Assalamualaikum..
The preparation
Flight
The pass
The virus
Entry ni ialah pre draft.. aku baru sampai dari jepun 10/2 pagi, which is 3 days ago.. aku memang dah pasang niat untuk update berkenaan cerita jepun aku lepas settle 14hari dari tarikh aku sampai.. untuk nak elakkan persepsi tak best orang dan aku pun kalau boleh tak nak buat orang lain rasa tak selesa.. tapi rasa nak cerita tu membuak-buak sebab excitement tu kan masih fresh.. so yeah, here some draft entry aku tulis which will be published on 24hb..dua kegembiraan, gaji dan entry japan hehe
The preparation
Flight
Tiket aku beli mac 2019.. dekat setahun dah..time aku beli tu aku ada hello2 kawan aku yang lain, tapi takde sambutan.. so hari first airasia buat promo, aku tak beli lagi tiket sebab cari geng.. sekali bila aku tengok keesokannya, harga tiket naik.. memang menyesal dah aku.. bila check balik, aku tak login.. tu harga tak dapat harga member.. tak boleh jadi, aku terus decide nak beli tiket walaupun sorang.. time tu harga tiket RM800++ tanpa luggage
sepanjang tahun tu, aku ada tanya orang lagi.. ada juga kawan aku yang macam nak pergi tapi sebab lewat sangat tiket dah jadi RM1000++.. so depa tak jadi pergi.. aku time ni dah memang set mind kena g sorang.. pasrah je untuk cuba.. untuk luggage, aku beli bulan 10 rasanya.. amik 20kg pergi, 30kg balik.. aku aim susu pisang, tu konon tambah luggage.. sekali bila dekat osaka, hari first je aku dah membeli dan kuantiti beratnya agak menakutkan.. so,aku decide tambah lagi 10kg menjadikan total berat luggage aku time balik ialah 40kg.. serius aku rasa aku buat keputusan tak masuk akal.. tapi aku fikir pada duk risau luggage terlebih.. beli je la..
The pass
Untuk transportation, jepun sangat banyak pass..hasil kajian awal aku dengan rujuk group FB Road to Japan dan buku Road to Japan, aku decide nak beli osaka amazing pass (OAP) 1 day.. 2,700 yen = RM120++ termasuk kos pos.. yang ni aku beli dari HIS Travel.. yang ni aku rasa berbaloi..details aku akan cerita di main entry
Dalam 1-2 hari aku nak pergi, baru aku beli tiket USJ dan Kansai Thru pass.. USJ aku ambil entry biasa RM290++ dan Kansai Pass tu dalam RM160-170.. details price nanti aku cerita.. yang ni dua-dua beli klook
The virus
Macam yang semua tahu,novel corona virus outbreak start teruk akhir bulan 1.. aku serius dalam dilema.. 2 page FB hari-hari aku tengok.. page KKM dan page Road to Japan.. page KKM nak tengok current perkembangan tentang virus, page RTJ untuk nak tengok pandangan Malaysian yang duduk sana plus Malaysian yang nak travel ke sana
Perasaan aku memang berbolak balik, pagi rasa nak proceed petang rasa nak cancel.. kalau aku cancel, kos expected burn ialah tiket flight, insurans dan OAP dalam RM1500++.. aku belum beli tiket usj dan kansai thru pass..hotel pun masih boleh cancel lagi sampai 31hb/1.. on duit burn tu aku masih boleh tolerate lagi walaupun RM1500 tu banyak pada aku.. yang buat aku berbelah bahagi ialah perasan menunggu setahun untuk travel.. a lot of emotional investment pada aku.. hmmm hari yang aku betul-betul decide nak pergi ialah hari Jumaat 31hb tu.. but hari isnin 3/2 baru hati betul-betul muktamad.. baru aku tukar duit, beli pass-pass lain.. selasa malam baru aku kemas baju.. part baju tu biasa sebab aku memang kemas last minit..
preparation aku for the outbreak ialah face mask dan hand sanitizer..aku cari banyak kedai takde.. nasib ila ada fask mask dan hand sanitizer.. mai pun bagi sanitizer dia juga.. dekat jepun pun susah gile nak cari face mask.. aku jumpa 1 kedai, aku beli 1 sebab nampak macam yang 1 layer..balik Malaysia baru tengok laa yang ni jenis 3-layee juga..cuma warna putih.. hmm rugi sangat rasa.. bukan rezeki..
selain tu, macam yang aku sebut aku beli insurans juga termasuk untuk extreme sport sebab aku nak main salji.. benda wajib lain ialah ubat-ubatan basic..
The summary of tentative
Day 1: Travel to Kansai, then straight to Osaka
Day 2: USJ
Day 2: Daiso craziness @ Imamiya
Day 3: Osaka Castle
Day 3: osaka museum of history
Day 3: osaka museum of house and living
Day 3: Dotonbori
Day 3: Transfer to Kyoto
Day 4: Biwako Valley
Day 4: Bike strolling around Kyoto
Day 5: Fushimi Inari Shrine
Day 5: higashiyama bamboo forest
Day 5: Gion District
Day 5: Going back. Sayonara
Sekejap je rasa 5 hari sebab hari first tu pun aku sampai malam dah.. short but sweet for me.. details later ye
No comments:
Post a Comment