Dec 15, 2019

Book Review: Travelog Mr. Traveller by Meor Farid Asyradi

Assalamualaikum..

Shopping big bad wolf tahun ni aku sakan betul.. sakan beli buku budak-budak ni.. sakan beli buku sendiri.. total buku untuk aku tahun ni ialah 13 buku melayu 13 buku english.. elok pulak nombornya sama.. buku melayu aku beli time first day pergi.. buku english beli time 2nd and 3rd time.. tu aku kata sakan tu.. aku ada fikir beberapa plan nak mempelbagaikan lagi benda yang aku minat.. tengokla kalau ada rezeki dan daya..

ok, since buku banyak, aku plan nak share content buku yang aku baca.. untuk bagi exited baca.. eh, macam pernah je kan azam aku ni hehehehe.. aku dah habis 1 buku.. kira cemerlangla untuk aku yang baru yang nak restart..untuk buku melayu aku banyak beli buku travelog.. memang aku aim yang tu pun.. so here we are..


Harga asal ialah RM25.. ni kira banyakla ni diskaun.. buku melayu dekat BBW diskaun tak banyak macam buku english.. but still, diskaun ialah diskaun kan.. konspe aku kan kalau dapat kurang RM1 dah berbunga-bunga dah hati.. bangga tahap awan langit ketujuh.. haha






Ringkasan

Buku mengisahkan penulis, yang dipanggil Radi naik train di Europe menggunakan Eurail Global Pass, pass untuk keretapi di Europe bagi 15 hari.. eh cop, ringkasan aku tulis ikut fahaman aku.. mungkin cerita yang disampaikan oleh penulis lain, aku baca aku faham maksudnya lain.. hehe disclaimer awal-awal untuk tak offended siapa-siapa.. dalam tempoh 15 hari tu, penulis naik 50 keretapi.. MasyaAllah.. banyak betul kan.. aku sesetengah keretapi yang perlu di reserve dengan bayaran, tapi most of perjalanannya tak perlu.. Radi ada juga bermalam 1 2 malam di beberapa Bandar/ negara, tapi most of night masa malam di habiskan dalam keretapi..

buku ni ada bonus trip keretapi Radi semasa di India.. di hujung buku pula Radi ada share gambar-gambar dia travel.. buku ni ialah buku first yang aku ambil time di BBW.. aku suka cara dan gaya bahasa dia.. sempoi, jenuh juga baca part keretapi naik.. aku baca pun dah semput.. bayangkan dia yang naik turun keretapi sampai 50 buah.. tapik spring..


My insight

here are the things that i learned from him:

Style travel

Sempoi bak hang.. satu mungkin sebab dia lelaki, tapi aku banyak je baca perempuan ada yang jenis simple.. kalau korang follow entry travel aku, taula kan aku mana pernah berjaya travel sikit.. pergi hatyai pun balik bawa barang macam apa.. so, aku nak cabar juga diri aku untuk travel light untuk try trip yang adventure.. #belibajutakperluiron #morereasontoshopping #cleveryana.. aku pernah try naik keretapi time nak ke bangkok bermula dari penang, dan train dari hatyai ke kl sentral.. tak pernah yang tukar-tukar train di banyak negara.. teringin gile nak buat, kalau ada rezeki kena dengan kawanla.. try yang indonesia dulu ke kan.. kita familiar sikit.. nak pergi sorang aku rasa aku takde keupayaan dan keberanian.. tengok ada 1 traveller ni jenis tegar keretapi.. tak ingat plak aku nama dia tapi biasa traveller kenal la.. best tengok.. mana tau ada rezeki trans siberia kan.. amin #kumpulduit

Makan pun dia sempoi-sempoi je.. yang ni aku rasa aku boleh tiru.. aku kalau travel sebelum ni pun, syaratnya try sekali signature food negara yang aku lawati, lepas tu lantak p dah nak makan apa.. ada orang kan travel dan hunting food sekali.. best juga.. ikut preference masing-masing kan..

