Assalamualaikum..
Nota: nak view taj mahal cantik, sila ambil dari Masjid.. Subhanallah, memang view cantik dan orang tak ramai.. mungkin sebab panas.. jadi berbaloi gila sebab cantik.. untungla taj mahal simetri kan.. so gambar memang sama je dengan view depan..
Lepas resfresh, kami naik van gerak ke Agra.. time ni tour guide, Vijay join kami.. di Delhi yang ambil kami cuma driver sahaja.. dekat Agra je yang ada tour guide.. delhi dan kashmir ada driver je.. aku pun tak tau kenapa.. Van berhenti dekat satu tempat, tukar naik auto..
adik dah bertukar pakai baju mai beli untuk grad.. tengah panas cengceng time ni..
kakak man takde mood jadi tak pakai baju grad cu beli.. kesian iman..
jalan dikongsi dengan auto, kereta kuda dan lembu..
Auto bawa kitorang berhenti dekat depan pintu masuk.. berderu-deru orang sorong kerusi roda datang dekat kitorang.. aku naik auto lain, tak tau ada cerita.. rupanya diorang berebut nak bawa mak aku dan mak milah.. mak milah tak nak naik mula-mula sebab serabut diorang duk berebut.. tapi naik juga akhirnya.. tak salah aku dia minta 400 rupee = RM24 untuk pergi balik.. okla sebab lama juga kan..
Sepanjang jalan masuk ni ada kedai-kedai sorvenir taj mahal.. time on the way keluar pun akan jumpa.. sila beli sebab boleh tahan murah juga.. nanti aku tunjuk gambar..
hahaha adik kena paksa amik gambar.. nak tunjuk baju cantik dia.. kitorang tunggu vijay beli tiket.. 1000 rupee = RM60 ko sorang.. harga tiket citizen ialah 40 rupee = RM2.40.. beza kan.. orang yang bawa kerusi roda pun kita kena bayar juga which is 40 rupee..
Taj Mahal is open from 30 Minutes before sunrise and upto 30 Mintues before sunset during normal operating days)
Taj Mahal is closed on Fridays for general viewing and is opened on Friday afternoon only for those who have to attend prayers at the Mosque inside Taj Mahal- Bolehla kalau geng laki nak solat Jumaat. Solat dekat Taj Mahal yuolls
Maklumat lanjut: Sini
nampak tak yang belah kanan beratur tu.. yang tu tiket biasa..
dah masuk dalam akan jumpa entrance ni.. Vijay ni gigih cerita sejarah.. aku tak dengar sangat.. adik laki aku semangat..
Nota: Bawalah kipas bateri/ topi.. sangat membantu sebab cuaca panas
nampak tak aku tak tumpu perhatian..
geng fokus
time vijay briefing, ada juga orang tempatan yang join dengar..
neves ni moment nak bertentang mata dengan taj mahal..
Alhamdulillah.. mimpi kami bukan lagi mimpi.. perasaan aku sebelum sampai takdelah teruja sangat.. sekali bila dah tengok betul ke ni kita depan taj mahal.. memang teruja sesungguh hati.. Alhamdulillah
kitorang tak faham kenapa ila maintain cantik je.. #kamitakjelous
Nota: Pakai baju warna cerah untuk tempat yang background putih.. gambar jadi naik.. time dekat salji aku pakai warna gelap sebab ingat lebih naik, sekali gambar jadi mandom.. gelap je.. muka pun nampak tak nampak je
adik laki aku ni terer je posing.. dua-dua kepala sama..
umi sanggup bangun untuk gambar.. adi pula photobomb..
haha adik not in the mood..
family photo dengan background taj mahal.. dekat tempat attaction akan ada banyak orang offer nak ambil dan cuci gambar.. rate standard ialah 100 rupee = RM6 sekeping.. tanya betul-betul kalau nak beli sebab ada photog yang letak minimum 40 keping gambar.. gile ke hape.. dekat luar sebelum masuk memang ada photog tanya.. takyah ambil dulu pun takpe sebab kat dalam berlambak ada..
syok pula pakai baju flowy.. angin pula best walaupun panas.. kami jalan lagi sampai betul-betul depan taj mahal.. vijay berhentikan kami lagi bagi taklimat which is yang pastinya aku tak fokus..
adik tak kasi can langsung..
kena crop akhirnya..
international tiket dipanggil high value tiket.. nak masuk dah uolls.. kalau pergi dengan ejen dia akan bagi siap-siap balut kaki.. kalau takde, aku nampak dekat pintu masuk betul-betul depan taj mahal ni pun ada.. rasa macam free.. takyah beli dekat luar..
pintu masuk dalam taj mahal..
Sepanjang dalam taj mahal, no picture is allowed.. dalam ni pun ada monumen makam.. makam sebenar bukan dekat tempat yang kami jalan.. aku terpisah dengan family aku.. adik aku kata ada orang bakar lighter nak tunjuk mable tu shining.. lepas tu minta tips.. tips is biasa dekat sini.. adik aku kata 40 rupee tu ok la.. dekat airport pun banyak orang tolong dengan niat untuk upah, tapi baju diorang memang tulis siap-siap paid porter.. kalau larat tak payahla.. yang paid porter ni aku ok lagi, yang tak boleh aku terima kita tak minta pun tiba-tiba dia datang tolong..jadi ko kena bertegas gila kalau tak nak.. adik aku cakap, help on your own risk.. no payment hahaha..
dekat pintu luar lepas pusing dalam taj mahal..
vijay the tour guide.. mai dah geram dekat dia ke time ni.. come on dik, muka tu..
time nak keluar taj mahal kita akan lalu depan masjid..
dalam sini kerusi roda tak dibenarkan.. umi dan mak milah jalan sikit.. mak milah ni kawan mak aku.. kaki jalan ni.. bulan ni nak pergi korea pula..
entrance view dari taj mahal
agak-agak kepala siapa hahaha
Ini ialah view dari tempat keluar.. lebih clear kan..
cantikkan gambar mak milah.. nak tengok tak gambar aku yang adi ambil
sakit hati kita.. apala salahnya dia tunggu dulu orang tu berlalu.. hahaha
Vijay tanya nak pergi tengok masjid tak, kami berpecah.. yang tak larat tak pergi.. tapi kan akhirnya semua naik juga dekat kawasan luar masjid.. bertentang dengan masjid ni ialah taj mahal tapi tak tahu belah south ke belah mana
Nota: nak view taj mahal cantik, sila ambil dari Masjid.. Subhanallah, memang view cantik dan orang tak ramai.. mungkin sebab panas.. jadi berbaloi gila sebab cantik.. untungla taj mahal simetri kan.. so gambar memang sama je dengan view depan..
Best kan best kan
trademark biasa ayah
jeles aku tengok diorang lompat.. smart beno..
umi pun naik sini juga akhirnya.. berbaloi-baloi
Settle gambar kami berjalan balik untuk nak keluar..
aku nampak signage taj museum.. tapi kami dah penat gila.. tak pergi.. kalau korang ada masa tryla explore.. tak tahu ada fee ke tak..
taj museum
ni kawasan kedai yang aku kata boleh shopping.. betul-betul sepanjang jalan lepas pintu keluar.. aku nampak figura taj mahal, terus teringat dekat kak yus.. ingat lagi tak konsep yang aku pakai kat pakistan.. kalau berkenan beli terus.. orang kedai tu letak 200 rupee = RM12.. mai kata kita kena buat-buat nak tak nak.. aku minta 100 rupee, dia cakap 150 rupee.. aku nak belah je, terus dia kata ok madam 100 rupee.. nampak tak.. bocor pula harga (hai kak yus).. hehehe, yang aku beli jenis marble.. ada juga yang macam globe salji tu.. kalau korang beli yang marble, handle with care sebab senang patah.. barang kita kan banyak.. so simpan elok-elok..
naik auto balik untuk pergi dekat van..
tak ingat ni siapa yang naik kuda..
aku jerit dari dalam auto.. amitabh bachan.. diorang semua terkejut ingat betul-betul amitabh hahaha
Next, kami pergi makan lunch dekat kedai yang Vijay bawa..
2 comments:
best best. wish list akak jugak ni..
tapi... nanti dulu lah
hahahah
Tq so much yana sayang sb bawa balik taj mahal untuk akak, best giler...
Post a Comment