Jun 8, 2015

Kembara ke Jepun: Day 2- Disneysea

Assalamualaikum..

Hari kedua yang ditunggu-tunggu.. hari untuk jadi budak-budak balik.. hehe, group kami pecah kepada dua kumpulan.. group disneyland dan disneysea.. aku tak tak pernah dengar pun tentang disneysea sebelum ni, tapi kawan aku kata disneysea ni lebih untuk orang dewasa.. banyak game/ ride yang mencabar.. wahhh, confirmla aku suka kan.. yang best lagi, themepark tutup pukul 10 malam.. kalau themepark dekat Malaysia petang dah tutup kan.. jadi banyak sangatla masa untuk spend dekat sini.. eh ke ada juga yang buka malam?


Breakfast siap-siap supaya perut dah standby untuk nak main satu hari.. lauk pauk tu semua bawa dari Malaysia.. tukang masak terhandal kami, kak ros yang tudung biru tu dah bekukan siap-siap.. banyak yang kami tak sempat makan sebab makan share-share kan.. jadi rezeki pada student ejen yang bawa kami hari sebelum last day dan last day.. seronok diorang dapat makanan malaysia..



Suasana di tempat makan hostel.. selesa bangat.. meja pun banyak dan luas.. dapatla merasa konsep makan duduk meja jepun.. bawah meja tu ada lubag ruang untuk kaki..


Ruang belah kiri tu ada peti ais, sinki dan dapur untuk memasak.. ruang atas singki tu ada pinggan dan gelas untuk gunasama.. aku punya bekalan air masak ialah dari sinki sini.. kata ejen, airnya memang boleh minum terus.. save duit air masak aku.. aku memang dah bawa 2 botol siap-siap.. jadi tinggal isi je..


Suasana pagi.. orang get ready nak ke pejabat.. kami keluar pukul 9 pagi.. kata ejen, pukul 7-9 pagi tu peak hour untuk orang ke kerja.. jadi agak mencabar kalau kami nak join kesibukan diorang sekali


kerusi akan automatik buka pukul 10 pagi nanti.. bagus kan, jadi boleh banyak space untuk orang masuk dalam train time peak hour.. kat Malaysia ada juga ke? sebab aku bukan orang yang naik train..


Nampak signage ni pun dah exited


Nampak train ni lagila bertambah exited.. comel kan..


Sampai dekat landmark pintu masuk Disneyland.. ada hotel juga dekat sini tapi kami tak jengah pula..


Gambar cantik dari kamera kak seha.. cuaca boleh tahan silau juga time ni.. yela, dekat jepun pukul 5 pagi dah cerah kan.. kalau dekat Malaysia time ni dah macam pukul 11 macam tu..



Group photo beramai-ramai.. kalau korang perasan tempat aku kalau bergambar ramai-ramai mesti dekat bawah.. jadi tukang pegang bucu bendera pun ye juga hehehe

Dengan kak yus

 Ehem, gambar header aku


Dekat luar pun kami spend lama juga masa nak bergambar.. semua memang exited sangat.. akak-akak senior yang pergi dengan aku pun exited juga.. kan aku da cakap, ini masa kami untuk jadi kanak-kanak balik..



Time ni lah kak yus kata nak belajar skill selfie.. hehe, bila travel ramai-ramai lagi senang amik sendiri.. tapi of course la kalau orang amikkan lagi cantik dan penuh kan..


Dah mula nampak ramai pakai baju theme disney.. dekat sini memang style orang akan dress up sama.. kadang-kadang dengan geng perempuan.. ada juga couple yang pakai baju matching, tapi lagi ramai group perempuan yang buat macam tu..



Bunga dekat sini cantik-cantik.. kalau time musim bunga mesti lagi cantik kan.. yang ni pun kami dah kagum dan exited sangat..


Kostum lagi.. comel-comel.. kalau sebab tak fikir sorvenir untuk orang, mesti aku da beli juga barang-barang comel dekat sini..


Time ni tengah tunggu dan hantar group disneyland.. yang group disneysea akan naik train mickeymouse comel tadi..



Handle pun mickey.. manala budak-budak dan yang nak jadi budak-budak tak exited kan..


Antara kanak-kanak yang dress up princess..


Dekat pintu masuk ni ejen kami bagi tiket.. Maklumat tiket boleh rujuk sini.. kami dah decide nak pecah dua group, satu group yang nak try  ride yang mencabar, satu group lagi lebih pada nak jalan-jalan dan naik ride simple.. pocket wifi pun kami bahagi ikut dua group ni.. group disneyland dah memang ada 1.. baru aku perasan themepark ni bukan pukul 8 pagi.. jadi, korang yang pergi sendiri boleh pelan masa betul-betul.. lama tu 8 pagi hingga 10 malam..


Gambar wajib bila sampai sini..




Ni semua gambar dekat entrance.. gambar kedua tu kak shu tengah tengok ride mana yang mencabar.. peta lokasi boleh amik dekar pintu masuk.. ada yang english punya.. dia ada label ride mana yang mencabar.. jadi boleh pilih, sebab kalau nak naik semua takut tak sempat..




 Ada karekter juga dekat sini tapi tak sebanyak dekat disneyland


Nak beratur ramai.. jadi selfie je la.. hi daisy!



Masih lagi gambar dekat entrance.. korang tau berapa total gambar dalam entry ni? 99.. rasakan.. haha, memang betul-betul lepas gian.. nak sampai sini lagi pun tak tau bila kan..


Time masuk-masuk tu aku nampak volcano ni.. tiba-tiba nampak ada train keluar dari atas volcano tu dan berdesup jatuh.. memang terbeliak la kitorang tengok.. nak naik ride tu!!


Geng laki extreme.. laki ada 3 orang je pun dalam group kitorang.. sorang dah g disneyland.. kitorang kagum en nal yang baju belang-belang tu nak naik ride extreme..

Lagi gambar gunung berapi idalaman..


yang ni group akak-akak santai.. ada lagi 2 orang join sini..



Bergambar dengan tour guide dekat situ..

Awesome sangat bunga-bunganya..


Misi mencari tempat masuk gunung berapi tu


Dekat sini ada ride yang atas air.. ada 1 ride extreme dekat sini tapi tutup untuk renovation..



Kawan-kawan yang tengah cari jalan.. dekat area sini ada kedai gift untuk barang-barang disney juga.. banyak topi-topi comel dekat sini.. nasib aku dah ada po (panda)..


First ride yang kami naik.. Journey to the centre of the earth.. dan rupa-rupanya ni ialah ride yang akan keuar dari volcano tu.. time dekat sini aku nampak ada fastpass.. ingatkan kena bayar, sekali free..iyeeee, FREE.. memang menyesal sangat tak tanya awal.. aku copy paste yang aku dah share dekat fb

Tips bagi yang nak ke Disneyland @ Disneysea Japan (tak pasti Disyneyland di tempat lain sama ke tak).. Dapatkan fastpass untuk ride yang terpilih.. Fastpass ni adalah PERCUMA, boleh check masa game dekat tempat nak masuk game, scan tiket dan boleh masuk dalam masa yang ditetapkan (biasanya dalam tempoh sejam).. Fastpass ni boleh ulang-ulang banyak kali dalam zon masa yang berbeza.. contoh, kalau kita dah ambil fastpass dari 9.15-10.00, kita boleh que untuk next fastpass 10.15-11.00 pula.. jadi sangat save masa dari nak beratur panjang.. Saya tahu lambat, jadi rasa sangat ralat tak tanya staf dekat situ awal-awal.. Patutlah ada baca dekat review blog yang dia naik sampai 7x ride yang sama.. Maklumat lanjut dekat sini..

Memang menyesal sangatla.. kitorang tahu bila naik ride pukul 7 malam tu.. member aku tanyalah nak tak kita bayar fastpass naik last ride.. sebab rasa mamcam rugi plak sampai sini tak main banyak game.. aku cakap boleh, 2000 yen (RM60) pun aku sanggup bayar.. kitorang tanyalah petugas dekat situ.. dia kata fastpass dah habis.. mungkin dah nak tutup kot.. kitorang saje tanya berapa kena bayar.. boleh dapat info untuk share dengan kawan-kawan lain.. sekali dia cakap free.. macam tak percaya lagi, dia pun explain.. just scan tiket, then naik dalam masa yang ditetapkan.. tak ke rasa nak tumbuk diri sendiri time tu.. petugas yang mula-mula explain tu tak fluent sangat english.. time kitorang duk rasa ini semua mimpi, tiba-tibe ada petugas yang baik hati tanya ada apa-apa yang dia boleh tolong tak.. dan dia pun explain benda yang sama.. memang rasa nak nangis time ni.. jadi, sebab aku rasa ralat, korang yang nak pergi next time better amik fastpass ni.. tempat yang ada fastpass ni pun best best semua.. boleh plan nak naik ride apa.. then standby setiap kali sesi fastpass baru mula.. jadi korang boleh naik ride yang sama berulang-ulang kali tanpa tunggu lama.. fuhh panjang explain, tak nak orang lain rasa apa yang aku rasa..


Sementara que.. sebenarnya tak boleh ambil gambar dalam ni.. kami tak tahu.. untuk ride journey to the centre of the earth, aku bagi 5/5.. wajib naik, kawan aku kata memang sebijik macam dalam cerita dia buat.. time mula-mula naik train tu rilex je, sebab banyak tunjuk karekter-karekter dalam cerita.. sekali hujung jalan tu tiba-tiba naik tinggi dan terjun menjunam.. mak aihh, aku scary sangat.. p pejam mata.. kawan aku kata ada api time kitorang jatuh tu hahahaha, jangan kata api, asap api pun aku tak nampak.. hehe, sebab tu aku suka naik ride ulang-ulang.. 2nd time naik biasanya baru aku berani buka mata.. penakut sebenarnya tapi exited nak try..

Next kami aim nak terus ke indiana jones sebab banyak review kata situ wajib try..



Memang cantik sangat design dalam ni.. rasa macam mimpi pun ada aku dah sampai sini.. Alhamdulillah


ayah ariel.. teringat plak dekat triplet daehan minguk dan manse


Dalam ni aku kira ride santai-santai..



Dah masuk arabic theme plak..





Pokok kurma.. terror sangat diorang ni..


Ride kedua yang kami naik ialah sindbad storybook voyage.. dekat luar ni diorang park stroller.. nampak disiplin sangat.. ride ni biasa-biasa je, kita naik sampan, dan sepanjang jalan akan ada karekter yang bercerita dan menyanyi.. memang real habis.. mulut dan perkataan yang keluar memang sama.. kagum kagum.. tapi tu la, sebab bahasa jepun jadi kita terkebil-kebil sikit.. aku rate 3/5


Ride ketiga yang kami naik ialah Jasmine's flying carpet.. yang ni pun sama.. biasa-biasa je.. beratur agak panjang juga.. rate 2/5





Next, kami nak naik roller coaster, Raging Spirits.. yang ni antara extreme ride dekat sini.. kitorang beratur nak dekat 2 jam juga..




Siap ada warning, do not ride if you are unsure of your health..


Ni video yang aku sempat ambil.. nak naik ride ni cuak juga sebab kita nampak depan mata dia pusing kaw kaw punya.. nak dijadikan cerita, kami tak dapat naik ride ni.. tengah beratur tu, tiba-tiba roller coasternye stop.. kawan aku duk perasan macam ada rasa gegaran.. ingatkan gegar sebab roller coaster, sebab kami betul-betul dekat dengan roller coaster tu.. sekali gempa bumi rupanya.. dalam 5.9 macam tu.. kawan aku duk perasan orang jepun duk tengok hp.. diorang dapat alert..  banyak kali juga ada announcement tapi dalam bahasa jepun..mula-mula kitorang tak faham, tanya petugas tu dia explain.. diorang tengah buat prosedur standard untuk check ride bila gempa.. yang aku kagum, semua orang jepun rilex je duduk bila dah buat announcement.. pada diorang benda tu biasa je.. mula-mula kitorang tunggu juga untuk nak naik, tapi kawan aku macam dah tak yakin.. dia kata kang kalau terberhenti dekat pusing 360 darjah nanti macam mana.. hehehe, aku still rasa ralat tak dapat naik.. sementara nak tunggu ok, kami decide nak makan dan solat sementara tunggu ride semua ok..




Port makan kami.. selesa sangat dekat sini, dekat pintu keluar tu, korang belok kiri.. nanti nampak macam ada taman.. boleh duduk makan dekat situ.. korang boleh keluar masuk sepanjang hari tu.. just bagtiau dekat petugas yang jaga pintu keluar tu korang nak masuk balik.. nanti dia akan cop macam ala-ala gam putih.. time nak masuk nanti tunjuk je tangan, dia suluh dengan lampu UV aku rasa.. nampak gambar mickey.. mula-mula kitorang cuak juga takut kena air nanti hilang kan..


Tempat kami solat, memang sorok dan tersembunyi.. boleh amik wuduk dengan spray, dan part kaki boleh buat khuf.. ada juga kawan-kawan aku prefer pergi toilet.. ikut keselesaan masing-masing.. tapi kalau dalam toilet pun seelok-eloknya jangan basahkan lantai.. kita ditempat orang, sebolehnya kita ikut dan hormat budaya dan cara orang..


Insyaallah terlindung dan selesa.. solat dikelilingi alam memang sangat best..


Ni view tempat solat dari kerusi kami duduk.. terlindung sepenuhnya.. payung pun mickey juga.. memang sangat detail la


pandangan pintu keluar dari tempat kami duduk.. tapi tak salah aku pintu keluar ada dua.. korang balik cari dekat map, allah.. aku tak ingat apa nama kawasan dia.. something bay.. sorry serius aku tak ingat.. oh ye.. makanan dari luar boleh je bawa masuk dalam tapi tak boleh makan dekat dalam.. sebab tu kami makan dekat area sini..


Dah recharge dan fresh, kami masuk dalam balik untuk 2nd trip.. dalam pukul 5 macam tu.. untuk 2nd trip, kami jalan-jalan di kawasan yang cantik ambil untuk ambil gambar .. ala-ala hollywood punya kawasan.. time petang ni dah start sejuk.. better korang standby sweater kalau pergi sini








Tak sempat nak masuk sini.. toy story..


Aku suka gile bangunan ni.. sebab nampak unik dan macam ala-ala tergantung..


View volcano dari angle lain..


yang ni ala-ala bumper car tapi dalam air..


Bila dah jalan-jalan, kawan aku, asri kata dia nak try balik tengok ride yang adventure yang kami tak sempat naik.. kawan-kawan aku yang lain macam tak nak.. diorang nak try naik gondola.. aku tiba-tiba je cakap nak ikut asri.. sebab rasa tak puas lagi naik ride.. kami aim nak try juga indiana jones..


Ada ride mickey juga dekat sini.. jumpa time nak cari indiana jones..


Sama kan macam dalam cerita..


Dekat sini kami que dalam sejam.. memang berapi juga tengok orang lalu fastpass laju je.. time ni belum tahu lagi fastpass tu free..


Wajib sangat naik ride ni.. dia macam kita naik 4wd dengan lasaknya.. gambar ni diambil time bola besar nak langgar kereta kitorang.. tapi bila nak bertemu kereta kita akan turun bawah.. time ni la dia snap.. nampak tak aku dekat mana.. aku terlindung dengan orang depan yang tinggi gila.. benci sangat.. tergelak-gelak aku dan asri tak puas hati.. penat beratur sejam akhirnya gambar terlindung.. asri beli gambar ni.. yang ni ride keempat aku naik.. 5/5



Ride kelima dan terakhir aku naik ialah storm rider.. dekat sinila aku alami perasaan kena tumbuk bertalu-talu kali kedua.. time pertama rasa ialah dekat malay asian cuisine.. hehehe, ride ni best juga.. rasa real sebab ada air hujan (tak lebat), ada peluru keluar.. beratur pun cepat sebab sekali naik dalam 30 orang macam tu.. 4/5


kapal besar.. kawan aku kata dalam ni ada tempat dinner..


Kami setel naik tomb rider dalam pukul 8.. bergegas cari post nak tengok closing show..


Antara view malam..



Video.. tapi macam terbalik aku ambil.. sorry.


Naik tren comel balik untuk balik ke rumah..

Aku share juga gambar kawan aku yang pergi ke Disneyland.. gambar cantik dari kamera godang.. jelesnye













 yang ni pula gambar kawan aku yang naik gondola dekat disneysea


Alhamdulillah.. memang puas hati dapat sampai sini.. kalau tanya aku, nak pergi lagi tak.. of course nak.. banyak lagi ride yang tak cuba dan yang nak ulang.. Insyaallah..

Aku senaraikan ride yang korang wajib naik: Indiana jones, journey to the centre of the earth, thomb rider.. yang aku tak dapat naik tapi aku rasa korang wajib try raging spirits dan tower of terror.. 

 Kos hari kedua:
  1. air  banana dan banana- 606y
  2. popocorn kari- 310
  3. TOTAL = 916y = RM28

Jun 4, 2015

Kembara ke Jepun: Day 1- Shibuya Crossing, Malay Asian Cuisine dan Masjid Turki @ Tokyo Camii

Assalamualaikum..

Lepas kami sampai dan setel urusan hostel, dalam pukul 2.30 macam tu.. ejen minta kami turun pukul 3 petang.. terkejar-kejar jugala nak siap solat semua dalam setengah jam.. mungkin dia fikir akak-akak ni dah berusia, dia wasap balik bagitahu kami untuk gerak dalam pukul 3.30-3.40 petang.. Tapi bila trip ramai-ramai ni, terlajak juga sampai pukul 4 lebih.. Kami ambil pengajaran hari pertama bahawa kena sangat menepati masa.. sebab kalau tak planning semua lari.. Alhamdulillah untuk hari berikutnya semua berjaya tepati masa..

Ready nak berjalan


Shibuya Crossing 

Lepas semua dah ready, kami menuju ke shibuya crossing.. tempat melintas paling sibuk di dunia.. yang ni memang ramai sangat orang.. kitorang tak pergi melintas pun sebab takut nanti berpecah.. susah nak boleh jumpa balik



Bukti jejak kawasan.. hehe tepi crossing pun jadi..


 Kak yus kata trip pergi jepun ni ajar dia kuasai teknik selfie hehe


Anjing Hachiko, anjing yang setia menunggu tuan dia di stesen ni sampailah anjing ni mati.. nak bergambar dekat orang ramai gila que.. dapat gambar dari jauh pun dah suka sangat.. kawan-kawan aku yang lain tak nak ambil gambar dekat sini.. aku minta izin ejen nak bergambar.. hehe, takut kena tinggal..


 Gambar hadapan Hachiko..

Malay Asian Cuisine, Shibuya

Setel dekat shibuya crossing, kami menuju ke kedai makan.. memang itu impian sebenar keluar petang ni.. dari pagi tak makan apa-apa.. ejen kami nak bawa pergi Malay Asian Cuisine, lagila suka kan.. tak kira, kat jepun pun nak try juga makanan malaysia.. hehe


Parking kereta dengan lif.. selalu tengok dalam cerita je.. lagi best kalau betul-betul dapat tengok depan mata kereta naik lif


Besar gila kot botol atas kereta tu.. kagum dengan kaedah iklan diorang.. ada sekali tu nampak macam ala-ala lori panjang, iklankan produk diorang.. iklan elektronik kot, aku ambil gambar tapi tak clear pastu stress pastu delete hehe


7E holdings.. aku serius tak tahu 7E ada bank juga.. kalau korang nak draw duit guna kad atm Malaysia, boleh cari dengan 7E.. ada bahasa inggeris.. but make sure dah call bank untuk aktifkan.. oh ye, aku baru tahu.. kawan aku kata boleh aktifkan kad guna atm machine je.. tak payah call.. lepas ni bolehla try kalau ada rezeki ke oversea lagi..


Vending machine jual air sangat dimana-mana.. kadang-kadang celah lorong kecil pun ada.. kak yus sangat suka beli air dekat sini.. aku pun sama juga hehe, nanti aku buat entry air yang aku beli sepanjang dekat sini.. hehe beli air pun nak ada entry juga kan..


Teringat dekat kak yam.. kak yam sangat pencinta buat air sayur..


Alhamdulillah sampai juga dekat sini.. jauhhhhh gila kami jalan.. nak buat macam mana.. lapar punya pasal..


Sempat beg aku enterpreme.. beg yang sangat berjasa.. RM35, beli kat stall alamanda.. tahan lama kot, macam-macam aku sumbat dalam ni


Tingkat 2.. lif kecil je, jadi kena naik 2 trip..


Time kami sampai, dekat pukul 5 macam tu, owner kedai ni bagitau diorang dah ada booking dalam pukul 6 macam tu.. sekarang ni pun diorang masih lagi prepare makanan untuk yang booking.. korang pernah putus cinta? perasaan dia lagi parah dari tu.. mamcam kena tumbuk muka bertalu-talu-talu-talu.. sebab memang tengah lapar gila dan jalan jauh.. alhamdulillah ownernya baik hati, dia bagi kami makan dekat situ tapi kena setel sebelum orang yang booking sampai.. Alhamdulillah.. untuk nak mudahkan, kami order makanan yang cepat siap dan sama je semua orang order.. kami makan nasi ayam jepun.. tak kira, nama dia nasi ayam jepun juga walaupun memang masakan malaysia hehe




 Suasana sini sangat cozy dan selesa..





Antara menu di Malay Cuisine.. ada kawan aku minum teh tarik, 420 yen.. lebih kurang RM12.. rindu punya pasal haha.. padahal baru je sehari dekat tokyo..





 Antara hiasan dan decoration di kedai.. Malaysia di hatiku


Nasi Ayam jepun.. alhamdulillah sedap, RM30.. mau tak sedap hehe


 Setel makan, kami gerak menuju ke harajuku.. kata ejen kami, dekat sini banyak kedai pakaian dan sorvenir.. aku macam pernah baca, harajuku ni kira bandar fashion.. boleh nampak banyak orang dress up anime.. korang nampak tak brother baju belang-belang tu.. haha, dekat sana dia suka benar nak ngikut gegirl jepun.. semua pun comel-comel kan.. kitorang cakap dekat dia nak wasap gambar ni dekat wife dia hehehe


Sementara tunggu kawan aku beli barang..

Harajuku
Vending machine lagi.. dekat setiap stesen keretapi memang confirm ada..


Aku jalan-jalan sekali dengan akak-akak senior.. jadi lambat sikit jalan.. eh aku teman diorang ke diorang teman aku.. hehehe, penat sangat kot, berjalan je.. dekat malaysia semua pun naik kereta.. patutla orang jepun sihat-sihat kan


Besar gila apple store nye,, canggih sangat kot.. semua lutsinar


 Dekat sini bermulalah kedai-kedai di sekitar Harajuku.. Aku tak sempat jalan-jalan dekat sini sebab ikut ejen g masjid..


Masjid Turki @ Tokyo Camii, Shibuya

Kalau ikut pelan asal kami semua patut pergi ke masjid turki.. tapi sebab dah lewat..ejen lepaskan kami dekat sini.. dia pergi solat maghrib dulu.. aku dah kak yus decide nak ikut sebab macam tak best je kalau tak pergi masjid bila musafir dekat tempat orang kan.. tapi memang kami berlari habis habisan.. sebab ejen kan tak boleh jamak, memang kaw kaw lari nak kejar maghrib.. bila sampai dekat masjid kak yus pesan, solat slow-slow ye.. takut kami lambat.. hehe Alhamdulillah sempat la jamak magrib isyak dekat sini.. nak pergi sini kena naik tren juga.. turun bila dua stesen.. tren apa memang aku tak tahu.. sedih sikit tak dapat nak share info..




Cantik sangat design dekat dalam.. banyak kaligrafi khat.. memang tak rasa macam dekat jepunla.. dekat sini juga ada hall, untuk orang turki buat aktiviti.. aku tak pasti muslim yang lain boleh join juga ke tak.. ikut kata ejen, orang turki yang kaya-kaya beli tanah dan buat masjid dekat sini..




 Kawasan luar masjid.. subhanallah cantik sangat.. frust sebab kamera dont do justice dekat masjid ni.. nak beli kameraaaa hehe aku cuak sebenarnya nak beli kamera baru.. sebab bila ada nanti tak pasti akan guna ke tak.. tapi ada kemera yang boleh wasap terus gambar ke hp.. menarik kan.. kena fikir panjang dulu baru boleh decide.. siang mesti lagi cantik gambar dekat masjid ni..


Yang tengah tu ejen hari pertama kami, azri.. student engineering..

Aku nak share cerita kami tertinggal orang.. ejen memang ada nasihatkan kami untuk ambil 2 ejen sebab group ramai. tapi harga jadi mahal sikit berbanding dengan bajet kami.. sebenarnya aku rasa ok je ejen sorang.. cuma semua kena alert..

KISAH 1: Sorang kawan kami hampir tertinggal sebab main hp.. sebab dekat stesen ni tiba-tiba ramai keluar, jadi ada tempat duduk.. kawan aku ingat yang lain-lain pun duduk sekali.. rupanya kitorang keluar.. nasib sorang kawan aku perasan dia takde kat luar, jadi kawan aku yang dekat luar sempat jerit dan alhamdulillah dia sempat keluar.. 

KISAH 2: Yang kali ni pula tiga orang tertinggal dekat kedai.. alkisahnya, kami masuk satu kedai ni.. dekat area shibuya juga.. ramai dah keluar, dan diorang terus gerak menuju ke harajuku.. salah kami ialah tak kira berapa orang.. kami 17 orang, jadi mungkin group yang keluar awal ingat dah ramai, mereka terus gerak.. kak yus dah keluar time ni, dia suruh aku cepat sebab aku yang last sekali.. aku pun memang tak perasan ada ke tak sape-sape dekat belakang sebab main jalan je kan.. bila dekat area harajuku, baru perasan 3 orang takde.. cuak sangat sebab internet semua dekat kami.. sah-sah diorang tak boleh nak contact.. kami decide nak patah balik dengan harapan diorang masih tunggu kami dekat kedai.. Alhamdulillah diorang ada.. Diorang memang decide tak nak pergi mana-mana sebab takut lagi jauh terpisah.. Alhamdulillah

KISAH 3: yang ni pada aku paling scary sebab dah malam dan sorang-sorang perempuan.. kes sama macam yang pertama tapi yang ni memang dia tak perasan langsung kami dah keluar.. sebab dah malam, semua pun dah penat.. bila keluar train tak sempat nak tengok kawan keluar sekali ke tak.. cuak sangat, sebab train punya trip habis 11.50.. time tu dah 10.30 malam. kami berbelah bahagi nak pergi cari ke tak sebab takut dia turun dekat stesen yang dia perasan dia dah terlajak.. akhirnya kami decide, 2 orang naik tren balik, yang lain-lain tunggu dekat stesen ryogoku.. stesen hostel kami.. aku terfikir nak msg dia, kot-kot msg masuk walaupun aku tak buat roaming.. sebab bila call memang tak dapat.. alhamdulillah msg tu masuk dan dia berjaya patah balik.. memang semua nangis jugala time tu sebab tak percaya dengan situasi tu.. Alhamdulillah sangat-sangat..

Pengajaran yang kami dapat ialah:

  • Jangan leka main hp. sebenarnya ejen dah bagitau turun stesen mana.. but bear in mind nama stesen jepun ni memang lebih kurang.. jadi kena alert, main hp boleh je tapi bila dekat setiap stesen berhenti, jeling-jeling dekat kawan
  • Duduk dekat dengan group.. kalau ikutkan kami duduk tak jauh, tapi bila orang ramai.. pandangan block, jadi tak nampak ada geng yang tertinggal.. kalau larat berdiri better berdiri..
  • JAGA DIRI SENDIRI: kita memang boleh harap dekat kawan tapi kadang-kadang dia pun lupa juga.. jadi memang kena sangat alert.. tengok selalu dekat ejen
  • KIRA-wajibbb sangat walaupun kita rasa dah ramai.. sebab kalau tak kira, bila tertinggal sorang pun kita boleh tak perasan..

 Alhamdulillah untuk hari seterusnya sampai balik kami selamat.. takde yang tertinggal.. memang kesian gila dekat ejen yang hari pertama.. berpeluh juga dia nak setelkan group yang ramai.. memang pengalaman yang amat berharga untuk kami..

Kos sebelum ke jepun:

  1. tiket flight: 1,100
  2. deposit hostel: 120
  3. bayaran ejen (termasuk tiket keretapi, disneysea dll): 1,450
  4. collection duit makan untuk masak: 50
  5. barang-barang tambahan: 87
  6. TOTAL: RM2807 (RM1,600 adalah dari duit program)

Kos hari pertama:

  1. mainan iman- 200y
  2. teh susu 100 ml- 130y
  3. nasi ayam malay asian cuisine- 1000y
  4. bayaran hostel- 12,609y
  5. internet- 4,500y
  6. air mineral+ air yogurt banana- 288y
  7. TOTAL = 18727y = RM556


Jun 3, 2015

Bercuti di bangkok- Day 7: Pulang ke Malaysia

Assalamualaikum..

