Mar 14, 2018

YaYa Take Iran ~ Finale

Assalamualaikum..

Aku ada cita-cita untuk minggu ni.. nak habiskan cerita Pakistan, aku rasa cerita Pakistan best sikit dari Iran sebab sempat pergi shoping 3x.. nampak tak, kebestan sesuatu tempat ialah bila nikmat shoping dapat dipenuhi.. hehehe

Jadi, untuk hari kelima dan keenam kita combine je sekali terus.. sebab tak banyak pun yang boleh story kan.. aku share kan gambar-gambar di sekitar hotel untuk memori indah aku di sini..

Hotel hari kelima:

cantik perarakan awan.. nampak macam panas kan tapi boleh tahan sejuk plus berangin..


Fira, teman dari Indonesia.. Gemar bergambar juga #instagrambuddies.. Fira ni senang betul kawan dengan semua orang.. kagum aku..







kak yati kata dah macam poster movie dah.. #kamiheroin.. seronok pula main hashtag ni kan



nampak tak selera nak makan banyak dah decrease.. rintu hujan batu di negara sendiri


Dengan receptionist cantik.. dia yang sambut kitorang time mula-mula sampai.. baik sangat.. dah la cantik.. sempat kitorang jumpa dia malam sebelum pulang..


tolak angin ni pak feri ke Fira tah yang bagi.. elok untuk kembung perut dan angin badan.. aku rasa juga sebab dah hujung-hujung tu aku dah start tak sedap perut.. memang rasa ubatla.. 


Aumm sangat cawannya..


Hari kelima aku training ni ialah hari lahir arwah adik aku.. 17/10.. sayu pula bila teringat.. miss u adik..


softlan diorang tisu u olls..

Hari terakhir di hotel.. oh mixed feeling again bila nak balik.. rindu tanah air, tapi tak puas lagi explore tempat orang.. i guess thats the feeling for all travelers kan..

Dr Lazzat dari Uzbek.. dia pun geng kaki ambil gambar.. dah ada cucu.. awet muda beno..





Thank you Allah for this opportunities.. Thank you sekretariat bagi kami duduk hotel cantik..

Whats more in Iran?

Hari kelima tu kami ada visit di universiti perubatan dekat area situ.. adhock planning.. aku pun tak berapa sure the real reason for the visit, but then mungkin ianya lebih pada networking.. oklah, rasa delegates luar negara sangat 


time ni memang rasa nak request dekat pakcik bas, please uncle bagi saya turun.. sebab macam-macam ada jual dekat road ni.. aku pun tak sure hari sebelum ni ada ke tak.. tapi memang meriah lain macam hari ni..




patung rusa.. sebenarnya banyak gambar view aku amik aku dah tak ingat cerita disebalik gambar.. kena tenung dulu, pastu confuse.. aku amik gambar ni kenapa.. 



dekat sana banyak bunting/ poster gini.. aku pun kurang pasti ia ialah poster tentang apa..


macam kasut kulit je kan.. syoknye kalau dapat belek.. beli belum tentu lagi, kang harga beribu kang ada yang tak balik Malaysia

Toilet dekat universiti tu.. cantikkan.. macam rumah sangat dah.. macam biasa, dekat mana-mana aku pergi mesti aku cari toilet dulu


Serius kan susun aturnya.. aku berjaya tanya soalan.. tepuk bahu sendiri


ko nampak tak kudap depa.. buah fresh u olls.. seronok sangat aku duk ngunyah.. siap ada pisau potong lagi..


ni aprocot ek.. ke apa ek.. tak ingatlah nama.. sedap, aku ada hajat nak beli bawa balik tapi tak jumpa dah kedainya..


Puan yang dua dari kiri tu anak dia belajar dekat Malaysia.. bukan main seronok lagi dia bercerita dengan kitorang.. eh ke kitorang yang seronok.. hehehe, dia sempat jalan-jalan Malaysia juga..


Settle discussion, depa belanja dinner.. sempoi gile tempat dinner diorang.. dia letak meja dekat luar koridor je.. hahaha, kagum aku.. kalau kita kan protokol kena jaga kan.. 


Dengan Nour, sekretariat dari Iran.. tapi dia bukan orang Iran.. dia kahwin dengan orang Iran.. macam muka ex-boss kitorang..




Walaupun makan tepi koridor, food dia 5 star hotel.. sedap dan lebih varieti dari yang biasa kitorang makan..


kak yati ditemubual wartawan baju biru.. yang pakai kot tu orang universiti.. dia tukang translate.. macam Anil Kapoor kan


Ni la kelebihan amik gambar signage.. jadi rujukan bila nak rujuk balik.. nama universiti yang kitorang pergi ialah Gullan University of Medical Science..

 Journey to home..


kitorang terus gerak balik lepas habis kelas hari keenam.. pukul 12 ke pukul 1 petang kami gerak dengan kereta.. tak naik bas dah sebab yang nak pergi airport time tu dalam 6 orang je.. waktu balik semua lain-lain kan.. plannya kami nak singgah beli kacang, sekali rupanya visit tak habis lagi.. dia bawa kami pergi company.. hikmahnya ialah kami dapat jugala shopping biskut sebab ada kedai jual-jual dekat situ.. siap orang syarikat tu tolong tawarkan harga lagi


ini ialah view bilik bos dia.. subhanallah, cantik yang amat.. macam tengok tv je.. diorang dah lali kot kan dengan view gini..





bawah nasi tu ada daging kebab.. kali terakhir kami makan food Iran..


tulisan dia, kemas beno.. dia ada bagitau maksudnya tapi aku lupa dah hehehe


ada pilot cafe korang depan syarikat.. aku pun tak tahu tu bangunan apa sebenarnya..



Berbaloi sangat untuk berhenti kejap.. perjalanan diteruskan lagi dan aku terus sambung tidur.. hahaha, tak enjoy view langsung.. kak yati cakap view cantik.. aku lalok makan panadol juga tak salah masa ni..


Alhamdulillah kami berjaya sampai airiport dengan penuh drama.. kitorang sampai memang ngam-ngam.. que imegeresen untuk perempuan boleh tahan panjang.. bos aku la yang minta tolong nak jalan dulu.. ada juga yang macam marah tapi dah terdesak kan..



Alhamdulilah selesai cerita Iran.. macam mimpi je haha.. kalau tanya aku, nak pergi lagi tak.. sejujurnya pergi under training memang tak boleh tak enjoy the view and places sangat.. tapi oklah kan, siapa lagi nak bagi pergi tanpa bayaran kan.. antara Iran dengan Pakistan, aku rasa aku pilih Pakistan lagi for place to visit again based on tempat yang aku pergi.. Iran definitely ada tempat yang tourist attraction kan, so pandangan aku based on experience aku.. Alhamdulillah.. you did it Na

No comments: