Dec 15, 2019

Book Review: Travelog Mr. Traveller by Meor Farid Asyradi

Assalamualaikum..

Shopping big bad wolf tahun ni aku sakan betul.. sakan beli buku budak-budak ni.. sakan beli buku sendiri.. total buku untuk aku tahun ni ialah 13 buku melayu 13 buku english.. elok pulak nombornya sama.. buku melayu aku beli time first day pergi.. buku english beli time 2nd and 3rd time.. tu aku kata sakan tu.. aku ada fikir beberapa plan nak mempelbagaikan lagi benda yang aku minat.. tengokla kalau ada rezeki dan daya..

ok, since buku banyak, aku plan nak share content buku yang aku baca.. untuk bagi exited baca.. eh, macam pernah je kan azam aku ni hehehehe.. aku dah habis 1 buku.. kira cemerlangla untuk aku yang baru yang nak restart..untuk buku melayu aku banyak beli buku travelog.. memang aku aim yang tu pun.. so here we are..


Harga asal ialah RM25.. ni kira banyakla ni diskaun.. buku melayu dekat BBW diskaun tak banyak macam buku english.. but still, diskaun ialah diskaun kan.. konspe aku kan kalau dapat kurang RM1 dah berbunga-bunga dah hati.. bangga tahap awan langit ketujuh.. haha






Ringkasan

Buku mengisahkan penulis, yang dipanggil Radi naik train di Europe menggunakan Eurail Global Pass, pass untuk keretapi di Europe bagi 15 hari.. eh cop, ringkasan aku tulis ikut fahaman aku.. mungkin cerita yang disampaikan oleh penulis lain, aku baca aku faham maksudnya lain.. hehe disclaimer awal-awal untuk tak offended siapa-siapa.. dalam tempoh 15 hari tu, penulis naik 50 keretapi.. MasyaAllah.. banyak betul kan.. aku sesetengah keretapi yang perlu di reserve dengan bayaran, tapi most of perjalanannya tak perlu.. Radi ada juga bermalam 1 2 malam di beberapa Bandar/ negara, tapi most of night masa malam di habiskan dalam keretapi..

buku ni ada bonus trip keretapi Radi semasa di India.. di hujung buku pula Radi ada share gambar-gambar dia travel.. buku ni ialah buku first yang aku ambil time di BBW.. aku suka cara dan gaya bahasa dia.. sempoi, jenuh juga baca part keretapi naik.. aku baca pun dah semput.. bayangkan dia yang naik turun keretapi sampai 50 buah.. tapik spring..


My insight

here are the things that i learned from him:

Style travel

Sempoi bak hang.. satu mungkin sebab dia lelaki, tapi aku banyak je baca perempuan ada yang jenis simple.. kalau korang follow entry travel aku, taula kan aku mana pernah berjaya travel sikit.. pergi hatyai pun balik bawa barang macam apa.. so, aku nak cabar juga diri aku untuk travel light untuk try trip yang adventure.. #belibajutakperluiron #morereasontoshopping #cleveryana.. aku pernah try naik keretapi time nak ke bangkok bermula dari penang, dan train dari hatyai ke kl sentral.. tak pernah yang tukar-tukar train di banyak negara.. teringin gile nak buat, kalau ada rezeki kena dengan kawanla.. try yang indonesia dulu ke kan.. kita familiar sikit.. nak pergi sorang aku rasa aku takde keupayaan dan keberanian.. tengok ada 1 traveller ni jenis tegar keretapi.. tak ingat plak aku nama dia tapi biasa traveller kenal la.. best tengok.. mana tau ada rezeki trans siberia kan.. amin #kumpulduit

Makan pun dia sempoi-sempoi je.. yang ni aku rasa aku boleh tiru.. aku kalau travel sebelum ni pun, syaratnya try sekali signature food negara yang aku lawati, lepas tu lantak p dah nak makan apa.. ada orang kan travel dan hunting food sekali.. best juga.. ikut preference masing-masing kan..

Things to do in your leisure time

Radi ni dia khatamkan Quran time trip dia ni.. sebelum dia train tour, dia ialah stay di rumah kawan dia di Sweeden, so aku tak pasti sama ada dia khatamkan yang dia mula baca time dalam train atau tak, tapi still impressive.. aku masih jauh dengan Quran.. semoga Allah yang maha memberi rezeki bagi aku rezeki untuk cuba amalkan juga.. nak khatam 1 Quran tu bak gunung yang tinggi untuk aku.. mungkin target awal ni ialah khatam surah panjang sikit.. doakan aku

One to Jaga

Always be berjaga-jaga.. ada Radi ni share, time dia nak naik 1 train ni dia cuba tanya orang mana gerabak dia sebab tiketnya dalam bahasa lain ke macam mana tah.. then ada 1 guy ni nampak dia tanya orang, approach dan tunjukkan tempat.. tempat yang dia tunjukkan tu pelik sebab tersorok.. Radi dah start rasa lain macam.. suddenly orang tu minta pasport dia, tunjuk ID konon-konon dia polis.. Radi ni pun buat-buat cari pasport.. orang tu insist lagi.. then Radi dapat idea cakap pasport dia dekat kawan.. so dia pura-pura call kawan dia.. terus mamat tu belah.. dan Radi ni nampak memang ada sorang lagi tengah standby.. aku baca pun meremang kot.. kagum aku dengan fast thinking dia.. aku ni jenis cepat panik.. lagi-lagi kalau kantoi dengan bos.. terus panik.. hahaha.. banyak lagi nak kena belajar fast thinking dalam situasi genting.. Radi ni ramah je borak dengan orang.. aku kalau sorang memang kejung gitu je la sorang.. ramah tak bererti tak berjaga-jaga

Be Nice

Be nice to people, then you will meet nice people.. Radi ni macam pemimpin pelajar juga di UM.. dia banyak je jumpa orang yang dia borak dalam train, then terus jadi kawan.. kagumla aku.. perjalanan travel dia banyak ditemukan dengan orang baik-baik sebab pada sudut mata aku dia orang yang baik.. 

Things i want more from this book

More gambar

buku ni ada sikit-sikit je gambar.. aku prefer gambar yang based on pengalaman dia.. contoh, mungkin gambar keretapi yang dia almost nak kena songlap pasport.. but this is just my 2 cents.. penulis dan publisher pun mungkin ada kekangan juga kan..

---
Rating aku: 3.5/5

No comments: