Jan 28, 2017

Pesan ayah

Assalamualaikum..

Aku cuba up entry guna ipad.. Aku tak tau kenapa, tapi kalau aku up dari apps blogger mesti susah sangat nak publish entry, lagi-lagi kalau entry banyak gambar.. Connection internet ok je.. Berst sangat agaknye.. Entoh

Semalam agak lama aku borak dengan ayah di telefon.. Macam-macam ayah cerita.. Tengah borak-borak tiba-tiba suara ayah serius, ayah cakap, "ayah ada benda nak pesan dekat yana dengan adi".. Aku dah seriau dah.. Ini pesan ayah.. Aku kongsikan jugs untuk sahabat-sahabat.. Nabikan suruh kita berpesan-pesan..

1) Bangun pagi awal. Ayah kata ayah dah cuba buat dulu, alhamdulillah hidup jadi lebih bermakna.. Eh macam ada tagline produk kan hehehehe.. Ayah tanya aku bangun pukul berapa. Aku dengan yakinnya cakap 5.30 pagi. Aku ingat ayah nak kata bagus anak kesayangan ayah ni.. Hahaha. Sekali ayah cakap, LEWATNYA. Hahahaha, smik ko na.. Nak banggs diri lagi. Ayah kata itu dah sama waktu dengan waktu ayam bangun hahahaha.. Ayah macam biasa, lawak lagi canggih dari MLM mega.. Ayah cakap bangun awal, 4.45 macam tu. Mandi, solat tahajud.. Solat hajat. Aku melawan lagi, hahaha.. Aku cakap, "eh kalau 5.30 sempat lagi yah solat tahajud. Wuduk 5 minit je" hehehe. Degil plak aku ni. Konsep aku, cuba je dulu cakap apa yang kita rasa betul dengan hati terbuka untuk bersedia orang tolak pandangan kita. Hidup kan memang trial and error. Ayah kata biarlah bersih sikit nak mengadap tuhan. Ok ayah, yana cuba. Pada aku, kalau korang nak cuba bangun awal, 5.30 is a great start sebab subuh lewat kan sekarang. Bila dah biasa, kita up lagi bangun pukul 5 pula. Tips untuk istiqamah ialah jangan buat perubahan yang drastik, slow and steady but doing it continuously.

2) Lepas solat, istighfar banyak-banyak. Ayah kata, Hassan Al-basri, ulama tabiin pernah ditanya penyelesaian untuk 3 isu; 1) perniagaan tak berjaya, 2) susah dapat anak 3) bertani tak berjaya ( kalau aku salah betulkan).. Imam Hassan kata "istighfar".. Alhamdulillah ketiga-tiga individu tadi jumpa balik Imam Hassan dan bagitshu masalah mereka dah selesai.. Kuatkan kuasa istighfar

3) baca quran walaupun selembar sebelum subuh. Ini sunnah nabi. Cuba buat sikit kalau tak mampu banyak. Nabi tak suruh renang lautan api, mendaki gunung yang tinggi untuk buktikan cinta. Just do what he do.

4) Lepas subuh, siap-siap dan bersegera ke tempat kerja. Ayah kata nabi suruh bersegera mencari rezeki. Waktu berkat kan.

5) banyakkan sedekah. Kalau jumpa orang yang nampsk susah, bagi je sikit walau tak banyak mana.. Aku pun baru baca buku 20 checklist akhlak (worth it, cara santai untuk faham hadis berkenaan akhlak).. fadhilat sedekah.. Sedekahlah pada sesiapa sahaja, ia kan membawa faedah kepada pemberi dan penerima. Ada kisah sahabt yang bagi sedekah pads pencuri, penzina dan orang kaya sebab dia tak tahu. Rasulullah kata moga sedekah pada yang mencuri akan buat dia berhenti mencuri, sedekah pada penzina akan buat dia berhenti berzina dan sedekah pada orang kaya akan buka hati dia untuk jadi pemurah. Hebat kan kesan sedekah.

Ayah kata, sampaikan pada adik-adik, kalau ayah tak sempat nak bagitahu diorang. Terus aku rasa sayu. Entah. Mungkin rindu pada ayah


Jan 18, 2017

Umi

Assalamualaikum..

 

Alhamdulillah aku baru siap teman umi pergi check up follow up.. Alhamdulillah keputusan darah umi ok, hari ini antara hari yang lama aku rasa kami tunggu untuk check.. Kitorang sampai pukul 8 pagi, pukul 12.30 baru siap.. Kebetulan ramai pula yang follow up susulan untuk penyakit adik beradik, darah tinggi + kencing manis. Umi aku borak dengan ramai geng-geng dia (baca: pesakit lain).. nak tenangkan hati mungkin, aku cakaplah dekat seorang akak ini, darah tinggi, kencing manis dan kolestrol memang 1 pakej..  akak tu betulkan, ‘eh tak, kalau pakej termasuk dengan jantung sekali. Kalau darah tinggi kencing manis tu baru tahap adik-beradik’. Haha gelak-gelak kitorang dekat situ.

 

Yang lagi best, time kami habis check up, umi aku salam dengan geng-geng umi yang masih belum masuk check up, aku pun join sekali salam.. hahahaha, aku cakap dekat umi aku, umi punya seronok macam nak hari raya dah.. hahahaha, mak aku sungguh-sungguh seronok dia.. Alhamdulillah, good job umi.. Next check up bulan 7 nanti.. Insyaallah semuanya ok..

 

Aku nak share 1 perkara yang sangat membuatkan aku rasa sayu.. bila nak ingat balik ni pun aku dah rasa sedih.. ada seorang makcik ni, aku kira umur dia dalam 60-70 tahun, atau mungkin lebih.. memang nampak dah uzur, naik kerusi roda. Ada lah seorang akak ni jadi peneman.. mula-mula aku ingat itu anak dia, tapi bila dengar slang dia, dia orang indonesia. Dan time kami borak-borak, dia bagitahu dia maid. Entah kenapa aku rasa sayu, kesiannya makcik ni.. siapalah aku nak judge anak dia, aku pun tak tahu cerita sebenar dari sudut pandang anak dia, mungkin dia ada hal kecemasan.. yang buat aku rasa lagi sayu, makcik ni tanya, ‘bila nak siap’.. akak yang teman tu cakap, ‘sabarlah’ dengan nada yang pada aku agak tak sesuai untuk makcik itu.. but again, aku tak patut judge akak tu.. aku cuma terfikir, mungkin kalau anak dia yang teman, cara layanan boleh jadi berbeza.. Allah lebih tahu..

 

Di sudut hati aku, aku berdoa supaya Allah rezekikan aku untuk teman mak aku hingga akhir hayatnya untuk setiap kali temujanji Dr. Walaupun umur mak aku setua makcik itu. Tak tergamak rasa bila bayangkan umi aku pergi dengan ditemani orang yang bukan ada pertalian saudara. Aku rasa sayu. Aku kan anak, takkan aku tak mampu nak jaga umi aku.. umi aku sorang je Na, insyaallah ko boleh Na.. tadi aku nak minta umi aku doakan, ‘umi doakan Yana suoaya Allah rezekikan Yana untuk teman umi pergi jumpa Dr walaupun usia umi macam makcik tu’, tapi tak terkeluar sebab aku confirm aku akan nangis kalau aku cakap terus tadi.. Allah, kasihani kami Ya Allah.. Jadikan ibu bapa kami asbab untuk engkau reda dengan kami kerana reda-Mu adalah dengan keredaan ibu bapa..

 

WhatsApp Image 2017-01-18 at 13.23.02

Umi aku test sekali lagi check BP dekat luar lepas dah kurang rasa berdebar. Kitorang siap ambil gambar nak tunjuk dekat Dr yang BP umi aku ok bila aku yang ambil. Mai, cepat-cepat habis belajar. Munkgkin bila Mai amik lagi rendah BP umi hehehehe

Jan 14, 2017

ZAK: Seorang Lelaki bernama Faiz Subri


Nota Yana Kama: En Nal ialah antara orang yang kagumi di office aku sebab ayat dia perghhh.. aku bukan orang yang faham seni, jadi bila jumpa orang yang dalam jiwanya ada seni terus aku hormat. Aku kalau ayat berbunga-bunga dan ada maksud tersirat memang pening juga nak faham walaupun baca banyak kali.. Jadi, kalau nak ngorat den, sila bagi ayat direct, ayat berbunga aku tak faham.. hehehe, aku ajak en nal share karya dia dekat blog aku.. untuk inspirasi yang lain-lain kalau tersinggah blog aku..