kot masuk tema pengantin..time kitorang sampai pengantin baru nak mula makan beradapa..aku pon apa lagi,nak makan beradap jugakla ngan umi..hehe

P1070605
Kalau aku sesat dengan jayanya mesti umi tak senyum lebar camni kan..hehe

P1070608
The menu..umi cakap ni nasik rempah..aku memang tak tau..tau telan je..ekekeke

P1070610

Cantik jugak view tempat ni..tapi keadaan panas terik yang menggoncangkan mood amik gambar..dapatla sekeping dua je untuk kenang-kenangan..
P1070615
oh gambo aku biasa je..gambar umi ada stail sket..

Recently Updated16
Berjaya tak korang spotted persamaan pic ni..umi tak pandang kamera..ekekeke,umi macam artisla,artis kan selalu tak pandang kamera sebab kan banyak kamera diorang kena pandang..aku fikir ni memang stail umi aku la..hehehe,jangan marah ye mi..Yana gurau-gurau je heee

Siap makan kami terus beransur..aku kalao g wedding bukan kawan-kawan punya mesti tak reti nak duduk lama-lama..macam blur eh lepas makan nak buat apa..nak beramah mesra pon tak berapa nak kenalkan..
Recently Updated15
Last pic di area dewan sebelum pulang..

P1070620P1070622
View yang menawan kan..kalau tak panas aku rasa banyak lagi pic dekat sini..thank you kawan umi atas jemputan

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Nov 21, 2011

Pemanasan Rumah~Maveles

Assalamualaikum..

Neves sungguh la bulan Novmeber ni,banyak benda nak kena setel..aku pernah cakap dekat opismate,bila ujung tahun ni rasa macam nak hantuk kepada dekat dinding je..hehehe,tapi I enjoy it..buat kerja kena enjoy kan..or at least try to enjoy it..kalo tak memang terseksa jiwa raga mahu fokus..dan jangan lupa untuk bagi compliment pada diri sendiri kalo da berjaya setel suatu task yang mencabar..eh aku kalo tak setel task pon selalu je aku compliment diri sendiri..ekekeke,over sungguh..

Weekend lepas,aku dapat jemputan pemanasan rumah (house warming) dari kawan opis aku, Kak Tim..kebetulan plak rumah Kak Tim ni dekat dengan tempat Mai blaja..jadik boleh buat 2 dalam 1, lawat Mai sambil penuhi jemputan Kak Tim..dalam pukul 1.30 camtu kitorang gerak angkut Mai dulu dan gigih carik rumah Kak Tim..aku neves jugak,aku kan ratu sesat..orang lain pergi suatu tempat tu 15 minit da sampai,aku kalo belum cukup sejam mencarik memang takkan sampai la..da jadik macam syarat wajib je kalo aku nak explore tempat-tempat baru ni..hehe

Tapi Alhamdulillah,senang plak cari rumah Kak Tim,aku terlajak satu simpang je..dalam 10 minit da sampai ke rumah Kak Tim dari asrama Mai..sampai-sampai je soalan pertama tuan rumah ialah ‘sesat tak’..see see..semua orang tahu aku sinonim dengan sesat..hehe,aku memang dari pagi tak makan..memang tak sabar sangatla bila tengok banyaknyeee makanan dekat ruma Kak Tim..
house warming kak tim
Manala nafsu makan gue tak tergoda..ada mi kari,nasi lemak,kambing bakar,ayam bakar,kuih muih,cheese tart,sate,nasi impit…perghhhhh…dan agak-agak aku terjah apa dulu..clue adalah dari entry sebelum ini..hehehe




















P1070531
Taraaa…..confirmla aku sebat nasi lemak dulu..amik dengan tamak haloba plak tu..sambal dia memang awesome,da lama tak rasa sambal original macam ni..lepas da siap makan terus rasa menyesal,sebab perut da tak sanggup nak try makanan lain..sekok da ambo..rugi-rugi..memang rugi kalau bawak aku p open house..tak dapat nak rasa semua..

P1070533
Seronok dapat jumpa nasik lemak..dalam banyak-banyak nasik kan..kalo diletak nasi lemak,nasi ayam,nasi tomato, even nasi beriani sekalipon..confirm aku pilih nasik lemak..aduuuyaiiiii…pilihan berlemak,da bleh jadik tagline aku da ni..

house warming kak tim6
Antara yang sempat dirasa sebelum perut sekok

P1070534
Budak-budak ni serbu cheese tart dulu..nyesal aku tak amik awal,sebab kejap je perisa coklat da baes..aku kalo perisa segala beri ni tak berapa nak gemar..biasala,old skool..hehe

house warming kak tim1
Da kenyang,mulala nak start termenung..termenung depan kamera..hehe

house warming kak tim2
Tengah-tengah duk santai-santai,tiba-tiba ujan plak area rumah Kak Tim,kebetulan plak time tu aku duk usha-usah kawasan luar,sekali nampak kak tim ada sidai baju..melilau jugak carik Kak Tim tapi tak jumpa..aku pon apa lagi,tiba-tiba roh bibik in action menjelma..terus bergegas p angkat..haha,beria plak rasa..nasib baju anak-anak Kak Tim je..heee,faham-faham la kan..

Hepi Besday Safura!
Time kitorang da nak beransur,tiba-tiba Kak Tim bawak keluar kek..Kak tim habaq arini ialah besday Safura..ahh,sudaa..umi aku da serba salah takut Kak Tim nak celebrate dengan family-family je..kitorang memang trap sebab nak balik pon ujan memang tengah lebat..harap-harap kehadiran kitorang tak mengganggu plan Kak Tim..oh ye,Safura ialah anak ketiga Kak Tim, gadis cilik pujaan Aki,adik aku no.3..hahaha,tapi dia duk cuak orang lain marah..ehem-ehem,kak yana tumpang lalu ye..hehehehe

house warming kak tim5
Cake..time kek ni da dipotong,aku dengar ada budak cakap ‘eh,perut Patrick kena potongla..’ hahaha,kelakarla budak-budak ni..

house warming kak tim3
Safura dan Amira,Amira ni anak kedua Kak Tim..nampak exited gila Safura..dengan kitorang macam malu-malu..tapi dengan Wan dia,ambuihh..bukan main lagi rancak ajak berborak..hehehe

house warming kak tim4
Safura ni terlebih dose cute la..da pandai senyum da bila orang suruh..

P1070570
P1070577
P1070579
The celebration..

P1070542
Hepi besday Safura..Cik Yana tak tau plak besday awak time Cik Yana datang ritu..CIk Yana hutang hadiah dengan awak ni..

P1070595
Akhirnya,hujan pon da reda..kami beransur balik dulu..segan plak lama-lama dekat rumah tuan rumah..thanks again Kak Tim for the invitation..sayang kamu!oh ye,kak tim da bertukar da dari opis aku..last week ialah minggu terakhirnya..sedih jugakla sebab dia banyak tunjuk ajar aku kat opis lagi-lagi pasal iso dan report..will be missing u, Kak Tim..

P1070585
ehem,profile pic aku ni dekat FB..ekekeke,siap mintak izin lagi dengan mak dia..ekekeke

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama