Assalamualaikum..
Lama entry ni tertangguh sebab video-video aku pilih hilang pulak.. bukan senang nak pilih and upload video.. jadi mood ke laut kejap.. so, sempena cuti panjang weekend ni mari kita sudahkan apa yang patut.. cop, cuti panjang weekend pun entry ni tak settle.. hahaha.. ni kalau kira mau draft ke 5 aku siapkan.. punyala susah..
sambung dari kisah nak naik earn law ship ni.. bahagian dalam kapal.. kak nani dah cop tempat siap-siap dah
kapal ni belah bawah tak full house sangat.. mungkin sebab kami antara yang masuk awal juga kot.. eh rasa time beratur tu takdela depan sangat
kami terus aim ke luar.. bahagian luar memang betul takde orang.. dapatla bergambar puas-puas
stunning uools belah depan kapal ni.. kelakar bila kak awin ke sape kata cop tempat nak kena kak awin baring haha.. nampak betul muka aku happy time ni.. bukan main lebar senyum.. haihh, rindu NZ..
sementara orang tak ramai, kita ambil gambar puas-puas dulu.. kapal ni aku perasan tak seramai orang macam yang kami pergi semalam.. lupa dah aku nama kapal tu apa..
view dah makin biru.. stunning as always..
kak neen seru semua orang pergi depan kapal.. tengok orang ada gopro, kita pun rasa teringin juga.. nafsu nafsi sangat..
kalau perasan tempat belakang aku tu masih basah sebab hujan..
ni belah area ai ai kapten..
taklimat keselamatan
in korea pulak uolls.. moga in malay pun ada in the near future
cantik pulak gambar diorang berdua.. aku dah rasa macam aku stalker pulak haha
nampak area rumah berbukit-bukit di belakang tu.. haihh serius rindu ni..
awan masih tebal.. dah tengahari dah time ni
segala sudut la aku ambil gambar
nape tah ada line memerah ni.. ke pc aku je agakya.. nanti publish kita tengok ada ke tak..
kapal dah gerak.. woot woottt.. berkenan pulak aku dengan jaket pink eyda
the view masyaAllah.. ni video guna kamera hp aku yang biasa je.. kalau hp or kamera canggih ni, dah boleh shoot music video agaknya kan
area history statement.. aku pelik aku beria cakap cantik.. haha.. mungkin sebab nampak klasik kan.. cantik jaket pink corak tu.. aku ni asik eyeing jaket orang je.. geram tengok design cecantik
the perk of travelling with people.. ada orang boleh tolong ambilkan gambar.. tu yang option gambar sampai beribu..
kami dah pecah-pecah dah time ni
the design
first pelayaran
in Lake Wakatipu.. teringin pulak nak naik kapal malaysia yang dedulu.. ada ke ek ek yang masih in function.. yang kapal selam aku pernah pergi dekat melaka tu dah tak function.. eh ke tu replika ek..
banyaknye kambing.. hai la kambing
sign kapal tak salah aku ni..
sape nampak tahun bila.. aku tengok macam 1877..
tempat asap stim.. siap ada orang mencuci lagi.. laju pulak aku gerakkan hp.. aku yang pening tengok videonye
gayat juga aku dalam ni.. pelan-pelan je jalan
hallways..
hallways dan yana
kami ke belah bawah bahagian depan kapal
kak siti dengan najwa time ni tak salah aku
inside the cafe.. pose aje.. takde minum apa pun..
kak nani masih cool lepak dalam.. menikmati pemandangan macam biasa.. aku belajar appreciate alam banyak dari kak nani..
view dari bahagian kapten.. ai ai chip
nak sampai dah ke pulau yang akan kami berhenti.. tak ingat pulau apa.. macam biasa, memori aku tak membantu.. yang aku tahu pakej kak neen ambil ni termasuk tengok tempat animals.. ada high tea.. rasa macam orang ada-ada sangat hehe
kapal makin perlahan.. kapal ni memang bawa perlahan pun.. tenangla.. tapi angin tetap sejuk weh..
anjing pengawal biri-biri pun sedia sambut rombongan kami
uuuu jaket yang aku suka tu..
pose terakhir sebelum turun.. lepas ni aktiviti kami ialah menyantuni haiwan tempatan.. till then
No comments:
Post a Comment