Showing posts with label Aneka ragam. Show all posts
Showing posts with label Aneka ragam. Show all posts

Aug 11, 2015

Simple things yang membahagiakan

Assalamualaikum..

 

Ambik ko, kalau gigih nak berblog macam-macam benda rasa nak share..hehe dapat gambar ni dari kak yus..

 

Bluetooth Folder16

Bluetooth Folder17

 

Thanks kak yus.. semoga Allah rahmati kak yus sekeluarga.. Moga dijodohkan untuk bersahabat hingga Syurga Allah..

Oct 9, 2012

Gara-gara dia

image
Assalamualaikum..

Korang tengok, gara-gara aku upload gambar grad adik aku, Aki sampai 81 notification aku dapat..artis sangat ke ko ki?haha..Aku baru masuk kerja hari ni..Insyallah aku share cite dia grad..nak harap dia update blog dia, hmmm..usah bermimpi disiang hari la kan..hehehe

Oct 5, 2012

Random Post

Assalamualaikum

1. Dengar dekat Tanyalah Ustaz pagi tadi sementara nak bersiap. Bagi orang-orang yang kearah nak tambahbaik diri, ustaz bagitau at least sehari kita kena solat 40 rakaat- Suppaya hati dekat dengan Allah. 40 rakaat datang dari:
-17 rakaat solat Fardhu
-14 rakaat solat rawatib
  • 2 sebelum subuh
  • 2 sebelum dan selepas zuhur
  • 2 sebelum asar
  • 2selepas magrib
  • 2 sebelum dan selepas isyak
-9 rakaat solat malam
  • 2 rakaat solat tahajud
  • 2 rakaat solat istikharah
  • 2 rakaat solat hajat
  • 3 rakaat solat witir
(Mencabar untuk buat, tapi why not kita cuba sikit-sikit kan..fuhh, moga kita semua beroleh kekuatan. Amin)
PS: Rasa macam amik minit mesyuarat plak tulis blog ada bullet2 bagai haa..hehe

2. Cara meminta tolong dengan Allah ialah dengan Sabar dan Solat.

3. Terharu dengan umi. Umi aku beli nasi lemak untuk office dia, sebab ada buat baca Yasin. Umi tanya aku nak ke, aku cakap takpela sebab sian plak dekat umi aku kena turun balik amik dekat kereta. Beria-ia aku cakap takpe, tau-tau time aku salam umi aku da amik juga nasi lemak tu, siap dengan gorang telur letak dalam plastik..Ya Allah, baik sangat umi aku ni. Bergenang mata time nak g keje tadi. Terima kasih Allah kurniakan aku umi yang sangat baik. Bahagiakn dia Ya Allah. Kurniakan kekuatan pada aku Ya Allah untuk membahagiakan dia..Amin.

Sep 21, 2012

Perynia

Assalamualaikum..

 

Short entry je..duk belek-belek gambar dalam PC terjumpa gambar dengan Perynia..anak lecturer UPM..darjah 2 tak salah aku..time ni aku duk jaga kursus sampai malam..lecturer tu bawak sekali anak dia..syok jugak, ada teman aku malam tu..tapi adik ni speaking je..kagum aku dengan budak-budak yang memang fluent dari kecik..takpe, akak yang besar ni boleh praktis speaking dengan awak kan..rindu plak aku dekat dia..

DSC_0081

Jan 5, 2012

Tak tahu mahu berkata apa..

Assalamualaikum..

 

Erghhh…awatla semakin lama daya mahu nak menulis makin kurang plak aku rasa..ada beberapa lagi cerita penting dalam hidup aku masih tak terluah disini..last cerita adalah cerita dihari perkahwinan kawan aku, Waheda..dan mungkin lepas ini entry aku bakal takde gambar..kalau bernasib baik mungkin dapat cilok gambar dari kawan-kawan yang bawak kamera..hehe,memang wajibla aku akan paksa mereka upload di facebook dengan seberapa segera kan..ekekeke

 

Semalam dan hari ni life sedikit hectic..aku da rasa nak menjerit da ni..20hb nanti aku bakal ada event yang jemput menteri KPT..memang kegigilan aku da start since daripada hari Selesa lepas..even orang Marcomm, entiti dibawah UPM yang incharge program UPM pon ingatkan kitorang banyak kali, u all ada 15 hari je lagi ni..haihhh,orang yang mahir pon risau kalau aku yang ala-ala bertatih handle event rasmi ni memang rasa tak tertelan da air liur neves..tarik nafas dalam-dalam..insyaallah segalanya boleh setel..Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak terdaya kan..harap-harap kami mampu setelkan semuanya..Amin..

 

Nak update nak update nak update..blog,sila doakan tuanmu berdaya malam ni mahu karang ceritera hidup!

 

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!

Yana Kama

Dec 30, 2011

Kebetulan:Nikah gantung vs Bubur

Assalamualaikum..

Aku tengah duk baca blog yang ada dalam blog list..tiba-tiba mata aku duk tengok,eh kenapa ada blog tajuk sama..aku mula-mula ingat salah pandang je..so aku baca blog Nusha dulu..lepas da baca entry blog Nusha, aku tengok balik dalam bloglist..eh laaaa..memang betul ada 2 blog yang ada tajuk sama..hehehe,kebetulan kan..tajuk yang unik tapi boleh plak sama timing berada dalam blog list aku..

image
Sama kan?

image
Ni ialah entry dari blog Nusha..

image
dan ini ialah entry dari orang yang sama nama dengan aku, Liyana..ekekeke

Kebetulan yang lagi sekali ialah ketika aku perasan Cik Kaki dan Kathyjem punya entry..iaitu tentang bubur..entry yang mula-mula aku baca ialah Cik Kaki punya..lepas tu, bila baca Kathyjem punya terus rasa macam dejavu, eh aku pernah baca la cerita pasal bubur sebelum ni..

image
Cik Kaki punya version cerita bubur..

image
Version Kathyjem..

Hehehehe..nampak sangat blogger di Malaysia ialah sehati sejiwa..1 Malaysia katanye..Open-mouthed smile setakat ni aku tak pernah lagi ada kebetulan apa-apa dengan blogger yang lain..teruja sebenarnya aku bila bertemu kebetulan ini..lagi-lagi yang dekat entry nikah gantung..boleh plak entry depa berada dalam bloglist yang dekat-dekat..teruja tak abes-abes lagi ni Open-mouthed smile

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Dec 9, 2011

Perlawanan Persahabatan Selangor dan Sime Darby FC di Padang UPM

Assalamualaikum..

Tiba-tiba rasa tajuk macam pengulas berita plak kan..petang semalam, kawan aku kata ada perlawanan persahabatan antara Selangor dengan Sime Darby FC macam yang aku tulis dekat tajuk entry ini..aku macam alaaaa,tak bawak baju dan suar..kawan aku apalgi soundla, ko yang nak main bola ke sampai kena bawak seluar bagai..hehe,kena sebijik..kawan aku kata start pukul 5.30 petang..kitorang plak dalam pukul 5.15 baru habis meeting,terus bergegas g padang..

P1070875
Orang pon tak berapa nak ramai..mula-mula kami tengok secara berdiri, macam tak best plak tengok bola berdiri kan..kami pon beransur ke tempat duduk..syok sket tengok sambil duduk kan..

P1070877
Wokeh..baru best dapat tengok dari sini..view pon cantik..kaki pon tak lenguh..

P1070878
Elok dalam 5 minit kitorang duduk tiba-tiba pengadil tiup wisel..aku ingat da half time, sekali aku duk pelik apehal diorang salam salam da ni..rileks la,jap lagi kan korang nak jumpa balik..

P1070879
eh eh,awat kuar padang ni..laaaaaaaaa,da abes da ke..perghhhhh,memang menguji sungguh..mati-mati kitorang ingat baru start..maknenye pukul 4 la dia start kalo belum pukul 6 da habes..urghhhh,keciwa beb..beriya aku nak tengok diorang main..eh eh,perasan tak sape ada player sukan sea aritu..klu: tinggi menggalah

P1070885
Dia ialah yang no.4 tu..

P1070888
Ceh,takdop pic clear plak da..dia ialah Mohd Asraruddin Putra Omar..kawan aku yang perasan..pastu macam rasa nak turun bawah amik gambar tapi malu plak la kan..hehehehe,rugi-rugi sebab orang tak ramai sangat..smart smart tapi pangkat adik adik tu..hehe

P1070884
Eh, yang kena interview ni Irfan Bakti kan..muka macam meh dia..aku bukan kenal sangat..aku kenal Lim Swee Tin je..eh itu lecturer UPM da..Ong Kim Swee la..hehehe,aku selalu tertukar nama diorang berdua..

P1070881P1070886
P1070890
Aku dan mereka..pasrah sungguh kitorang bila da abes..beria aku mesej umi aku cakap balik lambat..sekali aku dulu yang sampai rumah..dan untuk pengetahuan korang, aku tak tahu berapa bijik gol dan sape yang menang..tak berbaloi sunggu rasa..alahai

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Nov 30, 2011

I have a date!

Assalamualaikum..

 

image

Oh oh oh…menggigil rasa..hehehe,over sungguh..sangat looking forward nak tengok cerita ni..tetiba nak rasa neves plak..hehehe,memang over sungguh..date aku malam tu selain Aaron Aziz ialah umi dan Adi..kepada adik aku yang nama Aki, sorry babe..ko jauh nun di Kedah,tak dapat nak angkut ko sama..jangan risau,nanti aku bagitau ko ending dia hape..hehehe

 

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!

Yana Kama

Nov 2, 2011

Lagu Pertama untuk Tema Putus Cinta Aku

Assalamualaikum..

 

Aku pon tak tahu apesal tah 2 3 hari ni lagu ni asik terngiang-ngiang je lagu ni..dok la aku memekak kat rumah nyanyi lagu ni..

Bila Cinta Di Dusta


Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana
Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan
Putus di tengah jalan
Terpaksa mengalah

Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu


Ooo...oo merayu-rayu
Ooo...oo ingin kembali
Ooo...oo meratap sayu
Tidak mungkin orang simpati
Menoleh pun tak sudi
Andainya ditakdirkan
Cintamu didustai
Pastinya kau mengerti
Siksanya perpisahan
Hanyalah ditemani sesalan

 

Ini ialah lagu putus cinta untuk cinta pertama aku..time aku tengah basuh pinggan semalam tiba-tiba duk humming lagu ni,ila ada sekali time tu..aku pon bagitau ila ni ialah lagu putus cinta aku..ila kata macam budak-budaknya lagu tema kakak dia sorang ni hahaha~kelakar kot bila ingat balik..aku ingat lagi cane lagu ni boleh jadik lagu putus cinta 1st love aku..Ni zaman aku dekat UTM dulu..time tu aku tengah lepak dekat lab kawan aku, Cikro..duk belek-belek laptop dia dan terjumpa lagu ni..terus rasa eh lagu ni macam diciptakan untuk aku la..haha~memang habis lentokla la duk layan lagu ni dulu..sanggup hari-hari dengar sebab nak hafal ekekeke..

 

Bila da bertambah umur ni,perkara pra-matang yang kita buat dulu mampu buat kita tersenyum sendiri..dulu-dulu kalau frust kan,mesti berdendam nak orang yang buat kita frust tu merasai kekecewaan macam yang kita rasa jugak..haha~sekarang punya frust ialah terus nak pegang konsep, ‘Aku nak move on..enough is enough..full stop’..dulu dan kini..Open-mouthed smile Korang pon mesti pernah ada lagu tema frust bercinta dulu-dulu jugak kan..hehehe,kenagan terindah..

 

Yana Sayang Kamu!

Nov 1, 2011

Pemilik Cintaku..

Assalamualaikum..

 

Aku nak berkongsi sebuah buku yang mana aku rasa penyampaiannya bersahaja dan menjentik hati nurani aku..eceh..terus terang aku cakap sebelum ni aku pernah jugak cuba nak baca novel-novel islamik tapi tak berapa nak menjadik..tak sampai halfway aku baca terus tak khatam da..entah ek,aku rasa kan kalau nak berdakwah secara penulisan ni sangat susah sebenarnya..kalau gaya bahasa terlalu serius,bagi yang baru nak berjinak-jinak mendalami Islam mungkin tak berapa nak lekat dihati..

 

Tapi  kan buku yang aku nak share dengan korang ialah punyai gaya bahasa yang sangat sempoi..Adik aku Mai yang beli buku ni..mula-mula dulu dia beli satu buku ni, tajuk dia Denyut Kasih Medik..dalam hati aku rasa macam dahsyat gak Mai ni,da la blaja Medik,tiba-tiba baca buku cerita nak tajuk Medik jugak..haha,sorry Mai..kalau aku jumpa buku cerita Denyut kasih Kimia memang sebelah mata pon aku tak pandang..silap haribulan aku buat-buat tutup mata bila lalu depan buku tu,hehe..entah macam mana, satu hari tu aku takde pape nak buat..aku duk belek-belek buku ni dan ternyata tanggapan aku silap sebab aku bajet buku ni memang akan skema habisla pasal Medic..secara ringkas, buku ni mengisahkan tentang kisah hidup seorang doktor yang juga pendakwah dari mula-mula dia start praktikal sampaila cerita tentang dia bertemu dengan suri hidup dia..memang indah,memang terbuai…buku ini pengarangnya ialah seorang lelaki..tak lama lepas aku baca buku tu, Mai kata isteri Dr tu ada buat buku yang kiranya membalas balikla karya suami dia..macam jawabul jawabla kalau dalam taranum..hehe, dan tajuk buku itu ialah Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul..

 

Subhanallah,indah sungguh kisah diorang..kedua-dua penulis ni bila ditanya sama ada itu kisah diorang atau bukan,diorang tak kata ya dan tak kata tidak..tapi kalau ikut kronologi cerita macam cerita asal..penulis mungkin mahu menjaga sensitiviti sesetengah perkara peribadi..korang tau perkara pertama yang terlintas ialah rasa sangat kerdil berbanding kisah hidup cinta diorang..indah,indah dalam gaya yang tersendiri..

 

image

 

Mungkin aku boleh berkongsi beberapa ayat alam buku ini yang menarik hati aku..

 

Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum kau mengejar cinta lelaki. Tanpa reda Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti tak bahagia. Percayalah. Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah..

 

Jika Kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang mampu diberikan dan jangan sekali-kali meminta apa yang diluar kemampuannya. Hatta, walaupon mereka mampu memberikan segalanya padamu, jangan sekali-kali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kepadanya. Ia takkan membahagiakan..

 

Jika kau seorang suami, tiada resipi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumah kearahnya. Moga cintamu berkekalan hingga ke Syurga..

 

Dan seandainya jodoh kita (wanita) tiada di dunia, ada satu ayat buku ni yang berjaya memujuk hati..

 

“Tersenyumlah wahai wanita yang tidak menemui jodoh di dunia kerana jodoh yang jauh lebih baik sedia menantimu di akhirat sana. Aku dapat rasakan para Wildan yang gagah, muda dan tampan sudah tidak sabar melayani bidadari yang berasal dari wanita dunia”

 

Tapi tak bermakna kita perlu give up tau nak carik jodoh..ayat ni bukan ayat putus asa,tapi ayat mengajak hati jadi lebih sabar sebab Allah tu baik sangat..Sangat adil terhadap hamba-Nya..jodoh takkan datang bergolek ye,kena usahakan jugak..tapi kan aku rasa aku da hilang skill la nak carik jodoh hehe

 

Banyak lagi artikel menarik dalam buku ni..aku sangat-sangat cadangkan korang untuk beli sebab bagi  orang macam aku yang hati susah sket nak tertarik dengan buku-buku cerita islamik pon hati boleh tertawan..dan harga dia pun murah je,RM12..dekat MPH pon ada kalau tak salah aku..

 

Sharing is Caring..Aku sayang kamu-kamu semua sebab kamu ialah saudaraku dunia dan akhirat Open-mouthed smile

 

Yana Sayang Kamu!

Oct 7, 2011

Seperti suami dan isteri??!!

Assalamualaikum..

 

Malam tadi,tengah aku tolong umi aku wrapping popia (??), adik aku, ila tibe-tibe gelak sorang-sorang..terus curious nak tahu awat ila gelak..rupa-rupanya dia jumpa pic ni dekat FB..

 

306337_208245112574745_146696478729609_515765_1515752348_n

Soalan: Berdasarkan graf garis yang dilukis di (d), nyatakan satu hubungan antara suhu air dan tekanan

Jawapan: Seperti suami dan isteri

 

Rolling on the floor laughing hahaha~tak boleh tahan betulla dengan jawapan budak-budak zaman sekarang..kita dulu-dulu kalau tak tahu pon mesti tak sampai hati nak jawab macam ni kan..makin berani diorang ni bagi jawapan yang boleh mencabar kesabaran seorang guru…hmmmmm

 

Yana Sayang Kamu!

Oct 5, 2011

Ukiran Inai di tangan..boleh atau tidak?

Assalamualaikum..
 
Terbaca ini dari Fb adik aku..sumber asal artikel adalah dari sini..
 
Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..
170819_1637872031578_1380080408_31601491_7268970_o[1]
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut. Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

-----------------

Bila aku baca artikel ni,aku macam eh yeke..serius memang tak pernah dengar sebelum ni..agak kaget jugak sebab aku baru je pakai inai macam tu di kenduri Ain..eh, Cik Ain kalau kamu baca aku takde niat nak salahkan kamu ke apa tau..sekadar mencari kepastian bila ada persoalan diminda..macam timbul ragu sedikit sebab kalau ikut pemahaman aku yang cetek ini yang tidak boleh adalah  membuat ‘gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan’..aku try google dan terjumpa link ini..


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

-----------------
Kalau ada sesiapa yang boleh bantu mohon share ye artikel disini..Open-mouthed smile sharing is caring..

PS: Seboleh-bolehnye cuba nak elak jika ada keraguan untuk buat..

Yana Sayang Kamu!

Oct 2, 2011

It’s a celebration!

Assalamualaikum..

 

Adik aku tag aku kat FB..katanya kaum Hawa kena tengok untuk nak tahu kenapa Adam minat bola..yolah tu

 

Tak pernah dengar pon aku team ni..mesti diorang exited nak tunggu gol sebab nak buat gaya yang diorang plan..kalo tak gol mesti kecewa yang hamat..ekekekeke

 

Yana Sayang Kamu!

Aug 22, 2011

Sampul Raya yang takde isi lagi dan selingan

Assalamualaikum..

 

Sejak aku da keje ni, bila time raya tambah lagi satu tanggungjawab, iaitu bagi duit raya..dan tiap2 tahun memang jadi kewajipan jugak untuk beli sampul raya..aku selalu tak bernasib baik dalam bab2 nak dapat sampul raya free..sejak 2 3 tahun keje ni memang aku beli sendiri je..kalo sampul raya,aku minat yang panjang2..sebab senang,takyah lipat2 duit tu kan..tapi aku duk carik tak jumpa plak yang pesen camtu..so aku beli yang biasa je..sampul raya plak aku kena beli lain2 corak..ikut jenis duit yang nak dimasukkan..eh jap jap..Mai sengal tetibe time aku tulis entry ni (entry cam biasa ditulis malam sebelum)..Aki pukul Mai, terus Mai jerit ‘Dayussss’..hahaha tahpapela diorang ni..

 

Sambung balik..Aku suka beli sampul yang lain2 design untuk setiap nilai duit..sebab takdela tertukar nanti kan time nak bagi..naya weh kalo tertukar,kalo sampul singgit tertukar dengan 5 ringgit takpe lagi..dibuatnye kalo singgit tertukar dengan sepuluh ringgit tak ke rasa macam nak pengsan hehehe..tapi kalo da rezeki budak tu nak buat camne kan..tetibe rasa tua bila da kena bagi duit raya hehe

 

P1050028

Yang ni untuk adik2 aku..dekat kedai yang aku beli ni pon tinggal satu peket je..

 

P1050033

Satu peket ada 8 dan satu peket nilainye ialah singgit

 

P1050039

Yang ni untuk kanak2 yang tak berapa dikenali..tak cun sangat pon tapi sebab tak banyak choice..kat mana ek tempat jual sampul duit yang best2..aku selalu takde idea nak beli sampul katne

 

P1050046

Yang ni untuk orang-orang yang lebih tua dari aku..cute kan gambar pakcik dan makcik ni ekekeke harap2 time aku da tua nanti ada lagi sampul ni..hehe

 

P1050047

Yang ni untuk sepupu2 dekat..gambar budak2 ni aku suka

 

P1050055

Yang ni untuk sedara2 yang tak berapa jauh dan tak berapa dekat..

 

P1050035

Tengah2 aku snap gambar ada plak orang di atas ni jerit ‘Na,amik gambar aku Na’..ceh,pantang aku amik gambar, dan dan tu nak suh amik gambar dia..

 

P1050049

Mak aku plak cakap ‘Na, amik gambar lompat tikam ni Na’..aihhh,memang family aku paling sporting bab2 bergambar ni..hahaha

 

blog19

Soya hasil buatan orang..hehehe,mak aku buat..dulu2 zaman kecik2 mak aku rajin buat soya..time weekend camni segala request tingin nak makan apa akan dilayan mak aku hehe sukeee..sekak perut kenyang semalam..

 

P1050066

Blogging sambil enjoying lompat tikam

 

Yana Sayang Kamu!

Aug 8, 2011

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN GAJI

08 Ogos 2011

Malaysiakini
8/8/2011


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.


"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.


Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini. Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.  "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,”

 

Alhamdullillah atas rezekinya Open-mouthed smile

 

Sumber

 

Yana Sayang Kamu!

Jul 27, 2011

Wordless Wednesday: Sama tapi tak serupa II

Assalamualaikum..

Blur..serius tak tau nak tulis apa..serius aku kagum dengan blogger yang bleh menulis berentry2 dalam masa sehari..

P1040453
With Kak Yam..

Di hari kejadian, masing-masing mula2 termenung dulu tengok antara 1 sama lain..da lama baru perasan, eh color tudung kami samaaaaaa..ekekeke, Kak Yam pakai pakai shawl, aku pakai instant hijab..dua2 ialah oren bertona kehitaman..hehehe aku cakap kat Kak Yam, ‘Wajib kak saya nak amik gambo ngan akak’ ekekeke bukan senang kan nak jumpa shawl dan tudung awning color yang sama..

PS: Dunia tudung ni berputar kat tempat yang sama je kan..sebelum ni tudung aku pattern nak sama dengan Fauziah Gaus

Yana Sayang Kamu!

Jul 26, 2011

Exited kali kedua-Blogger femes singgah blog

Assalamualaikum..

 

Hari Ahad lepas  aku baruexited kak Neena Anuar singgah blog kan..tetibe kan kan kan..entry hari Ahad aku tentang rancangan ‘Assalamualaikum’ plak mendapat kunjungan blogger fashionista..mata berpusing-pusing tak nak stop, lama jugak kot aku termenung tengok skrin desktop betul ke ni apa yang aku nampak..fuhhhhh,sangat kejutan bagi aku..

 

image

See See See..aku tak bermimpi kan..Kak Anna panggil aku Dear,ekekeke pengsan kali kedua..sukeeeeeeeeeee tak henti2

 

Aku pon tak tau cane Kak Anna bleh singgah..kalo tengok kat keyword ada search nama ‘Sue Anna Joe’..tu kot yang menyebabkan tersampai ke blog aku ..sebab aku takde bagi link pape pon kat FB dia..aku cuma komen kat status FB dia je bila dia tak kuar kat rancangan kelmarin..confirm next week aku bangun awal..hehehe..korang pon jomla join aku tengok rancangan ni jugak..start pukul 9 pagi sampai 11 pagi..kalo last episod bab2 fesyen kuar dalam 10.30 pagi,tak tau la plak untuk next session ni kan..sape cakap blogger famous sombong kan..oh ye, kalo korang nak tengok blog kat Anna, klik sini ye..tapi aku rasa semua orang pon da tau kot blog dia..dia adalah photog jugak rasanye..aritu ada tengok dia amik Pic Nureen Aziz..cun!Dia tengah sambung blaja..kagum tengok orang gigih blaja weh..bila tah aku nak sambung ni..asik bertangguh2 je..hmmm, by the way..thanks Kak Anna sudi singgah!

 

Yana Sayang Kamu!

Jul 24, 2011

TV Alhijrah-Assalamualaikum: Inspirasi Fesyen Blogger

Assalamualaikum..

 

Aku tengok dekat FB status Kak Sue Anna Joe..kebetulan bangun awalkan rini..terus tune tv 114..tingin nak tengok diorang live weh..selama ni kan tengok secara kaku je..melalui gambar2 di blog..exited nak tengok Aishah Amin sebenarnye..eh semua pon aku tingin jugak nak tengok hakikatnye..ekekekeke

 

image

Tengah baca blog Echa..hi Echa! Open-mouthed smile

 

Aku sebenarnye tengah sambil2 edit gambo kat Broga..tak banyak pon yang nak edit sebab view da cantik kan..cahaya pon cukup..rasa nak naik lagi la..hmmmm,da pukul 10 da ni tapi still takdok lagi diorang..lambatnyeee..aku da lapar secara mendadak ni tapi nak tengok diorang jugak..pukul 10.30 kot session diorang..eh da nak start..jap,apsal aku plak yang neves ni ekekekeke macam aku plak yang nak masuk TV kan..

 

Ok, da start..ada persembahan dari Najwa Latiff..tadi time pembukaan pon ada jugak performance dari dia..kalo tak salah aku dia baru Form 4 ke 5 ek..aku pon tak sure,muda2 lagi da berbakat..suara dia sedap sangat hoke..

P1040783

Najwa while performing her song..

 

blog18

talented and gifted

 

P1040788

Aku baru tau Irma da mengacara..cute la Irma ni..dress up dia just nice je..aku tak suka sangat tengok dia dress up heavy2 macam time dia g ABPBH..nampak saratla..okeh,tu dia tajuknye..’Inspirasi Fesyen Blogger’

 

P1040791

The Set..Aku macam duk cari mana Kak Anna dengan Aishah..maybe diorang kuar lambat kot..

 

P1040789

P1040799

Adriani yang cute tengah bercakap memberi pendapat..

 

P1040806

 

Komen aku untuk this session..

 

Sue Anna Joe

Eh tak nampak pon dia lagi..maybe dia kuar sekali dengan Aishah Amin kot..owh dia tak kuar ponnnnn akhirnyeeeeee…

 

Eyqa

P1040795

Eyqa nampak suwit je..malu2 sket Open-mouthed smile Eyqa cakap dia selalu update tudung dia setiap minggu..aku pon suka g blogshop dia jugak..tudung awning dia cun..shawl dia unik..

 

Aishah Amin

Macam xkuar lagi Aishah..owh sedih..nak tengok dia sebenarnye..

 

Shea

P1040814

Shea gelak comel..suara Shea besar sket..macam Lisa Surihani..Shea tak cakap banyak sangat..dia suka cakap sambil senyum..

 

Jezmine

P1040809

Suara dia sedap owh..nampak more confident..maybe sebab da biasa kot dengan kamera..more to vintage punya stail

 

Adriani

P1040800

Paling cute..macam malu2 sket jugak..dia cakap 3 warna je hoke untuk dipakai..aku sukala tengok Adriani ni..cute gile..nak kahwin da rasanye..

 

Ami

P1040808

Confident..nampak matured..dia da kahwin kan..aku tak ikut sangat blog dia..tapi bila tengok dia live nampak best..dia suka baju yang printed..looks unique!suka calor bold jugak

 

Najwa tutup ‘Assalamualaikum’ dengan lagu baru dia,Cinta Muka Buku..cipta sendri kot..hebat kan..Most of it diorang cakap outfit bleh 3 warna je tau..puas hati jugak dapat tengok diorang..tapi nape Sue Anna Joe dan Aishah Amin takdeee…keciwaaaa aku..

 

PS: Semangat aku kan amik Pic kat TV..ekekeke

 

Yana Sayang Kamu!