Aug 25, 2018

Irresistible India- Kashmir: Gulmarg

Assalamualaikum..

Aku tak ingat berapa jam baru sampai Gulmarg.. aku rasa ada dalam 2 hingga 3 jam.. exited weh nak g main salji.. tapi aku ni bukan jenis tahan sejuk.. tapi nak jugala merasa pegang ais kepal original kan..


macam biasa dekat sana kereta memang style buka tingkap.. macam ala-ala kita pergi cameron.. kan feel, buka tingkap lepas tu keluar kan tangan


dah masuk kawasan perkampungan.. tiba-tiba aku rasa perasaan buat blog sekarang ni macam tengah buat assignment time degree dulu..haha assignment time master tak enjoy macam time degree hehehe



mansour berhenti dekat kedai sewa boot.. kitorang pergi kedai ni je.. tak survey kedai lain.. harga 150 rupee. = RM9.. aku minta kurang, dia tak bagi.. sebenarnya bila dah naik atas baru aku tahu.. diorang memang dah letak fix rate.. 75 rupee = RM4.30 untuk sehari.. jadi, patutla orang kedai ni caj 150 rupee sebab kami akan pulangkan esok.. so, kalau tak pinjam dekat kedai ni pun boleh.. dekat atas pun ada.. plus, kita main salji sehari je.. bukan dua hari kan.. so kalau nak jimat p sewa atas.. baju sejuk pun kalau nak sewa dekat atas ada.. cantik-cantik juga



settle sewa, perjalanan diteruskan.. ini jalan aaa, bila ingat balik pun dah pening.. lagi pening dari Beetab dan lagi belok-belok.. 


dah la jalan belok-belok, mansour pasang lagu hindustan plak hehehe.. ada part tu kitorang tak tahan kitorang minta dia slowkan.. standby plastik ye korang.. kakakman bila dah sampai dia muntah.. pening sangat agaknya.. tak sempat diselamatkan..


look so close yet so far.. aku ingat Mansour bawa kitorang pergi salji terus.. rupanya dia bawa pergi hotel dulu



design hotel dia klasik


nampak tak dekat luar pintu ada salji.. syoknyeee...


kakakman tak larat..


Dekat sini kitorang bengang gila dengan mansour.. kaedahnya kami sampai sini aku rasa tengahari kot.. azan zuhur sini dalam 12.30 tak salah aku.. so kitorang plan nak rehat-rehat, solat lepas tu baru keluar.. dalam 1 lebih macam tu receptionist call, tanya nak pergi ke tak main salji.. kitorang cakap ok kitorang turun kejap lagi.. agaknya dia tengok kitorang tak turun, dia call lagi.. cakap its too late.. aku pun ok-ok, coming.. gitu hehehe.. 

bila turun tu, Mansour kata kereta dia tak boleh masuk.. kereta tertentu je.. which is again aku ragu-ragu dengan mamat ni.. haa, mansour pun kena mamat juga.. sebab jalan situ straight je kot.. dah siap ada guide yang nak bawa kitorang.. of course la extra charge.. sabar jela.. so kitorang dah marah kan, buat degil tak nak amik.. kitorang nak jalan.. bengang diorang.. sepanjang jalan tu memang ramai ejen duk promote suruh amik diorang.. aku guna ayat magic 'its ok'..


ni list harga sewa yang aku cakap


jauh weh kitorang jalan.. ada setengah jam  ke 45 minit aku rasa.. ada gak la rasa menyesal sombong, tapi sebab marahkan Mansour kan..



tapi view memang sangat awesome.. so okla.. penat tapi peluh tak la.. adik time ni tak kamceng lagi dengan tok ayah.. dia tak nak tok ayah dukung.


nak ke check point salji naik poney pun boleh.. tapi aku tak tahu harga.. dia akan guna jalan belah bawah tu..





hotel ni siap ada pakej main sledge lagi.. best gile.. aku tak sure orang luar boleh ke tak naik



berapa la kan agaknya semalam.. sebab dekat gile dengan check point nak naik salji


nan dukung iman.. laju gile nan jalan sebab dia kata jalan laju baru kurang penat..



kaunter beli tiket


time ni la baru aku tahu tempat snow tu tutup pukul 4 petang.. kami sampai dalam 3.30 tak salah aku.. ni la sebab kedua aku marah dekat Mansour.. patutnya dia bagitau la kitorang tempat ni tutup pukul 4.. jadi takdelah kitorang rehat lama dekat bilik.. kitorang boleh je nak jamak waktu asar kan.. time ni rasa kekurangan takde tour guide bersama.. kitorang kan tinggal dengan driver je.. kata Mai, ejen yang dia book ni cakap dekat Kashmir, orang sana kata diorang yang uruskan travel guide semua.. diorang tak boleh assign siap-siap.. entahla.. aku pun tak tahu nak percaya ke tak.. tapi kecewalah time ni.. 1st time kot nak jumpa salji.. orang Kashmir suka kata 'we are muslim, we help muslim'.. help with benefits.. marah benor bunyinye kan.. plus kan, Mansour tak boleh speaking sangat.. so, pengajaran yang aku dapat ialah walaupun pergi dengan ejen, sila study.. aku adalah study sikit-sikit gitu je.. bukan rezeki kami.. mungkin ada rezeki nak datang lagi


harga tiket.. kanak-kanak 4 tahun dah kena bayar.. time kami blur nak beli tiket ke tak, ada orang datang bagitau beli tiket kat mana semua.. dia tanyala iman umur berapa.. dia kata cakap je iman 3 tahun sebab iman kecik, jadi tak yah bayar.. aku pun ooo baiknya dia.. rupanya macam biasa, baik ada makna weh.. hehehe, dia ejen juga.. lepas aku cakap tak nak ejen, dia siap ugut cakap nanti dia bagitau iman tak beli tiket.. sabar je la.. ejen tak boleh naik dekat check point tu kalau kita nak cakap dia ejen.. eh ke sebab kita belikan tiket.. aku kan time ni memang nak marah, so malas nak layan dia..


tempat naik kable car




aku salah match baju weh.. baju merah tu buat aku nampak lagi besar.. dah la hakikatnya memang dah besar kan




tak ramai orang sebab dah nak tutup kan..













adik time mula-mula ni ok lagi.. elok dah sampai dekat snow dia mengamuk korang.. adek tak tahan sejuk, time mama bawa g i-city pun nak berdukung je.. hehehehe kesian juga dekat dia.. lepas mengamuk nangis, dia tidur.. aku rasa tidur ni cara adik pertahankan diri hehehe time jumpa nurse untuk check up dia tidur weh.. hahahaha adik tak merasalah main salji


adik dah start takde mood time ni

touch downnn saljiiiiii... masyaAllah.. exitednya Allah saja yang tahu.. sebab masa suntuk, time ni Mai kata sorang 3 frame je hahaha



orang paling seronok sekali.. cantik gile gambar kakakman.. jeles cik yong





arghhh perut den.. time dekat Iran elok je aku pakai baju ni.. #ineednewclothes #alasan



cantikkan warna baju mai dengan background.. naik.. aku dah bagitau dekat entry taj mahal, sila pakai warna cerah ye.. baru cun dan naik gambar bila dekat tempat putih..






time kitorang nak pergi ke arah tempat salji, ada orang kashmir nak ambil gambar sama.. dia borak dulu, dia tanya kitorang Malaysia ke.. dia pernah pergi tak salah aku.. diorang ni naik salji 2nd phase.. lagi tinggi punya.. ko nampak tak betapa hensemnya diorang.. kenapa aku takde dalam gambar ni hahahaha.. parak ni kalau lama-lama dekat kashmir.. aku cakap dekat Mai, Mai boleh crop gambar dia dengan orang tu.. caption dia 'me with my two boyfriends' hahahaha


wishlist salji: checked.. aku ada jumpa blog tu dia ada 100 bucket list.. best gile tengok.. nak buat malas.. buat azam tahun baru pun malas




tengok ayah den hahahaha. adik tak tidur lagi time ni




hahaha lepas kakakman, ayahla orang paling exited salji














wajibla kan semua solo shot.. 


yang belakang-belakang tu diorang duk promote kitorang try macam-macam.. ski, sledge.. tapi aku cakap tak nak sebab nak fokus amik gambar.. banyak juga yang offer.. siap cakap rugi tak main.. aku apa lagi, kan tengah mood marah.. 'i want to take photo.. we just arrived.. i will go to you if i want to play, please'.. stress aku.. kita nak ambil gambar, dia duk kacau.. hehehe bukan selalu aku mood garang.. aku ni style lagi orang push lagi aku tak nak buat..


kakak dah start seronok main salji..


tinggi gile mai lompat.. jeles aku


perang snow bermula.. walaupun kami naik lewat, mana boleh miss peluang nak baling-baling salji kan


seronok kakak.. sengih-sengih aku bila tengok balik gambar




nampak ais kepal kat tangan ayah


ayah paling exited sekali baling-baling salji


see see.. ayah lagi tukang baling salji


dah tau dah adik menurun sape suka pose macam-macam gaya.. kitorang kata warna feveret ayah dengan dadek sama.. warna kuning.. sejiwa betul






shot melompat terbaik yang aku ada.. maklumlah, berat


ayah den pun join juga hahaha seronok aku tengok ayah


#gengmodel


mak milah lagi dahsyat pose


aku tukar dengan diah pegang adik.. adik dah selamat tidur




dadek dah bertukar tangan.. ayah je pun laki yang tinggal kan.. 


alolololo


kami nak gerak balik dah




babai snow, insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi.. ayat aku selalu cakap dekat adik kakak bila nak balik dari satu tempat.. contoh, 'babai taman, nanti kita datang lagi insyaAllah'.. macam doa jugala kan.. 




kitorang duduk rehat kejap dekat kawasan menunggu.. cantikkan..



balik tu kami naik kereta sebab penat dah.. 400 rupee - RM24 kot.. tak berapa ingat dah aku.. panjang gile entry.. aku tulis lepas tu baring sebab lenguh... hehe, alaa.. entry bajet untuk semalam aku tak letak lagi..


video-video dekat sana

kakak man tengah seronok time sampai..




perang salji



siap ada orang posing baring-baring lagi




lepas main salji ni kakak man tak tahan.. akhirnya dia jerit 'kakak sejukkkkk' hahahaha.. lama kot dia tahan dari sejuk.. biasalah budak perempuan, semangat cerita elsa kan.. hoiiii dekat 3 jam lebih baru aku siap entry ni.. buat sambil tengok tv.. tahniah na, cemerlang betul

No comments: