Jun 2, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 6 Part 2: Siam Niramit

Assalamualaikum..

Aku copy balik entry dari window live writer..

Mencabar sungguh nak boleh habiskan entry bangkok, sebab aku exited nak share entry ke Tokyo.. hehe, inilah akibat tangguh lama sangat cerita.. ok, Bismillah.. plan kami nak ke siam niramit ialah sangat last minit.. plan asal nak pergi ialah pada  hari kedua kami di Bangkok iaitu lepas ke chatuchak market.. tapi sebab kami habis agak lambat, dan bila fikir tiketnya mahal, kitorang cancel plan untuk nak ikut en adil.. nak dijadikan cerita, malam sebelum kami ke siam niramit, kak yam cakap macam rugi je kalau kami tak pergi situ sebab itu antara main attraction.. kak yam datang dengan brilliant idea untuk google sama ada mereka boleh terima kad ke tak.. boleh rupanyaaaa.. boleh booking online juga tapi mesti dalam tempoh 2 hari sebelum.. macam kitorang, sebab kitorang nak tengok esok, maka tak boleh booking online.. pagi hari kejadian kami call untuk confirmkan boleh tak kalau nak beli tiket walk in dan bayar dengan kad, dia cakap boleh.. Alhamdulillah, lega.. thanks kak yam bagi pinjam dulu kredit card.. hehehe memang semput habis duit belanja ke Bangkok.. kaunter tiket buka pukul 5, kami gerak ke sana dalam pukul 4 petang.. Alhamdulillah dekat pukul 5 juga sampai situ.. ni link website dia untuk rujukan..


Macam mana nak pergi, naik mrt ke thailand cultural show centre.. korang ikut exit 1, dekat stesen bas memang ada van dah ready nak pick up.. time balik pun sama.. memang mudah sangat nak ke sana.. even tempat yang jauh dari train, diorang sediakan van untuk pick up.. of course ia akan jadi tarikan untuk pelancong pergi sini..

 Time kami sampai penari ni akan sematkan bunga pada kita.. dan diorang akan ambil gambar.. nanti time kita dah dekat dalam dia akan jual gambar tu.. tak ingat dah aku berapa harganya tapi quite pricey juga untuk kami yang nak jimat.. time ni mula-mula dia tak nak ambil gambar dengan kitorang.. dia suruh ambil gambar dengan ptotog dulu.. bila kami cakap dah ambil, baru dia nak bergambar sekali..


Elok kami masuk ke dalam, tuan gajah sambut.. aku ialah sangat cuak tengok gajah besar depan mata.. umangaihh.. nak pergi dekat pun takut.. dah lama-lama baru ok sikit..



 Dah berani sikit.. gajah ni boleh naik tau.. 200 baht ke 20 baht tah cajnye.. aku confirm tak naik.. pernah try sekali time dekat lanchang.. gayat juga.. hehe


dekat tengah-tengah siam niramit ada character ni tunggu.. aku tak pasti kena bayar ke tak tapi kitorang redah je ambil gambar.. takde plak dia minta duit.. dekat topi orang yang duduk depan aku tu actually aku nampak ada duit dalam tu.. tak pasti yang orang bagi ke apa..


 Korang sangat-sangat wajib pergi sini.. agak mahal tapi berbaloi baloi baloi.. sebab dalam ni ada banyak lagi attaction selain show..  peruntukkan duit siap-siap.. dia buat perkampungan thailand yang highlight culture masyarakat dekat sini.. serius aku kagum.. en adil dan kak yam kata macam ala-ala perkampungan dekat sarawak tapi yang ni berkali-kali ganda lagi hebat.. korang bayangkan, en adil setiap kali pergi bangkok wajib singgah sini.. show dia aku memang tabik spring.. memang worth it every penny.. Insyaallah aku akan share apa yang ada dekat perkampungan sini..



 Di kawasan pintu masuk..


 Pertunjukan muzik



tak ingat aku diorang jaga apa.. tapi dia ada minta basuh tangan.. aku kurang pasti sama ada itu adat atau amalan agama mereka..


Brother ni tunggu dekat pintu masuk.. tak ingat aku apa yang dia buat, tapi ala-ala produk beras.. sedap juga.. semua benda kat sini boleh try tau..


 jerami tinggi gila..



 View yang cantik dalam perkampungan.. tapi slack sebab ada bangunan apartment plak dekat belakang.. hehe, kira ala-ala taman dalam bandar la ni..


Bunga sulam-sulam..


Bila aku turun dekat dengan area tasik, aku ada nampak sampan kecil.. mula-mula aku ingat kena bayar naik.. aku sajalah cuba nasib tanya orang yang bawa sampan tu.. dia kata up to me.. apa lagi, aku ajak la kak yam naik.. kak yam mula-mula cuak juga sebab sampan tu nampak tak berapa kukuh.. tapi orang tu cakap boleh naik, terus aku pujuk kak yam naik juga.. Subhanallah view memang best sangat..

Time mula-mula naik.. kak yam cuak-cuak time ni.. aku plak terlebih exited siap nak main celup-celup tangan dekat air.. hehehehe



Hai abang sampan


Kejap je dia pusing.. dalam 5 minit dah setel.. best best, tak menyesal cuba..


Aku tak pasti apa nama dia.. kitorang follow tour agent indonesia.. dia kata halal boleh try, kitorang pun join sekali.. sedap sangat, ala-ala lembut.. kuih beras kot.. tak ingat da aku nama dia..


Close up gambar kuih..



 Tak ingat dah aku apa nama tempat ni.. tempat orang kahwin rasanya..


 Kawasan sawah padi..


Antara view cantik untuk ambil gambar..




Yang ni memang peramah habis.. layankan aje kitorang nak selfie.. aku minta dia buat sign love pun dia layan.. baik sangat..


Acik buat kain dari ulat sutera.. ingatkan makcik ni serius, sekali bila kami ambil gambar dia senyum je.. hehe, jangan terlalu mudah hakimi orangye na..


 topeng hantu..





Serius banyak port menarik untuk bergambar.. kitorang sampai pukul 5, sampai pukul 7 tu pun tak habis lagi ronda.. memang rugi kalau tak singgah sini..




Dekat sini aku kira dia buat mamcam kawasan pattani.. surau pun terletak dekat sini.. orang dekat sini pakai kain pelikat.. aku kira sini kawasan muslim thai.. ada pertunjukan wayang kulit juga.. bahasa thai.. terus teringat dekat ayah hehe..


Dalam pukul 7 lebih, sementara show sebenar mula, diorang ada buat pre-show.. exited sangat aku dan kak yam time ni..

Lama juga diorang menari.. siap tabur-tabur apa tah.. macam ala-ala kita tabur bunga rampai hehehe..


Time ni dia stop agak lama.. aku ingat kenapa, rupanya dia bagi peluang untuk kita nak bergambar.. apa lagi, exitedla kami..sebab dekat dalam nanti memang no kamera at all..





Comel-comel orangnya.. yang dah transform fully jadi perempuan pun ramai.. akak belah kanan tu aku tak kenal.oleh plak terambil gambar sekali hehehe


Next show, dia ajak audience join sekali menari.. dalam hati aku, show yang dekat luar pun dah best apatah lagi show yang dekat dalam kan.. aku kira dalam 7.30 macam tu dia dah bagi masuk.. security checking memang sangat dahsyat.. siap seluk habis beg.. kamera memang confirm kena simpan.. aku punya makanan fish cake tu pun tak boleh bawa masuk..


Sebelum show start.. serius diorang strict, aku ada nampak orang ambil gambar.. tempat ni kan gelap, jadi bila kita on hp memang akan nampak cahaya.. ada petugas dah standby dekat belakang suluh lampu dekat mana-mana yang ambil gambar.. dioang memang akan minta kita delete.. jadi respect tempat orang.. respect rules mereka.. overall persembahan sangat puas hati, siap ada gajah, kambing dan ayam atas stage.. ada juga gambaran neraka ditunjukkan untuk balasan orang jahat.. serius puas hati.. wajib wajib pergi..

  1. Transport dan makan: 500 baht
  2. Pouch beg umi: 80 baht
  3. tiket siam niramit: 1500 baht
Total kos hari kelima: 2080 baht ~ RM226

Jun 1, 2015

Kembara ke Tokyo: Day 1-Narita Express dan Anne Hostel Yokozuna

Assalamualaikum..

Sedih.. entry bangkok aku taip guna window live writer.. tapi tengah problem plak sekarang WLW.. jadi aku post dulu entry jepun yang guna apps blogger..

Aku cuba taip entry dari hp dan post ke draft.. Nak publish terus rasa tak best sebab tak dapat nak allign perenggan dengan gambar.. Ke boleh sebenarnya? Aku yang tak pandai cari.. setelah separuh jalan taip aku rasa susah gila guna apps.. untuk entry pendek takde masalah, tapi kalau entry panjang sampai 20 muka better taip direct guna laptop atau pc..

Aku dan officemate dapat tau trip ke jepun dalam tempoh sebulan sebelum pergi.. Beli tiket pun agak last minit sebenarnya.. Serius exited dan tak percaya bila tarikh pergi dah dekat.. Hehe mungkin kalah orang menunggu tarikh nak kahwin.. Eh ke melampau sangat perbandingan tu.. Hehe, 23hb malam kami kena ada kat klia 2, sebab flight pukul 12.45 24hb.. Aku pergi dengan erl sebab lagi mudah dan konon-konon feeling travel kan.. Hehe


Makan bekal umi bagi dekat area sini.. Antara pintu masuk airport dengan mall.. Ak pun tak perasan ada open air dan kerusi dekat sini.. Selesa sangat, sambil makan sambil layan happy together.. Aku download siap-siap dari apps free video.. Untuk pengguna apple aku rasa sangat mudah.. Tak perlu connect dengan pc bagai.. 



Siap sedia nak berlepas.. Kitorang berkumpul pukul 9 malam.. Tapi still lambat boarding.. Aku kira sebab ramai orang dalam group, kami pergi dalam 17 orang.. 1st trip aku dengan rombongan yang agak besar.. Macam-macam cabaran, tapi serius seronok hehe.. Insyaallah aku share nanti apakah cabaran itu.. 


 
Dalam flight sebelum mulakan penerbangan.. 7 jam perjalanan.. Serius aku respect dengan orang yang suka travel jauh-jauh.. Aku bajet aku boleh lena dengan syahdu bila dalam flight.. Angan-anganku musnah belaka.. Susah sangat nak lena.. Time otw balik aku kira ok sikit, rindu tanah air sendiri mungkin hehe.. 

Sedikit tips untuk yang akan solat subuh dalam flight.. Aku tak pasti airasia ada banyak trip ke jepun atau tak.. Sebelum pergi aku cuba dapatkan info macam mana nak tau dah masuk subuh.. Adik aku cakap bila langit dah start warna biru.. Aku duk jenguk-jenguk juga dekat tingkap.. Time pukul 4 pagi belum biru lagi.. Elok aku terlelap dan terjaga pukul 4.45 pagi, dah cerah sangat dah.. Apa lagi, melompat jugala pergi tandas sebab matahari da naik.. Aku kira subuh dekat jepun banyak bangun terkejut sebab tak biasa dendan masuk waktu awal.. Hehe, tips wuduk plak, aku plan nak buat khuf.. Syarat untuk khuf ialah kita mesti berwuduk sebelum pakai kasut.. Dan bila wuduk batal lepas pakai kasut, kita boleh ambil wuduk balik.. Dan part basuh kaki tu boleh ganti dwngan hanya sapu 3 jari atas kasut.. Faham tak ek, aku attachkan link untuk rujukan.. Boleh cari visual di youtube juga.. Sangat membantu untuk ambil wuduk lebih-lebih lagi dekat tempat yang susah nak wuduk


Alhamdulillah kami sampai around pukul 7 pagi waktu jepun.. Waktu jepun ialah awal sejam dari malaysia.. Gambar ni aku ambil dari dalam bas transit untuk ke airport..


Suasana dalam bas


1st group photo di airport narita.. Oh ye, lagi satu tips.. Untuk pocket wifi better korang decide siap-siap sebelum travel.. Sebab kami ambil mssa dekat 2 jam nak setelkan.. Sebab boleh dikatakan semua tempat guna transaksi melalui kredit kad.. Kami memang tak prepare untuk situasi ni sebab ingat dia boleh terima cash.. Aku kira dia perlu credit card untuk secure kalau kita tak pulangkan pocket wifi.. Kitorang dah almost give up nak bayar cash, ada sorang ahli bagi guna kredit kad dia.. Alhamdulillah tiba-tiba jumpa kaunter yang kata boleh bayar cash, tapi deposit untuk satu pocket wifi ialah 20,000 yen.. Lebih kurang RM600.. Kejutan kali kedua bagi kami.. Bincang punya bincang, kami setuju ambil yang bayar cash, total deposit ialah 60,000 yen sebab ambil 3 pocket wifi.. 1 pocket wifi boleh guba ubtuk 4-6 orang, 4gb.. Total sorang kena bayar untuk deposit ialah 3,750 yen.. Untuk wifi pula ialah 3,900 sehari, kami ambil untuk 6 hari.. Total sorang kena bayar untuk wifi ialah 750 yen, lebih kurang RM24, agak murah juga.. Kalau korang dalam group untung ambil pocket wifi.. Sebab beli simcard mahal juga, dekat 3000 yen = RM90, speed internet pula dapat 700mb je.. Kami ambil juga internet sebab senang nak communicate kalau dekat luar.. Kalau ikutkan wifi di hostel memang kuat.. Kalau korang group kecil aku kira tak perlu ambil.. 


Lepas setel internet, dalam pukul 11 kami gerak naik train untuk ke hostel.. Dari narita ke hostel makan masa sejam setengah.. Boleh tahan juga jauhnya


Sambil-sambil tunggu train sambil-sambil bergambar..


Exited sangat aku dapat tengok train jepun.. Oh ye, untuk trip ni aku minta maaf sebab tak dapat nak share pitstop stesen keretapi.. Sebab guna ejen, memang ikut arahan je.. Aku kira itu ialah kekurangan bila travel bersama ejen.. Kami tak berani nak travel sendiri sebab ramai, dan dalam group tu ramai juga yang senior..


Dalam train.. 1st time ambil gambar dengan gopro.. Oo macam tu rupanya guna dia hehe.. Kagum kejap aku rasa..


Fokus main internet sebelum tidur.. Ngantuk sangat kot sebab tak lena tidur dalam flight..


Tidur pun fokus ok hehe, kawan aku yang photog bawa kamera office.. Jadi gambar cun dan terang..


Kami turun di stesen ryogoku.. Jauh juga jalan, dalam 15 minit dengan bawa beg semua.. Sekalo rupanya kami salah jalan.. Kalau ikutkan 5 minit dah sampai.. Kitorang g pusing sekeliling kawasan hostel tu.. Hehehe mencabar sungguh.. Ejen pun mungkin tak biasa dengan kawasan situ


Benti rehat sat.. Nampak tak bendera nippon? Makcik exitedddd hehe


Berbondong-bondong dengan beg masing-masing


Alhamdulillah sampai.. View dari hostel yang kami tinggal.. Kitorang panggil hostel ni rumah kita.. Hehe


Luas sangat ruang tamu


tv pun banyak, tapi of coz la cerita jepun kan.. even dekat dapur dia pun ada juga.. hostel ni sangat recomended, bilik tidur selesa, toilet best, internet kuat.. lokasi pun strategik sangat sebab dekat dengan stesen ryogoku.. kos semalam lebih kurang RM100.. elok kami sampai hostel dalam 2,30 petang, ejen minta standby pukul 3.30 petang.. nak cari makan dan jalan-jalan disekitar bandar.. insyaallah bersambung next entry.. mencabar juga nak taip panjang-panjang tanpa WLW.. harap-harap ok cepat la WLW tu.. banyak aku baca blogger komen susah bila WLW problem..