Sep 12, 2018

Bebaskan Gundah

Bebaskan Gundah

Dendangan batin menyair cela
Merintih kalbu coretan pena
Rebas air mata, bergenang lecak
Rebas keringat dingin, menjerut serabut otak

Sakitnya diri saat kudrat diuji
Peritnya hati didakap neraka ilusi
Mana mungkin mewaris iman nan suci
Selagi hidup belum benar teruji

Namun lelah diuji bertubi-tubi
Belum habis keringat berhenti menghambur
Bingkas datang musibah mengatur
Acapkali tersadung  jatuh lalu menyungkur
Menjunam rebah saat khilaf, insaf mengadah ku tunduk akur

Dunia ini, isinya penuh kejam lautan dugaan
Dunia ini, isinya merintih fitnah bertopeng prasangka
Dunia ini, isinya mencatur dosa syahmat pahala
Faham dan faham, tapi aku masih lagi belum menyedar

Ya Tuhan Yang Maha Pengatur
Bebaskan aku dari kepompong gelisah
Bebaskan aku dari jeriji resah
Bebaskan aku dari kekalutan gundah seranah

Wasangka diri jangan sampai menyalah takdir
Jangan bilang dugaan hidup itu tersenyum mudah
Jangan bilang kekayaan hidup itu bernafsu indah
Jangan bilang pancaroba hidup itu, tiris aturan-Mu Al-Fattaah

Selembar dugaan selirat ujian, sudah ditentu takkan berubah
Walau beribu kali dijentik ujian, kejapkan hati jangan dikalah
Ya Tuhan, paksakan aku tunduk menyembah bumi
Ya Tuhan, pasakkan ku hina saat nyawa menjarah mati
Alpa bukan leka, tapi aku masih terbuai lena

Gentayan
2018 - Serdang

Nota Yana Kama:

Dah lama aku tak menulis selain daripada cerita travel.. dari semalam lagi aku ada perasaan nak buat random thought.. macam kena pula dengan puisi gentayan, jadi di sinilah aku cuba coretkan apa yang tak terluah..

Aku selalu rasa hidup ni melelahkan.. tapi takdela sepanjang masa rasa macam tu.. biasalah, hidup ada turun naik.. hati berbolak balik tu dah jadi lumrah.. kejap ingat tuhan, kejap alpa.. kejap rasa berdosa, kejap lupa diri.. aku pernah ada perasaan, kadang-kadang takut nak berubah ke arah yang lebih baik sebab aku selalu rasa bila aku cuba untuk do better, mesti aku rasa lebih teruji.. baik hidup biasa-biasa je tanpa sebarang ujian.. aku lupa janji Allah, 'bagaimana mungkin kita mengaku telah beriman sedangkan kita belum pernah diuji'

Sebut nak syurga itu, terasa mudah dan indah.. namun jalanNya berliku.. tapi Allah dah janjikan dalam setiap liku itu Dia ada bersama kita.. nah, apa lagi yang kita nak kan.. but aku being manusia, dunia itu terasa lebih indah dan bermakna.. aku lupa hakikat umur makin kurang, saat pertemuan dengan Sang Pencinta makin hampir..

Kadang-kadang apa yang kita lafaz tak sama dengan apa yang kita buat

Aku kata aku inginkan syurga, tapi aku cintakan perkara-perkara lagha
Aku kata dosa aku menggunung tinggi, tapi aku terus menerus lakukan perkara yang dimurkai Sang Pencinta
Aku kata aku ingin bertemu Sang Pencinta dalam keadaan dia redha denganku, tapi aku alpa bila mana munajatku selesai kerana dunia terlalu melekakan

entahlah.. munafikkah aku? Islam pada namakah aku? pedih.. tapi soalan tu selalu timbul dalam hati aku..

entahlah.. satu yang aku pasti, putus asa bukan pilihan.. keep repeating.. 
rahmat Allah melebihi daripada kemurkaanNya.. 
hidayah Allah tak pernah tersalah alamat..
Allah is always with me.. why should i give up?

Terima kasih Allah kerana sentiasa ada denganku saat aku merasakan aku tak punya sesiapa
Terima kasih Allah kerana mendengar keluh kesahku saat aku tak punya tempat untuk mengadu
Terima kasih Allah kerana tak pernah meninggalkanku sendiri saat yang lain tiada denganku
Terima kasih Allah kerana tidak terus menghukumku atas dosa dan alpa yang ku lakukan

Too many things to be thankful, but being manusia it always feels it still not enough.. Ilhamkan aku untuk sentiasa mensyukuri nikmat kurnianMu

No comments: