Sep 14, 2018

Assalamualaikum

Semalam aku scroll FB, terjumpa post aku tentang pesan ayah.. sharing it in the blog as part of my memory.. aku kan dah jarang FB sangat.. so here we go..

Semalam agak lama aku borak dengan ayah di telefon.. Macam-macam ayah cerita.. Tengah borak-borak tiba-tiba suara ayah serius, ayah cakap, "ayah ada benda nak pesan dekat yana dengan adi".. Aku dah seriau dah.. Ini pesan ayah.. Aku kongsikan juga untuk sahabat-sahabat.. Nabikan suruh kita berpesan-pesan..

1) Bangun pagi awal. 
Ayah kata ayah dah cuba buat dulu, alhamdulillah hidup jadi lebih bermakna.. Eh macam ada tagline produk kan hehehehe.. Ayah tanya aku bangun pukul berapa. Aku dengan yakinnya cakap 5.30 pagi. Aku ingat ayah nak kata bagus anak kesayangan ayah ni.. Hahaha. Sekali ayah cakap, LEWATNYA. Hahahaha, amik ko na.. Nak bangga diri lagi. Ayah kata itu dah sama waktu dengan waktu ayam bangun hahahaha.. Ayah macam biasa, lawak lagi canggih dari MLM mega.. Ayah cakap bangun awal, 4.45 macam tu. Mandi, solat tahajud.. Solat hajat. Aku melawan lagi, hahaha.. Aku cakap, "eh kalau 5.30 sempat lagi yah solat tahajud. Wuduk 5 minit je" hehehe. Degil plak aku ni. Konsep aku, cuba je dulu cakap apa yang kita rasa betul dengan hati terbuka untuk bersedia orang tolak pandangan kita. Hidup kan memang trial and error. Ayah kata biarlah bersih sikit nak mengadap tuhan. Ok ayah, yana cuba. Pada aku, kalau korang nak cuba bangun awal, 5.30 is a great start sebab subuh lewat kan sekarang. Bila dah biasa, kita up lagi bangun pukul 5 pula. Tips untuk istiqamah ialah jangan buat perubahan yang drastik, slow and steady but doing it continuously.

2) Lepas solat, istighfar banyak-banyak. 
Ayah kata, Hassan Al-basri, ulama tabiin pernah ditanya penyelesaian untuk 3 isu; 1) perniagaan tak berjaya, 2) susah dapat anak 3) bertani tak berjaya ( kalau aku salah betulkan).. Imam Hassan kata "istighfar".. Alhamdulillah ketiga-tiga individu tadi jumpa balik Imam Hassan dan bagitahu masalah mereka dah selesai.. Kuatkan kuasa istighfar

3) baca quran walaupun selembar sebelum subuh. 
Ini sunnah nabi. Cuba buat sikit kalau tak mampu banyak. Nabi tak suruh renang lautan api, mendaki gunung yang tinggi untuk buktikan cinta. Just do what he did.

4) Lepas subuh, siap-siap dan bersegera ke tempat kerja. Ayah kata nabi suruh bersegera mencari rezeki. Waktu berkat kan.

5) banyakkan sedekah. 
Kalau jumpa orang yang nampak susah, bagi je sikit walau tak banyak mana.. Aku pun baru baca buku 20 checklist akhlak (worth it, cara santai untuk faham hadis berkenaan akhlak).. fadhilat sedekah.. Sedekahlah pada sesiapa sahaja, ia kan membawa faedah kepada pemberi dan penerima. Ada kisah sahabt yang bagi sedekah pada pencuri, penzina dan orang kaya sebab dia tak tahu. Rasulullah kata moga sedekah pada yang mencuri akan buat dia berhenti mencuri, sedekah pada penzina akan buat dia berhenti berzina dan sedekah pada orang kaya akan buka hati dia untuk jadi pemurah. Hebat kan kesan sedekah.

Ayah kata, sampaikan pada adik-adik, kalau ayah tak sempat nak bagitahu diorang. Terus aku rasa sayu. Entah. Mungkin rindu pada ayah


come on Vijay.. give us some space..

No comments: