Apr 7, 2012

Cameron Highlands: 30/3/2012-Opah Strawberries and Jam-Petik strawberry la kite..

Assalamualaikum..

Selepas sampai di Cameron highland yang dingin itu, cita-cita pertama keluarga aku ialah nak petik strawberi dulu..ate, kate pergi cameron..dah sah-sahla kan kena p petik..strawberi tu kira macam duta cameron la..hehehe, kitorang tanya sedara kitorang dekat mana yang best..dia kata Taman Agro, tapi bila kitorang pergi dekat situ nehi-nehi petik plak..mungkin baru lagi kot dia tak bagi petik sebab sedara aku kata sebelum ni boleh je..tiba-tiba aku pelik kenapa kitorang tak cari farm yang besar-besar sket..hehe,takpela..kalo besar confirm orang ramai kan..dan cashier dekat taman agro kata dekat opah farm boleh petik..aku pon tryla pusing-pusing area situ dan alhamdulillah jumpa..

IMG_0056
Hot guy in the family..haha, ni dekat area Taman Agro..tak salah aku farm ni bertentangan dengan taman agro tu..eh, strawberi ni boleh masuk dalam tau..dekat strawberi ni ada tulis sape nak masuk dalam dia kena bayar 20 sen..lucu plak bila fikir balik

IMG_0058
IMG_0060
Family portrait

IMG_0061IMG_0062IMG_0063IMG_0064IMG_0065
Gambar-gambar di sekitar Taman Agro..beria jugak itorang amik gambar dalam ni walaupon tak boleh petik..

IMG_0128
Inilah farm yang jadik pilihan pedal kereta aku..eh, pedal tu tempat tekan minyak la kan..sendiri buat ayat sendiri kompius plak..hehe, farm ni just nice je..tak besar sangat tak kecik sangat..bolehla untuk kami yang 1st timer untuk petik strawberi kan..

IMG_0067
Kobis yang segar dan mekar seenak-enaknya..eh, ni kobis kan..batal sungguhla aku ni..kobis ni dekat luar farm..

IMG_0069IMG_0070
Sampai-sampai je semua pon tingin nak rasa aiskrim strawberi..ada yang aiskirm potong, singgit dan yang dalam bekas, 2 hinggit..yang dalam bekas tu dia campur susu sket..dua-dua pon sedap..tapi aku lagi gemar aiskrim potong..lebih pure..aku bukan penggemar strawberi..sebarang produk, mahupon air mahupon buah, mahupon aiskrim..dalam family aku, ila yang paling tegar sekali terhadap strawberi..tapi yang ini memang super awesome..ada jugak cita-cita nak beli bawak balik aritu tapi bajet dan masa tidak kesampaian plak, takpe..insyaallah it will be next time untuk kamu Cameron, Amin..moga Allah murahkan rezeki kami, amin..Mai tu (yang tudung kelabu) dia sorang je yang makan muffin dulu..lapo bebeno katanya..ingatkan da makan muffin dia tak nak la aiskrim kan..sekali bila aku tanya dia, dia jawab nak..aku tanya lagi, Mai nak skarang ke nanti..aku bajet dia jawab nantila kan sebab dia kan tengah makan muffin..and guess what she said?? dia nak SEKARANG..fuhhh, nasibla adik kan…hehehehehe

IMG_0073
Perasmi pertama..

IMG_0078
IMG_0080IMG_0081
Sebab umi aku paling exited sekali bab petik memetik ni, gedebuk terus aku letak gambar umi..hehe, exited umi aku tahap kejap kejap panggil adik aku minta ambil gambar..comel kan umi aku..seronok tengok mak kita bahagia..moga Allah berikan kita peluang lagi untuk bahagiakan mak kita..amin..

IMG_0083IMG_0066IMG_0086
The artists= Strawberi

IMG_0085IMG_0087
IMG_0088
IMG_0093
IMG_0098
IMG_0101
Geng Memetik..Mai, orang suh petik strawberila..betul betul menikmati sungguh asikrim dia tu..hehe

Hasilnye……………
IMG_0090
IMG_0094
IMG_0102
IMG_0105
IMG_0106
IMG_0107
IMG_0108
Crazy!..what to do, crazy pon adik aku jugak..hehe, eh jangan salah faham..adik-adik aku ni memang tak guna perkataan sengal, they prefer to use crazy lagi dari sengal..hehe, Aki yang kat depan tu lupa nak cover perut haha~

IMG_0123
Selesai pilih-pilih, mohla kita ke kaunter..dekat sini sekilo RM35, kitorang kena dalam RM37 ke 39 tah..sangat berbeza harga dekat pasar malam Brinchang tu..memangla kan, yang mahalnye ialah sebab boleh masuk petik dan kenangan memetik tu jugak sebenarnya yang lebih mahal dan berharga untuk kami semua..

IMG_0114
IMG_0116
IMG_0117
Tak sempat sampai kete lagi depa da ngap dulu da..sini ada jual coklat, apalagi..memang masyukla makan terus kan..kalo makan lambat, nanti nak kena panaskan dulu coklat tu nak bagi cair..

IMG_0126IMG_0127
Mintak tolong adik cashier yang baik hati tu..eh, dekat sini ada orang Arab tanya adik aku, “Are you from Emirates”..haha, comel kot..Nak tahu apa yang lagi comel..schroll bawah ye..














































IMG_0100
Orang lain khusyuk petik strawberi, dia khusyuk menghabiskan aiskrim dia..hehehe, sabar je la budak sorang ni..Macam Po, idola dia dalam cite Kungfu Panda tu..ekekeke

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

Apr 1, 2012

Cameron Highlands: 30/3/2012-The journey begin

Assalamualaikum..

Lama sungguh rasanya tak catat berkenaan dengan kehidupan peribadi..sejak hilang kamera pergi mana-mana pon memang tak pernah amik gambar beriya..tapi Alhamdulillah adik gue yang namanya Mai baru beli kamera hari Jumaat yang lalu..thank you to akak yus yang tolong negp-nego jugak dengan toke kedai kamera..oh ye, Jumaat yang lepas geng-gewng ex-utm aku buat simple gathering..makan-makan dekat Secret Recipe Alamanda..yang itu insyaallah later2 aku story..duk nak minta gambar ngan Yus..

Wokeh, sambung balik..plan nak g cameron ni umi aku punya idea sebenarnya..plannya nak pergi time weekend 25,25/3 yang lepas, tapi sebab time tu tak cukup korum makanya postpone ke minggu ke kelmarin 30 Mac..Anak sedara ayah aku keje dekat sana..umi aku nak jumpa dia sebab dia da dapat tukar balik Gua Musang..rezeki nak kerja dekat dengan kampung halaman..ketika menulis ni (malam tadi) aku baru sangat je sampai rumah sebenarnya..dalam pukul 10 malam..sampai-sampai exited transfer gambar, ada mood dan masa sikit untuk update blog, alhamdulillah..kalo tak mau terperam je gambar dalam komputer..gambar-gambar semua tajaan kamera Mai..ohsom sangat, dia amik canon ixus yang 8x zoom..subhanallah, puas hati sangat tengok gambar hijau bumi Allah..serius rasa macam lama no aku kat cameron, padahal pergi semalam a.k.a Sabtu dan Ahad da balik Putrajaya balik..Terima kasih Allah bagi kami kesempatan dan kegembiraan untuk menikmati pemandangan yang super duper ohsom..Subhanallah..

IMG_0030IMG_0031
Adik-adik aku, mamai-mamai pon idea tak pernah putus nak buat muka u.n.i.c, bak kata ila..hehe..Adi baru sampai dari Johor malam sebelumnya..ini ialah ketika mahu bertolak, sekitar pukul 8++ pagi..baju ialah tajaan Aki, yang aku pernah cite sebelum ni..ada akak tu siap ingat kitorng ada family day sebab pakai baju seragam..hehe, pon bolehhh

IMG_0041IMG_0043
Suasana perjalanan yang sempat dicapture ole Mai..yang gambar kedua ialah Lata Iskandar..cantik kan air terjun tu, tinggi yang amat..hebatnya ciptaan Allah..konon-konon nak singgah time on da way balik tapi tak terdayo..plus bateri kamera Mai pon da yilek kan time tu..sekadar lalu je time pergi dan balik..

IMG_0048IMG_0049IMG_0050IMG_0053
IMG_0054IMG_0055
Alhamdulillah dalam pukul 12.30 tengahari kitorang sampai..perjalanan ok, kitorang lalu ikut Tapah..tu pon GPS yang baik hati yang tunjuk..aku ni blah-blah utara batal sket bab jalan..so far pada aku perjalanan yang mencabar ialah dekat jalan belok-belok tu..adalah aku rasa dalam 40km jugak..boleh plak dalam duk lalu jalan bengkak bengkok tu aku ngantukkk..tak seswai langsung..maybe sebab panjang sangat kot..nasib dalam kete ada wet tisu, kering da pon wet tisu tu sebab lama sangat duk simpan dalam kete, da jadik dried tisu..hehe,tapi aku ada co-driver yang cemerlang, mintak dia basahkan..itula alat pengubat aku..

Sampai-sampai rehat kejap untuk solat, kami bergerak ke destinasi pertama..semua orang megidam nak petik strawberi, makanya ke sanala kami..Open-mouthed smile

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama