Assalamualaikum..
Aku serabut dengan stress hari ni.. macam-macam benda pulak jadi.. haihh, susah betul nak bersabar sekarang.. tapi aku dah cool down banyak dah ni.. so yeah, lets write something..
lets explore.. dengar suara kak neen offer nak ambil gambar.. rindu pulak dekat kak neen.. kak neen baru share resipi bihun goreng dia.. nanti ada masa nak try.. nampak sedap je.. aku selalu kagum kalau orang terer masak bihun.. sebab kalau aku buat susah betul nak jadi sedap
gelap pun takpe.. nak tunjuk kepanjangan dan kebesaran kapal
aku exited gile nampak bebunga ni.. minta najwa tolong ambil.. kami rushing time ni sebab diorang suh pergi dekat animal show.. aku tak sempat nak ambil gambar najwa semula
superb kan.. sorry najwa tak dapat ambil gambar awak.. kami plan nak singgah semula time nak balik.. sekali nak balik pun rushing.. haihh
tenang je kan
heading towards animal show
kami datang seat dah penuh.. mula-mula aku duduk belah belakang
tapi akhirnya aku beralih ke belah depan.. tak clear sangat view duduk belakang.. start show dia ada explain sikit pasal farm dia.. family punya.. aku tak ingat dia generasi ke berapa.. kayala kiranya mamat ni..
then dia bawa keluar sheep
video permulaan dia bawa sheep keluar.. gebu gebas betul sheep ni.. comel gile bila didudukkan begitu
rupanya ada hikmah kenapa didudukkan.. sebab sheep lebih tenang dalam kedudukan macam tu.. baru aku tau
upacara pencukuran bulu.. sheep ni tak sakit pun.. biasa diorang akan dicukur bila masuk summer.. kalau tak cukur akan menyebabkan sheep ni sakit sebab berat oo bulu-bulu tu.. ada dia cakap boleh sampai 3kg..
selesai bercukur
clean and clear.. terus nampak kurus kan.. jeles i ols..
hasil bebulu.. nampak kan ketebalan dia.. ada dia explain bebulu ni ada minyak.. kolagen tak salah aku ada juga.. elok untuk lembutkan kulit..
next ialah demontrasi anjing terlatih bawa turun sheep.. comel gile sheep tu lari.. diorang memang akan lari dalam kumpulan.. aku banyak ambil video sebab jauh diorang buat demo.. ada gambar aku screencap video tapi tengok video lagi feeling aku rasa
anjing tu faham arahan.. yang aku faham trainer tu kata anjing tu enjoy je buat kerja ni.. takdela seksa binatang ke apa kan..
kambing bebiri ni panik dah.. haha.. comel sangat.. patutla orang guna anjing kan nak kawal binatang.. gile kot kalau nak pusing lari-lari kejar sheep tu.. dah la laju.. teringat time aku tengok runningman.. diorang kena amik susu kambing.. jenuh nak boleh tangkap tu kan
ambil peluang rasa bulu biri-biri.. dia bagi je ambil kalau nak bawa balik.. aku tak bawa, nanti nak letak mana pulak kan
fluffy tapi minyak-minyak gitu.. aku kagum aku tak geli hehe
kami antara yang terakhir beredar.. cantik ambil gambar panorama sini.. guna hp najwa macam biasa
next session ialah animal feeding.. aku tak tau ni binatang apa.. aku syak lembu la.. comel gile dia lari.. tau orang nak bagi makan.. nama dia Joanna..
aku exited bab bagi makan.. comel gile walaupun muka nampak ganas.. tapi tengok mata dia terus rasa ko tak ganas pun weh.. trainer tu pesan jangan pegang horn dia, kalau tak dia marah nanti
i miss u la dear
nampak gile kan aku exited.. seronok weh tengok animal yang fluffy ni.. rasa nak peluk-peluk je
anjing penjaga tengah berehat.. penat beraksi tadi
aku rasa ni lembu dia.. eh ke tapir ek.. lembu kan ni.. fefeeling cakap korea juga sebab dengar orang korea sebelah aku hehe
eh tercucuk mata awak pulak..
beramah mesra dengan kambing pulak
serius besar weh farm ni
aku dengan najwa jalan ke belakang lagi..
donkey pun fluffy.. mana aku tak geram
hei awak.. gigit karang
alpaca.. fevret umi
cantik dapat shot kak nani.. aritu tengok kak siti share masak sardin dekat fb, terus kitorang duk teringat kak nani.. rindu dah.. bila tah aku nak sampai kuantan.. kak siti pergi dah
shawn the sheep.. time nak beli patung dekat adik aku nampakla yang ni.. comel gile, tapi aku takut adik tak suka sebab muka hitam.. ila kata dia sukala, sebab diorang layan cite shawn the sheep tu.. takde rezeki mu handzolah
orang tu cakap dia ni makan laju gile.. memang betul pun.. sekelip mata hilang
yang putih ni comel betul.. dekat haiwan pun nak bias juga kan na..
cuaca cantik betul.. geram je aku tengok
aku dengan najwa explore panorama gini.. hujung-hujung baru teringat nak buat.. aku belajar dari ila dengan mai.. seronok gile kitorang time ni.. habis semua orang nak gambar gini juga
yana yana yana
najwa ni pandai pose.. cantik je gambar dia.. kami dekat sini pun lama.. sampai kena panggil la masuk dalam.. lepas bagi makan tu, ada tempat cuci tangan.. kebersihan sangat diutamakan
the food
tak sabar nak tengok gini dekat rumah kitorang duduk
the drink
ada bean bag juga
meja kami
pastri aku ambil.. kak neen dah tanya orang kedai, semua boleh makan.. tapi kan manis meleting weh.. aku banyak tak habis juga
for kids to color
nak air sejuk pun boleh
sejarah di surat khabar
alatan di gantung
sejak buat kik, aku selalu nak jawab questionnaire.. sebab tahu maklumat ni sangat bermakna untuk orang yang buat survey.. eh ke aku start rasa gini sejak buat research ek.. lupa dah.. Sebelum keluar, macam biasa memang akan ada souvenir shop.. mari kita tengok aku rambang mata ke tak..
area lotion
aku memula tak nak beli dah sebab dah beli banyak semalam untuk diorang dekat kedai queenstown.. tapi sebab comel gile.. bebudak ni pun kadang-kadang suka patung-patung gini.. penuh dah katil diorang.. rambang mata juga kesudahannya..
sampai hati ke tak nak beli tengok mata gitu..
ni la yang muka hitam aku cakap tu.. comel kan..
karpet ori.. RM450 lebih.. dahsyat
60 lebih ek bantal dia.. darab 3 dalam RM170 gitu..
aku kan dah ngam-ngam time ni.. memang aim zolah dengan kakak punya je
aku dengan eyda yang last naik.. eyda pun ramai anak buah
babai fluffy animal.. moga ada rezeki nak bawa iman and the gang pergi sini.. mesti diorang exited gile
dekat luar ni sejuk gile weh.. tapi aku suka sebab suka tengok view
langit dah gelap semula
nampak dah tempat nak mendarat
pelangi petang
co captain dah ready nak berlabuh..
cantiknye.. teringin nak naik juga.. teringat cite omputeh tu.. alah lupa nama.. yang anak diorang ramai tu.. both parents dah ada family before diorang kawin.. haa ingat dah.. yours, mine and ours..
and we safely arrived
babai ship.. babai sheep.. till we meet again
nampak beno berkenan kot ni.. ada juga gambar terakhir kan.. hehe, lepas ni kami cari kedai for late lunch dan rehat di rumah.. till then
No comments:
Post a Comment