Tak percaya sangat entry bangkok dah sampai hari akhir.. rekod hari ini dalam sejarah sangat.. aku serius tak ingat bila last time aku cerita complete dari hari pertama sampai hari terakhir kejadian.. wahh, ni kena travel selalu ni baru exited update blog.. haha, taktik sangat..

Hari terakhir di Bangkok memang takde plan apa-apa sangat.. plan nak makan dan terus gerak ke airport.. sebab flightnya dalam pukul 5 petang tak salah aku.. asalnya kami nak cari makan dekat area hostel, tapi enggak ada.. elok kami tengah pusing-pusing en adil roger kak yam.. nak belanja makan dekat yana restaurant.. rezeki jangan ditolak kan.. apatah lagi kalau rezeki tu dekat MBK haha.. bolehla cuci mata lagi sekali.. total kami ke MBK adalah tiga kali.. fuhhh


 Stesen fevret kami


Sampai MBK memang aim ke Yana restaurant terus.. en adil dan kawannya dah tunggu.. antara makanan yang diorder.. daging tu ialah daging masak blackpaper


Tomyam merah.. kalau korang nak tomyam putih pun ada juga..


Som tam.. personally aku lagi enjoy food dekat kedai pattani.. mungkin sebab nasi dekat sini ialah beras wangi.. tak berapa nak masuk dengan selera aku.. tapi lauk dia semua maveles..


Teh fevret buat kali terkahir.. beli dekat stesen natinal stadium.. sedap bak ang.. ada siapa-siapa pergi bangkok ke? nak kirim boleh hehehe


Dong Muan station.. kami ke sini dengan cab.. orang hotel tolong tahankan.. aku ni kejap hotel kejap hostel.. aku kira tempat aku duduk tu ialah hotel sebab hari-hari ada orang kemas bilik.. kalau hostel takde kan? tambang teksidalam 400++ baht.. share dengan kak yam.. dekat airport juga aku habiskan duit baht aku.. baki dalam 200 baht.. aku beli beg dekat naraya.. cantik-cantik design dia..



2 benda yang aku beli sama dengan kak yam.. pasport cover dan jam.. dua-dua pun murah.. pasport cover 100 baht, buat dekat chatuchak.. jam beli dekat floating market.. 50 baht.. murahkan..

Overall, bangkok sangat best.. kalau ada peluang nak repeat lagi tempat yang aku confirm pergi ialah chatuchak market, nak masuk madame tusauds, sealife, nak turun dekat semua stop chao phraya boat, dan of coz nak repeat siam niramit.. pendek kata takde tempat yang aku menyesal pergi..

Dari segi duit, aku tukar RM1,400.. memang ngam-ngam untuk sovenir dan jalan-jalan.. sebab dari 1,400 tu 400 buat bayar baki duit hostel.. kalau korang suka shopping, bawa lebih pun takpe.. kalau ikutkan kos tambang dan makan tak sampia 500 baht.. itu anggaran aku, boleh jadi sangat-sangat kurang sebab kalau ikutkan memang aku dan ka yam tak makan dengan mewah pun kat sana.. 

aku ada impian, kalau dapat repeat tempat yang sama, aku nak fokus pada tempat-tempat natural.. no more shopping complex (hopefully iman tak tewas hehe).. pada aku bangkok ialah bandar yang selamat untuk jalan-jalan.. aku pun tak tau kenapa aku rasa macam tu.. maybe sebab kita pakai tudung... gangguan sangat kurang atau boleh kata takde langsung.. sampai geng laki yang jalan dengan kitorang pun takde orang kacau except sekali..

Tempat yang best juga kalau nak jalan dengan family.. pendek kata aku takde sesalan ikut trip kak yam.. thank you Allah bukakan hati kak yam untuk ajak aku.. ada masa kita ketemu lagi ye Bangkok!!

  1. Makan dan transport (termasuk teksi ke airport): 500 baht
  2. souvenir: key chain-180 baht, beg naraya: 200 baht : 380 baht
Total kos hari ketujuh: 880 baht = RM97