Sep 14, 2011

I think I’m just fine being single

Assalamualaikum..

 

Entry ni takde gambar tau..sekadar meluah rasa..so far da nak masuk 5 bulan aku single..for me,bulan yang pertama rasa kekok memang tak boleh nak dielakkan..bila dah biasa ada orang amik tahu hal kita,bila dah biasa nak pergi mana-mana bagitahu orang dan bila dah biasa cerita peristiwa mengujakan pada seseorang, dan tibe-tibe seseorang itu hilang dalam hidup kita..perasaan kosong memang susah nak dielakkan..5 bulan yang aku lalui ini memang 5 bulan yang betul-betul single..kalau sebelum ni, walaupon aku break,aku tetap ada somebody yang akan aku luahkan persaan..means that walaupon single tapi still ada teman tapi mesra..but now,I’m really single like really really single..

 

Ada orang cakap time single ni la kita boleh try segala perkara yang kita nak cuba sebelum kita sebenar-benarnya terikat pada seseorang..aku setuju dengan pendapat tu,tapi ada certain point atau certain masa dalam kehidupan sehari-harian kita, kita akan mempunyai perasaan untuk dimiliki dan memiliki..lagi-lagi kalau da sampai umur yang matang untuk menjalinkan sebuah perhubungan..tipulah kalau sikit pon aku tak rasa cuak still single lagi pada usia sekarang kan..I do have that cuak punya feeling, tapi kalau kita duk fikir I’m suck being single, memang hidup kita akan betul-betul suck la kan..sejujurnya, kadang-kadang aku rasa tak best jugak single..jeles kot tengok kebahagian orang lain..aku selalu cuba untuk meyakinkan diri aku untuk bersyukur seadanya dengan pemberian Allah..mungkin dia belum temukan aku lagi dengan jodoh aku sebab mungkin jodoh yang datang nanti lebih baik dari apa yang aku harapkan..tapi biasala,hati takkan puas dengan pujukan sendiri..

 

Dalam 5 bulan ni jugak, aku pernah berharap pada seseorang..to hope, is to risk pain..aku pernah baca ayat ni kat mana tah, dan it is so damn true..emm,macam mana nak cakap ek hubungan aku dengan dia..aku tau dia ada perasaan pada aku dan aku ada sikit-skit perasaan pada dia..eceh,tak nak ngalah kan..nak jugak kata dia suka aku lebih..hehe,masalah kitorang ialah jarak..dia jauh di selatan dan aku di KL..buat masa ni,aku tak sanggup nak ada hubungan jarak jauh..kalau boleh elak aku memang nak elak..hubungan kami open, means that masing-masing still boleh cari orang lain sebab we all memang takde declare apa-apa..tapi aku rasa aku tak boleh dengan hubungan macam ni..bila tengok FB dia bermesra dengan orang lain terus aku rasa macam looser, terus kepala pening, terus berderai air mata..tahpape kan,kata tak sayang tapi nak lebih-lebih sedih plak..

 

For me, justifikasi kenapa aku sedih ialah sebab aku rasa tercabar dia dapat move on lagi cepat dari aku..plus maybe aku berharap dia akan ngorat aku kot..haha,macam budak-budak..that’s why aku da decide untuk tak terus contact dia..senang je, kalau suka proceed,tapi kalo tak sure ni better tak payah contact..buat hati lagi merana,buat jiwa lagi berduka..baik tak payah kan..aku remove jadi friend dengan dia kat FB..hati akan lebih sihat kalau kita tak tahu apa-apa tentang dia..sebenar-benarnya,jauh jauh jauh di sudut hati aku, aku tau aku memang tak patut sedih pon sebab antara kami tak pernah declare apa-apa pun..and seriously dia tak salah pon kalau dia nak start relationship dengan perempuan lain..grow up Yana..he deserve to find someone that he like..and I do deserve to find someone too Open-mouthed smile

 

Ceh,tetiba nak touching balik bila meluahkan di sini..but aku rasa meluahkan apa yang kita rasa is sihat,macam memuntahkan segala perasaan yang tak enak dari dalam diri kita..I pray the best for him, dan yang paling penting,hati harus percaya pada Qada dan Qadarnya..suruh hati bersabar memang mudah,tapi mahu hati mengaplikasikan sabar itula cabaran sebenarnya kan..and again, I think I’m just fine being single..be happy Peeps!Hah,LEGA!

 

Yana Sayang Kamu!

Sep 12, 2011

Rasa lain bila dia takde..

Assalamualaikum..

Aku baru balik keje..tetibe rumah rasa macam sunyi je,patutla..adik aku, Aki da balik UUM..rasa lain bila dia takde..cuti sem yang lepas ialah cuti sem dia paling lama sepanjang dia belajar kat Kedah sana tu..3 bulan lebih dia duk rumah,memang jadi teman bergaduh kitorang je..kalau korang kenal Aki melalui gambar2 yang ada kat blog,mesti da boleh agak kan perangai dia macam mana..tu yang macam terasa pelik bila dia takde..Aki balik Kedah Jumaat malam Sabtu minggu lepas..semua adik beradik aku dengan umi aku g hantar dia dekat Hentian Kajang..

P1050833
Mamat ni bawak beg sampai 3 4 jenis..siap tertinggal beg isi kasut dia kat rumah ..umi aku da bising da..kitorang pergi dua kete untuk hantar Aki..kete Adi gerak dulu,aku dan umi patah balik g amik kasut dia..nasib tak jauh lagi kitorang jalan..adik aku, Mai cakap kalau dia g India nanti satu bas gaknye yang pergi menghantar kan..hehehe

P1050835
Walaupon aku selalu kutuk ko,tapi bila ko takde tak best owh..habiskan study cepat2, En Mickey!

P1050838
Kawan Aki dari Sabah..dia sampai sehari awal dan tidur kat rumah aku..dia amik tiket bas sama dengan Aki..time Aki cakap kawan Sabah dia nak tumpang tidur rumah, aku da exited da nak cakap slang Sabah..sekali bila depan mata terus kelu,ekekeke..ia2 berlgak kat Aki aku konon2 da praktis cakap Sabah..hehe

Lama jugak kitorang tunggu bas Aki..kalo ikut tiket bas sepatutunya pukul 11.30..mamat ni biasala,kaki cuak..duk tanya aku ‘bila bas nak sampai Na’..yang paling dia cuak sebab dekat tiket takde tulis malam ke pagi..dia duk risau2 ayah aku salah beli tiket..akhirnye dalam pukul 12 jugak baru bas sampai..Pagi tu Aki tulis kat FB dia sampai pukul 9 pagi..Rasa macam pelik bila da biasa kumpul 5 beradik time weekend dan tiba-tiba da tak cukup 5 beradik kan..belajar rajin2 Aki..nanti nak sara anak orang..ko nak langkah bendul pon aku zinkan,tapi ingat..SATU PERSALINAN’..ekekekeke

P1050840
Selamaba je Mai g duduk atas jalan..budak ni kaki aiskirim..sehari sampai 2 3x makan aiskrim..da la tengok batuk,bila orang tegur dia cakap ‘eh aiskrim ni ubatla’..aiskrim ubat pecah2 mulutla Mai,bukan ubat sakit tekak..

PS:tak pernah2 aku balik-balik rumah ngadap PC buat entry..teringat punya pasal..ko wajib bangga tau Ki..hehe

Yana Sayang Kamu!

Sep 11, 2011

Permaisuri Aidilfitri??!!

Assalamualaikum..

 

Sneak Peak..

P1050832

Gambar tak edit lagi..will share later..Open-mouthed smile

 

Yana Sayang Kamu!