Assalamualaikum..
Nota: make sure ejen book hotel sekali dengan pakej sarapan.. especially kalau bawa anak kecik.. kita ni takpela sarapan lambat.. diorang kalau lambat boleh rosak mood jalan..
Lupa nak cerita time entry taj mahal.. kalau plan ke agra, better jangan pergi ketika hari jumaat.. macam kitorang, terpaksa pergi direct taj mahal terus pada hari sampai di delhi (khamis) sebab jumaat cuti.. tu yang rushing pergi agra dulu hari khamis, jumaat baru gerak pergi delhi balik.. faham-faham je la kan jalan time penat.. mungkin ejen rasa kalau jalan delhi dulu (khamis), jumaat dan sabtu di Agra lagi leceh kot.. sebab nanti nak naik flight balik di Delhi.. plan your day betul-betul sebab kita nak pergi tempat diorang pun sekali seumur hidup je kan..
Hari kedua di Agra, kami bangun untuk sarapan dan janji dengan Vijay pukul 9 pagi nak check out.. adik aku yang gegirl tak join breakfast sebab diorang tak nak bangun awal.. kitorang memang dah pesan awal-awal, semua kena ikut time sebab trip dengan ejen.. plus rugi plak kan kalau gerak lambat.. dapat jalan kejap je.. adik gegirl aku join sarapan time dekat kashmir.. diorang pun kagum diorang join hahaha
kakak man dah happy dah sebab perut dah selesa.. hehehe..
Kitorang turun pukul 8.. cafe pun gelap lagi.. agaknya tak banyak sangat orang duduk situ.. botol panda tu ialah untuk isi air panas susus iman.. beli dekat shopee RM15
antara makanan dekat cafe.. roti tu sedap, tak ingat dia panggil apa.. yang kuning tu aku ingat nasi mula-mula.. tapi dia macam lentil.. telur rebus dekat semua hotel tak salah aku memang ada time breakfast.. teringat sarapan dekat Pakistan.. memang dia offer omelette je pagi-pagi..
coffee dan tea.. aku punyala mengidam teh rebus diorang yang sedap.. chai.. sekali bila dapat kan, teh diorang memang style ada halia.. masala tea namanya.. bukan setakat halia, macam-macam herba ada.. black pepper pun ada.. jadi kalau nak teh biasa, kena cakap siang-siang plain tea.. no masalla tea.. ada satu cafe je dekat kahsmir yang teh dia hanya teh dan susu.. lain-lain semua ada rasa rempah..
ready to check out..
adik gegirl aku nak g beli air mineral untuk bekalan.. diorang jumpa orang jual teh.. semangat diorang beli.. sekali rasa herba.. tapi kan lama-lama boleh terima je rasa teh tu..
kedai runcit yang aku dengan Mai pergi semalam tutup.. yang kelakarnya notis dekat pintu kedai tu ialah Wednesday Closed.. hahaha, suka hati je kan.. padahal time ni ialah hari Jumaat..
Agra Fort tak jauh sangat dari hotel.. van boleh drop sampai depan pintu masuk.. orang yang sorong kerusi ruda semalam dekat Taj Mahal dah ready tunggu kitorang.. dahsyat betul networking diorang.. dekat agra tak ramai yang offer servis.. jalan dekat agra fort ni lagi menjunam tinggi.. betul ke ayat menjunam tu.. entahla labu..
view time mula-mula sampai..
Agra Fort is a historical fort in the city of Agra in India. It was the main residence of the emperors of the Mughal Dynasty till 1638, when the capital was shifted from Agra to Delhi. The Agra fort is a UNESCO World Heritage site. It is about 2.5 km northwest of its more famous sister monument, the Taj Mahal.
boleh tahan ramai juga orang kan..
kaunter tiket.. tak clear plak.. macam biasa, Vijay beli tiket.. tiket untuk orang tolak kerusi pun kena beli juga.. jap aku cari info harga.. Boleh rujuk sini untuk maklumat lain
S.No.
