Oct 4, 2019

Wonder in New Zealand: Day 4- Check out from Lake Tekapo Motel & Holiday Park, Church of the God Shepherd and scenic journey to Te Anau

Assalamualaikum,

aku kira entry new zealand ni paling time consuming.. mula-mula upload gambar aku, then gambar kak neen, then check wasap NZ yang orang lain share gambar, then check FB kak neen dan last sekali FB kak siti.. oh tak, last sekali pilih video pula.. aku ambil juga gambar orang lain sebab setiap orang kan ada angle view gambar yang berbeza.. so untuk upload entry NZ ni ialah 2 hari punya kerja paling minimum.. pilih gambar dulu, then bila free baru up cerita.. walaupun leceh, aku puas hati sebab dapat full view cerita pada sudut pandangan aku la.. mungkin aku enjoy juga, so takdelah rasa susah..

Ok, back to NZ.. Lepas siap-siap kemas barang, aku dengan Rahmah keluar untuk ambil gambar dan enjoy view pagi.. kisahnya aku tak tau kena kosongkan bilik pukul 10, sebab plan nak gerak semalam kami setuju untuk gerak dalam 10.30 pagi gitu.. so aku dengan Rahmah rilex-rilex la keluar ambil gambar dulu.. kak siti tengah siap-siap, dia lewat sikit sebab lepas keluar pagi subuh tu dia dah rasa nak demam.. dahsyat kan penangan sejuk dia.. kak siti kata dia nak keluar juga ambil gambar.. aku dengan rahmah dah pelik apsal kak siti tak keluar-keluar.. rupanya dia tolong bawa keluar barang kitorang semua.. lohh, dah rasa bersalah lagi..

rupanya pukul 10 tu kena pulang kunci je dulu.. rumah ada barang lagi takpe.. tapi memang pukul 10 tu rumah kami dah clear la.. mungkin sebab check out dalam keadaan terkejut, kami tertinggal cili boh berharga.. ralat gile la sebab banyak kot.. kak nani ke sape tah cakap punyala banyak cili tu.. macam nak masak untuk kenduri.. bukan rezeki kami gaknya kan.. takpela kan..

so, lets check out view pagi dalam pukul 9 lebih.. lagi cun sebab langit dan tasik dah membiru.. so aku pujuk rahmah cakap ni lagi cantik weh dari sunrise tadi.. hahaha.. sunrise cantik lain, yang ni cantik lain..





sebab matahari belakang kita, muka kita memang tak nampak hape la.. back light diorang kata.. terus belajar istilah photography kan.. aku decide nak pakai dress hari ni.. aku bawa 2 dress, which aku plan untuk pakai time perjalanan.. maksudnya takde aktiviti sangatla.. best juga.. tapi belah dalam memang kena pakai seluar heattech.. kain dalam wajib.. tapi aku bawa kain dalam cotton, so dia selalu melekat dengan seluar heattech aku.. so kalau nak pakai dress/ skirt, sila pakai kain dalam yang licin punya.. lebih selesa aku fikir..


macam lukisan kan.. from yours truly hp je.. kalau tengok gambar kamera kak neen, umangaihh.. cantik betul guna dslr.. dapat yang macam gini pun aku dah happy gile.. kalau yang dslr, tak tau agaknya nak gambarkan happy macam mana.. tu yang rasa teruja lebih bila dapat gambar dari husband kak neen.. macam aku cakap sebelum ni, bolehla ambil feeling jadi che ta..






tak puas tengok weh..


tak habis-habis aku tersasul panggil laut.. muka pucat tak pakai lipstick lagi.. aku ni senang nak nampak bersiap.. pakai lipstik aku dah confident.. part muka aku tak kesah sangat.. kalau tak pakai lipstick orang akan ingat aku sakit.. haha.. pagi tadi aku kena tegur dengan kawan aku, tak sihat ke.. hehehe.. sayang nak pakai lipstik awal sebab minum air dalam kereta.. maklumla sekarangkan pergi kerja dah jauh sikit.. amik feeling mat saleh breakfast dulu sebelum sampai tempat kerja.. gitu..




kitorang macam sediakan space untuk kak siti kan.. sorry kak tak dapat ambil gambar sama




failed sikit nak cari angle duduk




aku syak kalau turun dekat tasik ni lagi best.. tapi aku dah tak sanggup nak redah batu-batuan dekat situ.. rahmah turun.. gambar dia mesti cantik..


baju biru tu kak anne.. semua dah siap-siap nak gerak..


tengah-tengah amik gambar, kak neen ajak posing depan signature yang ada tulis lake tekapo..



najwa dengan gajetnye.. najwa pun sama macam aku.. dah hujung-hujung tu akhirnya dah tak guna.. mungkin sebab dah senang minta tolong orang.. tak pun sebab takde masa juga kot..



kak neen dan abang nuar in action..






behind the scene



time ambil gambar kak neen, abang nuar cakap 'satu je, kodak habis dah'.. hahaha.. diorang memang kaki mengusik each other..



gambar guna iphone najwa tu cantik betul.. terang sesungguhnya.. kalau guna dslr biasa kena pandai cari cahaya.. kalau iphone, iphone yang tolong carikan lighting.. hebatkan.. #roadtonewhp


najwa pakai bluetooth.. aku tengah pandang najwa.. aku syak time ni aku suh najwa kira bila dia nak tekan.. sebab kalau tak kitorang pose sama je hehehe




barula tau nak pose bila kan..


settle gambar dekat signage.. kami soru dulu.. makan roti dengan sardin.. kak nani dah siap-siap masak bekal tengahari.. nasi goreng sardin.. simpan dulu.. bahaya letak sekali, nanti termakan susah nak berhenti.. berhantu nasi goreng kak nani..


nasi impit pun ada lagi..





uuuu cantik shot.. gopro kot ni


ni kamera kak siti.. terus jadi macam country style kan.. terbayang koboi.. hehehe


kak nani macam biasa.. pencinta alam.. aku tak ingat aku ada share ke tak.. kak neen kata kak nani tak tidur langsung dalam kereta.. dia sangat appreciate the view.. bagus kan.. aku cuba juga appreciate, tapi mata tak nak cooperate hahaha.. tu pun aku tido kejap-kejap.. bila rahmah bersuara, terbangun balik.. so nampak macam tak tido.. hahaha co-driver cemerlang kan


Eda dan kak anne.. eda sangat pencinta pink rupanya.. patutla penuh barang pink dia..




gambar pertama dengan banner kak neen..


cara kak nani posing.. hehehe



gambar fevret.. cantik betul.. kalau ada rezeki, nak aim pose gini time datang dengan famili.. insyaAllah



walaupun nampak jari, tetap kena letak sebab ada video geng rumet..


Next stop, kami singgah di Church of the God Shepherd.. bersebelahan je dengan motel kami.. pada aku, tak singgah sini pun takpe.. sebab view lebih kurang je dengan depan motel.. nak singgah pun ok, sebab dah sebelah je kan..



bersusun elok burung tu.. shawl tu kak nani beli dekat itali.. kak nani bagitau time aku pegang bila dia shopping baju sejuk.. aku kan lok lak.. hehehe.. syok kan ada barang kenangan yang boleh kita bawa travel tempat lain.. shawl aku tu pun aku beli time dekat Doha.. tapi failed sikitla sebab made in Bangladesh.. hehehe





masih guna tripod lagi time ni





yang ni gambar tripod juga.. tu angle merapu nampak orang ramai




these 3 photos ni abang nuar tolong amik.. nampak kami struggle.. untung gile aku rasa dapat travel agent gini.. rasa macam famili.. seriusla berbaloi untuk korang yang suka bergambar.. travel alone pun tak terasa alone.. tak sempat nak feeling lonely weh.. hehe




gambar ni fail sikitla.. tak kena plak anglenye.. aku aim nak tutup mamat yang dekat batu tu.. tak berjaya



video area Church of the God Shepherd.. dengar cerita pekan rabu kak siti.. hahahaha.. sampai ke NZ cite pekan rabu.. geng aku semua buat hal sendiri.. rahmah n aku buat video, kak siti video call lucy.. lucy tu kucing kak siti..







aku rasa aku nampak tinggi gile pakai dress.. boleh repeat ni untuk travel tempat lain..



cubaan ambil gambar lompat.. mentang-mentang ada seluar, beranila aku cuba lompat dengan kain..


sukses




syok kan tengok gambar rumah diorang.. kami dah nak gerak balik dah ke te anau time ni..


see see, aku tinggi kan.. mungkin sebab aku duduk belah atas juga.. hehehe.. tak kesah, janji nampak tinggi


kak neen singgah isi minyak.. minyak sini mahal weh.. sekali isi full tank 2-3 ratus kot.. yela, duit ganda 3 kan.. so kalau korang pakai ejen yang tak cover minyak, sila standby duit lebih untuk minyak.. NZ susah juga nak jumpa pam minyak kalau dah start travel.. better isi penuh terus..


gian nak membeli, aku shopping dekat pam minyak haha.. kak siti nak sneakers.. sneakers dia ada 2 dekat dalam.. macam coklat wafle tu..


yang ni tak best.. best lagi brand anchor.. macam duta pisang plak aku rasa bila gambar dengan dress kuning ni haha





view on our journey..



best kan just gini.. feeling korea minum packing gini.. duduk tempat sejuk, vitamin c supply kena cukup korang.. nak elak tak sihat.. aku kalau g tempat sejuk, memang akan cari.. boleh je bawa vitamin c siap-siap.. tak teringat weh.. aku pau rahmah punya.. 


macam biasa, syarat sah perjalanan kami kena berhenti untuk ambil gambar hehe




putih tu kambing tak salah aku..

wow, gambar cover photo.. sape amik ek.. tak macam rupa selfie pun kan.. aku pun tak ingat dah


aku syak aku asik salah tekan je.. asal aku nak tunjuk tempat/ something, mesti video tu terstop.. apooo yana..






ada juga rupanya gambar duduk aku sorang.. jadila kan.. kak neen kata travel this year banyak kereta.. zaman kak neen dulu takde kereta langsung kot.. kitorang ni main lari-lari juga bila nampak kereta.. kitorang jaga 1 side, abang nuar 1 side lagi hehehe.. kelakar jugala struggle time tu




hahaha gigih masing-masing nak bangun.. hahaha aku baru perasan kak siti sorang still maintain posing.. hahahaha comel gile.. bila masa pulak sempat dia bangun dan posing tepi situ.. canggih betul



antara gambar yang aku suka juga.. eh kak nani memang terlindung ek.. ke kak nani dah masuk kereta dah time ni


pokok ni lembik geli-geli.. tak tau pokok hape









tengok balik pun rasa tak jemu.. haihh, alhamdulillah sangat aku rasa..




kenapa ek aku amik gambar ni.. nak tunjuk sungai dia kering kot..


next pit stop adalah fevret aku.. tak zabaaaaa

No comments: