Aug 17, 2018

Kenangan Terindah

Assalamualaikum..

Sebab peristiwa ni special, aku nak kongsi dan abadikan di blog.. macam mana aku boleh join KIK.. untuk yang tak familiar, KIK ni nama panjang dia Kumpulan Inovatif dan Kreatif.. function dia ialah cari solution untuk masalah yang kita hadapi di pejabat.. tapi takdela sampai research macam researcher..


nampak kan muka stress semua buat KIK hehehe


Kisahnya, ketua kumpulan aku, Asri ni memang jenis rajin dan suka expore benda-benda gini.. diorang dah ada produk, dia ajak 3 orang geng perempuan join sekali dalam group.. benda ni sebenarnya agak leceh.. perlu komitmen dan minat.. dan yang paling penting, ketua yang mantop.. kalau dapat ketua macam aku, memang hancur.. aku kan suka tak fokus dan suka half way.. ni group keempat KIK aku join dan alhamdulillah berjaya la buat sampai siap projek.. so Asri memang aku rasa ialah penggerak utama kumpulan kami.. disokong oleh team yang sangat supportive juga.. jenis tak berkira kerja, cover each other.. susah kot nak jumpa kan..

Kami mula dengan KIK tahun 2017.. kebetulan time tu 4 kumpulan je yang masuk untuk pertandingan antara entiti di UPM.. time ni aku target dapat nombor 3 pun dah ok, sebab nomobor 4 dah takde hadiah.. hehehe, mata hadiah.. KIK ni agak challenging sikit dari segi nak sediakan dokumen.. sebab tu tak ramai orang masuk..


gambar bahagia lepas habis present.. benda paling ngeri ialah Q&A.. aku kena cover part milestone.. banyak salah plak tu.. jawapan aku, 'maafkan kami juri.. salah copy' hehe


tanpa aku sangka, alhamdulillah kami ada rezeki untuk memang tempat pertama.. happy gile weh.. zaman masuk competition berkumpulan ni last aku rasa time sekolah kot.. time U pun macam dah kurang..



Asri takde time ni.. aku tak ingat dia pergi mana.. kitorang sedih jugala sebab dia yang banyak usaha kuat.. kitorang part top up2 je..




gigih main confetti lepas event.. sampai fasi kitorang pun join.. hahaha, tapi tak jumpa gambar kat mana.. gambar yang ni pun ambil dari FB iza hehehehe


gigih scroll IG baru jumpa.. banyak je gambar lain tapi macam biasa tak ingat dah dekat mana..







Tahun ni, Asri kata kita dapat wakil UPM untuk konvensyen antara Universiti Awam.. time mula-mula dengar tu ada jugala rasa aduhai, ada lagi ke.. konsep dia macam kena buat kerja di luar bidang hakiki.. tapi bila dah start buat tu, aku ialah rasa enjoy.. korang pernah tak rasa, kadang-kadang kita nak escape kejap keje hakiki, buat kerja lain tapi halal.. faham tak.. contohnya, macam jadi ajk kelab dekat office ke.. kita boleh keluar cari barang, tapi tak dikira mengular.. faham kan... hehehe macam tu jugala aku rasa dengan KIK aku..

Tahun 2018 kitorang mula dengan represent balik untuk sharing dengan PTJ lain.. then, tak salah aku akhir bulan 6 atau awal bulan 7 macam tu kitorang kena hantar salinan slide.. bila hantar salinan slide, memang dah tak boleh ubah.. aku konon-konon dah legala slide dah settle, tinggal practice je.. sekali part practice dan persediaan sangat take a toll on me.. penat weh, balik malam tu dah biasa.. kesian umi aku, terjejas jugala pergerakan dia pergi balik kerja.. weekend sebelum event memang berkampung dengan office.. penat memang penat, tapi team aku jenis tak suka buat kerja halfway.. alang-alang buat, usaha yang terbaik terus.. kuat betul pengaruh bos aku hehehehe... 

bermula dari slide, aku print perfect binding.. belajar dari prepare AAN sebelum ni..


Aku perasan kebanyakan group buat comb bind.. so mungkin part ni nampak kami lain sikit dari U lain.. eh tapi aku perasan UUM pun print buku juga..


cari nak bagi power point full page ialah kita PDF kan dulu..  jadi nampak lebih kemas dan tulisan lebih jelas..