Things to do in your leisure time

Radi ni dia khatamkan Quran time trip dia ni.. sebelum dia train tour, dia ialah stay di rumah kawan dia di Sweeden, so aku tak pasti sama ada dia khatamkan yang dia mula baca time dalam train atau tak, tapi still impressive.. aku masih jauh dengan Quran.. semoga Allah yang maha memberi rezeki bagi aku rezeki untuk cuba amalkan juga.. nak khatam 1 Quran tu bak gunung yang tinggi untuk aku.. mungkin target awal ni ialah khatam surah panjang sikit.. doakan aku

One to Jaga

Always be berjaga-jaga.. ada Radi ni share, time dia nak naik 1 train ni dia cuba tanya orang mana gerabak dia sebab tiketnya dalam bahasa lain ke macam mana tah.. then ada 1 guy ni nampak dia tanya orang, approach dan tunjukkan tempat.. tempat yang dia tunjukkan tu pelik sebab tersorok.. Radi dah start rasa lain macam.. suddenly orang tu minta pasport dia, tunjuk ID konon-konon dia polis.. Radi ni pun buat-buat cari pasport.. orang tu insist lagi.. then Radi dapat idea cakap pasport dia dekat kawan.. so dia pura-pura call kawan dia.. terus mamat tu belah.. dan Radi ni nampak memang ada sorang lagi tengah standby.. aku baca pun meremang kot.. kagum aku dengan fast thinking dia.. aku ni jenis cepat panik.. lagi-lagi kalau kantoi dengan bos.. terus panik.. hahaha.. banyak lagi nak kena belajar fast thinking dalam situasi genting.. Radi ni ramah je borak dengan orang.. aku kalau sorang memang kejung gitu je la sorang.. ramah tak bererti tak berjaga-jaga

Be Nice

Be nice to people, then you will meet nice people.. Radi ni macam pemimpin pelajar juga di UM.. dia banyak je jumpa orang yang dia borak dalam train, then terus jadi kawan.. kagumla aku.. perjalanan travel dia banyak ditemukan dengan orang baik-baik sebab pada sudut mata aku dia orang yang baik.. 

Things i want more from this book

More gambar

buku ni ada sikit-sikit je gambar.. aku prefer gambar yang based on pengalaman dia.. contoh, mungkin gambar keretapi yang dia almost nak kena songlap pasport.. but this is just my 2 cents.. penulis dan publisher pun mungkin ada kekangan juga kan..

---
Rating aku: 3.5/5

Nov 27, 2019

Dreaming Trip to Korea: Total Cost & Summary all entries

Assalamualaikum..

Ok, aku share total cost untuk aku spend 4 hari di korea.. tapi mungkin ada yang tak masuk juga.. contoh, cab.. kadang ada Sarah bayar, kadang ada aku bayar.. main kira sikit-sikit gitu.. aku masih timbang tara patut ke tak share.. tapi bila fikir balik aku pun suka nak tau kos orang berjalan bila survey blog, so aku share.. aku rasa la, aku belanje ikut yang aku rasa aku mampu.. korea ni aku masih behave.. NZ aku tak behave.. siap pinjam duit orang weh.. hehe.. so here we go..


Hari pertama: Coex Plaza, Yang Good Korean BBQ Lamb, Deoksugung Palace dan Myeondong Street.. total kos boleh tengok dekat bahagian atas sekali...



Hari Kedua: Nandaemon Market dan Myeondong Street


Hari Ketiga: Gyeongbokgung Palace, National Palace Museum of Korea, Hanok Village, Eid Restaurant, Namsan Tower



Hari keempat: Seoul Central Mosque, airport



Detail pecahan spending aku.. apps yang berjasa untuk aku.. Trabee pocket.. kak yam ajar aku time pergi bangkok.. thanks kak yam.. emm, hotel tu boleh jimat lagi.. part shopping tu aku gile dekat stokin.. lepas tu family aku pengumpul tshirt i love.. jadi wajib beli.. ayah aku pun suka tshirt.. aritu aku balik india, aku bagi paper bag.. ayah aku cakap ingat Na bagi tshirt.. bersalah dah aku hehehe.. ni betul betul finale babai korea.. haihhh.. rindu dah ni.. jumpa tahun depan ye.. eh, haha.. korea kena simpan duit lebih sikit.. currency mahal.. tapi mana tau kan, ada rezeki ada jalan lagi.. gitu.. till then..

Nov 26, 2019

I'm in Love India: Travel Day

Assalamualaikum..

aku pernah share sebelum ini, tempat yang aku nak pergi lagi ialah bangkok, india dan korea.. and guess what, Allah yang maha memberi rezeki telah hadiahkan aku trip ke India.. alhamdulillah.. He is definitely the Greatest.. kadang-kadang speechless dengan nikmat yang Allah bagi.. kita tau kan level iman kita tahap mana.. bila He keeps giving, rasa makin kerdil..

ok, aku ada apply 2 kursus tajaan tahun ni.. kursus dalam bidang kerja aku la.. kalau siapa nak tahu boleh pm tepi.. eh tapi mungkin tengok gambar pun tau kot nanti..satu kursus yang aku apply ialah dekat Canada, yang tu tak lulus.. sedih juga tapi bukan rezekikan.. yang untuk India ni aku tak bajet langsung dapat sebab ada 1 requirement kursus online dia aku tak amik.. so memang tak aim dapatla.. dalam awal september, sebelum aku pergi NZ aku dapat emel tawaran.. menangis terus aku time ni.. faham kan bila kita tak berharap, nikmat dapat tu lain macam.. time tu kan exited nak g NZ, dapat pulak another good news..

aku tau keputusan 2 bulan sebelum training.. aku takde beli apa sangat pun untuk ke sana.. makanan pun amik yang ada dekat rumah je sebab tau sana senang makan.. visa pun aku apply last minit juga.. apehal tah.. aku apply e-visa untuk setahun, 40 USD = RM170.. aku apply visa tourist je sebab ada yang dapat tawaran kursus ni dah buat visa dulu.. orang kedutaan yang suggest visa tourist.. aku saje try e-visa sebab kalau visa tampal tu kan dah naik hargai.. RM462.. mahal betul.. e-visa ni ada lebih kurang 20 lebih airport india yang terima.. tapi kalau nak ke pakistan melalui india, tak lepas katanya guna e-visa..

aku cuak bila e-visa aku apply tu lepas sehari tak settle-settle.. sebab aku refer blog, dia cakap 24 jam dia dah dapat.. and dekat BBM pun cakap gitu.. cuakla aku.. sebab kalau reject, kena pergi dekat kedutaan dia la kan.. masuk hari kedua takde, last-last hari ketiga aku g kedutaan.. aku cuak ramai orang sebab sebelum ni aku pergi ramai betul orang.. tapi kedutaan baru yang dekat kota damansara ni takde orang sangat.. sebelum mohon visa tampal, aku cuba nasib aku tanya e-visa aku yang tak dapat lagi.. patut aku buat yang visa tampal ke.. aku memang dah ready gambar dan borang semua.. dia kata tunggu cukup 72 jam, kalau pukul 10 takde, then bagitau balik.. baik je la diorang..dan alhamdulillah, ngam-ngam 10 lebih sikit, aku check online, e-visa aku granted.. lega weh.. selamat 400 lebih aku tu..

banyak pulak latar belakang kan.. kalah paper office punya latar belakang.. haha.. aku pack barang aku tengahari hari aku nak gerak.. siap pukul 2 lebih gitu kot.. hehe.. tu yang sampai tertinggal kain dalam aku.. lagi teruk semangat packing aku dari Iran 2nd time.. Iran at least flight malam.. ni aku plan kak ke airport 4.30 petang.. yana yana.. sampai umi tanya tengahari tu 'yana pergi bila India'.. hehe ila hantar aku ke airport, boleh pulak jem sebab ada grandpix ke apa tah.. cuak lagi aku.. but alhamdulillah, semua ok.. aku pun takde amik gambar kejadian sangat.. jumpa geng malaysia yang pergi sekali ni pun dekat balai menunggu.. takde janji apa-apa pun aku ni.. memang sempoi habis la trip ni..


KL- Delhi

aku naik MAS.. MAS sekarang pun dah takde real safety demo.. semua pakai video.. aku punyala malas nak amik gambar/ video weh.. teruk betul


sebab gambar tak banyak, aku letak je la yang ada ni.. kami sampai on time juga.. flight 5 ke 6 jam gitu..


dekat imegresen, akan ada kaunter e-visa.. kalau visa tampal kaunter lain.. ramai jugala yang pakai e-visa.. pasport aku plak lambat sikit boleh baca.. cuak weh.. again, alhamdulillah lepas.. tak kisahla lama pun kan..


kami lalu area sini.. banyak jual arak yang aku perasan.. sales person pun approach orang ada-ada



sign tandas yang dirindui.. tersenyum aku time taip ni hehe


bank kotak tempat aku cucuk time sampai Bangalore.. menggamit memori betul


kami sampai tu, ada hotel transfer airport dah ready sign.. tapi aku tak sempat nampak sebab kawan aku dah keluar dulu.. mungkin ada nama aku.. mungkinla.. dulu letak nama adi tak salah aku..


bagus betul alert dia


metro untuk ke bandar..


again, suasana dan bunyi yang dirindui.. aku nampak macam berkabus.. ingat sebab sejuk.. sekali rupanya depa tengah jerebu teruk.. 600 rpm sebab ada pembakaran pertanian.. sama seh kita..


tempat uber.. gambar gegar sebab driver jalan laju..




kami singgah isi minyak..


alhamdulillah selamat sampai.. driver minta tips.. kami kan tak belanja duit lagi, aku bagi duit malaysia je.. kesian tengok muka dia.. kena simpanla duit kecik banyak sikit.. duit malaysia aku bagi pun sikit je weh sebab tak banyak bawa duit kecik..


Delhi - KL

Kami gerak ke airport dengan hotel transfer juga.. masing-masing malas nak ngangkut beg banyak naik train.. hotel caj 1,000 rupee.. jadi sorang jatuh RM20.. okla kan.. alkisahnya, organizer training dah book pun airport transfer.. tapi dia emel makluman tengahari, kitorang dah tak dapat wifi time tu.. aku pun silap tak tanya, tapi sebab segan juga.. untuk training ni, kami fully sponsor.. duit perjalanan pun dapat.. tu yang segan nak tanya.. hotel pun takde tanya bilik mana.. takpela.. ada hikmah.. kami gerak 5 lebih petang ke airport.. awal gile sebab flight dekat pukul 11 malam..



aku tukar baju sebab baju kurti yang aku pakai tak selesa nak buat long journey aku rasa.. tukar dekat toilet bawah je sebab kami dah check out pagi tadi


kereta sedan je yang ada.. penuh barang sampai ke depan



sampai airport je aku cari bag wrapping.. aku ingat kalau ada box wrapping nak amik juga sebab malas betul nak pegang biskut yang aku beli.. letak dalam beg tak tebal.. nak check in beg tu risau pecah.. tapi dia ada sejenis wrap je.. bubble wrap pun takde.. caj 400 rupee = RM24.. boleh tahanla.. tapi aku balut 1 beg baju juga sebab risau beg tu pecah.. kembung lain macam beg tu.. hehehe

Kami tak boleh check lagi sebab awal beno.. pukul 7 lebih baru dapat check in.. check in ni ok lagi que.. imigresen pun acceptable la.. yang tak boleh terima ialah part security scan.. punyala ramai orang.. line yang dia buat dengan tali keselamatan sampai penuh.. so ada barisan buat sendiri.. barisan buat sendiri ni pulak macam tak clear.. ramai plak geng yang memotong.. adala yang sound.. memang scary weh.. nasib flight kami lama lagi..untuk flight time yang dah dekat, ada juga yang kedepan terus.. gile betul.. time aku pergi dulu bertenang je.. aku malas nak amik gambar.. stress.. dekat 45 minit baru lepas weh.. dahsyat.. penat.. kami geng malaysia dah berpecah time ni sebab dekat imigresen kan sorang-sorang.. lepas je security check, aku lepas geram dekat guardian.. gambar pun macam tak amik je.. banyak weh aku borong.. apa lagi, skincare depa la.. skincare diorang kan yang jenis Ayurveda punya.. aku request tak nak yang strong smell.. kawan india aku kata brand best ialah biotique dengan kadhi.. shampoo pun dia kata biotique ok.. biotique ni dekat kedai bawah hotel aku pun ada.. sila beli.. himalaya sini biasa-biasa je.. tak femes sangat.. tapi kalau kulit korang sesuai, beli je sebab murah dekat sini


settle shopping, aku cari surau.. tempat wudhu' pun ada.. tapi open air yang tak terlalu open, dekat je dengan surau.. 


kiblat


sea thru juga macam klia..



ni la hasil barang aku beli.. kemas dia seal sebab kan ada cecair yang lebih 100ml.. tapi time naik flight takde dah security check lagi.. nasib-nasib kan.. banyak ni aku habis dalam 2,500 rupee = RM150.. ok kan.. banyak kot aku borong.. lebih 10 items..


dekat airport pun ada haldiram.. baru belajar haldiram ni tempat shoping makanan india.. manisan dia femes.. aku beli kekacang dan maruku je.. manisan famili aku tak makan.. budak office aku pun sepanjang aku kenal diorang benda pelik-pelik ni diorang kurang.. tak taula kalau aku tak kenal diorang sebenarnya.. haha.. harga aku rasa sama je dengan kedai luar..



ada juga kedai makanan.. apa tah nama dia.. tapi pricey la.. kawan aku ada beli dekat sini


aku terjebak beli kacang lagi sebab nak habiskan 500 rupee.. aku tinggalkan duit besar je.. semua duit aku yang macam sen sen tu aku bagi orang dekat sini, sebab kalau bawa balik malaysia memang takkan guna dan hilang gitu je.. 



makanan dalam flight balik.. time pergi, aku suka gile roti tu.. time balik ni aku makan sikit je.. mungkin sebab 11 lebih malam dan aku pun dah bedal subway.. subway tu kurang asam sikit.. aku beli yang tuna, time nak letak tuna tu dia tanya aku lagi nak tuna sambil tunjuk.. aku angguk la.. rupanya dia pergi add extra tuna.. cheese pun aku ingat takde caj, seperate caj rupanya.. dari 180 rupee = RM13, jadi sampai 330 rupee = RM18.. kuang asam betul.. oh time ni juga starbucks ada promo.. semua coffee dan tea 150 rupee = RM9.. aku beli yang ais.. hehe.. nasib dalam flight aku duduk tepi kan.. 

Dalam flight aku memang lena habis.. subuh pun aku jaga time dah cerah.. dahsyat betul.. sampai klia pukul 7 lebih pagi.. aku baru pindah, dekatla sikit dengan airport.. aku cuba tengok grab, grab airport memang mahal ek.. RM45.. terkejut aku.. aku pun try la tengok teksi meter, bukan teksi airport.. aku bajet paling-paling RM20++ kan sebab dekat.. sekali kena RM44.. terkejut aku.. lagi mahal dari aku naik erl+teksi balik putrajaya.. apa ni apa ni.. so next time kalau takde orang yang boleh amik, aku kena amik grab dekat stesen erl terdekat.. lagi boleh terima akal la kot harga.. till then..