Dec 20, 2013

Saat yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum..

 

Oh oh..aku ialah mood exited mahu jumpa member-member UTM..asalnya plan nak jumpa last week tapi cancel sebab tak semua available..alhamdulillah minggu ni tiba-tiba semua ok (except zaf Crying face)..last kitorang jumpa secara santai-santai ialah time ain preggy dulu, dan kali ni jumpa pun dia tengah preggy kali kedua..haha sangat coincidence..terus diorang cakap ain pregnant ialah jadi bench mark untuk kita hangout

 

Kitorang jumpa je kalau time raya ke, makan-makan ke..tapi tak sempat nak borak dengan hebatnya..kali ni insyaallah dapat bermalam bagai, habeslaa..oh ye, bermalam sekali dengan pakej anak-anak..haha~ 1st time ni..looking forward =D

 

Last event lepak dengan lama

Sep 3, 2013

So..ini cerita raya aku

Assalamualaikum..

Da mengantuk sebenarnya, tapi sebab bukan selalu mood nak menulis datang..kita tahankan dulu mata..aku selalu macam tu, konon-konon larat nak tido lewat..bila bangun esok memang menyesal bagai sebab tido lewat..konon-konon da tak nak tido lewat dah keesokannya, hmmm..ikrar yang takde kesudahan..

Syawal dah nak habis dah pun..sama je sebenarnya raya aku dengan raya-raya sebelum in..cuma yang lainnya part baju raya je, jadi entry ni adalah bertujuan semata-mata nak tayang baju raya..haha, takdela..aku pon kompius kenapa aku tak share gambar raya dekat FB..jemu barangkali,duk tengok pic orang je..macam biasa, malam raya kitorang bakar sate, takde gambar pon..cuma seronok2 meraikan kemenangan/ ketibaan shawal..pagi raya pulak, siap2, makan2, solat raya, g kubur, jalan-jalan rumah sedara, sambung tido balik..hehe, kalo dulu cite pasal pagi raya boleh dapat 3 4 perenggan, sekarang satu ayat dah boleh cover semua cerita..teringat pulak zaman buat rumusan time SPM dulu-dulu..eh ke time PMR ek..hehe

IMG_4092
Ziarah kubur arwah tokki aku..abaikan time dekat pic tu, adik aku Mai p ikut setting time India..korang tambahlah 3 jam untuk tahu waktu sebenar..nenek aku tak larat nak ikut..geng-geng muda remaja je yang pergi, umi aku termasuk geng muda remaja ok..hehe

IMG_4099
Raya rumah bestfren umi..umi duk ralit borak, kitorang ralit tengok emma maembong..banyak kot cite emma keluar time raya

IMG_4080
Gambar wajib umi dan nenek aku..mananya nenek aku nak bergambar sangat..aritu mai konon-konon nak ambik gambar 3 generasi, dia umi n nenek aku…nenek aku duk bising-bising..dalam duk bising-bising tu mata dia tengok jugak kamera..nenek sapela yang comel sangat tu kan..hehe

IMG_4116
IMG_4118
Tempat wajib macam biasa setiap tahun

IMG_4127
IMG_4129
IMG_4137
IMG_4138
IMG_4139
IMG_4140
IMG_4142
IMG_4143
Tiba-tiba aku terfikir..zaman kita muda-muda dulu time takde kamera kita buat apa ek time pagi raya..sekarang kan sikit-sikit ambik gambar..ni pon da kurang sebab aku da liat nak berblog..tiba-tiba terfikir..agaknya time kita kecik-kecik kita lebih hiraukan nak collect duit raya kan..

IMG_4171
Ini pulak adalah sepupu-sepupu aku..da besar da pun semua..admire aku dengan warna tema diorang..makcik aku memang master habis bab-bab pilih color tema..ok, selesai cerita raya hari pertama..

IMG_4214
Ni haa gambar 3 generasi yang mai nak amik tu..nampak tak nenek aku? ke korang kompius mana 1 nenek aku, haha..sorry Mai,ak gurau kasar..hehe

IMG_4216
Adik irah n da geng malam kedua raya baru sampai..tu yang takde pic depa time raya 1st..budak-budak ni la penyeri raya aku..ehh, adik irah da pandai buat peacela..aku baru perasann, teruk betul kakak sepupu ni..time hantar mai p belajar dulu dia tak pandai lagi..

620407_430608786977590_133123774_o
Genap setahun da pandai da buat peace..hehe

IMG_4252
IMG_4257
Pic raya keberapa tah..tak ingat dah aku..hehe, tahun ni baju raya aku 2 helai je..yang lain-lain rembat umi aku punya..kebetulan pulak banyak kain yang umi upah jahit siap time raya..anak-anak umi sedia menghabiskan baju baru umi hehe

Apa lagi aktiviti raya aku? tahun ni lain sikit aktivitinya sebab selain dari beraya, kitorang banyak p bercuti-cuti..p yang dekat-dekat je..time dekat Kelantan, kami bermalam ni Tok Aman bali..aku pernah share rasanya tentang ni, yg umi aku kata aku ketua rombongan untuk budak-budak ni..cuba korang kira berapa jumlah kanak-kanak dalam kawalan aku..ila n mai tu pon kena kira sekali sebab diorang pon level kanak-kanak jugak..hehe

IMG_4291
Depan chalet..gambar bilik takde plak, tapi memang maveles sangat..bila beramai-ramai dengan budak-budak baru aku faham perasaan ibu-ibu, memang rasa asik nak menjerit je aku..hehe, cepat sangat hilang sabar dengan budak-budak ni..budak-budak kalau sorang, mereka masih comel lagi..cuba dia jumpa geng dia 4 5 orang, habis tak dengar langsung cakap..hehe, eh tapi aku seronok je lepak dengan diorang..kalau tak nakal tak namanya budak-budak kan..

IMG_4302
IMG_4311
IMG_4322
Gambar malam je ada..gambar siang tak amik langsung sebab duk ralit main dekat pool dia..yang paling ralit sekali confirmla aku kan..hehe sepupu2 aku da bagi pesanan, “tahun depan kita pergi lagi ye kak yana..”..pengsan..eh awat aku yg nak pengsan? penginapan ditaja oleh umi dan pakcik aku..hehe, so aku tak layak pon untuk nak pengsan..

IMG_4383
View dari luar..

Time raya tu jugak, celebrate birthday adi, 12/8..pic ramai-ramai takde sebab semua tengah tak sempurna..1 pic ni je yang sempurna..
IMG_4391
Pic sempurna kek sebab belum kena potong hehe

Aku rasa aku dah cover semua cite beraya di Kelantan..Insyaallah ada 2 3 cite lagi aku akan sambung jika ada kelapangan..cite pending adalah 1) cuti2 di Gambang dan 2)Aki nikahhhhh =D Selamat malam korang!

Aug 3, 2013

Last entry di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

 

Tengah hang sebenarnya ni..ambil masa untuk release di blog konon-kononnya..hehe, insyaallah esok malam kami sekeluarga akan gerak balik kampung..nak share info yg aku dapat time bukak puasa hari tu..10 malam terakhir Ramadhan = mencari malam lailatul Qadar.  Opis aku jemput Dr Sukki untuk bagi tazkirah before bukak puasa.

 

Ustaz share, kalo ikut calculation Imam Shafii berdasarkan kebiasaan beliau, Kalau 1st puasa hari Rabu, pengiraan beliau malam lailatul qadar jatuh pada 29 ramadhan. Ada lagi satu calculation, dalam surah Al-Qadr, perkataan lailatul qadar disebut 3x, huruf lailatul qadar ada 9, jadinya 9*3= malam 27..ini simple calculation. Ustaz bagitau tak kesahlah malam keberapa, yang penting kita kejar..

 

oh ye, malam ke-27 jatuh pada malam aku balik kampung..hehe, ustaz cakap orang dulu-dulu kalau malam 27 tu macam ada pesta dekat masjid/ surau..siap sembelih lembu bagai..kita sekarang je macam tak kesah kan..jadinya, siapa yang sama-sama plan nak balik kampung malam esok, marilah kita berhenti untuk solat sekejap..boleh buat hilang ngantuk nak drive jugak kan..peluang yang datang sekali sekala kita ikhtiarkan jugak untuk nak kejar..1000 bulan= 83 tahun..masih adakah nyawa kita sampai 83 tahun..

 

Okeh, nak share lagi satu..aku ada problem cakap laju..memang kalau ada speed trap dalam halaju percakapan aku rasa akulah orang yang kerap sekali kena saman..haha, aku perasan jugak aku memang cakap laju..tapi akhir-akhir ni makin menjadi-jadi..problem aku ialah bila aku try cakap slow automatik suara aku jadik slow jugak..hahaha susah mahu reset…patutlah Allah belum rezekikan aku untuk jadik cikgu..kalau tak tercengang anak murid aku tak faham sepatah apa aku cakap..hehe, alkisahnya semalam aku duk explain dekat bos aku pasal keje, 2 3x diorang stopkan aku sebab aku cakap laju sangat…maluuuu..hehe, any tips korang?

 

Ok, itu sahaja dari aku..untuk yg nak balik kampung jauh, drive safely..semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan yang akan datang..Amin

 

191949_4037002136402_1015814804_o

Gambar raya tahun lepas..kerinduan