Jul 10, 2018

Seimbas di Sangapura: Hari 1- Airport dan Orchard Road

Assalamualaikum..

Hajat aku nak buat 1 entry je.. mari kita tengok possible ke tak.. sebab konon-kononnya Singapura kan dekat je, tak rasa oversea sangat.. Aku pergi dalam awal bulan 6 aritu.. yes, semasa puasa.. kesimpulannya, eh dah kesimpulan terus kan.. hahaha.. kesimpulan yang aku nak sampaikan ialah berjalan time bulan puasa memang mencabar... tapi bila dah buka puasa tu, dia punya naik sheikh berjalan.. tuhan sahaja yang tahu.. Alhamdulillah Singapura punya waktu puasa tak jauh dengan Malaysia..

Bila dah pilih gambar, tak berjaya weh nak 1 entry.. maybe sebab hari pertama sampai kami gigih berjalan juga kot.. sailang entry india aku.. entry pakistan apa khabar la agaknya..


hari kami di klia 2, bos aku sewa portable wifi.. murah weh, aku tak ingat berapa tapi sangat berbaloi la harga dia.. asean memang dia cover.. negara lain pun ada juga.. aku rasa mudah sebab 1, currency kita.. 2nd, takde deposit.. ingat time jepun dulu.. gigih kitorang nak sewa portable wifi.. sebab takde kredit kad, sorang kena bagi berapa tah.. mencabar sebab kami ramai, lepas tu nak kutip sorang-sorang duit kan susah.. so, next jalan aku plan nak sewa ini.. 


kedai ni belah hujung-hujung.. dekat dekat kaunter T-U


touch down.. kami touch down terminal 4.. kata bos aku, ni terminal baru.. dia pun tak pernah sampai sini.. patutla time aku sampai perasaan dia ialah tak rasa besar sangat.. sebab aku pernah dengar orang kata airport singapore besar dan canggih..


pusing-pusing benda warna silver.. shape berubah setiap kali pusing..


ada petugas situ offer kami untuk tolong ambilkan gambar.. 



Keluar arrival hall gigih aku cari atm.. alkisahnya aku tak sempat tukar duit.. aku pergi malam, semua dah tutup.. kecewa jugala.. nak tuakr airport kl orang kata mahal kan.. so aku cuba nasib cucuk je.. citybank aku try mahal rate dia, 3.13.. first day aritu aku cucuk HSBC.. aku rasa agak ok.. 3.04 rate dia.. klia punya bank 3.20 kot.. caj cucuk oversea RM10.. okla kan kalau dah terdesak.. 


nampak tak burung tu.. cantik gile..


mula-mula tak nak ambil gambar.. last-last minta tolong iza amikkan.. cannot brain la tempat cantik-cantik ni..


bos aku tempah grab.. kami pergi berempat untuk trip ni.. memang cantikla bila nak tempah kereta kan.. time hari sampai ni kami takut juga nak ambil grab biasa,sebab beg banyak.. fikir punya fikir kitorang redah je.. sebab konon-konon beg yang lelaki diorang boleh pangku.. bila grab sampai lega gile, kereta mpv.. kat singapore ni yang buat grab semua kereta besar dan mahal dan cantik.. time ni la dapat merasa.. siap kereta ada atap lagi.. pastu yang pintu automatik pun ada.. dekat sini baru aku tahu yang uber dah kena beli dengan grab.. masyaallah, berapa lama dah aku tak pakai uber..


kami duduk hotel ni.. dekat area kallang road.. cuak juga bos aku tak suka, tapi dia jenis cool je.. kawasan dia aku rasa agak sunyi, tapi ramai juga foreigner duduk sini.. petang tu, baru kitorang tahu kawasan sini ialah red zone.. kawasan pelac.. faham kan.. tak tergamak nak tulis penuh, takut lekat keyword sampai blog aku.. hehe, tapi aku je hotel ni.. kami main belasah je pilih sebab masa suntuk dan nak cari yang murah..



siap berikat



bilik memang sempit tapi selesa.. toilet pun ok, walaupun takde wire air tapi shower dekat.. jadi boleh tarik shower punya wire..


ada peti ais dan complimetary coffee dan air mineral


view dari tingkap


pasword wifi di TV.. channel pun..


Hallway.. kami check in dan solat kejap, lepas tu nak terus jalan..


dalam lif.. moga melekat rezeki pergi hollywood betul pula lepas ni..


lrt dalam 1km juga dari hotel.. boleh tahan jauh tapi saje nak try.. boleh je naik bas then sampai lrt.. tapi entahla, aku pun tak ingat kenapa aku nak jalan..




smart bike merata-rata.. macam-macam nama ada..


main Kallang road.. dah nampak kedai mamak..


menggiurkan kan.. tambahan time puasa pukul 4 petang.. OMG sangat.. konon-konon aku nak beli time balik, tapi kami tak naik train bila balik.. ada cop halal juga..



trainnya banyak tapi senang cari dan jumpa.. plus orang situ baik-baik, mula-mula kami nak ambil route lain, dia cadang pilih route lain sebab senang tukar 2 station je..


ada ATM..





first stop bos aku bawa ke orchard road.. punyala selama ni aku ingat orchard road tu macam kedai dekat jalan TAR.. sekali tengok, high end punya kedai rupanya.. putus selera nak shopping.. iye, dekat singapore pun aku berselera nak shopping.. aku pun tak faham hahaha..


iconic design..







terus teringat vivy.. vivy mesti suka kedai area sini hehehe

Ok, sambung next time.. ada dah gambar aku dah pilih tapi tak taip cerita lagi.. jadi kita delete mana yang takde cerita supaya tak semua cerita dalam draft je..

No comments: