Assalamualaikum..
Cerita tertangguh..semalam mood exited nak mengarang datang..dapatla buat 2 3 entry untuk auto publish..banyak sangat da tertangguh cerita..sambil2 exited cerita raya, yok kita punggah balik gambar-gambar lama..
28 Julai yang lepas, kami sekeluarga selamat hantar adik aku untuk p belajar..insyaallah selama 5 tahun setengah dia a.k.a Mai akan berada di India..nak mohon doa kawan-kawan supaya adik aku selamat belajar dan dapat berkhidmat kepada ummah..Amin..Pagi 28 Julai tu, ramai saudara aku datang rumah..antaranya mami, pengasuh kitorang..Mami, terharu sungguh sebab mami da tak berapa nak sihat..mami datang jugak untuk jumpa Mai..minggu sebelum tu padahal kitorang da pergi da rumah mami..thanks mami..family ayah din pun datang awal jugak..ayah din ikut kitorang g KLIA, Cik Lina dan Awa, sepupu aku terus balik rumah sebab nak sediakan juadah berbuka untuk family..yang akan menghantar Mai terus ke KLIA ialah Ayah Din dan family Ayah Cik aku..
Ni la pengasuh kitorang..Cik Mail dan Mami..pengasuh time kitorang kecik..da berpuluh tahun kenal diorang..time ni ialah kitorang p rumah mami..
Sambung balik..Kami adik beradik gerak dengan ERL, sebab plan awalnya gitu..umi aku plak ikut Ayah Cik dengan kereta..
Gambar bekalan yang dibawa oleh Mai..beg pink tu 30kg, beg hitam tu 9kg lebih..perghhh..yang peliknya, kawan Mai yang sama-sama fly dengan dia beg tak sampai 20kg..boleh korang bayangkan tak betapa bezanya beg Mai..hehe, jangan main-main..checklist Mai sangatla spesifik..agak-agak sapa nak sambung belajar jauh boleh pinjam checklist adik aku ni..hehehe
Mai dengan orang kuatnya..
Detik 1: Di ERL
Hehe, beriya-iya plak aku nak berdetik-detik bagai..padahal mai da sebulan da selamat sampai..hehe, macma biasa time tunggu train sempatla kami beraksi..orang pun tak ramai sangat..
Gambar seorang pejuang..time ni tak debar lagi gaknye dia..
Gambar adik beradik..Next ialah group foto plak..
Ko tengok tu Aki..ala-ala K-pop la tu konon-kononnya..hehe
Time ni Mai boleh beraksi sengal lagi..hehe, rindu plak aku dekat dia..
Detik 2: Di KLIA
Dalam pukul 4.30 petang kitorang sampai dekat KLIA..katanya briefing dalam pukul 5 petang, tapi tak salah aku dalam dekat pukul 6 baru ada checking beg semua..Mai duk cuak jugak sebab hand carry dia terlebih 2kg, nasibla cikgu dia kata handcarry takpe lebih..jangan beg besar je lebih..yang tu nak tak nak memang kena tambah duit la kalau terlebih..
Geng merah..nampak kecik plak Zahirah time ni
Rasa sayu balik plak tengok gambar-gambar ni..mungkin ni salah satu sebab aku bertangguh nak buat entry ni..eceh, alasan nak yang best-best aje..hehe
Aiii Mai..praktis dekat Malaysia je..jangan berani-berani praktis dekat India..hehe, eh tapi kalau dapat yang awesome macam Arjun boleh jugak Mai dipertimbangkan hehehe
Sama kan gaya sengihan Mai dengan ayah..anak bapak katanya
Berbuka kali terakhir di Malaysia..
Detik 3: Perjuangan Bermula..
Flight Mai pukul 10 malam kalau tak salah aku..dalam 8.30 malam cikgu dia minta berkumpul untuk full briefing..yang family-family berkumpul dekat tepi..dekat U Mai melayu hanya 5 orang, 2 perempuan 3 lelaki..dekat U lain melayu lagi ramai kot..
Geng 5 tahun dia..Ainin
Muka sidah ada neves..bila fikir balik kagum aku dengan Mai..kagum sebab dia kuat untuk belajar jauh..
Geng menunggu..
tak lepas-lepas lagi Zahirah nak buat peace..
Selesai briefing, diorang diberi masa dalam 10 minit untuk salam-salam dan hug-hug sebelum masak ke balai berlepas..apalagi, banjir melanda keluarga aku..hehe, eh tapi ayah n umi aku macam tak nangis je..aku yang lebih-lebih..ayah kata Mai bukan nak pergi sia-sia, pergi nak belajar..takde apa yang nak sedih..nak buat macam mana, da kakaknye jenis hati tisu..
Melimpah ruah..hehe,jangan marah ek Mai..sekali sekala je ak buli Mai..
Pic terakhir bersama umi dan ayah..
Pic terakhir berlima..
Antara yang menghantar..
Perpisahan itu memang menyakitkan, tapi kalau dengan tujuan yang baik, insyaallah ada keberkatan di situ..belajar rajin-rajin adik..selamat hari raya, salam sayang dari Malaysia..
Pengubat rindu Mai di India..yang bawah sekali tu besfren dia..pic no.4 tu paling awet muda..hehe
Pic Mai di India..muka ada senyum..kira okla tu kan..love u adik!
2 comments:
waa~~~nangis sekarang!
haha~tak coral la Mai..
Post a Comment