Apr 23, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 2: Survey MBK

Assalamualaikum..

Untuk hari kedua, memandangkan kami sampai di Bangkok dah tengahari, jadi takde plan berjalan sangat.. perasaan dia bila dah start nampak signage tulisan thailand tu, umangaih.. teruja sangat.. hehe padahal kalau pergi belah-belah utara Malaysia dah boleh sangat masuk Thailand kan..hehe, tak kira.. chek pergi oversea ok..

IMG_3737
First tulisan Thailand yang aku nampak.. aku cakap dekat geng travel aku, macam sedap je nampak makanan diorang.. hehe, diorang kata entah apa la tu makanannya kan



IMG_3766
Chek dah touch down.. gambar-gambar semua ambil pakai hp je.. malas sungguh nak bawa kamera..



IMG_3768
Bukti naik tren sampai thailand. adik belakang aku tu kitorang kenal dekat train.. dia truly backpakers, sebab dia naik train dari kl sampai penang..yang tu dah makan semalam perjalanan.. hebat-hebat.. time dekat bangkok sekali je pernah terserempak, tu pun nazrin tepuk beg kak yam..sebab orang ramai gile, memang tak sempat say hi


IMG_3769
Stesen keretapi yang agak sibuk..time ni masih lagi percaya dengan tak aku sampai bangkok hehe


Dari sini kitorang dari MRT menuju ke Sam Yan, tambang tak ingat berapa tapi biasanya range dari 20- 50 baht.. sepanjang aku dekat sana aku standby 500 baht untuk makan dan perjalanan. Alhamdulillah cukup. Untuk train, banyak guna syiling.. Boleh tukar dekat kaunter, tiket boleh beli dekat mesin.. Kitorang menginap di Take A Nap, pada aku tempatnya memang strategik dan harga pun murah. Dekat dengan MRT Sam Yan, dan BTS Sala Deng.. Kalau korang datang nak tengok Songkran (Festival air), sini memang cun..sebab dekat dengan silom.. tempat ramai orang beratur dan berjalan untuk sembur-sembur air

IMG_3739
IMG_3740
Bilik kitorang.. Total untuk lima malam 5000 baht/2 orang.. jadi sorang dalam 2500 baht, deposit dalam 500 baht, jadi perlu bayar lagi 2000 baht dihari kejadian. duit thailand mahal sikit dari duit malaysia.. tapi nak senang kira, korang buang je kosong dekat hujung no. itula anggaran duit malaysia..

Hotel ni sangat recommended sebab dia sediakan 1) halal breakfast, korang akan rasa berbaloi gila sebab dapat save duit.. memang konsep yang aku dan kak yam pakai, pagi makan banyak gilaaaa.. jadi tengahari dapat save sikit.. plus kalau korang berjalan, memang tak lapar makanan, kita akan jadi sangat lapar air.. lagi, 2) hotel ada wifi, but sebab ramai orang kadang-kadang slow..tapi bolehla dari takde kan.. dekat sini ramai orang malaysia stay.. so aku rasa RM50 semalam sangat berbaloi.. 3) ada tempat masak air, air mineral dekat thailand dalam 7 baht, dan isipadunya ialah 750ml, memang sangat murah.. but kitorang punya nak save duit, tiap-tiap malam masak air, sejukkan.. at least sehari mesti minum 2 botol air..cuaca panas sangat..jadi dapatla save dekat situ..walaupun RM1.40 sehari, setiap sen duit jadi sangat berharga kat sini hehehe asalnya kitorang plan nak tukar-tukar bilik sebab nak view yang beza-beza..but nasibla kak yam terfikir time check in tu, ni kalau dah beli barang susah nanti nak kena kemas.. memang sangat betul..kalo tengok gambar kedua bilik tu, asalnya beg sorang 1, hari last dah almost penuh da kawasan situ haha

Lepas sampai, kitorang solat dan terus gerak g MBK untuk lunch dan survey barang nak shopping.. nak pergi MBK kena naik train BTS Sala Deng dan menuju ke National Stadium, dalam 5 minit dari hotel.. Seriuosly aku sangat selesa gila dengan public transport thailand..memang best dan kita sangat rasa secure, mungkin bangkok ialah ibu kota dan ramai pelancong datang.. semua lengkap pada aku, tempat-tempat attaction yang menarik memang sangat mudah nak pergi dengan public transport dengan kos yang murah.. Dekat MBK kami makan di tingkat 5, konsep makan dekat sini ialah beli kad, dan kalau ada baki boleh redeem.. ada 1 kedai halal dekat foodcourt, sedap dan murah makanannya.. 49 baht, aku amik nasi dengan kari ayam..nasi warna kuning.. sambal dia sedap gile, dulu time aku duduk keramat ada 1 kedai thai.. fevret kitorang nasi goreng ayam dia, sambal dia maveles.. selalu terkenanng-kenang.. bila rasa food dekat sini sangat rasa nak mengalir air mata dapat rasa food yang dah lama kita teringin.. thank you Allah.. Kalau nak makan sedap sikit, ada yana restaurant.. ehemm, hehe tak taula yana tu ada  perkataan thailand atau memang nama orang juga..insyaallah last day aku share gambar dekat sana.. gambar makan dekat foodcourt takde sebab kebuluq bak hang..hehehe, dua kali makan dekat situ, dua-dua kali tak ambil gambar..

IMG_3746
IMG_3747
IMG_3748

Antara kedia-kedai yang kitorang aim.. gambar yang mula-mula ialah sabun wangi, 50 baht, Rm5 je tapi consider mahal juga kalau nak beli souvenir untuk ramai orang..bau memang best, ikut jenis shape sabun tu..aku beli yang kelapa, wangi gile..dekat sini aku ialah sangat jatuh hati dengan apa-apa yang ada sifat kelapa.. haha, betul.. semua rasa sedap.. seluar tu pulak ada range harga, paling murah aku nampak 99 baht.. tshirt plak standard dekat sini yang murah ialah 99 baht.. memang diorang tak bagi tawar dah untuk tshirt.. kitorang survey dekat MBK dulu sebab esok nak g chatuchak market.. jadi dah boleh agak-agak range brapa.. dalam nak survey, aku ialah terbeli untuk diri sendiri juga..haha, tah pape.. aku beli 2 blous, 1 seluar..kain lycra dari sehelai 500 baht..habis 1,500 baht kat situ..pastu nyesal sebab souvenir yang lain tak beli lagi..hehe, nyesal kejap je..sebabnye dekat sini susah nak cari baju jalan-jalan perempuan.. tshirt santai-santai banyak..jadi takdela rasa ralat sangat tershopping.. satu lagi aku beli beg sandang kain, 100 baht.. dalam gambar-gambar berikutnya nanti ada pic beg ni.. selendang sehelai.. hehe banyak plak kan.. kak yam ajar, konsep membeli dekat sini better beli banyak terus..baru diorang akan potong harga kaw-kaw punya.. aku banyak tak tau, kak yam yang banyak tunjuk ajar..terima kasih kak yam

IMG_3754On the way nak balik.. dekat luar ni meriah, macam-macam aktiviti ada, ada tempat sembah Budha juga.. ambil dengan kamera hp, kalo muka terang, background gelap hehe


IMG_3757Stesen national stadium


IMG_3763
Bukti cecah kaki di thailand.. yang bendera ungu tu aku tak pasti bendera apa.. aku pernah nampak warna kuning juga.. ni ialah jalan on the way dari hostel aku ke stesen BTS sala deng.. ada 7e dan family mart.. memang mudah kalau nak cari apa-apa.. 7e diorang banyak instant food, nasi ada kudap2 macam fishball ada.. kagum lagi sekali..ke aku yang dah lama tak pergi 7e malaysia..


IMG_3771
Malamnye kami ke Nana, aku tak tau apa nama tempat ni tapi dia dekat dengan stesen keretapi BTS Nana.. tempatnya ialah pekan arab di tengah-tengah thailand.. makanannya ialah mix arab dan thai.. time kitorang makan dekat 1 kedai ni, ada tourist order roti nan cicah dengan tomyam..terkojut kami..hehe, kitorang order nasi beriyani, mahal juga, 150 baht.. rasa dia macam makan nasi kuning, ada ayam.. tak rasa sangat beriyaninye.. dan kedai tu juga bagi ulam-ulam dengan sambal belacan hehehe unikla pada aku.. sini ada jual-jual juga tapi biasa-biasa je..
  1. Tambang dan makan- 500 baht
  2. shopping- baju dan seluar- 1,500 baht
  3. beg sandang- 100 baht
  4. shawl- 300 baht
Total kos hari kedua: 2,400 baht ~ RM268

Apr 22, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 1: Perjalanan lebih 24 jam ke Bangkok


Assalamualaikum
Alhamdulillah diberikan masa dan kekuatan untuk nak menulis. Aku da lama sebenarnya teringin nak bercuti ala-ala backpakers. Maknanya ala-ala percutian bajet, biasa aku pergi bercuti dengan family. Sebab ramai dan umi ada sekali, jadi mesti fikir keperluan semua pihak. Yelah, kalau bercuti tapi tak selesa mesti sedikit sebanyak akan kurangkan mood bercuti kan. Aku memang tak pernah travel ke luar negara, pernah sekali ketika belum akil baligh lagi. hehe, dengan family time aku sekolah rendah. Umi dapat tiket g Medan, Indonesia. Tapi yang aku ingat dalam kenangan adalah mandi kolam je kat sana. haha, tah pape..

Akhir tahun lepas, ex-officemate aku, kak yam bagitau dia baru balik dari Indonesia.. Travel ala-ala backpakers dengan bajet yang minimum.. Memang excited gile bila aku dengar.. Kak yam cakap dia ada plan trip nak ke Bangkok nanti, aku minat ke nak ikut.. perghh, memang sangat terujala jadinya.. tapi aku cakap dekat kak yam, aku kena mengumpul duit dulu..sebab kalau nak pergi dalam masa terdekat macam tak dan je nak planning duit.. Alhamdulillah Allah rezekikan aku untuk bermusafir ke tempat orang.. Thailand pun aku exited, janji boleh sebut oversea.. Haha

Macam mana kami sampai Thailand.. Naik Malindo Air, Subang Jaya ke Penang –> Naik Train Butterworth ke Bangkok.. mencabar juga untuk nak sampai subang sebab flight kitorang pukul 10 pagi 9 April.. time hari keje plakkan, kak yam book teksi dengan apps myteksi pukul 7 pagi..pukul 9 pagi baru kitorang sampai.. kenapa ambil malindo? sebab dapat free luggage 15- 20kg.. dah tak payah pening kepala nak tambah luggage.. Harga Tiket 200++  sehala.. Nak breakfast boleh breakfast dekat airport, airport tak besar sangat tapi insyaallah semua keperluan ada

IMG_3765Di lapangan terbang subang..


Kami sampai di Penang lebih kurang pukul 12 tengahari. Dari sana, ambil cab ke Jeti Feri. oh ye, untuk trip ni kitorang pergi dua lelaki, dua perempuan. yang lelakinya ialah officemate kak yam dan kawannya. Dia dah expert untuk trip ke Bangkok, jadi sangat rasa secure di situ. Kalau ikut kawan kak yam, boleh je naik bas tapi sebab kitorang mengejar masa nak sampai ktm, kami naik cab.. Untuk naik feri, takde sebarang caj.. sebab dia consider kita keluar penang, bila nak masuk je baru bayar.. Sama konsep macam tol.. Macam biasa bila try benda baru confirmla aku exited.. kak yam pun sama, kitorang sangat jadi geng exited bersama

IMG_3722Dalam feri, ada kereta juga yang naik.. aku jadi kagum berganda.. dalam 15- 20 minit kitorang sampai ke jeti.. dari jeti nak ke ktm butterworh boleh tahan jauh juga sebab ktm sedang naik taraf.. nanti kan akan ada fast train sampai ke padang besar.. Kitorang sampai di KTM dalam pukul 1.10 petang, standby solat zuhur asar jama’ dan ready naik train pukul 2 petang


IMG_3726Kak yam dan en adil. Train ni ialah train untuk seat tidur.. aku baru tahu siang hari diorang tutup seat atas, dua-dua duduk seat bawah.. Alhamdulillah seat bawah dia agak panjang, memang boleh melunjur kaki jugala.. nampak tak box dekat atas en adil? dari situ akan transform jadi katil. Jenuh kitorang tunggu bilala pakcik train nak buka.. dekat pukul 8 malam barula dia buka tilam atas.. Aku sangat bersyukur dia tak buka awal, sebab memang mati kutu duduk atas rupanya.. haha, iye2 je aku awal-awal kecewa tak dapat baring terus. Sebab aku pernah naik ktm kl-kelantan, memang dia dah siap-siap tempat baring. Pagi tu aku dah bosan duduk atas, turun bawah share tempat dengan kak yam.. tempat bawah memang luas gila, aku amik seat atas.. harga dalam RM104, untuk seat bawah RM115.


IMG_3732Pandangan aku, kalau korang nak naik train kena sangatla bersabar, sebab train ambil masa 22 jam untuk nak sampai Bangkok.. aku naik pukul 2 petang 9hb, pukul 12 tenghari 10hb baru sampai..hehehe ,untuk pengalaman sekali dah cukup.. memang sangat cemuih, kitorang jadi sangat busy body terhadap semua benda.. Kalau ada orang bangun sibuk nak tengok. hehehehe

Persediaan nak naik train- 1) air mineral bawa banyak, dalam train ada jual tapi harga RM2, dan brand nestle..kagum plak aku nestle ada air mineral..thailand punya. 2) makanan. nasi dalam train ada jual yang vege punya.. kitorang aim nak beli bila berhenti dekat stesen apa tah kat thailand, sebab kak yam kata time ni ada orang naik jual-jual.. tapi takde plak.. nasi ni kitorang beli time dekat perhentian padang besar, lama gila berhenti.. lepas cek pasport semua, aku rasa ada sejam juga. jadi sangat sempat nak beli nasi.. cuma kitorang cuka-cuak sebab tak tau train nak gerak pukul brapa.. bawa roti banyak-banyak sebab bila takde pape nak buat perut akan jadi sangat lapar.. cekedis pun bawa juga.. dalam beg oren aku tu penuh dengan makanan, tapi tu pun rasa tak cukup juga hehe 3)Download movie banyak-banyak..sebab ko ada banyak gila masa.. aku beli majalah, tapi baca kejap je.. tengok ada mamat yang download movie, rasa nak duduk sebelah dia je tengok sama hehe 4) Kalau nak bawa budak-budak, sediakan banyak-banyak aktiviti. yang ni idea kak yam, jadi budak tak bosan sangat.. ada family yang bawa baby siap bawa buaian lagi..dia gantung dekat palang atas tempat duduk. kreatif gila.. rasanya tu je kot yang aku boleh share untuk hari pertama

Aku summary kan lebih kurang kos.. oh ye, kak yam ada download apps untuk kira kos travel..best gile, tapi aku tak ingat nama dia apa..nanti aku update kalau dah dapat info, insyaallah
  1. Tambang Teksi serdang ke airport subang: RM70++, share dua orang jadi RM35
  2. Tiket Flight KL-Penang: RM200++
  3. Tiket teksi ke jeti feri: RM40++, share 4 orang jadi RM11
  4. Tiket train Butterworth- Bangkok: RM104
  5. Makan dan minum (breakfast dan nasi lunch 9hb): RM20
Total kos hari kedua: RM370
Insyaallah akan bersambung hari kedua

Jan 20, 2015

Nurul iman sayang

Assalamualaikum

Aku rasa baru sekali je aku cerita tentang nurul iman,  anak saudara aku dekat blog.. Maafkan cik yong iman, dah lapan bulan iman baru sekali cik yong cerita.. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah bagi.. Semangat gile bila nak balik rumah sebab iman duduk sekali dengan aku.. Baby kan, bila dah pandai senyum.. Alahai jatuh hati sangat.. 

Time awal2 iman baru nak start mengiring.. Susah sangat nak ambil gambar dia pegun sebab tengah exited nak bergerak kan

Iman kecik kecik da minat kungfu panda

Time babq grade diploma cikgu.. Sengih bukan main iman.. Time ni iman duduk luar dengan cik yong. Good girl sangat iman.. Iman kalau tempat ramai orang dia akan diam dan sangat memerhati.. Bila dah bosan baru dia start ehek ehek manja2.. Aku rasa semua baby mungkin sama kan

Iman dengan untie sarah.. Kitorang sangat kagum bila iman ok dia dukung padahal sebelum tu time dia kecik sikit kalo dia tak familiar dengan orang tu mesti dia nangis.. Iman dah big girl 😭😭

Iman kena buli jadi minah kpop hehe 

Iman moooo

Iman bab makan sebijik cik su.. Bila da kenyang sengih bukan main.. Adik aku pesan time dia nak balik nanti bagi iman makan kenyang-kenyang, baru dia good mood haha korang memang kenal satu sama lain bila bab makan kan

Amoi, cik yong rindu amoi.. Aku rasa semua mak sedara akan bias kan dengan anak sendiri.. Mak ayah apatah lagi kan.. Semoga membesar menjadi hamba Allah yang taat, umat yang mencontohi rasulullah, anak yang berbakti kepada baba dan mama dan anak sedara cik yong yang geng shopping haha jom iman join cik yong hias buku!