Assalamualaikum..
Ya Allah, bahagia betul rasa bila pilih gambar untuk entry krabi.. simple je rasa alahai.. dulu aku rasa time aku nak update entry krabi macam jenuh je nak pilih gambar.. tapi lepas entry NZ, terus rasa entry krabi ni petik jari je dia punya senang.. patutla Allah selalu push kita to do things more and more.. the more we do, kita dah jadi lebih experience dan rasa senang perkara yang sebelum ni kita rasa susah.. make sense kan..
dari temple cave, sebab kes aku panjat tangga kejap sangat, aku ada banyak masa.. so aku decide nak jalan area town before ambil bas balik.. cuaca time ni panas yang boleh terima la.. ni macam area dataran
aku cuba juga nak tunggu kawasan sini clear, tapi orang tak putus-putus.. so belasah je la gambar ada orang lain pun.. jadila dapat gambar dengan mr crab sini.. mr crab ni lain sikitla dengan yang pekan ao nang punya..
eh langkawi ke.. hehe
ooo helang ni simbolik bandar krabi.. sebagai simbolik knowledge, self-sufficiency, responsibility and consideration for others..
dekat belah tasik sini yang aku nampak ada parachutes time hari aku sampai krabi.. tengah tengahari buta ni takde lagi.. aku syak bila aku guna tripod aku lagi pandai pose la.. hahaha.. kalau dekat NZ tu dah boleh baca dah gaya aku macam mana kan..
ramai jugala orang duk tengok-tengok time aku ambil gambar.. pelik agaknya.. time ni aku dah kental sikit as solo.. awal-awal dulu segan juga nak buka tripod
cantik kan cantik kan angle aku.. tererla yana.. hehe, dah lama tak tengok gambar krabi.. tu yang tetiba kagum dengan diri sendiri.. kena belajar lagila style pose ambil gambar.. tengok Sarah ambil gambar nampak natural je..
dekat sini juga area night market yang aku kempunan tak dapat pergi tu.. eh ke night market ni banyak tempat ek..
aku takde halatuju sangat time ni.. main jalan je.. kedai-kedai area sini pun takde yang menarik sangat..
aku masuk juga kedai ni tapi eco lagi bestla..
geram plak dengan vespa depa.. oh, aku dah pandai dah bawa skuter ayah aku.. tapi jalan dalam je la.. bila aku dah berani bawa g kedai, bolehla nanti travel sewa skuter.. hai mi.. hehe
nampak kedai, aku aim air teh la macam biasa..
20 baht je teh dia.. rasa ok-okla.. still kedai fevret aku ialah yang sebelah masjid aonang tu
ada cimb.. kekdahnya aku tak aktifkan cimb aku.. aku aktifkan maybank dekat sini.. rugi rasa.. kalau tak, takdela feenya tinggi sangat kan..
berdepan dengan cimb ni ada tempat tunggu bas nak balik aonang.. aku rasa aku tanya orang dekat mana nak naik.. time ni belum nak gerak lagi.. so aku nak ambil gambar dekat temple area sini.. penat dah mula-mula.. tapi bila fikir rugila dah datang takde kenangan gambar.. kugagahi juga diri..
aku dah malas nak ngukah.. jadila depan entrance je.. bila fikir balik sekarang rugi pulak tak explore.. wow, tudung na..
ni pun kugagahi juga amik gambar.. guna tiang situ je.. malas sungguh dah time ni
the first one yang naik
iklan wayang depa.. alhamdulillah aku sampai hotel balik around 11 lebih nak ke 12.. sempat jugala rehat.. ingat nak tido sat, tapi tak mau lelap pulak.. till then
Based on pengalaman aku tengok blog orang, aku rasa susah plak nak cari entry sebelum-sebelum.. kena tekan previous post sampaila post hujung sekali.. jadi aku plan setiap entry aku macam nak letak link entry sebelum dan selepas.. kita cuba nanti..
List of entry:
No comments:
Post a Comment