Mar 4, 2025

Versatile Vietnam: Day 2~ New Alpine Coaster and Datanla Waterfall, Crazy House and dinner at Sarah Restaurant

 Assalamualaikum..


Salam 3 Ramadhan.. semoga kita semua bertemu malam Qadr.. mohle kita gear up untuk habiskan entry vietnam.. seronok pulak aku tengok banyak blogger update blog diorang.. ok, kalau ikutkan itinerary petang ni ada 3 tempat aku nak pergi iaitu New Alpine Coaster and Datanla Waterfall, Fresh Garden dan Crazy House.. lepas kami solat, kami plan nak gerak ke Alpine Coaster sebab yang tu paling aku exited dekat Dalat.. tapi hujan selebat-lebatnya petang tu.. coaster tu kalau hujan memang tak jalan.. Faiz memang tak nampak dah bila bawa motor tu.. jadi kita berhenti kejap dekat Lam Vien Square.. aku ada baca dekat situ ada mall..


walaupun naik skuter, kami tetap bawa kerusi omar ni.. belajar dari trip dekat langkawi..


korean food di mana-mana


aku biasanya tengok barang dalam mall memang exited.. tapi tak tahu kenapa mall sini aku ngantuk gile.. bukan aku je, Omar dengan Faiz pun sama.. dekat sini aku beli kudap-kudap dan juga coffee untuk souvenir.. Faiz duk kata cari dekat Ho Chi Minh, tapi memang tak sempat.. dan packaging dia tak cantik..


sampai tertidur omar tunggu aku.. aku lambat sebab duk cari info halal.. kekurangan kerusi ni ialah part tido.. laki pun tido juga sebenarnya.. tak sempat ambil gambarnye..


letih gile weh time ni.. Omar aku baringkan dekat kerusi besi ni.. sungguh-sungguh dia lena.. kami decide nak try ke alpine coaster.. dari tempat aku duduk ni setengah jam nak sampai.. semoga cuaca sana ok..


Aku sampai dalam pukul 4, tak salah aku dia last boleh naik sebelum 5.30 petang.. rupanya budak bawah 90cm tak boleh naik.. puas aku cari info ni sebelum ke sana.. disebabkan aku nak sangat naik, kami gilir-gilir.. faiz biasa-biasa je.. so dia bagi aku naik dulu.. alhamdulillah sempat juga dia naik..


muka exited


bila part naik bukit ni dia auto.. so kita rilex.. best tak? best gile.. aku menjerit macam orang gile hahaha.. eh puasa.. tak baik cakap gile.. tiket pun ok la.. dalam RM45.. kebetulan time aku ni takde orang naik.. memang laju la aku pergi.. kita boleh break guna tangan.. view pun cantik sangat.. aku baca review dia jadi tak best kalau orang depan asik main brek.. aku cuba nak rekod dengan letak hp dalam baju.. tak berjaya ye uols..


Disebabkan masa tak banyak, aku tak jalan-jalan dekat air terjun sini.. aku terus patah balik bila dah sampai bawah.. Faiz sempat pergi kejap



Aku cakap dekat faiz, mesti dia asik brek je kan.. haha.. nasib aku naik sorang.. 


Omar alhamdulillah good boy sangat.. 


aku memang dah tau ada kamera.. so siap cari dan pose.. Faiz tak perasan.. gambar dia takde perasaan pun.. mana tah.. aku lupa nak ambil.. gambar ni murah, RM17.. aku dah baca orang review.. kitenye suka simpan gambar..


Omar leka main stiker dan makan biskut tiger


Faiz dah sampai.. kami orang terakhir yang naik..


cantik kan view area parking dia..


Next kami plan nak ke crazy house.. disebabkan masa tak banyak, aku skip fresh garden.. dapat tengok bunga tepi jalan pun dah kagum dah.. 


Faiz duk exited suh amik motor Y16..


area sini ada parking khas untuk motor.. tiket pun murah, RM15.. tapi serius wajib pergi.. cantik weh.. macam cartoon je aku rasa..


tangga dia tinggiii gile.. mak gayat nak.. faiz yang banyak bawa Omar





dekat area sini je gambar cerah sikit.. hari dah nak magrib..


nampak kan ada orang dekat belakang tu.. tinggi betul..




perghh.. senipis iman aku ye lebar jambatan dia..





belah atas ni takde tempat yang sesuai nak set tripod.. tripod aku plak dengan patahnye.. memang tak sesuai



manisnye senyum anak ibu tu..


macam cerita wednesday kan.. apa nama kartun yang hantu tu.. keluarga apa tah.. aku ni sokmo lupa sekarang


nampak view bandar.. boleh tahan tinggi juga bangunan area sini



ni seksyen area omar paling exited.. eh ke Faiz yang exited haha..


cubaan selamatkan papa.. cantik pada aku.. 3D..



sukala omar nampak shark tu..


lepas pergi Crazy House, kami ke Dalat Night Market.. aku macam tak teruja sangat.. banyak baju-baju sejuk cantik.. tapi sebab takde parking kira kacau jugala mood.. mula-mula ada orang panggil faiz parking, sekali rupanya dia nak suruh masuk kedai dia.. bila kita tak nak, dia marah-marah halau.. aku beli sarung tangan omar sebab dia sejuk sangat.. tu pun tak berani tawar banyak sebab orang kata orang depa ni garang.. nanti aku share pengalaman aku dekat ho chi minh pulak


kami ke Lam Vien Square lagi sekali sebab orang kata malam cantik.. aku rasa macam biasa, mungkin sebab penat.. dekat sini baru nak setup khemah.. mungkin ada event nanti



oh aku beli topi omar juga malam tu.. faiz beli glove..


kami terus ke kedai untuk makan malam.. pada aku Sarah Restaurant ni antara yang sedap.. kena di tekak kami..


alamak, dah rindu rasa kopi vietnam ni..


faiz order nasi ni sebab lapar.. sedap weh daging dia.. macam sweet sour kan nampak, tapi lain.. tapi sedap..


kami order steamboat.. kita boleh pilih nak mi or nasi


memang ramai orang Malaysia saje.. ada burung kakak tua dekat sini..


lapar betul nampak muka tu hehe


omar makan nasi akhirnya.. dia sukala sup..


gegar plak gambarnya.. alhamdulillah aku rasa aku sampai awal juga malam tu.. esok pagi kami ada trip pukul 4 pagi.. till then

No comments: