Sep 5, 2018

Healing Hat Yai: Arrival dan Kedai borong Kacang Ranu Kohyo

Assalamualaikum..

Nota: Entry ini adalah percubaan aku dengan kawan aku, Asri untuk cuba buat cerita double writer.. jadi tulisan yang biru tu ialah catatan dari view Asri.. perkara to be taken into consideration ialah cara kami tulis berbeza.. aku suka tulis macam aku bercerita dekat orang, while Asri suka ayat yang rhyme dan seni-seni.. so, untuk entry Hat Yai will be combination both of that.. percubaan pertama dari kami..



Dari Serdang menerobos Bumi Siam
Membelah malam mencari miangkam..

UDANG MERAH HATYAI ~ Kisah nak pergi Hat Yai ni bermula bila aku tengok kak nana share dekat IG dia pergi sana.. tengok macam best je food dia semua.. 40 hidangan semua jadi pembuka selera, plus bajet aku untuk travel tak berapa nak ada sangat, jadi nak naik flight pergi jauh-jauh macam tak mampu lagi dalam masa terdekat.. so, aku rasa macam nak try Hat Yai sebab pakej tournya ialah RM299, cover cost travel dan hotel.. makan dengan any fee untuk entrance bayar sendiri.. so, aku asalnya nak gamble pergi sorang sebab aku selalu tak berjaya kalau plan dengan orang lain.. belum berjodoh burung hijrah..


Aku cakap juga dekat Singapore buddy aku nak pergi sana, kebetulan plak diorang on nak join.. okla kan, bertiga lebih baik dari sorang.. Kami bayar deposit dulu, RM100.. sebulan sebelum pergi kena settle kan balance..

😎 Kayu banyak akarnya tak takutkan ribut, kayu berakar tunjang tak endahkan ribut, jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan kunjungnya ribut.. 

Lagi senang difaham "orang yg banyak kawan tidak takut akan susah" bila nak travel nanti. Lagi banyak kawan kan lagi best dan selamat..


Seminggu sebelum pergi, anak kawan aku kena HFMD.. cuak juga kitorang sebab semua dah exited kan nak pergi.. bak belum duduk sudah berlunjur.. dah google macam-macam.. moga yang dirancang elok teratur.. aku banyak rujuk blog ni.. search dekat FB Backpackers Buddy Malaysia (BBM).. kalau korang belum follow sila la follow.. syok tengok gambar orang share travel merata tempat.. tips pun banyak juga dekat situ.. sambung part kawan aku balik, alhamdulillah anak dia makin ok dalam 3 hari gitu kot sebelum kami pergi.. check Dr, Dr kata clear.. so, kami proceed.. 

Kami plan car pool dan target sampai dekat TBS pukul 7 petang.. sebab kena ada dekat KL Sentral pukul 9 malam.. aku cakap dekat kawan aku, dah macam naik flight dah kena gerak 2 3 jam sebelum kan.. hehehe

😎 Tapi takpe.. biar berpayah-payah dilambung ombak, nanti tercapai juga tanah tepi.. (ayat KIK).. Kalau terlalu leisure sangat nanti.. takut terkejar-kejar pulak mengangkut bag sebesar guni..


kami naik ktm dari bts ke kl sentral sebab kebetulan ktm nak ke kl sentral dalam 10 minit lagi nak sampai.. tiket RM2.40, nak naik erl pun boleh.. tapi tiket mahal sikit.. RM5.90 ke RM6.50.. lupa dah aku..  kalau LRT kena transit masjid jamek, tukar train baru sampai KL Sentral..


tak pandai lagi aku nak ambil gambar setting malam.. mesti jadi blur gini


cantik gile weh ktm sekarang.. aku duk terbayang ktm yang old school tu..

😎 tulah orang kata, seburuk - buruk guni, tidak tersangka pisang emas di dalamnya..


😎 "Shira.. oo.. shira.. mana ni takkan kena tinggal kot"
Shira ni ejen kami. 

ejen bagi gambar suruh kami kumpul dekat sini.. time kami sampai, takde orang lagi.. jadi kitorang pergi cari makan dulu..


😎 "Eh.. kenapa amik gambar ni.. hanya Yana je yang tahu.." 
Lelaki baju merah tu hensem kot..

aku kena jawab yang asri tulis.. laki baju merah tu sebenarnya kalau korang zoom in betul-betul, dalam beg dia ada bulu burung merak tu..besar kot.. tu yang aku snap gambar ni tapi lupa tentang gambar ni..

lepas makan, dah ada beberapa orang yang join trip ni kumpul.. oh ye, bas kitorang full house.. total pax 46.. ramai kan.. ada je weh geng beg tarik.. 

😎 So, bermulalah pengenalpastian bagi mengklasifikasikan ahli trip ni mengikut kategori bag masing-masing.. GBT, GBB dan GBP..


Geng Bag-pack a.k.a GBP

tapi ramai geng backpack la
GBT ada belah tepi tu..


asri tengah layan jdt dia.. tak habis-habis 

😎 JDT kan juara 5 kali di Malaysia.. Mesti mau support maa. Mujor result tak berapa cantik. 
Kalau tak for sure dah share kat sini. Maklumlah bukan selalu kalah..
"Congak corak hati bergolak.. gol dicetak Hatyai disorak"
booooooooo


Geng Bag Besar a.k.a GBB

aku duk berbelah bahagi nak bawa beg tarik ke atau beg roda.. aku takde beg roda kecik.. yang sederhana punya pula tak jumpa dekat rumah aku.. yang ada yang besar gile.. malula nak bawa untuk travel 2 hari kan.. lepas dah rasa travel guna backpack gini, aku taubat tak nak bawa dah backpack style gini.. rela aku usung beg roda sebesar-besar alam dari bawa backpack sebab aku sangatlah bukan jenis travel lite.. dah tahu sangat dah beg tu tak kekal satu bila balik.. confirm beranak kan.. takpela, pengalaman

😎 GBB ni utk trip yang nak bercuti sebulan di Hatyai. Pinggan mangkuk periuk kuali semua kita bawak.


kami gerak menuju ke tempat bas


ak pun tak tahu sini memang parking bas ke apa.. tapi nampak ada jugala 2 3 bas


masyaAllah.. gambar teruk beno.. bas kitorang yang warna kuning tu
😎 Tp mana satu yang kuning pun.. takde sape yang tau..



ejen kami nama shira.. dia bagi taklimat


skrin tv ada dua korang.. dahsyat betul bas sekarang.. aku pun tak sure kenapa, tapi bas ni banyak kali berhenti.. boleh dikatakan setiap 2 jam la.. so tidur aku agak terganggu.. baru nak lena dah berhenti balik basnya.. 
😎 Puteri beradu jangan diganggu, nanti keluar singa penunggu..


yang ni dekat gurun kot tak salah aku.. sebelum ni berhenti dengan RTC yang ada mydin tu.. aku turun je setiap kali berhenti sebab cari toilet.. dekat sini kitorang turun minum sebab dah lapar.. smart kan meja makan dia.. ni kalau bawa budak ni mesti kena marah bila letak makanan atas dam meja hehe


tak salah aku time ni pukul 1 ke 2 pagi gitu.. banyak lori berhenti area sini



cara main dam.. yela kan, manala orang nak bawa dadu


Naik dari hentian ni, aku dah susah nak tidur.. apa lagi, aku pun baca blog dan dapatkan info option kalau kami nak extend sehari.. memang time awal aritu kitorang macam nak extend tapi tak finalize sampailah malam naik bas.. kejap aku share notepad aku..


lepas tengok total cost, kami decide nak proceed plan.. wohooo



next stop, berhenti dekat ctc plak.. ctc ni tempat buat pass entry nak masuk.. yang kertas putih tulis details kita.. kertas putih tu perlu pulang balik bila kita keluar nanti.. aku pun tak pasti kalau pergi sendiri amik dekat mana form tu.. boleh google.. sebab dah ramai kan orang pergi sini sendiri


tempat tukar duit pun ada.. murah sikit je dari yang dekat ioi.. kawan aku, asri tu tak habis-habis gigih nak cari tempat tukar murah.. aku malas, mana yang aku pergi situla aku tukar..
😎 Oklah tu,, berjimat dua tiga sen tu amat bahagia rasanya.
Kat sini pun dah rasa macam kat Thai.. kedai2 banyak tulisan thai..


dekat ctc ni bas berderet.. ramai macam pelancong China juga.. tak sure Cina malaysia ke atau cina China


dalam pukul 6 pagi gitu, kami berhenti di Masjid area Padang Besar.. tak salah aku namanya Masjid Salahudin Al-Ayubi.. ejen kata kalau nak tukar baju or mandi boleh buat dekat sini.. aku malas weh nak gigih tukar baju.. resfresh sikit-sikit je.. dekat sini juga aku beli tiket ETS sebab kami dah decide nak extend 1 malam lagi tanpa ejen.. main reason ialah kitorang fikir dah alang-alang berjalan kan.. takkan masa perjalanan lagi lama dari masa dekat Hat Yai.. aku baru tahu eja Hat Yai jarak weh.. batal betul



nampak signage padang besar teringat pergi grad adik aku.. eh gad adik aku sintok.. aku ingat tempat aku shopping lebih dari adik aku grad daa.. haha


banyak kedai aku nampak jual insurans.. gambar kabur sebab semua ambil dari dalam bas..


kami stop dekat first stop untuk check pasport.. ni area border malaysia tak salah aku


kejap je check pasport.. lepas check terus kena jalan pergi dekat bas.. aku kan selalu mimpi bila aku travel, aku tertinggal pasport.. scary kot mimpi gitu.. macam impian nak jalan berkecai sebab pasport lupa bawa.. mimpi pun dah scary, kalau betul-betul jadi tak tahula nak cakap apa kan

😎 Bangun Yana bangun.. jangan asik mimpi dan tidur.. Suruh jumpa imigresen pun lagi mau tidur..


gini plak eja Haadyai.. tak faham tak faham



ejen bagi keychain.. smart kan ada cermin




Sawadikap ~  Kaki menginjak di tanah Haadyai
Tanah tinggalan warisan Langkasuka..


dah nak masuk sempadan thailand
😎 Tinggallah Malaysiaku di hari lahirmu. MERDEKA! 


alaa tak ingat ni apa.. ambil gambar pun tak nampak dia tulis apa
~Krung Thep Maha Nakhon .. eh.. silap ni Bangkok


dekat sini turun lagi untuk dia cop pasport masuk thailand




nampak kan teruja.. elok je gambar asri 😎  amik kalau selfie.. kalau aku, tangan vibrate.. gegar jadi gambar 
😎 Hati girang walau bau getah sekerap semerbak wanginya..


ejen thailand kami.. fluent dah bahasa.. tapi slang campur-campur.. macam utara ada, macam indonesia pun ada juga
😎 Bagus ejen ni.. cerita sejarah Thai dan Rajanya.. barulah kami tahu siapa Rajanya..
Tp ingat cerita Raja-raja ni dalam bas sahaja.. tak boleh bawak turun ke bumi Thai.. 
mau kena tangkap nanti.


banyak kan wayar.. ini belum cukup berselirat lagi.. kami gerak agak lambat juga sebab tunggu ejen thailand tadi tu sampai.. apa daa, agaknya dia pun tak bajet kami sampai awal kan.. aku dengar driver bas cakap, siapa yang sampai pagi semalam, petang weh baru lepas dekat sini sebab bas banyak gile.. alhamdulillah ada hikmah walaupun kami gerak lambat..



pasaraya diorang aku rasa




sawadikap.. siap ada tulisan jawi
😎 Nampak kat Thai pun ada sign jawi lagi.. sini ada??
Takkan jawi hilang di dunia..



teringat dekat India.. pun ada temple besar gini dekat Kolar



orang sebelah (cikgu) asri tu kesian.. diorang naik bas dekat changlun tak salah aku.. suami isteri tapi seat couple dah takde.. isteri duduk depan,suami dekat belakang.. kalau asri nak tukar, takkan asri nak duduk dengan perempuan kan.. kesian jugala

😎 Kesian cikgu ni.. dah la isteri mengandung anak pertama, nak honeymoon bersama pun ada yang kacau.. Takpelah onak cabaran kan resam hidup suami isteri..


haa nampak wayar dah ada main pusing-pusing.. ini cantik lagi ni



kami berhenti untuk sarapan pagi.. makan nasi berlauk weh.. kitorang macam frust jugala dia bawa kedai gini.. we want thailand signature food.. so bila makan nasi putih berlauk rasa macam tak feel thailand lagi la.. walaupun masakan diorang rasa la beza dengan kita kan.. aku dengan kawan-kawan aku target try 40 foods kot.. hahaha.. ada hati kan, try 4 5 food pun perut dah meragam

😎 Hajat kelkatu terbang ke langit.. gitulah jadinya..
Kalau perut berlipat sehelai, jangan di makan 40 food Thai..
Kalau teringin semua dan kerabu sohon, jangan dilupa bawa pil Chi kit Teck Aun..


signage melayu tu dah biasa nampak dekat sini


aku dah aim dah jagung pakcik ni


😎 Nampak.. dah macam kat Malaysia pulak..



antara lauk pauknya


aku berkenan dekat ikan goreng


iza ambil sup daging.. sedap juga, rasa masam..


iza ni geng ila la ni.. ambil candid pun cantik



😎 Muka ceria dapat makan ikan goreng Thai.. 😖
Ni takde dalam list 40 most wanted food ya..


sambal ni free.. masam plus masin.. aku rasa sikit je.. aku kan ada prinsip makanan orang wajib rasa, tak wajib habiskan
😎 Terbaik sambal ni.. lain sikit tapi sedap. rasanya belacan Thai ni..


total harga makanan aku.. 85 baht = RM10.70.. mahal gile kan.. aku ambil air teh o.. aku punya conclusion dekat sana makanan thailand mahal kot.. kata driver bas, sebab kami datang time cuti peak.. kaw kaw la dia up harga.. kecewa aku sebab bayangan aku ialah thailand syurga food kan.. so patutnya kena la murah kan

😎 Tula .. apa lah diorang ni.. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang, 
Orang kebanyakkan kata tipu muslihat yang tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri;
Tak pastilah agen2 pelancongan ni memang akan bawa ke tempat2 mahal gini..


suasana kedai


aku beli jagung yang belah kiri tu.. jagung pulut hitam tak salah aku.. pakcik ni baru balik dari malaysia.. banyak gile duit RM50 dia.. hehehe.. lagi banyak dari dalam bank aku agaknya.. jagung pulut hitam tu rasa dia lemak-lemak kenyal.. harga sama je dua-dua jenis jagung.. 20 baht = RM2.40

pakcik tu celup jagung dalam air garam




kalau jagung cup, pakcik up jadi 25 baht.. best kan jagung cup dia, bukan jagung instant macam biasa dekat malaysia.. tapi iza kata manis sikit..


aku suruh pakcik tu potong siap-siap sebab nak share-share rasa je



see see, tak gegar kan gambar dia 😎 ambil.. yang elok kita puji la, yang teruk memang siapla aku kutuk kejap-kejap lagi haha

 ðŸ˜Ž Tangan yang baik,
 campak ke tanah menyubur tanah, campak ke sungai ikan disalai, campak ke laut duyong terpaut..

Eh..muka macam penah nampak dalam suratkhabar ni..
boooooooo


ambil gambar dekat signage dulu sebelum naik bas





memang betulla banyak blog cakap sini banyak atm


bas pasang cerita tombiruo




nama makanan kucing dia me-o.. boleh ek, bukan common name ke.. nampak nampak, orang IP kan hehe


aku pun tak faham kenapa bas masuk area sini.. aku ingat dia nak berhenti.. sekali dia jalan je


nampak ada tempat solat juga dekat sini


ini baru betul-betul definisi kusut lagi serabut.. macam mana la diorang boleh kenal ni wayar apa, tu wayar apa.. time aku lalu ni, dia macam tengah main ikat-ikat.. tangga diorang semua style buluh gini

😎 Segala selirat habis dirungkai.. tapi yang ini baru betul2 hebatlah orang Thai..
Kalau galah pun mencakar langit, dah tentu gaji pun tinggi melangit..
Langsung takde safety..ishk..ishk.. memang betul2 berani mati ni..

Ong bak kap kun kap.. sawadikap..





cecah ke lantai uolls


nampak 7 11 aku exited nak cari susu pisang.. remember aku bawa backpack.. so tak leh tapau susu pisang.. kena minum banyak-banyak dekat sini


club tak salah aku ni


1st stop kami ialah ke kedai borong Kacang Ranu Kohyo.. aku baca review orang kata kacang sini takdelah murah.. so aku tak aim apa-apa dekat sini

😎 Kat sini pun rasanya diorang kaut laba dengan siku.. selalu je nak beroleh untung dengan banyak. 
Lagi lagi bila kena tampal nombor-nombor gini.. ada beberapa tempat lagi korang akan kena tampal macam ni.


banyak gile bas


dalam ni ya Allah.. ramai ya rabb.. aku dengan kawan-kawan aku masuk buat tour je.. dengan beratur nak bayar ramai orang.. aku aim nak beli paste tomyam sebab orang kata harga sini ok.. idokla aku sanggup nak beratur.. tempat dalam ni kan macam kawasan rehat Machap.. rindu plak naik bas zaman belajar dulu.. aku cakap dekat Mai, 'ak rasa ak suka naik bas sejak zaman belajar.. asal naik je tidur, haha'




kacang gini dekat area hotel aku pun banyak.. area lee garden.. oh dekat asean bazaar pun ada.. murah juga.. nanti aku cerita later later..



kitorang ingat buah getah.. rupanya kacang macadamia hahahaha manalah kenal kacang mahal-mahal ni


dekat asean bazaar 500g = 230 baht.. harga tutup kedai katanya.. kacang fevret adik-adik aku


asri duk ralit tengok pocky sebab flavor pelik-pelik.. 
😎 Yang rare kan susah dicari.. yg ni la yang nak bawak balik nanti berkati-kati..
Tp macam bukan food thai yang ori..so tak payahlah beli, nanti lain kali..





babai tomyam.. takde rezeki nak beli dekat sini


75 ni harga standard.. dekat area hotel aku 70 baht kot


macam mi sanggul pun ada.. eh ke mee siput ek orang panggil.. hehe


aku lepak luar.. nampak aiskirm ni.. wajibla beli kan


smart kan cara dia tak nak bagi air pemejalwapan tu bertakung.. ambik ko.. eh betulkan pemejalwapan namanya yang kalau ais berpeluh jadi air tu..
😎 Eh yeke.. tu macam pepejal jadi wap.. pemeluawapan kot.. 
Eh.. blog sains ke ni.. yang penting aiskrim tetap sedap.. coconut 😎


30 baht tak salah aku.. RM3.60
😎 Nampak kan.. setiap perbelanjaan cermat diperinci.. 
sebab nanti banyak lagi mainan-mainan nak dibeli..


aku amik kacang je sebab yang lain-lain tu kacau feel aiskrim.. sedap gile weh.. terubat rindu
😎 Yelah.. takut nanti digelar kulit lupakan kacang..



mudah terhibur kan.. makan aiskrim pun aku dah happy gile.. one of checklists yang 40 tu.. hehehe
😎 Kalau sampai dua gambar amik pose ni.. memang benar-benar happy..



mesin beli data.. merata ada


😎 Baru nak posing tapi takut dah kena langgar.. 

aku ingat nak sekali harung je semua cerita sehari.. sekali bila pilih gambar, sekarang ni je dah 100 lebih gambar.. dahsyat betul.. tapi aku happy je boleh buat banyak entry hehehe.. satu yang aku perasan, kami tak diberitahu waktu sampai pukul berapa kami ada.. ada sekali je kot time dekat floating.. yang lain takde.. jadi agak kesianla dekat orang yang tak beli kan.. duk tunggu lama.. tak salah aku ada juga orang komplen dekat group.. masa kita dah la suntuk.. rugila kan..

😎 macam kelahi dalam mimpi dah.. penat berusaha tapi sebenarnya sia-sia..
😎 eh.. apsal entri ni macam tergantung sepi.. takpelah lain entri kan banyak lagi..

Kap kun kap.. 
Naik tuk tuk habis tersingkap.. naik train tak ada tingkap
Habis makanan semua ditangkap.. kisah Hatyai yang belum habis terungkap..

List of entry:

Healing Hat Yai: Recap

Healing Hat Yai: Arrival dan Kedai borong Kacang Ranu Kohyo

Healing Hat Yai: Big Bee Garden dan Nora Plaza

Healing Hat Yai: Klonghae Floating Market dan Asean Night Bazaar

Healing Hat Yai: Berjalan di sekitar hotel dan Chang Puak Camp

Healing Hat Yai: Samila Beach

Healing Hat Yai: Greenway Bazaar

Healing Hat Yai: Lee Garden

Healing Hat Yai: Go back Home~ Last Spring Shopping and Sneak Peak KTM Hatyai

Healing Hat Yai: Last Day~ Robinson - KTM - ETS

1 comment:

najwa said...

Jom ke HATYAI dari KL 6-9 DEC 2019 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance ✈ Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.