Showing posts with label Kyoto. Show all posts
Showing posts with label Kyoto. Show all posts

Oct 20, 2020

Japan Solo Exploration: Full Itinerary and Costing

 Assalamualaikum..

Aku rasa aku tak pernah share lagi iti jepun aku.. so here we are.. aku try letak the excel format dalam drive. harap-harap boleh download.. aku cuba copy juga dalam gambar.. aku try dari excel nak ke jpeg tak jumpa.. so aku covert to pdf to jpeg.. tapi saiznya jadi halus betul.. so aku buat setting dia guna orginal size, then kecikkan sikit.. harap-harap tak terkeluar skrin la kan.. sebab aku personally ada rasa tak best kalau baca blog orang nak kena click baru dia zoom.. kalau oversize pun tak best.. aku suka besar terus hehehe.. harap-harap tak annoying la.. aku try preview macam ok.. 


shopping street tu aku skip sebab tak dan masa.. 


Day 5 aku masih tak complete sebab aku letak rough route.. aku plan details dekat sana.. mana tah aku save.. tak jumpa dah.. kansai pass bawah tu aku cuba kira kos perjalanan aku berbaloi tak beli.. aku silap part bas airport tu.. aku letak juga peta incase hp aku tak working.. at least kalau sesat boleh la baca map.. or tanya orang ikut map.. aku create group wasap untuk all documents aku.. iti, insurans.. so ada backup softcopy dan hardcopy..


medical dan makanan declaration.. aku print.. ada juga di excel itinerary aku share..


Ok, here is the costing for your perusal.. amboi, ayat macam emel.. mentang-mentang wfh kan.. hehehe.. trabee yang baru ni aku tak familiar sikit.. lain dengan yang lama.. 


Day 1= RM402.78




Day 2: RM931.98




Day 3: 1,812.90


Day 4: RM413.59






Day 5: RM694.42


Total expenses aku.. trebee yang baru ni aku tak jumpa details spending dekat mana.. dia keluar peratus yang paling tinggi je.. kos yang tak masuk ialah: 

-flight = RM1,247 include luggage pergi balik 20kg.. balik aku tambah time dekat osaka dalam 20kg lagi.. tak sangka aku angkut barang 40kg untuk balik.. dahsyat..aku tak ingat tambah berapa.. dalam RM80 kot..so total ialah RM1,330
-insurans = RM103
-osaka amazing pass = RM124
-Kansai Pass= RM159
-wifi= RM72

So actual total kos ialah RM4,330 + RM1,700
= RM6,030


Kalau tolak kos shopping, actual kos aku untuk perjalanan ialah RM3,450.. kalau pandai bajet boleh murah lagi.. kalau tak ambil luggage tak salah aku RM800.. aku beli setahun tiket.. kemudian-kemudian baru add on luggage.. so actual belanja kalau tolak luggage aku lebih kurang RM2,900.. rate aku pergi dulu tak salah 1 yen = RM0.037.. sekarang dah 0.04.. so here, is the real finale and break up point with osaka.. till we become couple again Osaka.. 

Oct 19, 2020

Japan Solo Exploration: Day 5- From Kyoto to KIX: Sayonara

 Assalamualaikum..

Haihh... entry second last uols.. entry budget will be the last one insyaAllah.. in denial juga nak habiskan entry japan ni.. aku try recap balik.. tak salah aku flight aku pukul 10 malam.. by 3pm, aku dah bergerak nak menuju ke airport.. lepas babai owner yang baik hati, aku gerak.. owner inn tu kagum dengan barang aku yang banyak.. jangan kata dia, aku masih kagum lagi bila fikir balik gigihla aku bawa semua tu.. owner ada bagi aku biskut kapal perisa sakura.. they are super sweet, and the flavour also too sweet for me.. untuk ke airport, aku naik train yang betul-betul sebelah inn aku.. masih lagi snow.. cuba merakam apa yang boleh dengan mata, cuba menyimpan apa yang mampu dengan hati..







alhamdulillah nak balik ke osaka ni aku lebih tenang berbanding time pergi.. mungkin hari siang, plus aku dah pack elok sikit.. osaka tu kan ada beg kucing besar tu..struggle tetap ada, tapi cool.. aku banyak kali je berhenti.. to maintain my coolness..


aku turun di Kyoto station.. besar betul.. aku memang aim nak naik bas untuk ke airport.. sini orang agak ramai.. mungkin sebab hari ni hari ahad juga


kena melintas untuk ke tempat bas aiport..


macam biasa, aku berpusing-pusing cari mana tempat bas.. eh aku cite dah ke perjalanan balik aku.. ok, dah semak entry lepas.. aku belum cerita lagi.. tak salah aku malam last aku di Kyoto, aku plan route nak balik.. ada few option.. aku still ada lagi Kansai Pass.. initially aku plan nak guna Kansai Pass untuk naik bas airport.. sekali bas airport tak termasuk dalam pakej.. tiket bas ialah 2,600 yen = RM97++.. banyak tu pada aku sebab Kansai Pass dah RM170, untuk 2 hari.. setelah timbang tara, aku pilih naik bas airport juga atas faktor aku malas nak transfer train banyak kali.. trauma hari tu masih belum habis hehe.. so, pada pandangan aku, tak amik Kansai pass pun takpe kalau pace travel kita slow and steady.. aku cuba juga nak fast and steady, kudrat tak mampu.. mungkin kena workout dulu sebelum travel.. lol, even aku tak percaya diri aku sendiri nak workout..

Kalau dah nampak sign ni, kira anda di jalan yang betul.. beli tiket bas dengan mesin.. alhamdulillah aku tak tunggu lama sangat.. sempatla aim timing bas yang aku nak naik.. paling teruk aku kena sampai aiport ialah pukul 8 malam.. aku tak ingat kekerapan bas.. jap aku cari..


link.. kalau dari Kyoto station agak banyak.. lebih kurang sejam sekali..



lega betul nampak bas.. guess what apa yang aku tak sabar.. T.I.D.U.R.. penat weh..


strawberi omak den.. eh salah, nak tunjuk tiket sebenarnya hehe..


aku duduk depan.. rindunye jepun.. 


bas ada berhenti few places.. aku tak ingat dekat mana.. tapi dalam bas memang tak ramai orang.. less than 10




ni jalan highway berpusing-pusing..panjang jalannya.. antara impian aku di jepun ialah nak drive.. sebab banyak tempat cantik-cantik di jepun yang jauh.. aku plak fail bab naik bas.. maybe kena pergi dengan geng.. baru berbaloi bawa kereta..


dah nampak rumah city style.. dah selamat keluar dari Kyoto aku kira..


aku sampai lebih kurang pukul 7.. bas ambil masa dalam 1 jam setengah.. berbaloi la aku rasa naik bas.. selesa.. kita dah last day biasanya semangat adventure dah kurang.. or mungkin aku je gitu.. orang lain mungkin full pledge energy depa kan..



aku balut 2 beg tak salah.. aku ada beli beg spiderman yang besaq dekat USJ.. so aku kumpul barang yang handcarry masuk dalam tu.. yang dalam beg pack pun aku kurangkan mana yang boleh.. lepas dah drop beg memang lega habisla aku.. sempat aku charge hp.. power bank aku dah selamat habis.. cukupla caj untuk call dekat Malaysia nanti..


antara area aku explore untuk cari souvenir lagi.. sini banyak keychain cantik-cantik.. aku beli untuk geng gegirl.. aku kan tak pergi kedai area ferris wheel tu.. situ mungkin banyak souvenir cantik.. aku beli beg kitty juga dekat sini.. cantik-cantik souvenir.. aku ada masuk farmasi juga.. usha buat kali terakhir.. 




ni pun aku gile tengok hehe.. comel betul mainan dia..



beli untuk kakak, abang dengan ain.. ahmad takde lagi time ni


aim lain dekat airport ialah aku nak try kedai ni.. banyak review cakap sedap.. satu-satunya kedai jepun aku makan time dekat sana.. kedai proper la.. convenience store punya food tak kira..



dalam bahasa pun ada.. #proudmalaysian



aku tamak.. sekali dapat tempura yang sama dengan set.. fish cake tu pun sama.. jenuh perabih..


total.. lebih kurang RM50 lebih kot aku rasa.. aku plan lepas makan nak usha lagi kedai-kedai.. tapi masa dah tak banyak.. so mohla kita check in..



welcome home Yana.. sama besar beg spiderman aku dengan beg tarik tu hehehe.. backpack dah kempis.. banyak sumbat dalam spiderman.. haihh.. aku sampai malaysia lebih kurang pukul 4 5 pagi.. minta adik aku ambil.. umi aku pun ikut.. aku serik naik cab, lagi mahal dari balik putrajaya.. balik tu borak-borak dengan adik aku, unpack.. seronok bila ingat balik moment.. 

