Sep 7, 2018

I'm in love Islamabad: Day 2~ The course begin and Shopping at night

Assalamualaikum..

Kita cuba balik cari mood Pakistan yang tertinggal jauh di entah di mana.. pasal pa ayat aku dah macam ayat asri ni.. hehehe

Pagi hari kedua, kami akan mula dengan perasmian majlis dulu.. sama style macam di Iran.. aku dan kak yati kalau ada join training luar Malaysia, mesti akan ada hari yang kami pilih untuk pakai baju kurung at least sekali.. barulah rasa proud Malaysian kan



ni kalau zaman utm dulu ada gini depan bilik, mahu aku hafal dah periodic table ni..




breakfast aku.. ada omelette juga.. bila dah hjung-hujung breakfast, aku dah tak lalu nak makan telur..


sepatutnya kami kena gerak 8.15 pagi.. tapi lambat juga baru gerak.. apa lagi, aku dengan kak yati ambil gambar lagi.. 



sempat buat video.. dengan kak yati aku tak kekok sangat vlog.. tapi kalau sorang segan lagi.. agaknya dengan kak yati pun dah berapa kali kan buat video..


kereta kami ada dua yang bawa delegasi luar.. kursus ni tak ramai pun delegasi luar.. ramai dari pakistan.. Mr Abu Bakr tu suka naik kereta dengan perempuan hehehe.. dia kata kawan perempuan dia ada 1000 hahaha.. aku yang ke 1001.. sabar je la



suasana pagi.. tenang-tenang je pakistan



sekatan gini dah biasa nampak dekat situ sebab area government office


clear plak gambar dari dalam van.. aku kira gambar dari dalam bas vibrate lebih sikit.. tu gegar teruk


apa yang kashmir ek.. tak ingat dah aku




prime minister office.. smart kan.. aku pernah dengar kat mana tah katanya putrajaya ni inspired by islamabad.. 



dah start masuk kawasan sibuk



another police check point



kebun jualan


dekat sini banyak kereta style gini


kalau tak salah aku area sini banyak traktor berkumpul.. traktor berhias plak tu.. aku tanya orang pakistan, katanya tu ialah petani-petani yang kumpul sebelum bertani.. aku ingat ada jualan.. sampai hati tak ajak aku hehe


buah-buah gini pun banyak juga dijual di tepi jalan







tak ingat dah aku ni apa.. tak salah aku ni kolej ke universiti tah



tak salah aku ni macam kawasan hostel ke rumah untuk polis ke intelligence.. alaaa, tak ingat dah.. eh ke ni asrama biasa je ek..


kami dah hampir sampai di CIIT


seronok tengok student.. rasa macam nak belajar oversea plak.. tengok diorang jalan dalam kampus seronok la.. part depa struggle kita tak nampak kan


nampak dah bunting kami.. lepas ni boleh offer guna skytider dekat sini hehehe


cantik kan design universiti diorang.. klasik yet smart..



tempat kursus kami selama 3 hari..



welcome by staff depa.. vip belum sampai lagi time ni


folder yang setiap peserta dapat.. kami naik tempat kelas dulu then baru turun bawah untuk acara pembukaan




alaa tak ingat Dr ni nama apa.. dari Sudan.. pandai menawar ni.. aku plak takut tengok dia tawar harga


rektor


settle launching, kami bergambar dekat luar.. tak salah aku Mr Majid ada emel gambar.. nak kena cari balik.. time pembukaan tu, style dia sama macam iran.. ada orang buka dengan mengaji live.. nanti aku cari semula video kalau ingat ye


#calon suami



sebelah kak yati tu dari Indonesia.. nama dah lupa juga




toilet depa jenis style tarik ke atas untuk pump.. aku suka perati benda-benda basic gini.. dekat toilet ni juga ada acik pencuci.. dia tak tau speaking tapi dia belasah je cakap bahasa dia.. aku pun belasah je cakap cara aku.. aku duk tengok dia mengait baju.. katanya untuk cucu.. eh aku faham plak kan dia cakap apa hehehe.. aku minta dia kait topi untuk aku nak beli.. tapi last day tu makcik ni takde dah.. takde rezeki kan


minum pagi.. oh teh sini kaw.. aku ada amik video juga.. tapi dropbox tak boleh masuk banyak plak gambar dan video..  semoga aku ingat nak share



aku dengan kak yati duduk tengah.. tak teleng kepala nak dengar lecture kan


yang belah kanan tu nama Fatma dari Tunisia.. time dekat Iran, dia ialah peserta.. dekat sini dia jadi penceramah


kami break untuk mkan tengahari dekat area kampus juga


syok aku tengok student lepak duduk-duduk.. cuaca nampak macam panas tapi aku rasa ok je time ni.. sebab berangin 




tanaman dekat sini banyak letak jerami gini.. untuk bagi pokok sejuk tak salah aku.. ke tak nak bagi pokok sejuk sangat hehehe.. salah satu la yang pastinya


setting meja makan kami





roti menu wajib dekat sini.. similar with iran


pun sama macam iran.. air dia jenis dalam tin


desert herba.. as always, can not go..


kami makan dekat kawasan cafe student.. tapi macam student post grad ke atau special student.. sebab macam tak semua orang boleh masuk.. plus time on the way ke sini kami nampak dah cafe student biasa..



settle makan, kami ambil gambar lagi.. korang tak faham kan kenapa ambil gambar dekat tempat yang sama berulang kali.. aku pun tak faham tapi aku suka buat hehe


berjaya aku nak ambil gambar macam student tu hehehe kak yati as always layan je aku.. dia terer bab-bab angle ni





kami tak baik sangat dengan photog ni macam photog dekat iran.. 


amboi kaki dia


desert dari tunisia.. manis bak hang tapi sedap.. kekacang tak salah aku


pembentangan kerja kumpulan.. orang pakistan agak outspoken jugala.. tenggelam kita yang asia ni.. depa speaking semua berhabuk.. terbatuk-batuk aku hehehe.. faham tak lawak aku.. terbatuk sebab habuk hahaha.. boring kan lawak aku..


on the way balik semula ke hostel




Muhammad Ali Jinnah


Malam tu kami dibawa untuk tukar duit bagi yang belum tukar.. aku dah siap tukar.. belajar dari iran.. seksa weh takde duit nak beli makanan kecik-kecik 


yang kanan sekali tu geng kuat shopping juga.. tapi dia shopping barang mahal la.. dari tunisia juga


apa la Mr Abu Bakr borakkan orang tu.. dia suka buat lawak kot.. 


here we go.. my favorite part.. S.H.O.P.P.I.N.G


kurta tapi banyak 3 quarter


shawl diorang macam-macam saiz ada.. yang besar betul pun ada.. aku tak ingat dah 500 rupee pakistan sama dengan berapa.. google la ek.. dekat pakistan aku tak pakai pun apps trebee tu.. malas.. so semua catatan belanja yilek non ada..


yang ni yang jenis sulam timbul mahal sikitla harga




aku pun tak tau apa nama kawasan ni.. tapi kawasan kedai-kedai yang macam-macam ada



and we found our favorite shop.. we tu aku dengan kak yati la



macam-macam produk know ada


rempah ratus



nampak tak berikat-ikat dah plastik aku hehehe




eh adik blakang pun nak masuk gambar..



i found thissss.... happy gile.. harga seringgit lebih je weh.. aku beli 4 kotak kot time ni.. hari last day tu aku pergi lagi kedai ni beli satu kotak besar terus.. nasib kedai dia tinggal tu je.. kalau ada lagi mau aku borong.. rasa dia sedap macam susu pisang korea tu.. sama macam meiji jugala rasa.. syokkkkkk gile aku..



packaging setiap sudut pun smart kan


ni lain sikit kan muka dia.. tak sure orang pakistan ke bukan


apsal aku rasa aku kurus sikit time ni.. 


orang perempuan, biasalah.. sibuk kami tengok orang lain beli apa


balik tu baru kami dinner.. kesian juga orang cafe tunggu kami lama.. well, shopping kejap bukan shopping namanya



biskut coklat aku beli untuk officemate.. made in pakistan


my love


ni kak yati beli


brand ni tak best


pouch untuk kak yus


beg untuk aku 😄😄😄


umi kirim sari sebab nak tengok beza sari india dengan pakistan.. tapi sari pakistan tak banyak patern kosong gini


gelang kakak iman.. murah je


aku punya


currency depa




Quran dalam bilik.. macam style quran lama kita kan

No comments: