May 7, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 4: Maeklong Railway Market dan Amphawa Floating Market

Assalamualaikum..

Mencabar sungguh nak sambung cerita hari keempat.. lepas buka tutup balik draft entry.. Bismillah, untuk hari keempat iaitu hari Ahad, kami aim untuk ke Maeklong Railway Market dan Amphawa Floating Market.. En Adil awal-awal lagi dah pesan hari ni akan gerak awal..pukul 8 pagi kami gerak untuk naik BTS ke Victory Monument.. Sebenarnya, kalau korang memang aim nak tengok keretapi lalu dekat maeklong, better gerak lagi awal sebab 1st trip keretapi dalam pukul 9 lebih pagi.. jadi bila kitorang gerak pukul 8 pagi, sampai dekat maeklong dalam pukul 10 lebih.. jadi dah terlepas 1st trip.. kitorang tunggu yang pukul 1 plak.. tapi kalau korang memang aim keretapi yang tengahari, takde masalah untuk gerak lambat

Dari victory monument, korang ambil exit no 4, cari bangunan Suzuki, depan sikit nanti akan nampak van park banyak-banyak.. aku ialah baca dekat blog ni cara-cara nak ke maeklong..memang sangat membantu.. rupanya en adil pun print dari blog yang sama juga.. macam yang pernah aku cakap sebelum ni, di Bangkok tempat-tempat sangat mudah nak cari dan capai.. Insyaallah tak sesat

IMG_3824
Aku rasa ni satu-satunya gambar kami berempat, tu pun kawan en adil nampak separuh je haha.. dekat sini adalah tempat menunggu van nak ke maeklong, ada kaunter yang tulis signboard maeklong.. tiket harga 70 baht.. banyak trip van yang ke maeklong, jadi tunggu pun tak lama sangat


IMG_3830
Van yang boleh muat dalam 15 orang, aku rasa sama besar macam van dekat langkawi.. jenis van persiaran.. driver van ni bawa omangaihh, memang mengucap panjang.. sangat terror mencilok.. walaupun dia bawa ganas, aku tetap sempat tidur juga.. hehe.. perjalanan makan masa dalam sejam setengah..


IMG_3834
Alamak, aku tak ambil pula gambar jadual masa train.. tak salah aku yang tengah tu ialah waktu train sampai.. 9.45 am, 1.45 pm dan 6.22 pm.. oh ye, bila korang turun dari van, kita tak sampai terus ke tempat keretapi..tapi jangan risau, dekat tempat turun tu ada map kawasan.. boleh ambil gambar dan simpan.. aku ambil gambar, lepas tu sebab memory phone penuh aku delete.. sadis betul.. train akan lalu dalam pukul 1.45 petang.. jadi kalau korang sampai awal macam kitorang, ada 2 options. boleh pusing-pusing jalan area situ, atau korang boleh pergi ke amphawa floating market.. kalau nak pergi amphawa, boleh refer dekat blog yang aku link kan dekat atas.. korang cari 7 eleven, dekat situ nanti akan ada kawasan parking untuk van biru.. dia bukan van betul, belakangnye jenis terbuka.. ada namanya tapi aku lupa.. macam aku aritu, tanya penjual dekat situ, dia suruh tunggu dekat parking no.1.. nak ke sini murah je, 7 baht je kalo tak salah aku.. murahkan, nak pengsan rasa hahaha

Aku ialah g jalan-jalan area maeklong sebab tak tahu amphawa dekat belah mana.. ada orang german tu dia ke amphawa dulu dan sempat sampai maeklong.. jadi boleh pilih ikut kesesuaian hati..


IMG_3840
IMG_3845
Dekat area stesen, yang dekat sini kedai dia takdemain tutup-tutup payung.. train akan berhenti dekat sini.. beg yang aku beli tu sangat awesome aku rasa.. sebab boleh gantung spek juga.. insyaallah next trip bejalan aku akan bawa juga


IMG_3855
IMG_3857
Di tengah-tengah pasar maeklong.. ada yang panggil folding umbrella market.. ada juga jual tshirt sorvenir.. macam en adil, dia minat tulis poskad.. dekat sini ada jual, fridge magnet pun ada juga.. tapi banrang-barang ni jual dekat luar pasar.. Dekat pasar sini banyak jual barang-barang basah, sorvenir ada tapi kena cari dekat luar.. oh ye, korang wajib beli mangga dekat sini.. kitorang beli dalam 7 biji, dapat 70 bath.. manis gila, besar-besar plak tu..


IMG_3866
Sementara menunggu train lalu, aku dan kak yam jalan-jalan di sekitar kawasan.. janji dengan en adil nak jumpa pukul dua dekat kawasan train berhenti nanti.. belakang aku ialah kuil.. bak kata kak yam kita ambil je yana gambar kuil ni.. at least dah cukup syarat nak cakap dah jumpa kuil dekat thailand hehehe


IMG_3870
Nampak tak tong biru belakang aku.. itu ialah bekalan air untuk songkran nanti.. siap ada yang jual air untuk refill.. ada juga yang jual ais.. umangaihh.. dahsyat betul


IMG_3878
Jumpa jeti naik bot kecil.. tak tahu ke mana arahnye..



IMG_3885
Menu wajib cuba di thailand.. teh susu.. maveles juga yang ni.. harga 20-30 baht tak salah aku.. sedap juga, tapi yang ni jenis bubuh ais hancur penuh, lepas tu letak airnye..


IMG_3887
Dalam kertas tu, ada airnye.. konsep air ini ialah pekedai tu akan ikat dan ada ruang udara dekat atas plastik.. diorang cucuk straw tembus plastik dekat atas platik tu.. kagum dah aku, dekat sini kan kita akan masukkan straw dulu baru ikat, pastu ada masalah nak pegang air dan bagi air duduk tegak.. air pun susah nak sedut.. pada aku dah sangat inovasi dah ni.. mudahkan pembeli untuk minum air dengan selesa


IMG_3896
Ok, lepas puas jalan-jalan dan minum air (kitorang minum air kelapa juga..cari kedai yang jual murah.. 20 baht dah dapat dah), kami standby dekat sini.. Alhamdulillah dapat port baik..


IMG_3900
Taraaa.. da tertutup da semua payung/ khemah.. gila cepat akak-akak dan abang-abang kedai ni tutup


IMG_3904
Keretapi sampai.. Macam mimpi je rasa aku tengok keretapi lalu celah-celah kedai.. subhanallah, macam mana diorang boleh terfikir nak buat pasar tengah-tengah ni.. no wonder boleh jadi pasar paling bahaya di dunia.. oh ye, aku rasa dari segi aspek keselamatan insyallah ok, memang dia akan announce bila keretapi nak sampai.. even pekedai tu akan marah kalau kita duduk dekat sangat dengan rel.. insyaallah selamat, dan jangan berani berani nak standby depan keretapi.. kalau jauh lagi takpe..


IMG_3907
Nampak tak dulang-dulang tu.. aku kagum bila diorang tak angkat, sebab memang tak kena bila keretapi lalu.. dah bertahun-tahun diorang meniaga.. jadi memang dah boleh agak jarak keretapi tu


IMG_3908
Keretapi sebelah aku.. cuak juga time ni, rasa keretapi tu gerak lambat tapi boleh tahan laju juga sebenarnya


IMG_3910
See.. makanan tu masih elok je terbiar sebelah rel..


IMG_3911
Payung dipasang balik.. bila keretapi sampai stesen, dalam 20 hingga 30 minit baru diorang akan gerak patah balik..


IMG_3912
Dapat gambar dengan belakang keretapi pun dah seronok sangat dah..


Next destination, kami menuju ke amphawa floating market.. aku pernah baca orang pergi ke Damnoen Saduak Floating market.. aku kira tempatnye dekat-dekat sini juga sebab dalam perjalanan aku nampak juga signboard Damnoen.. yang aku baca dekat review blog, pasar damnoen ni kena pergi pagi.. pukul 11 macam tu dah tutup.. mungkin dekat bangkok banyak floating market yang ada.. pada aku amphawa ni pun dah ok kalau nak tengok cane orang jual atas air.. terpulang pada pengalaman dan perancangan perjalanan masing-masing



IMG_3913
Dalam van biru yang aku cakap.. muat dalam 10 orang juga..


IMG_3918
Pemandangan di Amphawa Floating market.. Exited bila sampai sini.. dekat sini ramai yang jual makanan, tak berani nak try.. eh tapi en adil ada jumpa kedai mee sup halal, 30 baht je kalau tak salah.. ada juga yang jual sorvenir tapi mahal supo bedil.. hehe


IMG_3920
Kalau korang berminat nak naik bot ni, boleh naik dengan bayar 50 baht.. aku tak naik sebab konsep aku dan kak yam ialah kita touch down je.. asal sampai tempat best sudah, hehehe.. honestly, aku rasa dekat sini banyak tempat-tempat best yang wajib cuaba.. cuma ongkos tak mengizinkan.. banyak membeli aku kira..


IMG_3927
IMG_3932
Antara deco kedai yang menarik.. kitorang berhenti dekat tengah-tengah tu untuk hilang penat.. ada disediakan tempat duduk, tandas pun ada juga.. kitorang sempat makan roti dan minum air.. aku rasa dekat sini kitorang duduk sampai pukul 4 petang juga.. tapi tak lapar sangat, bila berjalan yang kita lapar adalah lapar air.. jadi memang sangat jimat perbelanjaan aku dari segi makanan


IMG_3933
Adik cantik.. tak puas aku tengok, dah la lawa, lembutplak .. haihh, aku dan kak yam beli jam tangan murah dekat sini..harga 50 baht..


IMG_3936
IMG_3937
IMG_3938
IMG_3939
Sangat berbaloi untuk singgah sini..kosnye pun memang murah.. kalau korang aim nak pergi ke maeklong railway market, wajib singgah sini sekali.. sebab tempatnya dekat-dekat dan alang-alang dah pergi jauh dari Bangkok.. dari sini, nak balik ke victory monument, korang boleh ambil van terus dari sini..tak perlu patah balik ke maeklong.. tak salah aku sejam sekali tripnye sampai pukul 8 malam, tapi time aku tunggu tak sampai sejam dah sampai van.. kat mana nak cari van? dari tempat korang turun time van biru hantar tu, korang jalan terus dan jumpa simpang tiga.. dekat belah kiri akan nampak jambatan putih.. susur tepi jambatan tu, dan dekat belah kanan nanti akan nampak ada kaunter.. memang ada tulis victory monument.. tiket balik tak salah aku 80 baht..

Untuk solat, dekat tempat korang turun  dari van biru, ada surau sebelah jalan kanan yang bertentangan dengan entrance amphawa market.. ada signboard tapi bila masuk dalam dah takde signboard.. korang ambil wuduk di tandas.. surau betul-betul depan tandas.. boleh tanya pekedai dekat situ.. selesa tempat solat dia.. pandangan aku better solat dulu sebelum pergi naik van sebab perjalanan sejam lebih.. dari victory monument nak kena naik train lagi.. dekat bangkok 6.30 petang dah nak maghrib.. kalau dah solat tak kelam kabut sangat nanti


IMG_3947
Untuk dinner, kitorang beli kebab dekat anatolia kebab.. kedai ni otw ke jalan dari bts sala deng nak ke hostel kitorang.. harga 60 baht.. ayam penuh dan kenyang.. 2x juga kitorang makan kebab.. Alhamdulillah setel hari keempat.. sekarang aku tengah pening nak ingat bajet.. insyaallah lebih kurang kosnye

  1. Makan dan perjalanan = 500 baht (termasuk tiket pergi balik naik van)
  2. baju iman (anak sedara)= 150 baht
  3. jam tangan = 50 baht
Total kos hari keempat: 700 baht ~ RM75

May 4, 2015

Being here: My hometown

Assalamualaikum..

Skip entry bangkok sat.. Balik kampung sentiasa jadi agenda yang menyeronokkan.. Tempat untuk lari sebentar dari lelah bandar.. Tempat untuk berhubung dengan manusia sebenar.. Dengan kata lain, gadgetless.. Terkadang rasa takut dengan teknologi, sampai rasa kosong bila takde internet.. Scary sungguh dunia hari ini.. Ke aku je yang berperasaan begitu

Sempat singgah sat ke pantai pulau kambing.. Area bachok, dekat dengan tok bali.. Cantik sungguh, subhanallah.. 1st time kami singgah area sini.. Pantai sangat bersih.. Ikut hati rasa nak terjun, tapi masa sekejap sangat dan kami pergi pun tak bawa baju lebih.. Yang tiga muda remaja tu sepupu aku.. Dah besar sangat semua.. Petang semalam aku hantar diorang masuk asrama.. Yang tudung hijau ungu tu adik ina namanya.. Baru masuk form 1.. Entah kenapa aku rasa sayu je time hantar dia.. Rasa macam dia dah besar sangat.. Hehe, emosional.. Mak adik ina pun cool je


Pemandangan yang takkan pernah jemu.. Bak kata umi aku, tak puas duduk lagi.. Mana taknye, umi aku baru siap potong buah kitorang da nak gerak balik.. Hehe, sampai dekat sini dalam 6.30 petang.. Dah nak magrib sangat

 
Thank you Allah for everything

Bulan sayup-sayup dibalik awan

Apr 24, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 3: Chatuchak Market





Assalamualaikum..

Di hari ketiga pulak, iaitu hari Sabtu kawan kak yam memang aim nak spend time dekat chatuchak market.. chatuchak market ni ialah pasar yang buka hari sabtu dan ahad sahaja.. memang besar gila dan sangat jadi tumpuan pelancong.. sebabnye memang banyak barang dekat situ dan murah- murah.. pada aku tak semua kedai murah, kena pandai cari.. dan tips kak yam, kalau nak murah kena beli banyak-banyak.. en adil kata pukul 8 pagi kita gerak pergi.. pergi pagi supaya tak panas.. kitorang yang perempuan ni suka je sebab shopping kan.. kalau nak keluar pukul 3 pagi pun sanggup juga.. eceh hehe

IMG_3779
Untuk ke chatuchak market, naik mrt boleh naik bts pun boleh sebab ada blog yang aku baca diorang naik bts.. kitorang naik mrt turun dekat kamphaeng phet.. korang boleh turun dekat chatuchak park, tapi menurut en adil yang ni jauh sikit jalan nak jumpa marketnye.. Beg pink tu ialah beg yang aku beli dekat MBK.. kalau korang bawa dari Malaysia pun ok, senang ada beh sling sebab senang nak ambil duit.. beg pack aku bawa juga sebab senang nak isi botol air.. boleh guna untuk isi barang shopping juga

Map train.. boleh cari dekat internet, ada pic yang siap bagi apa tempat menarik dekat setiap stesen..


IMG_3785

Time ni mood shopping belum panas lagi sebab baru sampai..pagi ni pun orang tak ramai lagi.. kedai banyak tak buka lagi.. tips aku, kalau nak cari barang dan malas nak pening kepala korang round je dekat kawan luar.. sebab kawasan dalam sangat luas dan susah gila nak jumpa barang yang korang nak.. tapi tengok juga apa yang korang nak cari.. kalau nak cari tshirt, kat luar dah cukup.. tapi kalau nak cari key chain atau souvenir yang yang jenis sepeket ada 5, yang tu aku rasa banyak dekat dalam sebab dekat luar tak jumpa sangat.. kalau korang berminat nak pusing dalam, boleh ambil map dekat balai polis.. kalau turun dekat kamphaeng phet, dekat entrance lepas keluar mrt tu, korang belok kiri terus je.. nanti akan nampak hujung belah kiri ada macam kaunter.. kitroang amik map tapi tak faham, dan macam susah nak cari kita dekat mana sekarang.. selan itu, kalau dah ada barang dekat dalam korang berkenan sila beli terus.. sebab kemungkinan nak jumpa balik barang yang korang berkenaan sangat susah.. melainkan kalau ko terror gila cari tempat dan baca map.. lorong yang aku dan kak yam masuk dekat dalam banyak yang jual barang-barang art.. mungkin kitorang salah masuk lorong

Dekat sini aku beli paling banyak souvenir.. aku beli beg pouch untuk syiling, asalnya dia letak 5 pieces 100 baht, tapi sebab kitorang beli banyak dia bagi 5 pieces 75 baht.. time kitorang beli ada mat saleh tanya benda yang sama, dia letak 120 baht, lepas mat saleh minta diskaun dia bagi 100 baht.. nampak tak permainan dia dekat situ.. patutla diorang suka pelancong orang putih.. duit diorang kan besar jadi tak berkira sangat.. kita ni selagi boleh kurang kita akan cuba minta.. tips kedua shopping dari kak yam ialah take your time.. maksudnya kalau time kita pilih-pilih tu ada orang lain nak beli, biar je pekedai tu jual dekat orang lain dulu.. sebab nanti kalau kita sibuk nak bayar juga, mungkin dia nak bagi diskaun pun susah sebab ada orang lain.. plus dia mungkin segan dengan kita juga sebab tunggu lama..

Untuk souvenir, aku rasa kalau untuk baju-baju perempuan tak banyak sangat sebab diorang banyak jual tshirt lengan pendek dan sleeveless.. yang best dekat sini ialah beg kulit dia.. kak yam penggemar beg, kebetulan mak aku pun sama..suka kumpul beg.. kitorang pergi satu kedai ni, design dia memang cantik dan color pun best.. kak yam tanyala 1 beg ni berapa..pekedai tu cakap don’t ask how much, as how many.. hehehe, jadi memang kak yam pilih dulu beg mana yang nak, then baru minta tawar.. korang bayangkan, dari RM300++ 1 beg, kak yam berjaya tawar dapat samapi lebih kurang RM90++..terror kan.. aku da kagum.. Selain dari tu, aku beli tshirt I love bangkok untuk adik-adik aku..diorang penggemar kumpul tshirt I love.. murah juga 110 baht sehelai.. oh ye, kalau korang pergi sini sangatla wajib cari 1 kedai yang jual barang-barang kulit untuk beg beg kecik, tapi boleh letak nama sekali.. murah dan pada aku sangat personal touch kalau bagi hadiah dekat orang.. aku ngan kak yam beli pasport holder, 100 baht.. boleh letak nama.. kalau nak hiasan, boleh tambah.. 20 baht untuk 1 hiasan.. tips dia ialah korang pergi cari kedai ni dulu, pilih dan bayar..lepas tu baru jalan-jalan ke kedai lain.. sebab dia akan minta kita tunggu 1 jam baru boleh collect..
Aku dan kak yam ialah lepas dah collect baru terfikir bestnye kalau dapat buat souvenir dekat orang..sebab harganya sangat murah dan cantik gile.. dia ada jual jual pouch duit, beg duit, laptop cover, handbag.. memang kemas.. tapi sebab da lewat petang, kitorang macam dah penat nak tunggu balik lagi sejam untuk buat orang lain punya.. aku dan kak yam plan konon-konon nak pergi hari ahad plak, tapi ahad kitorang nak pergi railway market, pun buka weekend je.. jadi ada rasa agak ralat jugala tak beli untuk orang lain dekat sini.. memang time kitorang beli tu memang ramai orang beli banyak- banyak terus

IMG_3789
Dekat sini juga kitorang try signature food thailand.. aiskrim kelapa, sedap gile… 20 ke 30 baht tah.. kacang ke jaugng tah yang memang dia bagi siap2, lagi dua accessories boleh pilih topping nak apa.. sedap yang hamat.. kitorang duduk makan dekat 1 kedai yang tak buka lagi.. time tengah makan tu siap ada tourist tanya beli dekat mana..apa lagi, exited la kitorang promote kedai aiskrim tu hehe


IMG_3790
Cuaca panas memang sangat kena la makan benda sejuk


IMG_3792
Dekat sini kalau kitorang rasa penat memang kitorang akan cari tempat berhenti.. aku ada bawa roti, sambil-sambil hilang letih tu boleh makan.. air mineral memang habis 2 botol = 1.5liter..


IMG_3796
Benda wajib cuba lagi dekat thailand ialah teh susu dia.. perghh, bila tulis ni pun terasa-rasa lemak dan creamynye.. kitorang jumpa kedai ni, terus berhenti rehat dan minum sekali.. air teh ni dekat mana-mana ada jual tapi aku dan kak yam sepakat brand ni paling sedap.. dekat pasar dia jual 40baht, kalau korang ngidam macam kitorang, dekat hentian bts national stadium (stesen nak ke MBK) pun ada juga jual brand ni..rasa sama, harga mahal sikit, 50 baht.. maybe sebab sewa kedai mahal.. wajib sangat try..aku rasa dekat 5x juga aku minum teh susu.. try juga dekat kedai-kedai lain


IMG_3800
Chao Doi Coffee nama brandnye.. aku amik teh susu, kak yam amik green tea susu.. kak yam cakap sedang gila, tapi aku bukan penggemar green tea jadi tau macam rasa sedapnye


IMG_3807
Trip kedua beli air dekat kedai yang sama sambil-sambil tunggu pasport holder siap.. aku amik kopi susu, mungkin sebab aku tak gemar kopi sangat aku rasa biasa-biasa je..tak manis sangat, kali ni kak yam plak try teh susu


IMG_3810
Dari pukul 9 pagi kitorang sampai, pukul 5 petang baru kitorang balik.. hahahaha, lama gile kot.. sebab tunggu pasport holder juga, kalau tak kitorang nak balik pukul 4.. eh ada beza ke.. hehehe, geng-geng laki siap tak percaya kitorang balik pukul 5.. plannya pukul 5 tu nak gerak pergi siam niramit, sebab nak tengok culture show.. tapi kitorang memang sangat penat.. tak terdaya nak ikut.. plus tiket dia mahal juga kot, 1500 baht, RM150 lebih.. tak sanggup.. Alhamdulillah setel untuk hari ketiga.. chatuchak market tempat wajib tuju bagi perempuan, sunat untuk lelaki..hehehe diorang tak beli apa pun.. eh tapi pasport holder diorang pun beli rupanya..time dekat airport baru kitorang tau..hehehe, jadi pasport holder tu memang barang wajib beli baik untuk lelaki dan perempuan.. gambar last day nanti aku share


IMG_3816
Babai chatuchak market.. ada rezeki kita jumpa lagi.. adik aku cakap kalau ada 10 beg mau sepuluh sepuluh aku nak gantung dekat badan.. hehe, ini hasil shopping berdua dengan kak yam.. tak masuk lagi yang dalam beg pack kak yam.. oh ye, kalau pergi sini better standby beg banyak-banyak untuk isi barang.. takut ada tercicir.. sayang woo, banyak juga yang bawa beg roda.. memang mudah nak tarik.. untuk jalan-jalan dekat luar mungkin ok, kalau masuk kat dalam-dalam kedai aku rasa memncabar juga..
  1. Makan dan perjalanan: 500 baht
  2. tshirt I love: 110 x 6 = 660 baht
  3. beg umi kulit: 900 baht
  4. beg umi kain: 150 baht
  5. tshirt ayah: 150 baht
  6. beg syiling: 75 baht x 8: 600 baht
  7. pasport holder: 100 baht
  8. hiasan burung ayah: 70 baht
  9. kacang koh-kae: 50 baht
Total kos hari ketiga: 3,030 baht ~ RM337