Aug 21, 2018

Irresistible India- Kashmir: Poney Ride di Pahalgam

Assalamualaikum..

Apsal tah aku rasa serba tak kena hari ni.. buat tu tak kena, buat ni tak kena.. aiyoyo.. apa dah.. mood nak raya mungkin.. aku tak cuti raya pun.. satu sebab raya sini.. 2nd, aku selalu rasa macam rugi cuti time orang cuti.. hehe, tapi office aku ramai je yang tak ambil cuti extra #teamrayakl

Lepas kami sampai Pahalgam, Mansour terus bawa kami untuk Poney Ride.. mula-mula aku ingat dia bawa pergi hotel sebab dia berhenti betul-betul depan hotel.. aku dah kagum dah sebab hotel tu cantik gile.. sekali bukan da.. kami sempat tumpang tandas hotel cantik.. ada juga jumpa orang Malaysia.. aku tanya dia, berbaloi tak poney ride.. poney ride ke poney riding ek.. belasah je la.. dia kata pergila.. geng dia semua pergi.. dia tak pergi sebab anak tak sihat..

Kalau full course poney ride ni mahal weh.. 1500 lebih rupee tak salah aku.. nanti kalau ada gambar aku check balik.. full ride yang macam Fatin Liyana pergi.. dia akan sampai tanah lapang cantik berumput dan background gunung salji.. tapi perjalanan sejam lebih sehala tak salah aku.. korang bayangkan, kitorang kan dalam 7 dewasa.. dah berapa dah harga tu kan.. plus larat pula geng senior nak naik lama-lama.. ayah tu lain, senior berjiwa muda.. dalam hati ada taman hehehe.. last-last kami ambil yang paling basic, dia bawa keliling kampung, naik bukit sikit dalam setengah jam.. 500 rupee/ kuda.. bolehla kan.. nak rasa..


kakak happy je tempat-tempat sejuk ni.. dia paling exited nak naik kuda.. dia terbayang poney kartun tu.. setia dengan beg baru dia.. eh seluar pun baru juga..



mama dah rindu baba time ni



umi aku dah naik.. umi gayat juga.. tapi pasrah je teruskan.. hehe hai mi.. geng baca blog aku ialah family aku.. diorang yang exited bila aku update..



bukan main happy lagi kakakman duk senyum-senyum




adik naik dengan aku sebab mama gayat.. aku pun gayat weh.. hahahaha, tapi belasah je la.. adik mula-mula tak naik.. nangis.. lepas tu orang tu angkat je dia letak depan aku.. kejap je dah ok.. good job adik.. aku perasan adik siap nak lena lagi.. naik kuda kan berenjut.. mau tak ngantuk budak kecik tu


tengok tu ila, siap boleh peace lagi.. hebat hebat


yang scary sikit kan 2 kuda sorang je bawa.. kuda-kuda ni ada nama tapi aku lupa dah


mak milah pun comel gile weh.. sepanjang jalan berzikir ' subhanallah, walhamdulilah..' hahaha dia pun cuak juga.. mak milah siap cakap 'ampunkan dosa aku, apa dosa aku Ya Allah' hahahaha.. omel omel sangat.. tapi memang gayat weh.. nampak je pendek kan..




nampak kan muka mak milah cuak


sampai dekat sini, dia berhentikan kuda untuk ambil gambar dengan background awesome..







gambar background FB aku.. nampak kakakman tu.. siap angkat tangan.. ada photog diorang juga dekat sini.. dia ambil gambar sorang-sorang.. mana ek gambar tu.. harga sekeping 100 rupee = RM6.. gambar yang ni pun diorang tolong ambilkan juga..




ada ke patut dia ambil angle gini.. tengok muka adik pun tak puas hati haha


kepala mana kepala.. nasib gambar hardcopy ok.. jadila kan..



yang ni 2nd stop.. pada aku yang 1st stop tu lagi cantik kan..







ni dah turun balik.. aku gayat weh nak ambil gambar dari atas kuda.. ila cool je dengan kakak siap boleh buat video lagi.. mai tak yah cakapla.. gambar kamera aku sikit je



eh mama pun ambil jugala gambar dari atas kuda.. aku je la geng gayat ni



kuda ayah takde orang pegang pun.. animal lover kan..



video scenery ni ila yang amik tak salah aku


Next kami gerak ke hotel.. dekat sini kitorang ada bengang sikit dengan Mansour.. ada ke patut dia kata poney ride tu last aktiviti kitorang dekat Pahalgam.. dia cakap sepatutnya tadi singgah farm ke muzium tah, tapi kitorang tak nak.. ewah, boleh plak gitu.. sebab kalau tengok iti yang dia bagi, patutnya ada lagi aktiviti.. Mansour tak faham english, nasib orang hotel tolong.. kami tanyalah mana attraction semua kan.. sabor je la.. so, korang kena garang.. patutla mai kata dia dekat india garang.. kalau tak, kena macam ni la..


lunch dekat hotel.. kitorang ada nak try food sedap mai cakap.. tapi takde plak.. bedal beriani lagi.. tapi pedas gile weh.. ila sampai rasa nak marah  time dia makan hahaha.. ila not a fan of benda pedas-pedas ni



adik seronok tengok video dia naik kuda..



Lepas lunch, kami rehat kejap.. pukul 5 ke 6 petang macam tu baru nak keluar balik.. hotel sini lagi sejuk gila weh dari boathouse.. tilam ada warmer, lepas tu ada juga portable warmer.. aku dah standby letak air panas dekat dengan warmer supaya tak sejuk.. yang lagi best, air panas situ kadang-kadang takde.. ke dia ada on certain waktu je.. sabar je la kan.. next, Beetab Valley

No comments: