Feb 25, 2020

Japan Solo Exploration: Day 1- The Journey Begin

Assalamualaikum..

Hari pertama memang totally hari perjalanan je.. flight aku pukul 2.15 petang.. aku sampai airport dalam pukul 12 tengahari.. terus check in luggage, then sewa pocket man wifi, then terus masuk balai pelepasan.. pagi hari kejadian tu aku takde makan berat, minum milo je.. ingat nak makan dekat airport tapi macam malas je.. travel ke jepun kali ni aku ada sindrom malas makan.. atau lebih tepat malas g cari makan.. makan tu suka je.. tapi nak keluar cari makan malas.. moga lama la sindrom ni kekal di Malaysia hehe dalam flight aku dah prebook meal.. so masuk flight memang berharap diorang terus diorang serve food..

oh ye, pocketman wifi sekarang dah ada offer insurans.. sebelum ni bila aku sewa kalau kita basahkan kena bayar Rm300++.. ni kalau kita ambil insurans RM30, dia cover semua termasuk basah.. except hilang je tak cover.. so aku ambil.. malas nak pening kepala.. memang time salji tu aku takde balut-balut plastik pun.. berlagak ambil insurans kan hehe


the one and only gambar di klia 2.. 


dalam flight aku takde ambil gambar.. alhamdulillah sampai dalam 7 jam perjalanan.. 9.40 malam ETA.. flight smooth, takde delay.. ni playground di airport.. cantik betul.. teringat kakak  abang time ni.. mesti dia enjoy... aku baru lepas borak dengan diorang tadi.. rindu betul la dengan bebudak ni


alhamdulillah urusan dekat airport smooth.. aku terus ikut sign cari train



nak ambil nankai line.. di osaka, aku duduk di hotel shin imamiya.. ikut nasihat tok jack, pengarang buku road to japan.. dia cakap senang sebab train naik direct, tak perlu tukar train.. kita kan barang tengah banyak.. banyak hotel area situ.. yang aku perasan sun plaza.. memang walking distance je hotel aku duduk dengan train.. korang follow la FB road to japan (RTJ).. memang sangat banyak info.. group bbm ada juga info, tapi tak sedetails di group RTJ..


mula-mula blur mana nak beli icoca.. biasa diorang panggil ic card.. macam kad touch n go kita.. kita boleh beli dekat sini.. ada in english.. aku topup 3000 yen.. deposit 500 yen, jadi dalam kad ada 2,500 yen.. total harga airport to hotel ialah 930 yen.. aku topup sikit je sebab dah beli Osaka amazing pass dengan kansai thru pass.. sepanjang dekat sana aku topup 2,000 yen lagi..


tunggu train pun tak lama.. barang hari first.. masih behave dengan 1 beg


gambar hantar dekat umi


turun train tu, aku buka google maps.. tapi lambat dia baca.. hotel aku belah kiri, sebab dia tak boleh baca aku redah je jalan ke kanan.. lepas dah jalan sikit baru dia boleh baca.. tak jauh sangatla aku jalan.. aku sampai hotel dalam pukul 11 malam.. agak awal juga sebab biasa orang cakap diorang pukul 12 gitu baru sampai hotel.. 


hotel ada wifi.. aku book thru booking, bayar di hotel..


letak-letak barang terus g family mart.. dah nampak tadi time salah jalan.. aim aku memang nak cari susu pisang.. eh tapi mana.. mana mana manaaa.. kenapa ko mainkan hati dan perasaan aku susu pisang.. kecewa gile dah time ni


aku beli coklat untuk bekalan energy..


coklat kapal idaman pengembara ke jepun


hasil malam pertama.. air lemon tu bekalan vitamin c.. strawberi tu sedap.. pisang rasa pisangla.. hehe.. pisang tu RM5-6 kot.. dahsyat.. nasi instant tu sampai sekarang tak makan lagi..


balik dari beli barang baru sempat ambil gambar bilik.. dah huru hara sikit..


toilet dalam bilik.. dekat area luar pun ada toilet juga.. bilik ni banyak penyangkut..


celah mana aku nak faham ni.. aku main agak-agak je tekan



room tour.. bilik dia memang kecil la.. just nice la untuk balik dan tido.. 



travel plan aku copy dari excel.. nanti aku cari macam mana nak share excel dekat blog.. bolehla jadi rujukan basic untuk siapa-siapa nak refer.. sebab aku banyak refer blog/ entry FB orang.. so rasa bersyukur sangat ramai orang share.. till then

Feb 24, 2020

Japan Solo Exploration: The preparation and Teaser

Assalamualaikum..

Entry ni ialah pre draft.. aku baru sampai dari jepun 10/2 pagi, which is 3 days ago.. aku memang dah pasang niat untuk update berkenaan cerita jepun aku lepas settle 14hari dari tarikh aku sampai.. untuk nak elakkan persepsi tak best orang dan aku pun kalau boleh tak nak buat orang lain rasa tak selesa.. tapi rasa nak cerita tu membuak-buak sebab excitement tu kan masih fresh.. so yeah, here some draft entry aku tulis which will be published on 24hb..dua kegembiraan, gaji dan entry japan hehe

The preparation

Flight

Tiket aku beli mac 2019.. dekat setahun dah..time aku beli tu aku ada hello2 kawan aku yang lain, tapi takde sambutan.. so hari first airasia buat promo, aku tak beli lagi tiket sebab cari geng.. sekali bila aku tengok keesokannya, harga tiket naik.. memang menyesal dah aku.. bila check balik, aku tak login.. tu harga tak dapat harga member.. tak boleh jadi, aku terus decide nak beli tiket walaupun sorang.. time tu harga tiket RM800++ tanpa luggage

sepanjang tahun tu, aku ada tanya orang lagi.. ada juga kawan aku yang macam nak pergi tapi sebab lewat sangat tiket dah jadi RM1000++.. so depa tak jadi pergi.. aku time ni dah memang set mind kena g sorang.. pasrah je untuk cuba.. untuk luggage, aku beli bulan 10 rasanya.. amik 20kg pergi, 30kg balik.. aku aim susu pisang, tu konon tambah luggage.. sekali bila dekat osaka, hari first je aku dah membeli dan kuantiti beratnya agak menakutkan.. so,aku decide tambah lagi 10kg menjadikan total berat luggage aku time balik ialah 40kg.. serius aku rasa aku buat keputusan tak masuk akal.. tapi aku fikir pada duk risau luggage terlebih.. beli je la..

The pass

Untuk transportation, jepun sangat banyak pass..hasil kajian awal aku dengan rujuk group FB Road to Japan dan buku Road to Japan, aku decide nak beli osaka amazing pass (OAP) 1 day.. 2,700 yen = RM120++ termasuk kos pos.. yang ni aku beli dari HIS Travel.. yang ni aku rasa berbaloi..details aku akan cerita di main entry

Dalam 1-2 hari aku nak pergi, baru aku beli tiket USJ dan Kansai Thru pass.. USJ aku ambil entry biasa RM290++ dan Kansai Pass tu dalam RM160-170.. details price nanti aku cerita.. yang ni dua-dua beli klook

The virus

Macam yang semua tahu,novel corona virus outbreak start teruk akhir bulan 1.. aku serius dalam dilema.. 2 page FB hari-hari aku tengok.. page KKM dan page Road to Japan.. page KKM nak tengok current perkembangan tentang virus, page RTJ untuk nak tengok pandangan Malaysian yang duduk sana plus Malaysian yang nak travel ke sana

Perasaan aku memang berbolak balik, pagi rasa nak proceed petang rasa nak cancel.. kalau aku cancel, kos expected burn ialah tiket flight, insurans dan OAP dalam RM1500++.. aku belum beli tiket usj dan kansai thru pass..hotel pun masih boleh cancel lagi sampai 31hb/1.. on duit burn tu aku masih boleh tolerate lagi walaupun RM1500 tu banyak pada aku.. yang buat aku berbelah bahagi ialah perasan menunggu setahun untuk travel.. a lot of emotional investment pada aku.. hmmm hari yang aku betul-betul decide nak pergi ialah hari Jumaat 31hb tu.. but hari isnin 3/2 baru hati betul-betul muktamad.. baru aku tukar duit, beli pass-pass lain.. selasa malam baru aku kemas baju.. part baju tu biasa sebab aku memang kemas last minit..

preparation aku for the outbreak ialah face mask dan hand sanitizer..aku cari banyak kedai takde.. nasib ila ada fask mask dan hand sanitizer.. mai pun bagi sanitizer dia juga.. dekat jepun pun susah gile nak cari face mask.. aku jumpa 1 kedai, aku beli 1 sebab nampak macam yang 1 layer..balik Malaysia baru tengok laa yang ni jenis 3-layee juga..cuma warna putih.. hmm rugi sangat rasa.. bukan rezeki..

selain tu, macam yang aku sebut aku beli insurans juga termasuk untuk extreme sport sebab aku nak main salji.. benda wajib lain ialah ubat-ubatan basic..


The summary of tentative

Day 1: Travel to Kansai, then straight to Osaka


Day 2: USJ


Day 2: Daiso craziness @ Imamiya


Day 3: Osaka Castle


Day 3: osaka museum of history


Day 3: osaka museum of house and living


Day 3: Dotonbori


Day 3: Transfer to Kyoto


Day 4: Biwako Valley


Day 4: Bike strolling around Kyoto


Day 5: Fushimi Inari Shrine


Day 5: higashiyama bamboo forest


Day 5: Gion District


Day 5: Going back. Sayonara


Sekejap je rasa 5 hari sebab hari first tu pun aku sampai malam dah.. short but sweet for me.. details later ye

Feb 23, 2020

Wonder in New Zealand: Day 8- Sunrise Hunting

Assalamualaikum..

Wow, dah masuk entry hari ke lapan.. aku dah nak ada denial syndrome ni.. sedih pulak entry makin ke penghujung.. sebab hari ke 9 dan ke 10 ialah hari perjalanan nak pulang dah.. new zealand yang dekat di hati dan akan sentiasa di rindui..

Ok, untuk hari ni kami aim nak ke dua tempat.. the remarkable dan alaa aku lupa, tapi tempat naik gondola.. gondola tu belah petang.. boleh tengok view queenstown.. nak tengok details kena buka hard disk pulak.. insyaAllah aku akan share di next entry.. untuk pagi ni, kami akan gerak dalam pukul 9 tak salah aku.. so tak rushing.. queenstown ni banyak rilex sebab tempat kami nak pergi area situ je.. pagi ni aku plan dengan Rahmah nak sunrise hunting.. aku kan tinggal rahmah time dekat lake tekapo.. hehe.. 


cuaca just nice.. tak hujan macam semalam


semangat suara aku nak hunting sunrise.. aku prefer sunrise dari sunset sebenarnya.. mungkin rasa sunset kan waktu magrib.. rasa tak sesuai duduk luar.. 


turun dari rumah.. aku stress tak leh sorok pipi.. haha.. time ni baru first time pakai muffler ni..


masa mula-mula kami turun, kami aim nak ke tempat kami pergi time mula-mula sampai.. view situ kan cantik.. saje la nak pergi lagi.. kejap aku copy balik gambar..

cantik kan.. ni gambar time petang masa mula-mula sampai.. pagi ni, time kami tengah tengok view, tibe-tibe ada orang menjerit marah.. tengok-tengok rupanya ada rumah belah kiri tingkat atas ada lelaki tengah jerit-jerit dekat kitorang.. ada perempuan sekali.. aku cuak gile weh.. rahmah cool je.. terus aku cakap sorry-sorry sambil tangan letak dekat dada.. ya allah, time tulis ni pun meremang lagi.. jadi, kitorang syak kawasan yang kitorang pergi ni ialah termasuk kawasan rumah dia.. jenis open space gitu kot.. kita manala tau kan.. memang takut weh dia marah, risau aku kot tetibe dia turun ada pistol ke apa.. rosak sikitla mood hunting time ni.. alhamdulillah kami takde apa-apa..



jadi view ni je la yang dapat.. yang ni belah bawah sikit.. jadila kan









dah makin nampak dah kan sun..




eh, kenapa macam ada orang ketiga sebelah kiri aku.. jeng jeng jeng.. hehe


makin stunning.. subhanallah








kami jalan lagi ke bawah.. nampak pokok blooming..


nampak macam sakura kan.. subhanallah..







kereta tak banyak sebab hari cuti kan..


real life lagi breathtaking weh


sun bathing kata orang.. stunning kan suasana.. seriusla aku cakap tu laut haha




Rahmah gerak balik dah lepas ni.. aku nak pusing-pusing lagi


nampak area sini, aku turun.. lepas aku confident ni bukan kawasan rumah orang lagi.. gile nak kena marah 2x.. cheq tak kuat..


macam-macam cerita ada dalam ni.. cerita harga jaket rahmah, cerita yang aku kena marah dengan owner rumah.. bila sebut ni pun still rasa meremang balik.. cuak juga aku jalan route ni.. takut masuk area rumah orang lagi



breathtaking lagi kan





aku set timer letak dekat area tiang.. masih lagi mood takut-takut.. jalan belah sini nampak lebih umum.. pada aku la.. risau juga sebenarnya.. dah sorang kan time ni



ahh.. tak sharp pulak.. aku amik sekali take je.. aku kan masih mood takut-takut time ni


lets go home.. 8.30 juga aku baru sampai..



sunrise dari dalam rumah.. till then.. esok entry yang aku nanti-nantikan akan publish..