Aku cuba list kan apa yang memorable untuk aku:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~aku lost 2kg uols.. haha itu yang come in my mind first... sikitla aku rasa kalau compare dengan total jalan dan total makan aku..2kg tu 2 hari aku dekat Malaysia naik balik dah..

~pengalaman angkut beg berat-berat naik public transport.. will i change it? tak rasanya.. aku enjoy tukar-tukar baju sebab aku suka tengok gambar lain-lain.. bila sejuk, outerwear tu yang mainkan peranan..so situ je barang aku dah banyak.. faktor kedua beg aku banyak ialah aku suka membeli.. untuk diri sendiri dan orang lain.. membeli ikut yang aku mampu la.. so, to the next journey with lots of bag.. hehehe #takpernahserik

~me time.. lain feeling pergi sorang dengan berteman.. follow our own pace.. part tak best ialah bila rasa lamanya tak cakap dengan orang.. mungkin sebab tu aku banyak ambil video, gian nak bercakap hehe.. part lain, most of the time i'm enjoying it.. aku sukaaa berhenti ambil gambar.. setting tripod is one of my in things.. kalau ada buddy ambilkan best, tapi ada certain angle aku suka yang guna tripod.. aku boleh adjust ikut frame yang aku nak.. selain dari itu, aku tak kesah sangat part makan.. so aku makan ikut dan je.. aku kurang sikit kalau trip food hunting.. i am more to scenary hunting aka bergambar.. aku suka impromptu plan.. ni geng toba aku pun gitu.. ada tempat yang aku study awal, ada tempat yang aku redah time dekat sana.. contoh, ronda basikal dan berhenti minum starbucks sejuk time cuaca sejuk.. simple moment yet meaningful to me..

~first snowfall.. alhamdulillah dapat merasa di 2 tempat.. terus terbayang anak buah aku mesti exited ni.. kakak exited sebab frozen.. abang exited by being himself.. hehehe.. doakan aku boleh bawa diorang main snow, amin

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thats all kot.. dulu-dulu aku selalu takut nak explore jepun sendiri.. aku mana faham nak baca map dia.. first aku ke tokyo dulu pakai ejen.. tapi sebenarnya boleh je korang.. kalau aku yang baca waze pun sesat boleh, korang pun boleh.. bak kata tok jack, sesat dengan pengalaman sendiri tu yang berharga.. gigih aku cari balik buku dia.. "plan sendiri, bajet sendiri, barulah kesilapan dipanggil kenangan".. super true.. tok jack dah keluar buku baru dah.. nanti bole beli.. 

To Allah tempat aku lafazkan syukur.. Alhamdulillah.. moga diberi kesempatan lagi explore his world before we explore afterlife world in heaven.. amin..

Aug 1, 2020

Japan Solo Exploration: Day 5- Gion Street with sesat barat

Assalamualaikum..

Baca tajuk pun dah boleh faham halatuju isi entry aku kan.. hehe.. yeah, siri sesat bersambung.. aim last place aku sebelum ke airport ialah nak ke Gion Street.. macam owner rumah bagitau, aku patut gerak ke airport paling lewat pukul 3.. flight aku 10 malam.. kyoto nak ke kansai makan 2-3 jam for normal people.. untuk aku, ke tambah 1 jam minimum.. hehe dengan sesat, dengan penat, dengan banyak barang..

kisahnya, Gion street ni dekat betul je dengan hostel aku duduk.. petang yang aku round dengan basikal tu boleh sangat kalau aku nak ke sini.. ini ialah the right definition pengalaman mengajar kita.. tok jack road to japan pun selalu pesan gitu.. sesat itu bermakna.. untuk ke gion street dari bamboo forest, aku perlu naik train dan bas.. kesesatan aku bermula dengan bas.. kisahnya google map aku pening time ni.. huru hara dah aku.. oh ye, to be safe when travel, aku sceencap siap-siap route.. incase internet tak working.. tapi untuk route bas, aku kena jalan ke stesen.. itu yang part screencap tak membantu sebab dalam screencap macam dekat je hahaha


mula-mula aku turun train.. exited tengok salji lagi.. time nak exit ni aku dah pening juga.. hehe.. 2 3x aku patah balik dari jalan aku keluar sebab mapnya either aku tak pandai baca atau dia tak bergerak-gerak time.. aku patut cari stesen bas