Next adalah sesi final touch dengan orang-orang KIK UPM.. banyak juga komen diorang minta tambah baik.. time ni pun dah berdebar weh.. oh ye, sepatutnya presenter 4 orang tapi sebab iza ada hal weekend sebelum pertandingan, tinggal kami bertiga.. teks memang aku rasa lebih 10 kali kami tukar.. Asri edit part bahasa.. terer betul mamat tu.. lepas final touch ni pun tukar lagi sebab juri cadangkan kalau boleh pendekkan lagi teks.. memang aku rasa macam buat ISO perasaan dia bila betulkan ayat demi ayat..




yang ni sesi dengan pensyarah UPM.. Dr Azlina, dia terer part pengucapan awam.. dia bantu kami  untuk tak payah cakap laju sangat.. ayat mana kena beri penekanan.. memang sangat membantu komen dia walaupun mula-mula kitorang stress sebab banyak nak betulkan.. tapi alhamdulillah, setiap teguran tu kan untuk nak tambahbaik diri.. bersyukurla sebab masih ada yang nak tegur kita kan..


yang ni hari rehersal, isnin lepas.. time ni pun dah berdebar weh.. aku seminggu ni memang tidur asik jaga pukul 4 je.. runsing punya pasal.. semalam je lena habis aku tidur.. hahaha, macam mana la kalau viva nanti kan..


Hari Selasa, team aku present.. aku cuba weh untuk senyum luas tapi senyum gitu je yang aku mampu.. memang bibir kejang cuak hahaha



tengah bersajak time ni..

Sepatutnya, kami mula pukul 11 pagi, dan ada waktu rehat pukul 10.30 pagi.. sekali presentation awal tu start lambat.. jadi drag masa rehat setengah jam tu takde.. kami plan setengah jam tu cantikla boleh test run on teknikal sebab teknikal kitorang sehari sebelum pertandingan masih lagi ke laut.. dengan laptop hang, lagu tak keluar.. laptop pun dah pening asik tukar-tukar je kan.. bila dah takde waktu rehat, kami pasrah je la present.. ada glitch sikit tapi kami belasah je.. alhamdulillah, time present tu aku cuak juga tapi sebab ayat tu dah banyak kali sebut, kami nampak lebih compose dan tenang.. soal jawab pun ada juga yang kami tak boleh jawab tapi kelegeaan dia lepas present, masyaallah.. tuhan saja yang tahu leganya..




muka-muka lega lepas present..


oh ye, sebelum pertandingan kitorang memang tak aim no 1 sebab data impak tak berapa mantap.. lepas tu asri plak google group yang masuk, ada yang no.3 peringkat kebangsaan.. ada yang pergi manila.. lagi la rasa takde harapan kan sebab ni kali pertama kami join.. jadi paling tinggi kami target pun tempat ketiga.. next kami aim poster dan persembahan.. poster sebab kitorang memang dah bergelumang dengan design poster bertahun-tahun.. booth pun tutup mata dah boleh setup hahahaha.. 

jadi lepas present tu rasa macam ada harapan la nak persembahan terbaik sebab semua orang macam berkumpul time sajak.. suara lelaki yang tengah tu, sham power kot.. maklumlah, juara karaoke office aku hahaha.. tapi belah petang tu, ada group menyanyi plak.. pastu comel je aku rasa.. hahaha, so aku cakap kat group aku, ok persembahan terbaik out.. poster je la harapan kita..


booth kitorang yang paling beria hias.. poster tu tampal atas lightbox buat sendiri ok.. kerjaan asri lagi.. tapi sebab booth kami mengadap matahari, lampu tak nampak sangat.. tapi time ni tak on pun lampu lagi..


KIK ni empat hari.. isnin rehersal, selasa rabu persembahan, khamis baru penyampaian hadiah.. memang semua hari aku tak boleh tidur.. tidur je terjaga pukul 4 pagi lepas tu tak nak lelap dah.. hahaha.. haih la.. semalam je tidur dengan jayanya sebab semua dah habis kan..

Pagi hari keempat, ada ulasan juri.. juri bagitahu in summary komen untuk setiap kumpulan.. and as we expected, memang dia maklumkan banyak kumpulan missing on impak selepas inovasi dicipta.. data selepas sangat kurang.. lagila kami rasa ok, confirm takde nombor.. entah2 penarafan emas pun takde.. emas maksudnya markah atas 80.. kalau nak pergi peringkat wilayah, at least kena emasla.. dah pasrah.. memang harap kat poster je la..

Masa yang ditunggu-tunggu.. 









































































































































































kami memang tempat ketiga! happy tahap dewa time ni.. sampai aku tergamam nak menjerit.. kalau yang kenal aku, tahula aku kaki jerit, kaki gelak dan kaki bersin kuat.. hahahaha.. Alhamdulillah.. time menaip ni pun rasa terawang-awang lagi..


Then bila nak announce kategori poster, aku berdebarla tunggu kan.. sekali orang lain weh menang.. aduhhh jatuh jantung.. terus teringat asri kata, ni kita beria buat poster.. sekali kalah macam mana.. dejavu sangat rasa time tu.. tapi aku ada perasaan, kalau tak menang tu takde rezeki la kan.. tapi puas hati sebab dah buat sehabis baik.. so pasrah dah.. kecewa terubat sebab memang no.3.. hehehehe

Then tunggulah pula kategori persembahan terbaik, nak berharap tapi macam cuak.. tapi manusia kan, mesti suka berharap walaupun tahu kalau tak dapat kecewa hehehehe.. gigih kitorang tengok mulut mc sebut La tak.. sebab kumpulan takde yang mula dengan huruf L.. hahaha


dan Alhamdulillah, rezeki berpihak pada kami.. Ya Allah, aku rasa aku happy memang part persembahan lagi sebab kami punya practice tu memang penat habislah.. so rasa alhamdulillah sangat.. 


dan kemenangan ditutup dengan penarafan emas.. team pengurusan UPM pun dapat emas juga..


Geng office aku pun tumpang happy.. diorang siap video call kitorang nak tengok mula happy.. hehehehe, oh time kitorang present pun diorang tengok live.. dah macam worldcup dah gayanya hehehehehe... really appreciate support dari semua..





dengan team CQA yang arrangekan KIK kami..



Langit Puteri



Team Presenter


Proud Moments


Balik tu, kami singgah makan aiskrim.. asalnya nak makan yang desert korea, patbinsu ke apa tah namanya.. tapi tak jumpa kedai.. kitorang dah aim kalau tak dapat apa-apa pun memang nak pergi makan sebab nak celebrate kepenatan hehehehe





Tadi, kami jumpa dengan Dr Azlina yang tolong kitorang betulkan persembahan.. nak bagi something dekat dia.. kitorang bagi bunga dan asri cakap since Dr ni Dr bahasa, dia suruh sham buat sajak.. sedap weh sajak sham buat.. jap aku share..



aku baca pun sebak.. Dr Azlina pun nampak terdiam kejap lepas baca sajak.. sham kata mungkin sebab dia tak faham.. hahaha, kaki lawak sham tu..


bunga cantik last minit.. murah weh, 8 kuntum dalam RM60-70.. ok sangat kan.. 8 melambangkan tanda terima kasih daripada kami berlapan.. ada ke patut asri nak bagi sekuntum je.. tak feel ok, tak feel..



Dr tu pun terkejut kami siap bagi bunga.. hehehe, langit putra memang semua dalam hati ada taman.. gitu..


 

cantik gile gambar kamera atai.. aku tumpang seronok tengok Dr tu seronok hehehe.. nasib Dr peramah, aku dah la kejung sikit kalau baru-baru kenal.. hehehe.. Alhamdulillah, seronok dapat berkongsi nikmat kemenangan..


Tahniah team.. ada masa kita menang lagi.. gitu.. hehehehe.. sayang gile kat korang..





us on paper


antara yang aku rasa bangga jadi part of the team.. video mantap gile.. terer designer kitorang.. serba boleh..


Persembahan kami.. untuk kenang-kenangan aku 

1 comment:

riz76 said...

Tahniah.. orang kuat kumpulan walau pun kecik orangnya.
Praktis presentation bersungguh sampai akhirnya berjaya..
Dinobat persembahan terbaik, wajah gembira tak terkata..
Buat hilang penat lelah, stress dan sengketa..
Akhirnya.. kejayaan dikecap pemanis mimpi terbuai lena..