Dec 20, 2013

Saat yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum..

 

Oh oh..aku ialah mood exited mahu jumpa member-member UTM..asalnya plan nak jumpa last week tapi cancel sebab tak semua available..alhamdulillah minggu ni tiba-tiba semua ok (except zaf Crying face)..last kitorang jumpa secara santai-santai ialah time ain preggy dulu, dan kali ni jumpa pun dia tengah preggy kali kedua..haha sangat coincidence..terus diorang cakap ain pregnant ialah jadi bench mark untuk kita hangout

 

Kitorang jumpa je kalau time raya ke, makan-makan ke..tapi tak sempat nak borak dengan hebatnya..kali ni insyaallah dapat bermalam bagai, habeslaa..oh ye, bermalam sekali dengan pakej anak-anak..haha~ 1st time ni..looking forward =D

 

Last event lepak dengan lama

Sep 3, 2013

So..ini cerita raya aku

Assalamualaikum..

Da mengantuk sebenarnya, tapi sebab bukan selalu mood nak menulis datang..kita tahankan dulu mata..aku selalu macam tu, konon-konon larat nak tido lewat..bila bangun esok memang menyesal bagai sebab tido lewat..konon-konon da tak nak tido lewat dah keesokannya, hmmm..ikrar yang takde kesudahan..

Syawal dah nak habis dah pun..sama je sebenarnya raya aku dengan raya-raya sebelum in..cuma yang lainnya part baju raya je, jadi entry ni adalah bertujuan semata-mata nak tayang baju raya..haha, takdela..aku pon kompius kenapa aku tak share gambar raya dekat FB..jemu barangkali,duk tengok pic orang je..macam biasa, malam raya kitorang bakar sate, takde gambar pon..cuma seronok2 meraikan kemenangan/ ketibaan shawal..pagi raya pulak, siap2, makan2, solat raya, g kubur, jalan-jalan rumah sedara, sambung tido balik..hehe, kalo dulu cite pasal pagi raya boleh dapat 3 4 perenggan, sekarang satu ayat dah boleh cover semua cerita..teringat pulak zaman buat rumusan time SPM dulu-dulu..eh ke time PMR ek..hehe

IMG_4092
Ziarah kubur arwah tokki aku..abaikan time dekat pic tu, adik aku Mai p ikut setting time India..korang tambahlah 3 jam untuk tahu waktu sebenar..nenek aku tak larat nak ikut..geng-geng muda remaja je yang pergi, umi aku termasuk geng muda remaja ok..hehe

IMG_4099
Raya rumah bestfren umi..umi duk ralit borak, kitorang ralit tengok emma maembong..banyak kot cite emma keluar time raya

IMG_4080
Gambar wajib umi dan nenek aku..mananya nenek aku nak bergambar sangat..aritu mai konon-konon nak ambik gambar 3 generasi, dia umi n nenek aku…nenek aku duk bising-bising..dalam duk bising-bising tu mata dia tengok jugak kamera..nenek sapela yang comel sangat tu kan..hehe

IMG_4116
IMG_4118
Tempat wajib macam biasa setiap tahun

IMG_4127
IMG_4129
IMG_4137
IMG_4138
IMG_4139
IMG_4140
IMG_4142
IMG_4143
Tiba-tiba aku terfikir..zaman kita muda-muda dulu time takde kamera kita buat apa ek time pagi raya..sekarang kan sikit-sikit ambik gambar..ni pon da kurang sebab aku da liat nak berblog..tiba-tiba terfikir..agaknya time kita kecik-kecik kita lebih hiraukan nak collect duit raya kan..

IMG_4171
Ini pulak adalah sepupu-sepupu aku..da besar da pun semua..admire aku dengan warna tema diorang..makcik aku memang master habis bab-bab pilih color tema..ok, selesai cerita raya hari pertama..

IMG_4214
Ni haa gambar 3 generasi yang mai nak amik tu..nampak tak nenek aku? ke korang kompius mana 1 nenek aku, haha..sorry Mai,ak gurau kasar..hehe

IMG_4216
Adik irah n da geng malam kedua raya baru sampai..tu yang takde pic depa time raya 1st..budak-budak ni la penyeri raya aku..ehh, adik irah da pandai buat peacela..aku baru perasann, teruk betul kakak sepupu ni..time hantar mai p belajar dulu dia tak pandai lagi..

620407_430608786977590_133123774_o
Genap setahun da pandai da buat peace..hehe

IMG_4252
IMG_4257
Pic raya keberapa tah..tak ingat dah aku..hehe, tahun ni baju raya aku 2 helai je..yang lain-lain rembat umi aku punya..kebetulan pulak banyak kain yang umi upah jahit siap time raya..anak-anak umi sedia menghabiskan baju baru umi hehe

Apa lagi aktiviti raya aku? tahun ni lain sikit aktivitinya sebab selain dari beraya, kitorang banyak p bercuti-cuti..p yang dekat-dekat je..time dekat Kelantan, kami bermalam ni Tok Aman bali..aku pernah share rasanya tentang ni, yg umi aku kata aku ketua rombongan untuk budak-budak ni..cuba korang kira berapa jumlah kanak-kanak dalam kawalan aku..ila n mai tu pon kena kira sekali sebab diorang pon level kanak-kanak jugak..hehe

IMG_4291
Depan chalet..gambar bilik takde plak, tapi memang maveles sangat..bila beramai-ramai dengan budak-budak baru aku faham perasaan ibu-ibu, memang rasa asik nak menjerit je aku..hehe, cepat sangat hilang sabar dengan budak-budak ni..budak-budak kalau sorang, mereka masih comel lagi..cuba dia jumpa geng dia 4 5 orang, habis tak dengar langsung cakap..hehe, eh tapi aku seronok je lepak dengan diorang..kalau tak nakal tak namanya budak-budak kan..

IMG_4302
IMG_4311
IMG_4322
Gambar malam je ada..gambar siang tak amik langsung sebab duk ralit main dekat pool dia..yang paling ralit sekali confirmla aku kan..hehe sepupu2 aku da bagi pesanan, “tahun depan kita pergi lagi ye kak yana..”..pengsan..eh awat aku yg nak pengsan? penginapan ditaja oleh umi dan pakcik aku..hehe, so aku tak layak pon untuk nak pengsan..

IMG_4383
View dari luar..

Time raya tu jugak, celebrate birthday adi, 12/8..pic ramai-ramai takde sebab semua tengah tak sempurna..1 pic ni je yang sempurna..
IMG_4391
Pic sempurna kek sebab belum kena potong hehe

Aku rasa aku dah cover semua cite beraya di Kelantan..Insyaallah ada 2 3 cite lagi aku akan sambung jika ada kelapangan..cite pending adalah 1) cuti2 di Gambang dan 2)Aki nikahhhhh =D Selamat malam korang!

Aug 3, 2013

Last entry di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

 

Tengah hang sebenarnya ni..ambil masa untuk release di blog konon-kononnya..hehe, insyaallah esok malam kami sekeluarga akan gerak balik kampung..nak share info yg aku dapat time bukak puasa hari tu..10 malam terakhir Ramadhan = mencari malam lailatul Qadar.  Opis aku jemput Dr Sukki untuk bagi tazkirah before bukak puasa.

 

Ustaz share, kalo ikut calculation Imam Shafii berdasarkan kebiasaan beliau, Kalau 1st puasa hari Rabu, pengiraan beliau malam lailatul qadar jatuh pada 29 ramadhan. Ada lagi satu calculation, dalam surah Al-Qadr, perkataan lailatul qadar disebut 3x, huruf lailatul qadar ada 9, jadinya 9*3= malam 27..ini simple calculation. Ustaz bagitau tak kesahlah malam keberapa, yang penting kita kejar..

 

oh ye, malam ke-27 jatuh pada malam aku balik kampung..hehe, ustaz cakap orang dulu-dulu kalau malam 27 tu macam ada pesta dekat masjid/ surau..siap sembelih lembu bagai..kita sekarang je macam tak kesah kan..jadinya, siapa yang sama-sama plan nak balik kampung malam esok, marilah kita berhenti untuk solat sekejap..boleh buat hilang ngantuk nak drive jugak kan..peluang yang datang sekali sekala kita ikhtiarkan jugak untuk nak kejar..1000 bulan= 83 tahun..masih adakah nyawa kita sampai 83 tahun..

 

Okeh, nak share lagi satu..aku ada problem cakap laju..memang kalau ada speed trap dalam halaju percakapan aku rasa akulah orang yang kerap sekali kena saman..haha, aku perasan jugak aku memang cakap laju..tapi akhir-akhir ni makin menjadi-jadi..problem aku ialah bila aku try cakap slow automatik suara aku jadik slow jugak..hahaha susah mahu reset…patutlah Allah belum rezekikan aku untuk jadik cikgu..kalau tak tercengang anak murid aku tak faham sepatah apa aku cakap..hehe, alkisahnya semalam aku duk explain dekat bos aku pasal keje, 2 3x diorang stopkan aku sebab aku cakap laju sangat…maluuuu..hehe, any tips korang?

 

Ok, itu sahaja dari aku..untuk yg nak balik kampung jauh, drive safely..semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan yang akan datang..Amin

 

191949_4037002136402_1015814804_o

Gambar raya tahun lepas..kerinduan

Jul 16, 2013

Ahlan Wasahlan Duhai Ramadhan: Balik Kampung Mood on

Assalamualaikum..

 

Alhamdulillah, dah hari ketujuh kita diberi peluang untuk berpuasa.. Selamat berpuasa aku ucapkan kepada semua rakan-rakan..tak terlambat lagi rasanya aku nak minta maaf kalau ada perbuatan aku yang buat korang tersinggung..Semoga kita semua diberikan rahmat pengampunan dan keberkatan dibulan ramadhan..

 

Bila dah mula puasa, mood exited nak balik kampung dah ada menjelma sikit-sikit..time raya nanti la biasanya aku dan keluarga ada kesempatan untuk cuti lama-lama di kampung..tapi sekarang aku tengah control feeling nak balik kampung, takut-takut lupa diri yang kena celebrate nikmat ramadhan dulu..entah ketemu lagi entah tidak..sayu..oh ye, aku nak share pesanan penaja dari ayahanda..kadang-kadang msg ayah aku bagi selalu buat aku tak percaya ayah yang hantar..hehe

 

Photo 15-07-13 9 51 11

hehe..terima kasih ayah sebab ada untuk ingatkan kalau-kalau aku terleka

 

Umi aku pulak, aku rasa dia rindu adik-adik aku..dekat rumah ada aku dan adik aku yg ketiga,aki..yang lain-lain jauh dari rumah..umi aku cakap bila dia nak masuk lauk yang adik-adik aku yang lain punya kesukaan, dia cakap mesti tak jadi nak masak lauk tu..umi aku cakap tunggu adik-adik aku balikla baru masak lauk tu..aku pulak saje nak buat-buat tacing, aku cakap “habis tu, lauk feveret kitorang macam mana mi”..hehehe, esoknya terus umi aku masak ayam masak merah kesukaan kitorang..hehe, kasih ibu memang sangat-sangat buat kita terharu..terima kasih umi..moga Allah sentiasa lindungi dan rahmati ibu dan ayah kita semua..amin

 

oh ye, sebut pasal kampung aku nak share beberapa gambar time aku balik kampung bulan 5 aritu..kitorang pergi pantai pukul 1-2 petang..gila terik matahari time tu, tapi adik-adik sedara aku bila nampak pantai depan mata, matahari menyinar sebegitu terik pon depa buat tak tau je..hehe, faham sangat..kita pon pernah jadi budak-budak kan..

 

IMG_1764

Adik-adik sedara aku yang teruja sangat..kitorang pergi pantai tok bali, eh ke pantai bisikan bayu..hehe, sangat bukan anak jati kelantan..tempat ni berdepan dengan tok aman bali resort..umi n pakcik aku booking dekat ctu untuk raya nanti..seronok depa nanti..umi aku pesan aku jadi ketua kumpulan..mood: pasrah

 

IMG_1766

IMG_1778

IMG_1783

IMG_1800

IMG_1830

IMG_1843

Macam biasa, aku bias dengan adik irah..hehe, sebab comel sangat maka terpaksala korang tengok pic dia banyak kali..

 

IMG_1787

Dan ini adalah adik pada adik irah..adik zahir..hehe, lelaki ye ni korang..makin besar makin comel..ni 1st time dia mandi pantai dan dia tak tkut langsung..kagum aku

 

IMG_1789

IMG_1796

IMG_1798

IMG_1801

tak macho langsung adik zahir..hehe, panas punya pasal

 

IMG_1803

IMG_1861

sengih-sengih dia hepi bila mak dia mandikan dia..

 

IMG_1850

Ending entry adalah gambar adik irah nangis..haha~emosi budak-budak kan..5 minit gelak, tiba-tiba nangis..selamat berbuka semua =D

 

PS: mood exited nak tunggu adik aku yag bongsu balik

Apr 23, 2013

Sarawak wok!

Assalamualaikum..

 

Nak minta tolong siapa2 yang baca doakan untuk audit opis aku esok..moga-moga Allah mudahkan ke arah kebaikan..amin

 

wokeh, selasa minggu lepas, aku and geng2 opis dalam 5 orang terbang ke sarawak wokkk..hehe, tajuk entry sama dengan tajuk save album gambar..kitorang pergi upm cawangan bintulu..baru kutahu bintulu dengan kuching jaraknya 12 jammmm…oo makaihhh, lagi jauh dari nak balik kelantan..aku 1st time jejak sarawak..exited sangatttt..niatnya up entry ialah untuk nak share gambar je..bercerita adalah sambil2..kitorang gerak selasa pagi, rabu malam terus cabut balik..memang sangat semput, kalau ikut rasa hati nak cuti hari khamis tu tapi sebab preparation untuk audit masih tak setel, kugagahkan jua menuju ke opis..hehe dramatik plak..

 

Tiba di Bintulu..

IMG_1576

Gambar dalam flight amik dengan hp aje..da kurang exited amik gambar dalam flight..maybe sebab pergi untuk kerja..eceh, fokusla konon-konon..hehe..touch dalam dalam pukul 2 petang macam tu..ini adalah sungai yang panjang dan tak salah aku dia bertembung dengan laut..dari dalam flight da nampak

 

IMG_1586

View dari dalam kereta jugak..tenang je pemandangan sebab hijau sangat buminya..

 

IMG_1590

Sampai di hotel..hotel memang tip top dan murah..rate government dalam 150++..wifi free, super duper awesome!

 

IMG_1593

Bilik ni aku sorang yang punya..mula-mula dapat bilik katil queen sorang satu..aku n kak yus request nak bilik yang ada adjoining door..dapatla bilik katil 2 single, katil single pon besar sangat kot..

 

Jalan-jalan cari bekalan ke tanah air

IMG_1606

haha~tajuk tak nak kalah..eh tapi betullah, pergi sabah sarawak rasa macam pergi oversea..mungkin sebab peralihan waktu dia..cuaca oversea tapi orang-orangnya ialah Malaysian..boleh gitu..hehe, sebab masa petang pun tak banyak, kitorang aim siap-siap nak beli apa..aku aim kek lapis, baju I love sarawak (aki n ila gigih mengumpul baju I love), tabaloi dan ikan apa tu..alaa, lost word..korang tau kot ikan apa..cuaca alhamdulillah ok, matahari terik jadi lighting super awesome..kalau korang rajin cuba kira berapa perkataan super awesome yang ada..hehe

 

IMG_1607

Ini pasar bintulu..pasar kering tempat jual sourvenir..ada tempat makan jugak..

 

IMG_1608

Kitorang pusing dekat tingkat atas je..bawah jual barang-barang basah..

 

IMG_1610

Keadaan kedai-kedai di atas..tak banyak sangat kedai tapi jumpa je barang yang aku nak..oh ye, dekat kedai kek lapis takde gambar..staf upm dekat sini bawak kedai yang dia biasa beli..dekat sini kawan aku cakap tak sehavoc dekat kuching..ye la kan, kucing kan ibu negeri..aku ni pon, macam compare kl dengan pasir puteh plak..eh walau apa pun, pasir puteh tetap di hati..Next kita ke pasar basah..

 

IMG_1612

Banyak sangat orang jual buah pinang..staf upm cakap diorang memang selalu makan pinang dengan sireh..kitorang duk kompius-kompius awatla banyak sangat orang jual..

 

IMG_1614

Kuih cincin sepuloh ringgit..ada sorang makcik tu dia jual sepeket 20 hinggit..terkejut sangat kitorang..padahal packaging semua sama kot..terus dapat gelaran ‘makcik kuih cincin 20 ringgit’..hehe

 

IMG_1615

Ikan bilis banyak..bila aku cite dekat umi aku, umi aku tanya kenapa tak beli..’krikk krikkkk krikkkkkk’ bunyi cengkerik keluar bila umi tanya..hehe, aku ni kalau tak pesan memangla tak reti nak beli apa..sebab takut beli nanti tak makan, kan jadi membazir..

 

IMG_1621

Kak yus cakap sedap masak ayam dalam ni..

 

IMG_1623

IMG_1619

view pasar basah..Geng-geng opis aku..yang pic dengan aku tu namanya kak nik..oh ye, dekat pasar ni ada jual ulat sagu..memang tak lah kan aku nak g tengok..bayangkan aje pon da rasa geli-gelian..

 

Minum petang

IMG_1628

Lepas da selesai beli barang hajat di hati, kami tanya staf situ dekat mana ada minum petang best-best..lalu kami dibawa ke sini..subhanallah, view memang awesome..pantai dia ialah jenis yang batu-batu tu..ala-ala pantai bali tapi mestila bali lagi awesome..takde amik gambar dekat-dekat plak sebab mata da layu..

 

IMG_1630

air kelapa di tepi pantai umpama lagu dan irama..

 

IMG_1631

1st time try..gorang isang cheese..kak yus kata dekat bandung memang banyak dan diorang jual komersil siap dengan packaging bagai..antara goreng pisang biasa dan goreng pisang cheese? pilihan di hati tetap goreng pisang biasaaa..hehe, lidah tradisional..

 

Sunset

Selepas minum petang, semua memang plan nak rehat dekat bilik je..collpase kot sampai-sampai terus jalan..tapi kan bila da dekat bilik jadi susah plak nak lelap..aku n kak nik plan nak cari makanan dekat kedai area hotell..asalnya, kak nik offer aku nak g pantai tak..aku cakap takpela kak, kita g makan je..sekali time otw ke kedai, aku nampak view ni..sanggup ke aku nak abaikan view secantik ini..

 

IMG_1635

Dari kejauhan nampak matahari da nak tenggelam..ikut rasa hati nak je berlari kejar kan tapi sebab fikir pakai kain, tertangguh hajat nak berlarian..

 

IMG_1637

Bila sampai ke hujung sini, sang matahari da selamat tenggelam..

 

IMG_1638

IMG_1641

IMG_1643

kawasan joging sebenarnya sini..sangat cantik kawasan dia..

 

IMG_1645

IMG_1648

IMG_1650

Burung berterbangan..

 

IMG_1651

IMG_1652

Beria-ia aku tunggu orang ni bangun untuk memancing..konon-konon nak seni seni..haha

 

IMG_1656IMG_1658

IMG_1663

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk cari view cantik ini..kami terus menuju ke kedai makan..fuhh berjaya buat entry..hajat dihati nak share gambar sunset je..2nd day punya cite aku rasa bakal terkubur la..haha~

PS: tak larat nak semak typo..selamat malam teman-teman