Jun 8, 2011
Cinderella Story of My friend
Assalamualaikum..

Anis,my bff yang nikah pada 4 Jun ialah akan (telah) bersanding pada 5 Jun..Anis sangat cantik..orang da cantik,tambah plak baju ohsoommm..memang terserlah bangatla..effortless..cuba kalo aku,berpeluh-peluh tukang make up nak tutup cela kan..akak make up tu mantapla..Huda da bercita-cita nak tempah da..Persandingan buat dekat Dewan Merak Kayangan,Felda..orang cakap nak buat kat sini tempah kena setahun sebelum..gilak r..mak aihh..dahsyat tol..(banyak emosi plak da)
Jom layan pic Cinderella (lagi cun kot dari Cinderella..Cinderella tak real..Anis of coz la real)..Fuhhh gambar sangat banyak..aku sampai dalam pukul 10 lebih..nak tengok Anis bersiap plus Huda nak minta Ain tolong make up kan..sempatla aku snap gambar time pro photog amik pic..ooowhh,indahnye kamu ANIS (tibe2)
Anis tengah pakai tudung dan Vail (alamak tau tau eja dan malas nak search)
Sini sangat Cinderella dan Anis kelihatan sangat tinggi
Gambar Anis sorang..time ni photog duk amik gambar sebelum Anis dan Kalut masuk dewan
SWEEETTTTTTT
Dalam pukul 1.30petang,diorang masuk dewan..aku sangat rasa macam arits (eh bukan aku artis tau) bila tengok wedding Anis..memang grand habisla..siap spotlight haa..
Berarak masuk
Smart Kan!!
Menuju ke meja makan
Lepas makan beradap (which gambar aku takde,eh ke ada tapi tak cun kot),diorang menuju ke potong kek..time ni Anis dan Kalut duk gelak2..tak tau kenapa..Ain pon join gelak jugak..cantikla gambar kek dan mereka..macam naik color kek..pengajaran dia ialah sila tempah kek kawin warna kuning (pulak)
Okeh,aku share gambar diorang dulu..next ialah gambar me n fren..fuhhh..jenuh tul nak ngeditnye..ok..habis dulu setakat ni.
How gorgeous she is!
Yana Sayang Kamu!
Jun 6, 2011
Pernikahan kawan baik aku time UTM zaman belajar dahulu kala ialah pada 4 Jun 2011 (fuhhh)
Assalamualaikum..










2 hari ni weekend aku ialah sangat penuh..meraikan kawan baik aku yang dah bertukar status..sedih plak bila sebut macam tu..kawan memang akan kawan sampai bile-bile tapi bila da kahwin of coz la time huha huha da berkurangan..eh tak berkmakna aku tak hepi tau untuk Anis (kawan aku da kawin)..cuma macam rasa kehilangan sedikit je..(sedih owh rupanye tengok kawan nikah)..
Plannya hari Sabtu, 4 Jun kami ialah akan berkumpul dekar rumah Huda since rumah Huda dekat dengan dewan tempat Anis Nikah..Anis ialah akan diijabkabulkan dekat Dewan Perdana,yang Felda punya..aku baru tau tu ialah Felda..selama-lama ni aku ingat tu UTM..batal sangat aku ni..area Anis nikah ialah aku biasa tengok sebab dolu dolu zaman hingusan aku ialah duduk Dato’ Keramat dekat 10 tahun jugakla..sepatutnya pukul 9 semua orang da sampai dan da gerak sebab Anis akan nikah kul 9.30 pagi..awalkan..korang bayangkan aku bangun kul 7 dan kuar rumah pukul 8 ketika hari SABTU...owhhh..struggle jugakla aku nak bangun..okeh,kitorang rush gile sebab da lambat dan takut miss Anis punya BIG DAY..
Alhamdulillah sempat jugak kitorang sampai..time sampai Kalut (Anis punya husband) da duduk ngadap ayah Anis..
Time ni aku tegur Anis nak bagitau kitorang da sampai..yang sebelah Anis ialah CIk Ain aka pengapit aka best buddy Anis..
Jurunikah (eh ni kan nama panggilan dia) bertanyakan Anis (ewah) sama ada bersetuju atau tidak untuk dinikahkan..time ni sedih owh (asik sedih plak je) bila dia kata Anis tidak lagi dibawah tanggungjawab bapa..Anis akan menjadi tanggungjawab En Suami selepas ni..sayu je bila dengar..
Gambar-gambar saat-saat Anis masih seorang Cik
Awat muka cik Ain tu..
Alhamdullillah dengan sekali lafaz Anis telah selamat menjadi isteri Kalut..I’m happy for you Anis..aku akan selalu doakan hubungan kamu suami isteri berkekalan hingga akhir hayat..
Ijab dan kabul dilafazkan..
Anis dan kawan-kawan yang sentiasa bahagia melihat kamu bahagia..
Dalam pukul 10 lebih da selesai majlis..jurunikah tu pon takde tazkirah lama-lama sebab ada 2 lagi pasangan yang nak dinikahkan..cuti sekolah kan musim semua orang kahwin..next gambar ialah gambar Anis dan Kalut di pelamin..cantik owh pelamin diorang..simple but nice je..aku sukala..gambar sangat banyak..rasa sayang plak kalo letak sikit-sikit sebab semua pon cantik..tak tau nak pilih mana yang best..
Okeh..tak larat da nak letak gambar..next entry nanti baru ada gambar kami bergedik sesama sendiri dan dengan pengantin..
Yana Sayang Kamu!
Subscribe to:
Posts (Atom)