Oct 17, 2016

Sumayyah

Assalamualaikum..

Aku baru tengok dekat Fb tadi adik aku, mai wish “Selamat Hari Lahir Adik”.. Allah, birthday Sumayyah hari ini.. Tiba-tiba mengalir air mata.. lama aku tak ziarah kuburnya.. Mesti hari ini menjadi cabaran juga untuk ayah dan umi Sumayyah.. Moga Allah ganjarkan pahala untuk ayah dan ibu Sumayyah atas setiap ujian dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik  disisiNya..

Sebelum ini aku pernah nak karang entry untuk Summayyah tapi selalu tak pernah berjaya.. Faktor malas tu memang confirm, ada mood ada cerita.. teringat plak tagline gegar vaganza semalam, ada lagu ada lagi.. hehe, faktor yang menjadi sebab tertangguh ialah aku jadi speechless nak tulis apa.. banyak yang bak cerita tapi banyak juga perkara yang terbatas..

Ok, berbalik pada tajuk entry, insyaallah aku nak share kenangan yang aku ada dengan Sumayyah.. adik aku kembali pada Allah tahun lepas, 26 Oktober 2015, ketika dia berumur 6 tahun.. yang paling aku rasa ralat ialah aku lambat rapat dengan dia.. rasa tak jalankan tanggungjawab kakak yang sebenarnya.. Rasa macam setepek kena ke muka bila dengant ayat “Bila dah hilang baru kau nak menyesal”.. Takpela, Allah know the best.. Bila ziarah kubur adik doa kegemaran aku ialah adik doa dekat Allah ye bagi kita jumpa lagi dekat syurga.. Boleh kita main sama-sama lagi..

Raya dengan Adik

Aku tak ingat ini raya tahun bila, raya dekat rumah kakak ayah aku atau makcik aku la kan.. Aku rasa ni raya tahun 2013.. Sumayyah rapat dengan ila, ila kan kamceng dengan budak-budak hehehe, sampai kena buli pun ada juga.. mungkin budak tengok ila lebih kurang besar dengan diorang je kan hahaha

IMG_1843
IMG_1848
IMG_1849
IMG_1851
Serabut pula aku tengok tudung sendiri hehehe


IMG_1856
Nampak tak diorang sangat kamceng.. apa ila buat mesti dia ikut je hehehe.. memang ila paling terasa time adik pergi..


1st date dengan Adik

Aku ingat lagi time ni aku singgah jumpa ayah sebab ayah ada kirim beli barang dekat Serdang.. Time tu ayah pun kebetulan nak keluar pergi workshop, Sumayyah nak ikut tapi ayah tak bagi sebab ayah kata macam tak sesuai ke apa tah time tu.. aku saje offer Sumayyah nak ikut kak yana jalan-jalan tak.. tiba-tiba dia cakap nak.. terkejut aku time tu..hahaha aku ajak-ajak gitu je sebab memang aku tak pernah lagi keluar dengan dia.. So aku bajet mesti dia tak nak kan.. sekali dia cakap nak, pucat juga muka aku time ni hehehe neves jugala time tu..Alhamdulillah semua ok sangat..

IMG_2414
Time ni aku dan kak seha bawa studeng korea jalan-jalan area KL.. kebetulan time kitorang pergi tu ada sambutan Thaipusam.. tu yang Shih li ada sekali.. adik naik tangga sendiri kot time ni.. kagum aku.. cuma time turun dia dah tak larat dah hehehe, aku kendong.. ye aku yang kendong.. sebab dia tak nak dukung dengan budak lelaki hehehe Sumayyah garang sikit dengan lelaki..


IMG_2416
IMG_2415
IMG_2417
Tak ingat aku kenapa Sumayyah buat muka garang time ni.. hehehe, cap tu beli dekat situ.. RM10 tak salah aku..


IMG_2418
IMG_2424
Dia dah panas pakai cap


IMG_2422
Sarah tolong lap lepas dia makan aiskrim.. orang korea kan kemana-mana mesti bawa wet tissue..


IMG_2419
yang hwan pegang tu keretapi sumayyah.. beli dekat atas.. shihli tolong tawar, kagum aku shihli garang time tawar hehehe beli juga sebab dia nak sangat.. aku happy je bab-bab beli kan.. time ni juga aku install game ben10.. sebab sumayyah minat sangat ben10


IMG_2420
IMG_2421
yang ni time naik train dekat Bukit Melawati.. Seronok Sumayyah, dia kata naik Thomas hehehe.. lni je gambar yang aku simpan.. ada lagi yang kak seha ambil tapi aku tak save.. sayangnye rasa sekarang.. sebab tu aku rasa nak buat photobooks untuk setiap event atau vacation yang aku pergi.. at least sentimental value tu masih ada untuk kita kenang-kenangkan..


IMG_6842
yang ni time majlis aki dan adi dekat masjid Mizan.. geng gegirl dengan ayah.. tahun 2014..


IMG_6843
yang ni tahun 2013, time majlis belah diah dan aki.. tembam lagi Sumayyah time ni.. duduk sebelah kak ila.. geng sangat kan hehehe

Untuk adik, kak yana tahu adik dah tenang dan bahagia di sana.. dah melihat hakikat kehidupan dunia sebenar.. Insyaallah kak yana, abang adi, abang aki, kakak nabila dan kak mai di sini akan selalu ingat dekat adik.. Sorry adik hadiah birthday last year tak sempat kak yana nak bagi dekat adik.. Insyaallah kami semua akan tengok-tengokkan ayah dan umi adik.. Moga Allah izinkan kita bersatu kembali adik.. Love you always!

Aug 29, 2016

Cakar Ayam Seorang Doktor

Assalamualaikum

Tajuk buku: Cakar Ayam Seorang Doktor
Penulis: Dr. Sharif Ahmad, Dr. Fahd Razy, Dr Onn Azli, Dr. Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul
Muka Surat: 214
Harga: RM27
Rating: 6/10

Baru-baru ini aku ada pergi majlis ilmu Ustaz Syed Norhisam, ulasan buku 20 checklist.. buku pertama ustaz.. seronok aku dengar dia cerita pengalaman pertama dan buku pertama yang dia keluarkan.. Semalam Alhamdulillah dapat Allah rezekikan aku untuk hadir ke majlis bersama Ustaz Pahrol, Ustaz Syed dan Ustaz Ebit.. Di luar dewan, seperti kebiasaan majlis ilmu memang biasa akan ada jualan buku.. macam biasa, jualan dan aku berpisah tiada.. lagi-lagi jualan ketika minggu pertama gaji.. hilang arah aku, semua rasa nak beli hehe.. sekejap, apa topik yang aku nak kongsi sebenarnya.. ok, begini.. bila aku tengok ustaz pahrol banyak mengarang buku, rasa kagum.. pertamanya, dia figura dan ikon yang sangat sibuk.. ke sana ke sini berkongsi ilmu.. aku jadi tertanya-tanya bila dan bagaimana ustaz berjaya curi masa nak menulis... mungkin ini yang dikatakan keberkatan waktu.. aku dan Ustaz Allah bagi 24 jam, tak lebih dan tak kurang.. Moga Allah rezekikan kita waktu dan umur yang berkat.. keduanya, bahasa yang ustaz guna, subhanallah.. setiap perkataan rasa nak catat.. ustaz syed pun kata begitu.. adik aku pun cakap benda yang sama.. semua ayat adalah mutiara kata.. 

aku ada beli juga buku lain, insyaallah aku ulas.. yang paling buat aku rasa tertampar dengan buku kedua yang aku jumpa ialah umur penulis baru 26 tahun.. 26 tahun.. aku baru tahu kita boleh tahu umur penulis dekat muka surat depan yang ada perincikan maklumat buku.. penulis yang aku baca sebelum ini, Teme Abdullah pula umur 25 tahun.. Ya Allah, malunya rasa.. mereka muda-muda dah ada buku, dah ada penyambung hayat pahala bila tinggalkan dunia nanti.. jadi, dari situ aku mula rasa nak cari idea apa yang aku boleh bagi.. yang aku boleh dapatkan pahala bila aku dah tiada di dunia.. nak tulis buku, rasanya takde daya lagi.. aku cakap dekat adik aku nak cuba terjemahkan nota kuliah jadi dalam rekabentuk grafik yang menarik, boleh kongsi di blog dan fb.. tapi setiap kali aku nak deraf, aku alami writer block.. hahahaha, tulis blog pun nak acah-acah writer block juga kan hehehehe.. mungkin aku kena belajar ilmu grafik juga, baru seronok nak cuba macam-macam kan.. panjang pula prakata, ulasan buku tak masuk lagi.. 

ok, aku beli buku ni sebab aku follow FB Dr. Kamarul.. Dari FB Dr aku tahu dia ada tulis buku ni.. buku ini menampilkan 5 penulis.. pendapat aku, dua penulis yang buat aku rasa nak cari produk lain mereka ialah Dr. Fahd Razy dan Dr Kamarul.. Ini kecenderungan aku, mungkin berbeza dengan orang lain.. Allah kan jadikan kita dengan minat yang berbeza.. Karya Dr Fahd tak salah aku antara yang terpanjang.. aku paling gemar tajuk kecil Cakar Ayam.. Terbahak-bahak aku gelak, terus teruja nak ambil gambar dan terus hantar pada adik aku.. haha, dan ketika itu juga terus aku cari FB Dr. Fahd dan terus follow.. apa kata ganti sinonim bagi terus ya.. macam banyak sangat pula aku guna perkataan terus.. Insyaallah lepas ini aku berhasrat nak beli buku beliau yang lain..



Stail menulis Dr. Kamarul di Fb dan di buku juga tak jauh berbeza.. Jadi terasa seperti aku sedang baca status di Fb beliau.. seronok follow kisah Dr di FB.. hehe, aku kan suka dan minat tengok cerita berkenaan dengan perubatan.. mungkin sebab lepas SPM dulu ada hajat nak sambung buat perubatan.. hehehe, aku yakin aku tak mampu jadi doktor yang baik, sebab itu Allah bagi peluang aku untuk tengok cerita berkaitan dengan perubatan.. Antara cerita perubatan yang aku minat the Good Doctor, Descendant of The Sun dan Doctor.. cerita Korea, ampun.. aku mek Korea hehehe.. Thank you Allah, Ustaz Syed Norhisam ada kongsikan, doa yang dibaca Nabi Sulaiman untuk lahirkan rasa bersyukur.. terjemahannya ialah "Tuhanku, ilhamkan aku untuk mensyukuri nikmat kurnianmu".. kita amalkan setiap kali Allah rezekikan kita pelbagai rezeki.. bersyukur ketika senang itu lebih payah dari bersabar ketika susah.. moga dengan doa ini Allah rezekikan kita untuk termasuk dalam hambaNya yang bersyukur..

Untuk mereka yang minat bacaan santai, boleh cuba baca buku ini.. aku ada satu lagi buku hutang nak ulas, Ulu Yam di Liverpool.. masalahnya, aku dah tak jumpa buku tu aku letak dekat mana hahaha.. Moga dengan ulasan ringkas buku ini Allah kira sebagai usaha aku untuk menyampaikan ilmu.. Amin

Aug 18, 2016

Beautiful Bintulu

Assalamualaikum..

Dah tak tahu nak letak title apa dah entry aku hehehe.. Last week pada aku ialah sangat awesome.. memang aku sangat tertunggu-tunggu weekend lepas.. yang pertamanya sebab aku dapat join kelas ibrah ustaz syaari, alhamdulillah.. konsep dia bila dah join sekali confirm kita akan rasa nak join lagi dan lagi dan lagi.. mukjiazat al-Quran.. yang kedua exited ialah sebab ada trip kerja ke Bintulu.. aku kan dah lama tertunggu-tunggu exited nak travel.. konsep dia bila dapat naik kapal terbang terus rasa ok aku dah travel haha.. mudah sangat nak rasa seronok.. Alhamdulillah..

Aku gerak ahad petang yang lepas, terpaksa keluar separuh hari untuk kelas ibrah, sedih sikit part situ.. kalau korang minat nak join boleh usha fb akademi sinergi atau boleh search ibrah114.. ustaz syaari ni yang ada kat ikim petang isnin untuk segmen tafsir quran.. Berbaloi-baloi pergi.. investment untuk dunia dan akhirat.. sampai Bintulu dah malam, letak barang lepas tu terus pergi makan malam.. aku kebetulan dekat klia 2 dah makan, memang kenyang tak hilang lagi.. food dalam kapal terbang pun aku tak makan.. sayang pula kalau tak makan dekat sana kan.. jadi kupaksakan juga diri ini.. sebenarnya takdela terpaksa sangat, hahaha siapa tak enjoy makan food hotel kan..


View dari hotel.. Penuh bendera Sarawak sempena merdeka kan..


Bilik aku dan kak yus.. kitorang share sebab bosan duduk bilik sorang..


Cermin cantik sebab bagi effect tinggi..bila dah nampak tinggi faham2 la kan, nampak lagi kurus hehehe


 Antara hidangan yang kami makan malam tu..

mushromm soup besaq bak hang.. aku share dengan kak yus.. garlic bread sedap sangat.. masalahnya sebab portion sup macam mana aku nak makan main dish nanti.. dah lama tak guna khidmat perut untuk jadi lebih anjal macam stokin..


ini kawan aku punya.. spageti dengan lobster.. lobster kan ni,aku fail makanan mahal hehehe.. kitorang duk kagum kenapa warna dia hitam.. gelak waiter dekat situ..



teh hijau dengan lemon.. konon-konon pengubat rasa bersalah makan bagai nak rak hehe.. takde effect pun sebenarnya kan..


kuih sagu ni pun sedap.. masalahnya dessert sampai dulu dari main dish.. pasrah dah kitorang.. perut aku pun pasrah je menikmati hahaha


salmon.. mula2 aku nak amik salmon.. tak jadi sebab nampak yang lagi best.. nak tahu apa?


mix grill.. Allah Allah.. mix daging lembu, kambing dan ayam.. memang semput gila makan.. masalahnya kenapa mashed potato tu dua scoop.. hehe, tak bersyukur plak kan.. time kitorang nak habis makan nampak meja sebelah order abc.. mak ko, mangkuk dia macam mangkuk kita serve lauk kuah.. kitorang dah gelak beria dah, kalau kita order abc menangis nak habiskan banyak gitu haha


Next day, kami mulakan tujuan pengembaraan.. satu yang aku nak share UPM sini memangla sangat hijau.. setenang-tenang perasaan aku rasa bila sampai sini.. korang bayangkan, dalam bilik meeting view dia adalah rumput saujana mata memandang.. hijau sangat.. memang aku jatuh hati sangatla..

nampak tak balik langsir tu..




ni semua aku ambil dari tingkap..Subhanallah, ni kalau stress memang selak je.. stress kan hilang kalau kita tengok alam yang tak pernah berdosa..




parking lot pun cantik sangat kawasannya..




Lif level 0.. sama maksud dengan ground floor.. unik sangat aku rasa..


mana boleh lepaskan peluang nak bergambar dengan tempat awesome kan.. nasib ada geng lecturer yang suka bergambar.. nak minta dia ambil banyak segan, plus geng-geng yang lain dah get ready nak balik ke hotel dan check out..


dua-dua gambar aku sengih beria hehehehe






ni view yang aku ambil dalam kereta semasa kami dalam perjalanan ke hotel.. awesome kan, Allah is great..


till we meet again Bintulu, insyaallah


dekat lif pun ada cermin kurus.. untungla orang hotel nak selfie.. hehe aku ada nak ambil gambar dengan sorang staf yang sama nama dengan aku.. tapi time hari check put tu dia busy plak.. takde rezeki.. cantik sangat orangnya, aku cantik juga.. cuma dia lebih cantik hehehehe








Next desitnasi adalah ke Tamu Bintulu.. aku ambil gambar je.. tak beli apa pun.. sebab mak aku tak kirim apa.. ayah aku kirim baju bercolar sarawak..


kak yus kata daun ni ada dekat area opis aku.. daun buat ubat, aku tak tahu ubat apa..



tak beli juga, aku suka.. tapi nak tunggu masak tu bila la agaknya kan.. umi aku pun suka tapi since dia dah pantang sekarang,jadi tak makan benda-benda yang masin sangat..



Belacan.. kata orang Bintulu famous dengan belacan..




pes laksa sarawak..


diorang bincang tentang beli apa dah macam bincang nak buat research dah hehehehe





banyak van, teksi aku tak perasan pula..

Next stop, kami ke shopping mall.. cari sorvenir.. nak cari kek lapis dekat sini tak banyak pilihan sangat..




cantik sangat kedainya.. siap alas tikar lagi..








Antara bahan-bahan eksotik yang aku jumpa


kami ke kedai kek lapis.. aku sebab syok makan sampel lupa terus nak ambil gambar..


ni nama kedai kek.. sedap keknya.. kak yus belanja aku satu... thank you kak yus, murah rezeki aku..


dekat sini pula cari signature dish sarawak.. kedai ni kata orang yang bawa kami antara kedai yang sedap..


laksa sarawak.. aku dah dua lagi orang share mee kolok sebab kenyang lagi makan..



sup dan sos tu makan sekali.. 1st time aku, not bad jugala.. portion dia memang besar.. bersyukur sangat kami share..


Flight aku delay pukul ke pukul 9.. dekat 4 jam juga kitorang tunggu di airport.. kebetulan kami sampai airport awal.. Alhamdulillah pukul 1 pagi aku sampai rumah.. Thank you Allah bagi aku peluang jalan-jalan walau sekejap.. nikmat Allah yang mana kami dustakan.. Moga Allah redha dengan kita, Amin