Assalamualaikum..
Duhai mood datanglah padaku.. apa tajuk lagu tu, aku rasa lagu intan sarafina.. duhai malam datanglah padaku.. hehehe, banyak cerita tertangguh ni.. aku kena paksa juga untuk tulis supaya boleh jadi rujukan di kemudian hari.. kot la ada rezeki nak repeat pergi tempat-tempat tu kan.. plus aku ialah suka search blog lain bila nak travel sebab cerita di blog lebih menyeluruh.. jadi aku harap blog aku dapat bantu juga orang lain yang nak travel..
Walaupun aku exited lebih cerita pakistan dubai, mari kita kembali semula ke Iran..
Moh kita recall balik macam mana rupa Masoleh.. uuuu, rindunya..
alooo tak ingat ni apa benda.. tapi macam sesuatu yang signifikan.. surau ke ek.. ke tandas.. ke aku amik sebab tulisan iran..
ini adalah pintu masuk.. nampak sangat baca signage english hehehe
team opis sama.. jaket bos aku yang baju coklat tu leather you olls.. cantik benar.. dia beli dekat istanbul tak salah aku.. jom kita g istanbul beli jaket hehehehe
Ni jeruk.. banyak jenis ada.. aku pun tak sure boleh rasa ke tak.. tapi aku takde perasan plak kalau ada orang beli..
jeruk bawang putih
gula-gula mungkin.. serius menyesal update lambat.. aku patut tulis notela dekat gambar.. boleh ke ek.. tak reti plak..
big picture kedai-kedai dekat entrance masuk.. kalau kita masuk ke dalam lagi lepas lalu kawasan rumah, akan jumpa lagi banyak kedai.. aku tak compare pula harga yang area sini dengan area dalam.. time ni aku dalam fasa waswas nak beli lagi sebab konon nak survey.. sekali menyesal.. macam yang aku cakap sebelum ni, bila jumpa yang kenan, tanya harga-tawar-beli kalau suka.. sebab nak jumpa lagi tak tau ada peluang ke tak kan.. baik menyesal beli daripada menyesal tak jumpa dah.. hehehe, itula yang aku buat dekat pakistan..
topi budak comel.. dekat sini aku ralat tak beli patung doll tu kat imandadek.. memang takde beli sorvenir iran dekat diorang.. aku beli coklat dekat klia je.. hehehe, diorang dapat coklat happy dah.. cuma aku la yang ralat sebab takde signature iran.. cikyong nye yang lebih-lebih..
confirm air terjun ni sejuk yang hamat kan..
kabus bergemerlapan.. boleh nampak juga style rumah dekat sini..
macam biasa, kitorang jadi orang last sebab banyak ambil gambar.. sampai Iman, sekretariat tu turunla cari kitorang.. semoga future trip next nanti kami ada plenty of time untuk ambil gambar.. ingat senang ke nak sampai sini, bagila kami peluang untuk simpan kenangan dekat sini..
exited beno rasa time ni dapat pakai baju kepuk-kepuk tu.. aku dah cerita kan sejarah nak beli baju ni.. Alhamdulillah cuaca sejuk.. hehehe
banyak juga rumah yang letak kain tulisan-tulisan ni..
dekat area sini banyak tangga tapi okla, tak sampai tahap lenguh lagi.. or mungkin sebab kitorang jalan berhenti-berhenti kan..
video kabus lagi.. still tak boleh move on lagi time ni sebab syok tengok suasana yang jarang-jarang dapat tengok..
macam biasa gambar-gambar yang kitorang berdua memang guna timer dan tripod kecik.. aku rasa macam nak beli balik tripod yang sotong tu.. aku nampak aritu dah ada jual dekat diy..
ok, lepas jalan punya jalan kita akan jumpa kawasan kedai yang belah dalam.. macam-macam ada dekat sini, jadi aku rasa berbaloi sangat untuk beli dekat sini.. sebab trip kitorang ramai orang dari Iran, ada juga yang diorang tolong cakapkan bagi pihak kitorang.. jadi lebih mudah.. kalau takde orang iran pun ok je, bagi kalkulator.. tekan la price yang kita nak offer.. kalkulator ialah bahasa antarabangsa untuk shopping.. gitu.. hehehe
cantik pula sling beg belah atas tu kan.. penyesalan yang tak berkesudahan..
delima depa besaq besaq.. kata penjual, yang ni organik.. aku beli juga untuk mak aku.. ampun, tak ingat dah harga berapa.. yang pasti murah dan berbaloi untuk beli compare tu price dekat malaysia..
barang hiasan banyak.. tapi kitorang tengok dari luar je..
kedai minum/ makan tepi jalan.. best view kot.. tapi sebab kitorang geng lambat, dapat duduk kawasan dalam.. eh tapi kitorang tak makan dekat sini.. dekat kedai lain..
cuba cari aku dan compare dengan gambar atas.. korang mampu kamera ambil gambar dari depan dan belakang hahaha.. kebetulan pula kan.. ni kamera photog, tu terang sikit.. nama photog pun aku lupa dah.. hehehe
gigih cubaan aku nak set angle tripod.. ada family dekat situ dah cuak aku duk tepi sangat hehehe
sempat lagi Dr Ruslan photobomb
aku cakap dekat kak yati saya nak nampak bangunan ni kak.. syok jumpa geng layan amik gambar.. kalau dalam family aku ila la selalu jadi mangsa.. hehe
Next, kitorang nak g naik atas rumah dekat area sini.. tengok tangga ni ingat cerita jejak rasul..
antara hiasan dekat depan pintu rumah..
taraaa... sampai dah.. kejap, aku cari gambar yang orang ambil kitorang dari bawah
nampak tak kitorang pose gaya apa.. #soaringupwards dimana-mana
nampak tak kegigihan aku nak setup timer.. hehehe, tapi berbaloi la..
bos aku tengah tawar beli beg untuk anak dia.. see, guna kalkulator juga.. pun aku tak faham kenapa aku tak join dia beli..
view luar kedai yang memukau
ni kedai minum yang aku cakap tadi.. kitorang duk belah dalam, warna pink u ollss..
Dr ni tengah tunjuk cara buat teh.. teh ros tak salah aku, macam mana nak guna manisan tu.. lupa juga dah apa nama manisan tu..
semangat kitorang duk tengok.. siap duk sebut oooo... ooooo, sampai Dr Ruslan tu duk ajuk-ajuk.. hehehe, kita pun tak perasan kan kita akan sebut ooo bila kita tahu sesuatu yang baru.. hehehehe
apa tah nama manisan ni.. serius lupa..
boleh sewa pakaian tradisional dekat sini.. tak ingat juga harga berapa.. Fatma ni kami jumpa lagi di Pakistan.. dia pula jadi speaker..
kalau minat nak duduk sini boleh contact nombor di atas.. persoalannya, faham ke tu nombor apa hehehe.. sila google..
kitorang stay sini sampai malam.. gambar malam hp aku tak berapa nak clear.. nampak lampu-lampu je..
Next, kami pergi dinner di sini.. aku sempat tidur dalam bas, kawan-kawan aku duk risau aku tergolek je sebab duduk depan sekali hehehe... tidur sambil pegang buah.. but survived alhamdulillah.. expert tidur dalam bas hehehe
cantik deco kedai.. berapa tah harga makanannya kan
tak leh terima lagi olive dan yogurt..
butter proses-kanan, butter handmade kiri.. ada rasa lain sikitla.. tapi aku bedal je..
aku and the geng order ikan sebab nak try menu lain selain kabab.. mencabar juga makan lauk sama hari-hari kan.. but its rezeki.. dapat juga makan kan..
ikan laut.. white fish ke.. tak salah aku ada dekat laut Mediterranean je.. maafkanlah ingatan ku yang lemah ini..
ini macam lauk terung kisar.. sedap sebab berperisa, macam makanan Malaysia..
Alhamdulillah, settle cerita hari ketiga.. tak sabar nak cerita habis.. nanti aku tengok kalau yang mana hari boleh combine sebab dah takde jalan sangat dah lepas hari ketiga... nantikan..
No comments:
Post a Comment