|
Tourist Type
|
Amount (Rs.) (Inclusive of ASI & ADA fees )
|
1. | Foreign Tourist |
550/-
|
2. | Domestic/Indian Tourist | Rs. 40/- |
*No Entry fee for children below the age of 15 years.
macam biasa, tuan tanah ambil feel gambar sorang.. jauh ni datang.. rugi tak ambil gambar banyak kan..
nampak tak anak laki ayah dah usha je nak join masuk frame sekali..
dekat sini pun ada pakej orang offer ambil gambar.. kitorang amik 1.. nak tampal dekat rumah..
bila vijay dah belikan tiket, dia panggil kitorang untuk briefing macam biasa..
hahaha.. nampak macam serius beno mak milah dengar.. tengah silau panas jugak aku rasa..
nak masuk dalam dah.. dekat Agra Fort ni aku rasa rilex.. tak rushing dan penat macam dekat taj mahal.. ingat ye, pilih hari yang betul supaya dapat rehat dan enjoy.. kitorang memang tak dapat sebab kami ada limit time untuk geng cikgu-cikgu.. sebab diorang cuti kejap je kan..
seronok aku tengok kakakman happy
antara jalan membukit nak masuk dalam..
Mr Vijay fevret ayah.. dia pun suka je duk pangil ayya ayya.. hahaha.. anak dua dah.. kecik lagi anak-anaknya..
#wallootdvivy
Besar dan luas kan belah dalamnya.. Mai pernah cerita, cikgu asasi dia dari India dulu semangat nak tengok A Famosa sebab katanya A Famosa tu kubu paling besar Asia ke Asia Tenggara tah.. sekali bila pergi tengok alahai.. tinggal belah depan je kan.. maybe dia terbayang besar macam castle/ kubu di India kot kan..
gigih cikyong pusing belakang nak tunjuk muka adik.. adik ngantuk time ni..
yang ni dah belah dalam.. Agra Fort ni macam castle tak salah aku.. dalam ni banyak bilik-bilik untuk isteri dan anak perempuan shah jehan tak salah aku.. tu la, tak dengar lagi vijay explain kan.. dia buat bilik untuk isteri kesayangan dia.. untuk anak lelaki takde pula biliknya.. mungkin lelaki akan warisi takhta kot..
Dalam ni banyak mahal.. aku google maksud mahal:
- 1.
a mansion or palace."the Taj Mahal" - 2.
living quarters set aside for a particular group of people."the whole servant mahal has been buzzing with the gossip"
nampak pula umi posing dekat belakang dengan mak milah..
gambar dari kamera yang nampak umi posing
cantik kan umi.. takde sape pun menurun umi hahaha.. aku dengan ila copy paste ayah.. mai la kot macam umi sikit.. tapi sikit je la..
vijay cerita lagi.. aku macam biasa tak ingat dah dia cerita apa..
ni kami jalan lagi masuk belah dalam.. aku dah tak ingat dia explain apa tapi design bangunan dekat sini lagi halus dari tempat mula-mula kami berhenti..
ajar adik pulak silang kaki
nampak tak orang malaysia belakang tu.. satu rombongan juga.. mak milah tegur katanya dari Bangi..
vijay bagi penerangan lagi.. aki suka bebenor la sebab dia minat sejarah-sejarah ni..
cubaan aku nak lari dia diorang untuk ambil gambar sorang hehehe
hahaha adik tak boleh panjat..
gambar tinggi aku ila la tukang amik.. boleh acah-acah che ta ni bawa ila jadi personal photog hehehe
ala tak ingat ni tempat apa.. tapi dalam gila la.. dekat tempat yang macam ada padang tadi tu ada juga tempat mandi diorang.. besar dan dalam.. orang dulu-dulu tinggi agaknya..
muka kakak man tu.. budak-budak seronok dekat dalam ni sebab ruang luas dan orang pun bearable la..
di sebalik tingkap ni boleh nampak taj mahal
aku rasa mak milah ni good studentla dulu hehehe.. fokus je dia..
cantik macam oil painting kan dindingnya..
baba datang dah..
rosak gambar gegadis ayu.. eh tapi aki pun ayu juga sekali sekala hahaha
Dalam bangunan ni ada teknologi kita bisik dekat bucu sini, boleh dengar dekat bucu satu lagi.. terer kan teknologi dulu-dulu.. takyah guna voice message hehehe time mai dengan aki try, mai bisik ' aki gila'.. lepas tu aku jawab 'dengar mai dengar' hahahaha.. yang ni antara kelebihan pergi dengan ejen.. kalau kita pergi sendiri kita tak tahu ada dinding yang boleh transfer sound through hole.. eh macam saintifik plak jadi nama kan hehehe sebab takde label pun dekat area situ..
vijay kata belah dalam agra fort ni dibina dengan banyak marble putih pulak.. best kan, memang sangat cantik.. aku rasa dia sangat-sangat lebih luas dari taj mahal.. sejuk je rasa..
nampak tak keluasannya.. ni dah nak masuk kawasan bilik-bilik anak perempuan dan isteri shah jehan
ila orang ketiga hahaha.. eh aki dengan diah yang jadi orang kedua dan ketiga untuk gambar ila hehehe
detail kan.. ukiran ni dibuat dengan emas.. tapi banyak dah kena curi.. ada sikit-sikit je yang nampak.. betapa besarnya kerajaan india kan.. ni dalam bilik princess rasanya..
boleh nampak taj mahal juga dari tingkap kecik..
ada tak emas yang kita sampai nak kikis agaknya kakak..
nampak kan aki sangat setia dengan vijay..
jarang ayah aku featured dekat blog kan.. lupa nak cerita.. aku selalu je jumpa ayah aku tapi memang dah lama tak beraktiviti yang bermalam.. jadi banyak jugala ayah aku tegur/ cakap something, kitorang selalu cuba justify balik.. contoh, bila ayah aku kata ikut je la yang tour agent plan.. aku akan cakap balik bolehla yah kita tukar sebab patutnya gini gini gini.. hehehe anak-anaknya dah macam-macam pesen kan.. ila dengan mai merasa la ayah kejut subuh hehehehe.. rindu plak kan..
ni dah kawasan lain pula.. dah keluar dari bilik princess tadi..
adik dah nak dukung balik masa ni.. aku ajak main lari-lari terus cergas balik..
aki ingat kot jahanara tu apa.. aku lupa dah..
hahahaha adik adik
gambar ni vijay yang ambil.. dia ambil dari lubang bentuk bintang.. smart kan.. sekali sekala vijay tunjuk skill.. depan salah satu bilik isteri kesayangan shah jehan tak salah aku.. ke anak kesayangan tah.. rasa aku kitorang ada ambil gambar ramai-ramai depan tu.. tapi dekat kamera aku dengan Mai takde plak
tak clear gambar aku.. kejap aku ambil gambar fb adik aku
terer adik aku ambil gambar kan..
dalam ni tak dibenarkan masuk.. kalau tengok dari jeriji ni memang nampak kaca.. yang di ruangan kosong dengan ukiran tu ialah kaca.. dekat siling atas..
sini banyak kebun-kebun bunga..
aku nampak ada malaysian ambil gambar dekat tiang ni dengan angle memanjang macam ni.. ajak ila ambilkan gambar.. mission failed
kakakman juga yang berjaya.. dah pandai dah dia sekarang.. bila kitorang ambil gambar sorang, nanti dia akan cakap iman pulak.. hahaha.. kakak nak upload dekat IG ke..
susah gile nak ada gambar adik pandang depan time gambar family..
ni dekat area jalan nak keluar dah..
tiket
view dalam Agra Fort.. yang ni view dekat area pintu masuk.. nasib mai banyak amik video.. aku lupa terus nak ambil video..
Total kos aku akan letak di pengakhiran cerita setiap hari.. lepas ke sini, vijay bawa kami ke kedai kulit dan makan..
No comments:
Post a Comment