Jan 16, 2020

Memorable Krabi: Day 4- Kayaking

Assalamualaikum..

Hari keempat, hari terakhir aku di Krabi.. memandangkan tiket aku ialah 5.10 petang, aku plan nak ambil any half day aktiviti.. time aku check in, aku nampak ada iklan kayak.. half day or full day package.. bila deal dengan booth ejen yang aku beli, price masih dalam bajet.. so kita on.. untuk kayak, dia akan ambil jam 8.30 pagi.. plannya kita akan sampai hotel balik jam 1.00 petang.. 


sempatla sarapan hari ni sebab tak rushing.. roti bakar dan 3 in 1 milo.. dah mula rindu susu pisang ni.. petanda nak pergi thailand lagi ke ni..


macam biasa jadi orang pertama



sampai.. kami berhenti 2 3 hotel juga for pick up.. aku siap ngantuk dan sempat terlelap lagi..


ada free air panas


uuuuu exited, tambah cuak.. last aku kayak zaman bila tah.. tu pun kayak dekat tasik kecik gitu je.. yang ada dalam memori aku ialah semua orang kena terjun kayak, then panjat masuk balik.. aku struggle gile nak panjat.. padahal time tu berat 40 lebih kot.. ni sekarang tengok pipi pun dah tau takde harapan berat 40++.. semoga takdela kena terjun-terjun ni.. mengucap tak sudah aku nanti..






kami tunggu korum cukup



aku minta tolong guide tu ambil gambar.. tak bawa pun tripod time ni



video demo by instructor.. Muslim, aku lupa dah nama adik ni.. dia ada tanya 'siapa tak pernah kayak'.. nak angkat tangan macam segan pulak.. eh tapi kira aku pernah la zaman muda-muda dulu kan.. aku risau orang ke kanan, aku pergi ke kiri.. kang ada yang terjun kayak untuk berenang.. give up berkayak hehe


time mula-mula kumpul, aku ada nampak family mat saleh 5 orang.. dalam hati aku jangan kena pair dengan anak dia sudah.. gayat nak speaking confirm lebih dari gayat kayak.. but luckily kalau kita sorang, kita boleh pilih kayak untuk sorang.. adik guide ni tanya aku, nak naik sorang or naik dengan dia.. of course aku pilih naik dengan dia, keselamatan diutamakan kan.. hehe.. sebenarnya, aku tengok kalau kita upah guide khas untuk kita, ada bayaran.. aku ni rezeki solo tak kena extra.. mungkin kurangla sikit kayak dia nak jaga.. tak salah aku guide tu cakap minimum per guide ialah 10 kayak.. kami dalam 6 7 gitu termasuk kayak dia..


guide ni baik, selalu offer untuk ambilkan gambar.. kalau aku naik kayak lain, adalah full view gambar aku



dah start jalan kecik.. seronok gile weh aku time ni





jumpa geng kayak lain


bila bertembung dengan kayak arus berlawanan, kami stop dulu.. ni area gua..


aku tak ingat dah cerita apa di sebalik tempat ni..  ada adik ni cite tapi biasalah kan.. cite setahun lepas..cantik kan.. teringat pulak gua tempurung



dah start pandai guna monopod.. aku masukkan dulu dalam beg kalis air, attach dekat monopod then letak dekat area depan aku.. agak stabil sebab arus pun tak kuat.. kita pun bukan masuk tournament yang kayuh kuat-kuat kan hehe


tengah berhenti lagi untuk bagi laluan pada laluan kontra.. gitu haha


mat salleh tu siap buka lagu lagi.. haha.. nampak sangat dah biasa kayak, siap bawa speaker.. bunyi lagu dia macam add on music untuk video aku kan hehe


baru nak gerak, tetiba ada kenderaan datang dari hadapan.. hehehe.. jalan sempit, so memang berhenti tu wajib.. bonus point pada aku sebab boleh enjoy the view.. naik kayak tak mabuk macam bot bila berhenti.. maybe arus pun tak kuat.. aku tak ingat aku makan ubat mabuk ke tak time ni..


antara jalan sempit yang aku lalu.. untung naik dengan guide ni.. rezeki travel sorang, alhamdulillah


test kedalaman air.. tak dalam mana.. 


bukti aku kayuh juga.. tapi tak penat la kayak ni.. sebab banyak berhenti.. untuk first timer macam aku sangatla ok.. remember aku semput naik tangga 10 minit dekat Tiger Cave, so kayak ni kira lagi rendah level penat dia dari tangga tu.. duduk je kan.. tangan tak sempat lenguh pun.. plus ada certain tempat, kita tak perlu kayuh sebab arus bawa je pelan-pelan


sebab kenapa ada kayak yang datang dari arah bertentangan.. ada 2 entrance katanya.. eh ke lebih.. 


bajet diri sendiri tinggi.. beria aku limbo dari atas kayak.. khalid rilex je dekat belakang.. hahaha.. aku ikut arahan, dia suh tunduk, maka tundukla aku.. eh, ni baringkan.. bukan tunduk.. dah ingat dah nama guide ni.. dengar dalam salah satu video


area hijau, sampai jumpa batu gua balik


nak sampai area pantai dah.. bukan pantai sangatla aku rasa.. area macam ada pepasir sikit.. aku boleh pakai kasut aku.. kalau pakai selipar, memang kena buka.. pelaburan RM20 yang berbaloi.. banyak gile aku rekod video.. yang aku share ni dah pilih, dan dah potong-potong


menuju beach.. masuk area kawasan bebatu..



khalid ni bagus.. kalau ada spot cantik, dia akan offer kitorang untuk ambilkan gambar..


eh, terpose macam yang walk with me kan.. hehe.. padahal aku nak ambil hp dari khalid.. gambar kabur sebab ada beg kalis air tu


sinilah pantai yang khalid kata tadi..


kami berhenti dalam setengah jam kot


ada Malaysian offer ambilkan gambar selepas aku ambil gambar dia.. aku ingat orang singapore..






wajibla terjun kan.. asal ada air, confirmla aku enjoy


aku berenang jauh sikit




lepas setengah jam, aku gerak semula ke jeti.. seronok area sini sebab dia sangat kawasan tasik yang luas.. 

ok, pandangan aku ialah WAJIB cuba aktiviti kayak ni.. lain macam feel dekat dengan nature.. dan dia tak bahaya macam yang aku risaukan.. kita ada dengan guide.. serius aku akan menyesal kalau tak cuba.. scenery maveles.. aku tengok dekat NZ pun ada offer kayak.. yang tu lagi nangis tu kalau dapat cuba.. aku memang puas hati betul untuk trip ni.. aku lagi enjoy this one dari 4 island.. 7 island tu menang sebab ada pulau yang cantik tu.. 

Untuk kami yang half day, kami kena tunggu group full day lunch.. half day diorang bagi buah je.. aku dah start cuak time ni sebab dah 12 lebih time ni.. aku cuak part check out hotel.. untuk hotel aku, aku memang plan nak late check out.. yang dibenarkan ialah until 2 petang dengan tambahan 200 baht.. risau dah aku kalau dia charge 1 hari.. orang Malaysia yang aku jumpa tu kata kalau dia, dia dah tak buat aktiviti dah hari nak balik.. aku tak risau part airport sebab flight aku lambat lagi.. dan elok pulak delayed ke 6.45 petang.. aku tau time dah dekat krabi.. so tu yang aku tambah yakin.. tapi kalau flight aku still pukul 5, aku akan try juga.. sebab kalau tak bosan kot duduk bilik je.. Aku rasa dekat pukul 1 kami baru gerak untuk ke next stop kayak bagi yang ambil full day..  


next stop untuk kayak full day.. jauh juga dari first point.. jalan boleh tahan mencabar..



nampak ramai local area sini berbanding area aku pergi tadi.. aku serius dah tak senang duduk time ni.. siap on gps nak tengok masa sampai



cuak-cuak pun sempat lagi ambil gambar kan hehe



uuuu ada pasar..

Aku sampai hotel dalam 2.10 gitu.. punyala aku cuak, terus pergi kaunter.. dia pun cakap akan kena cah 200 baht tu.. haa lega aku dia takde extra caj sebab lebih pukul 2.. aku cakap dekat dia nak naik atas kejap dalam 10 minit aku bagi kunci..

memang macam lipas kudung aku siap weh.. bilas lebih kurang je.. terus turun bawah.. ada sikit lagi barang tak pack betul-betul.. aku kemas dekat area bawah.. sempatla sangat sebab airport transfer aku pukul 3 petang.. till then

List of entry:

No comments: