Jun 4, 2015

Kembara ke Jepun: Day 1- Shibuya Crossing, Malay Asian Cuisine dan Masjid Turki @ Tokyo Camii

Assalamualaikum..

Lepas kami sampai dan setel urusan hostel, dalam pukul 2.30 macam tu.. ejen minta kami turun pukul 3 petang.. terkejar-kejar jugala nak siap solat semua dalam setengah jam.. mungkin dia fikir akak-akak ni dah berusia, dia wasap balik bagitahu kami untuk gerak dalam pukul 3.30-3.40 petang.. Tapi bila trip ramai-ramai ni, terlajak juga sampai pukul 4 lebih.. Kami ambil pengajaran hari pertama bahawa kena sangat menepati masa.. sebab kalau tak planning semua lari.. Alhamdulillah untuk hari berikutnya semua berjaya tepati masa..

Ready nak berjalan


Shibuya Crossing 

Lepas semua dah ready, kami menuju ke shibuya crossing.. tempat melintas paling sibuk di dunia.. yang ni memang ramai sangat orang.. kitorang tak pergi melintas pun sebab takut nanti berpecah.. susah nak boleh jumpa balik



Bukti jejak kawasan.. hehe tepi crossing pun jadi..


 Kak yus kata trip pergi jepun ni ajar dia kuasai teknik selfie hehe


Anjing Hachiko, anjing yang setia menunggu tuan dia di stesen ni sampailah anjing ni mati.. nak bergambar dekat orang ramai gila que.. dapat gambar dari jauh pun dah suka sangat.. kawan-kawan aku yang lain tak nak ambil gambar dekat sini.. aku minta izin ejen nak bergambar.. hehe, takut kena tinggal..


 Gambar hadapan Hachiko..

Malay Asian Cuisine, Shibuya

Setel dekat shibuya crossing, kami menuju ke kedai makan.. memang itu impian sebenar keluar petang ni.. dari pagi tak makan apa-apa.. ejen kami nak bawa pergi Malay Asian Cuisine, lagila suka kan.. tak kira, kat jepun pun nak try juga makanan malaysia.. hehe


Parking kereta dengan lif.. selalu tengok dalam cerita je.. lagi best kalau betul-betul dapat tengok depan mata kereta naik lif


Besar gila kot botol atas kereta tu.. kagum dengan kaedah iklan diorang.. ada sekali tu nampak macam ala-ala lori panjang, iklankan produk diorang.. iklan elektronik kot, aku ambil gambar tapi tak clear pastu stress pastu delete hehe


7E holdings.. aku serius tak tahu 7E ada bank juga.. kalau korang nak draw duit guna kad atm Malaysia, boleh cari dengan 7E.. ada bahasa inggeris.. but make sure dah call bank untuk aktifkan.. oh ye, aku baru tahu.. kawan aku kata boleh aktifkan kad guna atm machine je.. tak payah call.. lepas ni bolehla try kalau ada rezeki ke oversea lagi..


Vending machine jual air sangat dimana-mana.. kadang-kadang celah lorong kecil pun ada.. kak yus sangat suka beli air dekat sini.. aku pun sama juga hehe, nanti aku buat entry air yang aku beli sepanjang dekat sini.. hehe beli air pun nak ada entry juga kan..


Teringat dekat kak yam.. kak yam sangat pencinta buat air sayur..


Alhamdulillah sampai juga dekat sini.. jauhhhhh gila kami jalan.. nak buat macam mana.. lapar punya pasal..


Sempat beg aku enterpreme.. beg yang sangat berjasa.. RM35, beli kat stall alamanda.. tahan lama kot, macam-macam aku sumbat dalam ni


Tingkat 2.. lif kecil je, jadi kena naik 2 trip..


Time kami sampai, dekat pukul 5 macam tu, owner kedai ni bagitau diorang dah ada booking dalam pukul 6 macam tu.. sekarang ni pun diorang masih lagi prepare makanan untuk yang booking.. korang pernah putus cinta? perasaan dia lagi parah dari tu.. mamcam kena tumbuk muka bertalu-talu-talu-talu.. sebab memang tengah lapar gila dan jalan jauh.. alhamdulillah ownernya baik hati, dia bagi kami makan dekat situ tapi kena setel sebelum orang yang booking sampai.. Alhamdulillah.. untuk nak mudahkan, kami order makanan yang cepat siap dan sama je semua orang order.. kami makan nasi ayam jepun.. tak kira, nama dia nasi ayam jepun juga walaupun memang masakan malaysia hehe




 Suasana sini sangat cozy dan selesa..





Antara menu di Malay Cuisine.. ada kawan aku minum teh tarik, 420 yen.. lebih kurang RM12.. rindu punya pasal haha.. padahal baru je sehari dekat tokyo..





 Antara hiasan dan decoration di kedai.. Malaysia di hatiku


Nasi Ayam jepun.. alhamdulillah sedap, RM30.. mau tak sedap hehe


 Setel makan, kami gerak menuju ke harajuku.. kata ejen kami, dekat sini banyak kedai pakaian dan sorvenir.. aku macam pernah baca, harajuku ni kira bandar fashion.. boleh nampak banyak orang dress up anime.. korang nampak tak brother baju belang-belang tu.. haha, dekat sana dia suka benar nak ngikut gegirl jepun.. semua pun comel-comel kan.. kitorang cakap dekat dia nak wasap gambar ni dekat wife dia hehehe


Sementara tunggu kawan aku beli barang..

Harajuku
Vending machine lagi.. dekat setiap stesen keretapi memang confirm ada..


Aku jalan-jalan sekali dengan akak-akak senior.. jadi lambat sikit jalan.. eh aku teman diorang ke diorang teman aku.. hehehe, penat sangat kot, berjalan je.. dekat malaysia semua pun naik kereta.. patutla orang jepun sihat-sihat kan


Besar gila apple store nye,, canggih sangat kot.. semua lutsinar


 Dekat sini bermulalah kedai-kedai di sekitar Harajuku.. Aku tak sempat jalan-jalan dekat sini sebab ikut ejen g masjid..


Masjid Turki @ Tokyo Camii, Shibuya

Kalau ikut pelan asal kami semua patut pergi ke masjid turki.. tapi sebab dah lewat..ejen lepaskan kami dekat sini.. dia pergi solat maghrib dulu.. aku dah kak yus decide nak ikut sebab macam tak best je kalau tak pergi masjid bila musafir dekat tempat orang kan.. tapi memang kami berlari habis habisan.. sebab ejen kan tak boleh jamak, memang kaw kaw lari nak kejar maghrib.. bila sampai dekat masjid kak yus pesan, solat slow-slow ye.. takut kami lambat.. hehe Alhamdulillah sempat la jamak magrib isyak dekat sini.. nak pergi sini kena naik tren juga.. turun bila dua stesen.. tren apa memang aku tak tahu.. sedih sikit tak dapat nak share info..




Cantik sangat design dekat dalam.. banyak kaligrafi khat.. memang tak rasa macam dekat jepunla.. dekat sini juga ada hall, untuk orang turki buat aktiviti.. aku tak pasti muslim yang lain boleh join juga ke tak.. ikut kata ejen, orang turki yang kaya-kaya beli tanah dan buat masjid dekat sini..




 Kawasan luar masjid.. subhanallah cantik sangat.. frust sebab kamera dont do justice dekat masjid ni.. nak beli kameraaaa hehe aku cuak sebenarnya nak beli kamera baru.. sebab bila ada nanti tak pasti akan guna ke tak.. tapi ada kemera yang boleh wasap terus gambar ke hp.. menarik kan.. kena fikir panjang dulu baru boleh decide.. siang mesti lagi cantik gambar dekat masjid ni..


Yang tengah tu ejen hari pertama kami, azri.. student engineering..

Aku nak share cerita kami tertinggal orang.. ejen memang ada nasihatkan kami untuk ambil 2 ejen sebab group ramai. tapi harga jadi mahal sikit berbanding dengan bajet kami.. sebenarnya aku rasa ok je ejen sorang.. cuma semua kena alert..

KISAH 1: Sorang kawan kami hampir tertinggal sebab main hp.. sebab dekat stesen ni tiba-tiba ramai keluar, jadi ada tempat duduk.. kawan aku ingat yang lain-lain pun duduk sekali.. rupanya kitorang keluar.. nasib sorang kawan aku perasan dia takde kat luar, jadi kawan aku yang dekat luar sempat jerit dan alhamdulillah dia sempat keluar.. 

KISAH 2: Yang kali ni pula tiga orang tertinggal dekat kedai.. alkisahnya, kami masuk satu kedai ni.. dekat area shibuya juga.. ramai dah keluar, dan diorang terus gerak menuju ke harajuku.. salah kami ialah tak kira berapa orang.. kami 17 orang, jadi mungkin group yang keluar awal ingat dah ramai, mereka terus gerak.. kak yus dah keluar time ni, dia suruh aku cepat sebab aku yang last sekali.. aku pun memang tak perasan ada ke tak sape-sape dekat belakang sebab main jalan je kan.. bila dekat area harajuku, baru perasan 3 orang takde.. cuak sangat sebab internet semua dekat kami.. sah-sah diorang tak boleh nak contact.. kami decide nak patah balik dengan harapan diorang masih tunggu kami dekat kedai.. Alhamdulillah diorang ada.. Diorang memang decide tak nak pergi mana-mana sebab takut lagi jauh terpisah.. Alhamdulillah

KISAH 3: yang ni pada aku paling scary sebab dah malam dan sorang-sorang perempuan.. kes sama macam yang pertama tapi yang ni memang dia tak perasan langsung kami dah keluar.. sebab dah malam, semua pun dah penat.. bila keluar train tak sempat nak tengok kawan keluar sekali ke tak.. cuak sangat, sebab train punya trip habis 11.50.. time tu dah 10.30 malam. kami berbelah bahagi nak pergi cari ke tak sebab takut dia turun dekat stesen yang dia perasan dia dah terlajak.. akhirnya kami decide, 2 orang naik tren balik, yang lain-lain tunggu dekat stesen ryogoku.. stesen hostel kami.. aku terfikir nak msg dia, kot-kot msg masuk walaupun aku tak buat roaming.. sebab bila call memang tak dapat.. alhamdulillah msg tu masuk dan dia berjaya patah balik.. memang semua nangis jugala time tu sebab tak percaya dengan situasi tu.. Alhamdulillah sangat-sangat..

Pengajaran yang kami dapat ialah:

  • Jangan leka main hp. sebenarnya ejen dah bagitau turun stesen mana.. but bear in mind nama stesen jepun ni memang lebih kurang.. jadi kena alert, main hp boleh je tapi bila dekat setiap stesen berhenti, jeling-jeling dekat kawan
  • Duduk dekat dengan group.. kalau ikutkan kami duduk tak jauh, tapi bila orang ramai.. pandangan block, jadi tak nampak ada geng yang tertinggal.. kalau larat berdiri better berdiri..
  • JAGA DIRI SENDIRI: kita memang boleh harap dekat kawan tapi kadang-kadang dia pun lupa juga.. jadi memang kena sangat alert.. tengok selalu dekat ejen
  • KIRA-wajibbb sangat walaupun kita rasa dah ramai.. sebab kalau tak kira, bila tertinggal sorang pun kita boleh tak perasan..

 Alhamdulillah untuk hari seterusnya sampai balik kami selamat.. takde yang tertinggal.. memang kesian gila dekat ejen yang hari pertama.. berpeluh juga dia nak setelkan group yang ramai.. memang pengalaman yang amat berharga untuk kami..

Kos sebelum ke jepun:

  1. tiket flight: 1,100
  2. deposit hostel: 120
  3. bayaran ejen (termasuk tiket keretapi, disneysea dll): 1,450
  4. collection duit makan untuk masak: 50
  5. barang-barang tambahan: 87
  6. TOTAL: RM2807 (RM1,600 adalah dari duit program)

Kos hari pertama:

  1. mainan iman- 200y
  2. teh susu 100 ml- 130y
  3. nasi ayam malay asian cuisine- 1000y
  4. bayaran hostel- 12,609y
  5. internet- 4,500y
  6. air mineral+ air yogurt banana- 288y
  7. TOTAL = 18727y = RM556


No comments: