Oct 27, 2017

YaYa Take Iran ~ First Day: Journey to Rasht begin

Assalamualaikum..

Selepas jari dipatah-patahkan, den bersedia untuk bermula.. Hehehe, aku agak semangat nak kongsi entry ke Iran.. kalau ikutkan hari mula-mula sampai aku dah exited nak buat live update terus kat blog, tapi sebab blogger tak dapat buka dekat Iran, plus kabel telefon den tak bawa, maka hajat terkubur.. Hehehe.. Ok, cerita nak pergi Iran ni dah bermula awal lagi.. mungkin dalam 3 4 bulan lepas.. Bos aku tanya, nak tak ikut training pergi iran? dan ada ke orang waras cakap tak nak kan.. hehehe, aku dan kawan aku, kak yati (there’s come Yaya’s name: yati dan yana) memang dari awal macam tak nak exited sangat, sebab benda belum confirm kan.. dan bila dah dapat surat dan beli tiket, baru kami start prepare..

Ini adalah negara pertama yang  aku pergi dengan suhu agak sejuk.. paling sejuk bos nombor dua aku cakap dalam 10 degree.. aku dan kak yati sepesen, aircond dekat office pun buka 25-28.. jadi kami memang nak beli baju tebal.. aku ada usha baju dekat Traveller for All, ke apa tah nama kedainya.. diorang ada buat sales, tapi lepas sales pun harga RM300.. aku macam tak sanggup sebab 1) aku bukan kaki travel walaupun aku suka sangatla kalau dapat jadi kaki.. eh faham ke? haha 2) kalau travel pun tak semestinya aku pergi negara yang 4 musim kan, sebab ongkosnya sudah pasti lumayan sekali.. nampak tak hint lepas ni aku nak pergi negara mana.. hahahaha.. lepas timbang-timbang, aku macam ada rasa nak beli juga, investment katanya tapi boleh pula kedai tu dah takde sales.. jadi tak jadi beli.. aku dah pinjam kawan aku punya ala-ala trench coat.. tapi still rasa macam cuak tak cukup panas.. jadi aku akhirnya beli punya baju sejuk yang ala-ala padded tu, dekat uniglo.. 199.. acceptable sikit pada aku compare tu 300.. lain-lain yang aku beli ialah beg tarik sebab aku takde yang saiz sederhana, stokin tebal dan glove.. oh, heat tech pun aku beli.. satu baju, satu seluar.. secara jujurnya, yang paling berguna pada aku ialah heat tech seluar.. sebab aku banyak pakai baju kurung dan seluar slack yang memang nipis.. baju pada aku tak effect sangat sebab dah ada kot kan.. glove dengan stoking takde pun takpe beli yang biasa sebab sejuknya ialah acah-acah lebih sikit dari cameron.. suma satu tempat yang aku pergi je yang sejuk sangat sebab atas bukit.. oh ye, nak glove murah boleh beli dekat socks world.. penat kami survey semua kedai, situ yang paling murah dan tebal..

Ok, tak habis lagi ni cerita intro aku.. nak dijadikan cerita.. hari isnin 3 hari sebelum gerak tiba-tiba bos aku cakap training kita postponed sebab ada peserta negara lain yang tak dapat visa.. korang bayangkan aku dapat berita ni time aku baru bangun tidur waktu lunch break (ye, aku pilih tidur dari pergi makan).. jadi bila terima tu aku rasa serius rasa macam mimpi.. memangla aku dah prepare mental untuk takut tak jadi kan, tapi ni tiga hari sebelum kot.. beg dah packed kot.. kebetulan pula kak yati cuti time tu, lagila aku hilang tempat nak sama-sama luah perasan kan.. haha, over pula.. so kami memang time tu tanam dalam hati Allah is the planner.. bila macam dah redha, tiba-tiba bos aku cakap on pula… nampak tak hati tu dah jadi macam bola.. hahahaha, jadi kami dah set selagi tak touch down Iran, cool je Na.. kang cancel lagi kang mau aku nyanyi ‘mana kau campakkan hatiku, hati yang kau berikan padamu kasih’ hahaha.. dan kebetulan juga aku kena incharge training yang berlangsung pada sehari sebelum aku pergi.. trainingnya dua hari, sehari sebelum dan hari yang aku pergi.. flight aku malam, jadi semua persiapan memang aku dah setelkan awal.. kiranya mood exited tu macam terhalang kejap dek menguruskan training… Alhamdulillah all went well..

Ok, moh kita share kegembiraan dalam bentuk gambar pula.. penat sort gambar.. oh ye, bagi korang yang travel sila la buat photobook lepas balik travel.. serius syok perasaan bila tengok balik gambar-gambar travel lama.. nak tengok album gambar kahwin belum ada lagi.. hahaha, sorry.. emosi over sikit petang-petang ini..

IMG_5951
First time naik train dekat dalam klia.. sebelum ni travel biasa dengan Air Asia kan.. kami pergi naik Mahan Air.. tiket minta tolong lecturer Iran yang kerja dekat sini belikan.. kitorang cuba juga buka website tapi bahasa Parsi dah.. Iran pakai bahasa persian.. bahsa mereka ada dalam 30-40% yang campur-campur perkataan dalam bahasa Arab..

IMG_5956
Time pergi dapat duduk seat tepi tingkap.. memang masyuk sangatla..

IMG_5960
Ok, dah rasa dah feel Iran tu datang..

IMG_5961
IMG_5964
Aku jenis susah tidur dalam flight.. tidur tu mudah, tapi senang jaga sebab rasa tak selesa.. tapi ko jangan bagi aku naik bas, memang selesa habis aku tidur.. mungkin sebab kapal terbang kita tak nampak movement perjalanan dia.. jadi aku rasa sesak sikit.. dan pandai-pandai je aku isytihar aku klaustrofobia hehehehe..

IMG_5965
Lama sangat tak naik flight ada makan kan.. 2x dia bagi makan.. oh ye, perjalanan ke Iran makan masa dalam 8 jam ke 8 jam setengah.. takde transit.. kawan kami yang dari Indonedia naik etihad, diorang transit istanbul.. best kan..

IMG_5971
Almost there

IMG_5973
There already.. time ni memang rasa sejuk dah.. Iran lambat 4 jam setengah dari malaysia.. kami sampai dalam pukul 7 pagi Malaysia, lebih kurang 3.30 pagi.. terus kitorang exited bila sejuk kan.. kalau keluar asap mesti lagi exited..

IMG_5974
IMG_5983
IMG_5984
IMG_7259
Airportnya just nice.. tak besar sangat.. dekat sini ramai yang tunggu orang, siap ada bunga.. aku pun tak sure bunga sempena apa.. aku dengar ada yang cakap depa nak sambut atlet balik..

IMG_5986
kawan aku pergi beli simkad data dekat sini.. kami tukar duit usd sebab dekat malaysia tak jual duit iran.. ok, duit iran ialah unik sikit.. Duitnya dalam Iranian Rial, tapi kalau jual beli mereka suka guna toman.. toman ni korang buang 0 je kat belakang.. 1,000 toman = RM1.20.. kalau dekat duitnya nombornya ialah 10,000 iranian rial.. aku dan kak yati macam tak berapa faham kenapa kena ada banyak kosong lepas tu pakai shortcut.. mungkin macam 1k kot.. tapi kalau 1k tu banyak juga kan buang kosongnya hehehehe..  kawan aku beli yang 3G, dalam 10 USD tak salah aku.. USD diterima lagi dekat airport.. pelan asalnya kami nak tukar duit dekat sini tapi entah kenapa tak jadi.. pelan bertukar untuk nak tukar duit dekat lecturer iran, which is pada aku tak berapa wise decision.. aku ialah orang yang suka cuba benda-benda yang jual dekat kedai runcit tempat aku travel, contoh air kotak dia.. jadi bila takde duit iran memang rasa ralat la tak dapat beli.. pulak tu kitorang memang takde singgah tempat shoping sangat.. jadi ralatla bila tak tukar siap-siap.. take note ye untuk korang yang travel jauh dari bandar Tehran.. dan lagi-lagi kalau yang travel sebab event.. kena ikut yang orang plan untuk kita..

IMG_5987
dia boleh cakap english.. aku nak pergi beli kabel hp aku, boleh pula tertinggal.. rasa dah masuk dah dalam beg wayar-wayar.. kabel dekat sini dia jual 20USD.. ko ghase? aku tukar 80 USD je kot.. tu pun banyak lagi tak habis.. pelik kan aku tak habis duit.. yana tak habis duit..

IMG_5988
huruf kaf ada macam baris atas tu bunyi macam hruf G ye.. comel kan..

IMG_5989
Setting waktu solat.. ada ralat dalam 10 minit lagi lewat.. jadila untuk panduan.. oh ye azan dekat sini ada nama Ali.. aku terkejut juga sebab first time dengar.. assolatu khairu tu pun mereka tukar juga.. Semoga kita sama-sama diberi hidayah untuk terus dalam redha Allah..

IMG_5990
Peneman dekat sana.. berjaya aku habiskan.. aku beli dekat KLIA.. tertinggal buku yang nak bawa.. travel kali ni aku culas sikit, banyak benor yang lupa..

IMG_5994
Bank di airport.. kalau tak takut kena saman, buatla loan.. hehehe

IMG_5996
IMG_7260
surau mereka.. takde tempat wudhuk sebab mereka wudhuk style sapu-sapu je.. standby selipar boleh basah ye kalau kasut korang tak boleh kena air, kot sayang kasut ke kan.. bawa selipar yg macam selipar hotel tu pun ok.. baru perasan bila aku travel ke iran ni takde singgah masjid..

IMG_5998
Kami gerak lewat juga ke Rasht sebab tunggu arrival peserta negara lain.. dalam 5.45 pagi rasanya baru gerak.. Naik bas, bos aku cakap dalam 4 jam, tapi 6 jam juga baru kami sampai..

IMG_6001
Basnya memang selesa.. aku tidur setidur tidurnya.. hehehehe

IMG_6006
Antara gambar bila jaga hehehe.. aku jaga bila diorang berhenti untuk sarapan.. kak yati kata view memang cantik habis sepanjang jalan..

IMG_6009
Nampak tak gunung belakang tu.. serius macam tengok dalam jejak rasul..

IMG_6015
IMG_6017
IMG_6018
Bila sampai sini kami macam blur nak buat apa.. kitorang masuk kedai runcit dia, ingat nak beli roti.. bos aku ada lagi duit iran.. sekali sekretariat panggil cakap mereka dah book tempat sarapan..

IMG_6020
IMG_6021
Banyak jenis roti diorang.. kek pun banyak..

IMG_6022
IMG_6023
IMG_6024
Antara hajat aku yang tak kesampaian.. nak try air-air ni.. mungkin rezeki nak datang lagi kot hehehe

IMG_6031
aku sempat paw bos air ni.. sedap tak pahit..

IMG_6027
IMG_6028
IMG_6030
nombor meja.. smart kan..

IMG_6032
Kupon buffet.. lebih kurang RM20 lebih.. okla.. foodnya memang banyak, cuma tak tau boleh terima ke tak je kan..

IMG_6033
Iran bukan pemedas.. kalau suka pedas, better bawa siap-siap cili sos.. cili api diorang ada, boleh minta.. tapi tak pedas macam cili api kita la..

IMG_6034
sini memang banyak jem.. macam-macam jenis ada.. kata kak yati, dekat sini exited makan roti dengan jem.. dekat Malaysia takde pula suka kan..

IMG_6035
yang mi tu macam spageti.. okla, acceptable untuk aku.. cuma menu memang sama je.. menu hotel yang kitorang stay tu pun sama juga..

IMG_6037
Bila ko dah duduk je.. nanti ada orang letak roti sepelaung besar.. terkejut aku, nasib tak cakap i dont order it.. hahaha, patutla semua meja ada kan.. hehehe, roti lembut dan nipis pada roti nan..

IMG_6041
Muka belengas dah 10 jam tak bertukar dari Malaysia

IMG_6042
Beria kumpul jem, lepas tu aku tertinggal dekat hotel..

IMG_6043
IMG_6044
nampak tak buku pengarang rich dad poor dad.. bahasa iran ok

IMG_6045
Antara kedai dekat situ.. macam ala-ala R&R.. tapi duit takde kan..

IMG_6048
Dekat kawasan parking ni ramai je orang lepak berkhelah.. kagum aku, mungkin sebab panas diorang bukan panas terik kan..

IMG_6051
ok, sambung naik bas balik..

IMG_6053
oh ye, time dekat airport kami belajar orang Iran panggil toilet WC.. mula-mula pelikla kan awat WC.. dekat shoping komplex baru tau maksud WC.. water closet.. comel kan.. dekat airport KLIA time kitorang balik tu, ada orang iran tanya dekat kedai coklat situ, WC.. kitorang kagum dah pekerja kedai tu tahu.. rupanya diorang kata dah selalu dengar orang Iran tanya, jadi diorang pun faham hehehe

IMG_6054
Rasht: 158km lagi..

IMG_6057
IMG_6071
IMG_6077
View yang Subhanallah sangat..

IMG_6091
Tol depa.. tol is every where..

IMG_6095
Sini banyak berhenti-berhenti.. aku inspection kadang-kadang.. aku sampai sekarang masih misteri pakcik ni jual apa..

IMG_6099
Alhamdulillah sampai hotel.. pukul 12 tengahari lebih kurang.. sejuk lagi weh..

IMG_6100
IMG_6101
Training kami.. Alhamdulillah, aku masih rasa macam mimpi.. tak ada apa yang mustahil kan untuk Allah..