and aku yakin aku jumpa time ni.. sebab nama sama.. alhamdulillah




siap boleh makan-makan lagi sambil tunggu hahaha.. bila aku naik bas ikut nombor bas, aku makin pelik.. sebab bas tu makin menjauh.. ahh sudah.. kalut dah aku.. so bila dah makin menakutkan, aku turun.. one the mistakes that aku buat ialah tak beli daily pass untuk bas.. boleh je beli dekat driver.. sebab kalau korang macam aku, baik beli dari awal.. so aku turun.. aku bajet, aku lintas jalan, then naik je la kan bas yang sama nombor.. tak jadi uols.. aku tak tahu nombor bas sebab gps pusing-pusing.. haha.. sekarang bolehla gelak kan, time jadi tu boleh bikin amarah juga kan.. time aku sesat tu aku jumpa mart ni, so mehla kita masuk.. sebab mart nampak besar.. aku masih belum giveup cari susu pisang lagi


perghhh macam dalam cerita korea kan dagingnye


takde takde n takde hahaha.. kotak hijau atas sekali 2 dari kanan tu green tea aku minum.. tak kuat sangat pahit tea dia.. seronok jumpa dekat sana hehe


takde.. takde.. hahaha.. aku beli strawberi untuk mak aku.. jadilah kan.. kisahnya time dekat sini hp aku habis bateri.. eh bukan, internet aku punya device yang habis bateri.. so scary..




Alhamdulillah at the end aku jumpa jalan sebenar.. nak dijadikan cerita, dalam bas tu aku terlelap sebab penat betul.. so bila nak turun tu, aku perasan dah aku takde siling.. aku fikir biarla, malas nak ambil baki.. kad aku dah habis balance, kena bagi cash.. sekali aku kena marah dengan driver bas weh.. sepatutnya siling aku, aku kena tukar jadi nilai kecil dulu.. then baru masuk dekat bayar.. kalau nak tukar duit kertas ke siling pun ada.. yang tu aku nampak.. so, bila aku kena marah tu aku blur.. aku dah la mamai.. pastu tak faham dia marah kenapa.. ada juga orang jepun nak tolong aku, tapi drebar suh aku turun je sambil tunjuk-tunjuk tangan.. perghh, menusuk weh.. nangis juga aku dekat situ.. haha.. emosi bangun tido tak stabil.. maybe he had bad days kan.. pengalaman juga la untuk aku..


first aku pergi bila turun tu ialah temple ni.. one of attraction dekat gion district





ada banyak food jual tapi aku malas explore.. masa pun dah suntuk time ni..



cute kan.. 




kalau banyak masa ada juga rasa nak masuk.. eh, malaysia pun ada..


Aku jumpa gion district tu.. bila time aku give up dah.. Allah is always with us kan.. Alhamdulillah memang sama macam dalam gambar.. cuma menara landmark dia aku tak jumpa.. dekat area situ dia buat no photos.. so aku memang tak berani ambil.. nampakla ada poster persembahan geisha dia.. kalau baca blog yang aku refer untuk Kyoto, dia siap dapat bergambar dengan geisha.. dia tak panggil geisha.. aku lupa dah.. haa, Maiko dia panggil.. boleh refer entry ni.. seronok tengok.. district yang dia jumpa Maiko tu la yang aku cakap dah ada sign tak boleh bergambar.. siap ada polis jaga..

dekat sini aku starbucks tatami style.. aku tak jumpa sebab tak cari.. serius rasa nak pergi sini lagi.. sebab aku enjoy old building punya sentiments.. rasa tenang.. aku jumpa juga tshirt ayah dekat sini.. susah betul nak cari tshirt color.. yang aku beli pun tak colar..




dalam perjalanan balik.. more or less, jalan ni sama macam aku naik basikal time hunting convenience mart.. gps pun Allah mudahkan untuk aku..


nampak tak kedai India..


time aku balik ni, aku lalu jalan belakang.. rasa satu kerugian sebab aku missed this view.. but Alhamdulillah dapat juga aku lalu walaupun kejap.. sungai dia clear.. tenang je.. ni kalau duduk termenung best ni


the snow.. boleh nampak orang tengah shoot dekat belakang tu kan..



jejambat ni penghubung nak ke hostel aku.. nampak tak the itiks.. haha.. rindu sungguh..


antara last moments aku dah salji.. next entry, to the airport we go!