Assalamualaikum..
21 Disember 2019.. antara hari yang menggembirakan untuk aku.. aku ialah suka lagu-lagu IU.. sebab aku rasa suara dia soothing.. aku tak ingat aku suka sejak bila.. reality show IU pun aku layan, Hyori Bed and Breakfast.. first drama IU aku layan ialah The Best of Lee Soon Shin..
suasana sebelum mula concert.. seat aku memang paling atas dan terus ke tunggu.. ada juga rasa gayat bila pegang hp.. casing hp yang mai belikan style matte sikit.. memang licin..
palette.. antara lagu fevret aku juga.. time ni aku masih bertenang.. mungkin lagu ni soft juga.. suka gileeee... suara IU pada aku sangat soothing.. haihhh.. haihhh tak percaya lagi ni aku dah dengar live
aku banyak rekod sikit-sikit.. biasa first verse je, sebab kali ni punya concert aku memang aim nak menghayati.. lagu fevret juga.. autumn morning.. sukaaaa... yang ni memang part starting takde background music.. barula tau suara tune ke tak kan..
fanclub iu ialah uaena.. iu akan panggil negara-negara luar punya uaena ikut tempat tour dia.. kalau kl ialah kuaena.. iu cakap kyoptaa.... sengih je aku dengar.. macam iu cakap aku yang kyopta plak haha..
ni aku dah start tak behave dah.. hahaha, iu kata kuaena suka lagu jam jam.. lagu yang dance.. memang pun, aku ingat aku akan exited lagu yang tenang, tapi aku pun pelik aku lagi menjerit lagu yang dance.. tapi kalau lagu soft menjerit, tak ke pelik bunyinye.. haha
sebelum konsert aku memang aku sangat berharap iu nyanyi lagu ni.. ni lagu remake semula.. sedap weh.. dah tua-tua ni jiwa lagu aku suka dengar ialah lagu gini.. yang blues style..
next part, semua hilang arah bila iu sebut hotel de luna.. iu buat medley lagu-lagu ost.. lagu ni by heize, can you see my heart.. aku tak ingat tajuk, aku google hehehe.. kalau ingat semua memang die hard fan betul ni
you & i.. aku selalu confuse title lagu ni dengan good day.. haha.. nampak sangat tak die hard fan.. seriusla suara iu ni sama macam yang rekod.. untuk entry blog, aku akan dengar balik video tu baru decide video untuk diupload.. seriusla sedap weh suara dia.. nak nangis rasa.. macam dengar dari youtube.. padahal rekod dengan hp je.. yang video ni panjang sikit sebab sekali dengan penutup..
kalau korang biasa tengok concert iu, iu memang akan nyanyi encore lepas concert habis.. so semua orang memang tunggu.. concert sebenar 2 jam, yang iu tambah sendiri 1 jam setengah.. berbaloi kan.. kalau dekat korea, awal-awal dulu orang tak iu akan encore sebab dia akan pakai baju biasa.. sekarang ramai uaena dah tau, so memang semua stay..
nampak je band masuk balik, dah kerasukan semua orang.. aku le tu..
love poem.. aku seriuosly impressed dengan low note iu.. sedap gile weh.. low note lagi susah pada aku untuk orang nyanyi.. this one supposed to be last song for encore.. ada few juga yang keluar lepas habis lagu ni.. tapi aku gigih tunggu.. sebab nampak ramai juga tunggu, plus biasanya kalau iu encore, dia akan pakai baju biasa tau.. so aku still rasa dia akan keluar balik
and yesss, here she are.. comel gile weh time dia goyang-goyang kepala..
lagu ni pun lagu fevret aku juga.. tajuk aku tak ingat.. kena refer list, my old stories.. aku suka juga lagu knee, shower.. lagu genre sayu-sayu gini la hehehe
ada kids dalam konsert ni.. aku pun kagum.. nampak tak punyala teruja time iu datang belah kitorang.. haihhh..
walaupun takde content video yang ni, tapi sebab ni moment aku dengan iu kan... err, aku iu dan thousand third wheel peole.. hahahaha.. lagu leon, duet dengan park myung soo untuk infinite challenge punya concert..
aku tak tau langsung lirik lagi ni.. pernah je dengar, tapi macam yang aku cakap aku suka dengar lagu slow iu.. cuma untuk concert aku tak sangka aku suka juga lagu fast tempo iu..
lagu playlist juga tapi tajuk tak tau.. someday
seriusssly aku puas hati.. rasa berbaloi-baloi.. lain feeling dengan time concert siti.. aku alami post concert syndrome, rasa macam perasaan yang sama bila kita balik travel.. macam siti kan kita tau dia ada dekat malaysia, iu ni buat aku feel macam aku g korea.. haha, more concert kpop kah lepas ni.. entahla... aku tak tau sangat lagu idol.. lagu iu banyak jugala aku tau.. tu rasa berbaloi pergi.. yeahh, i am happy.. simpan duit untuk konsert tahun depan.. wohooo...
here are screencap gambar dari video
Till we meet again next year, ji eun sii..
No comments:
Post a Comment