Mar 19, 2020

Japan Solo Exploration: Day 3- From Dotonbori to Kyoto

Assalamualaikum..

Entry dah deraf lama.. aku update sikit based on current situation.. hari ni hari kedua kawalan pergerakan.. moga Malaysian semua patuh dan sahut perintah kerajaan.. itu pun part of islamic value juga.. taat pada pemimpin.. pada aku sangat biadap bila orang kata kita takut virus lebih pada Allah..  kalau dah nak mati sebab virus, memang akan mati juga.. sorryla kalau agak kasar, tapi aku tak leh brain orang macam ni.. haihh.. sebelum cakap fikir dulu.. menjaga kemaslahatan umat itu pun part of islamic teach juga.. aku ok je sebenarnya kalau kebetulan orang tu travel time perintah sekatan anounce, tapi make an effort la tu follow.. kalau tak mampu, kita pun faham.. tapi tak perlu la show off gambar bercuti tu.. haihh.. entahla, mungkin aku tak faham justifikasi dan situasi dia.. tapi from what we see, that how we interprate kan.. mungkin aku pun dah tak daya nak husnuzon.. 

Deraf sebelum ni: Lama pulak aku stop mengarang.. masa tak kena agaknya.. weekend lepas aku full.. hari biasa sekarang makin selesa duduk saje-saje.. tulis blog ni kan usaha pada aku.. suka, tapi takes time and energy kan.. 

ok, lepas light late lunch (amboi), aku teruskan perjalanan nak ke Edion Namba Tourist Centre untuk collect Kansai Thru Pass aku.. yang aku paling cuak dekat Jepun kali ni ialah untuk cari Edion Namba ni.. sebab bila google nampak confusing gile.. aku tak dapat pickup dekat airport sebab sampai dah pukul 10 malam which timing waktu tutup kaunter untuk claim.. so, kalau korang nak beli pass better beli dekat HIS travel terus.. boleh dapat pass, tak payah redeem.. macam aku bagitau sebelum ni, aku last minit decide sebab masih berbelah bahagi nak proceed ke tak trip jepun.. oh ye, just a quick recap.. trip jepun ni aku pergi awal februari.. kes masih belum kritikal dan belum ada warning lagi untuk pergi ke sana.. even nak upload di IG or blog pun aku buat lepas 14 hari aku balik.. ada juga kawan-kawan aku yang tanya sebab nampak aku upload.. so yeah.. 


info tempat dari voucher yang kita dapat untuk redeem..



panorama sepanjang perjalanan.. edion namba tu dekat area sini.. BIC camera tu macam biasa dengar je aku rasa.. maybe tempat gajet murah.. maybe la




alhamdulillah aku lega gile bila jumpa.. nampak sign HIS travel juga dekat situ


tempat claim.. lepas claim tu aku sempat duduk area luar kejap.. call urusan office kejap then proceed.. lepas ni bermula saat terseksa perjalanan aku.. next plan aku ialah nak ke dotonbori cruise.. tapi gps aku ni gile betul.. haha.. nampak kan bila mengenang kembali pun rasa nak marah.. punyala pusing ke sana ke sini dia bawa aku.. patutla asri kata aku ni cepat hangin.. nak kena tukar nama jadi sabariah juga ni.. dulu-dulu kalau iman asik tak sabar, kitorang panggil dia sabariah.. abang pulak jadi sabarudin.. haha

aku syak dotonbori ni dekat je dekat edion namba ni.. sebab time aku google pun tak jauh.. tapi entahla.. kekadang google map ni suka hang.. internet rasanya dah ok dah.. kak kema pun kata time dia guna google map dulu pun gitu juga.. pernah lost signal


2 3x kali lintas dekat jalan besar sini.. kejap dia suh kanan, lepas tu kiri.. amarah betul aku time tu


dalam amarah, gambar masih tidak dilupakan haha



see see ada lagi gambar jalan ni.. entah berapa kali pusing tah ni


sempat nampak perarakan dengan kereta gini.. aku pun tak tahu kereta apa dan sempena apa..


banyak kali juga aku duduk di tepi-tepi jalan gini.. alhamdulillah lepas 20 minit gitu aku dah nampak arah nak ke dotonbori.. gps dah behave balik.. tapi kaki aku dah tak mampu behave


terus cari kasut sneakers.. ni kedai dari china.. so harga murah la juga.. tapi kalau beli shopee boleh dapat lagi murahla.. hehe.. tapi sempat pulak nak beli shopee dekat sini.. kalau convert dalam 90 ringgit.. murahla untuk kasut beli di jepun..


setelah berkali-kali sesat.. few things in the video, ada game ball yang aku beli untuk kakak abang.. nanti entry airport ada gambar.  ada ambulans lalu.. then nampak dah signage crab unik signature dotonbori..


nampak a hint of glico man.. betul ke ek eje hint dalam ayat ni.. ke hind ek.. 


lega gile bila nampak pemandangan ni.. dah confident betul..



hai awak.. mula-mula aku malas gile nak ambil gambar dekat sini.. cukupla ambil gambar dengan mata je.. haha.. punyala tak larat dah.. 


tapi sebab masih rasional, ambil la juga.. hp aku pun memang dah low bateri time ni.. kalau tengok betul-betul mata aku, dah start merah dah.. aku kalau penat mata dulu yang akan nampak.. by the end aku sampai kyoto lagi merah gile mata haha.. risau je aku kot orang ingat sakit ke apa dia ni


aku memang tak explore apa-apa kedai makan pun area sini whcih satu kerugian la kan.. penat telah membatalkan segala nafsu makan aku haha.. hai ayah sarang.. mungkin satu masa nanti.. entahla, aku ni kalau travel kurang minat part explore makan.. dapat rasa sekali pun dah cukup.. 


cruise yang aku naik.. tombori river cruise


gelap pulak gambarnya.. antara cruise yang ada dekat kawasan sini.. pirate of osaka, tombori river JAZZ boat dan Tombori River cruise.. yang JAZZ tu ada timing.. yang cepat boleh naik tombori river cruise.. so aku bedal je.. plus tu kaunter redeem yang aku jumpa.. remember, aku dah tahap hape punya penat dah


aku antara yang awal naik.. rasa Allah jawab rintihan kepenatan aku.. terus Allah bagi duduk rehat dalam 45 minit.. alhamdulillah.. 


guide comel tolong ambilkan gambar..


timing comel tolong ambilkan gambar.. hehe


ferris wheel dekat sini tak salah aku boleh guna osaka amazing pass juga.. aku tanya orang sebelah aku, dia dah beli tak biskut kapal.. sebab agenda aku ke dotonbori ni juga ialah untuk cari biskut kapal dan souvenir.. area kyoto macam tak berapa banyak setakat pembacaan aku la.. kebetulan orang malaysia.. depa kata sini ada jual.. ok, beli terus nanti.. sebut nak survey pun memang menimbulkan amarah time ni


tourist guide yang super friendly


mostly memang dia cakap japanese.. angguk beria macam faham


cruise lalu depan glico man.. sempatla selfiee.. kalau tak sempat pun jangan risau.. nanti memang cruise akan berhenti depan sini


the video.. exited dia duk cite pasal hiasan deco spoon dekat jejantas.. 


siap ada persembahan.. teringat AKB48.. aku kenal sakura je



sepatutnya dekat sini, guide ni ada controller.. boleh tukar-tukar lampunya.. tapi boleh pulak tak jadi time kitorang naik


bila dah berjaya dia control.. aku syak dia boleh control lampu dengan lagu kot..



see see dah gelap



guide panik dah time ni


guide offer untuk ambil gambar.. jadila kan ada kenangan.. dekat jepun aku rasa gambar baju samurai dengan kimono je aku buka mask.. lain aku pakai je.. korang still cam kan ni aku.. hehe



ni la spoon yang guide tu duk sebut spoon spoonn dalam video sebelum ni


Settle naik cruise, aku terus masuk kedai tadi.. tengok harga biskut kapal tu dalam 79 yen per box.. on dah pada aku.. dalam group RTJ ada yang bagitau kedai jual 69 yen.. aku malas nak pergi dah.. dekat sinila tambah kesengsaraan yang baru.. haha.. aku p borong banyak gile.. sebab aku memang dah aim nak bagi souvenir office.. plus nak beli stok untuk rumah juga.. aku beli 100 box biskut kapal tu.. yang warna biru.. tambah sikit-sikit lagi coklat lain.. tshirt pun aku beli dekat sini.. lepas dah beli, aku masukkan dalam beg besar yang aku beli dekat kedai 100 yen.. berat gile wehhhhhh... ya Allah, tak leh nak gambarkan perasaan aku time ni.. dari dotonbori ni aku nak kena balik hostel aku.. aku aim pukul 7 malam kena gerak ke kyoto dah.. 

Next challenge ialah nak cari station balik.. aku memang ambil je train terdekat.. malas dah nak cari train yang betul.. aku lalu belah deret kedai-kedai.. takde plak gambar sebab memang penat aku tahap takleh brain untuk ambil gambar.. alhamdulillah shin imamiya dekat je dengan Namba.. 2 station dah sampai.. alhamdulillah dekat pukul 8 malam aku sampai hostel.. time aku heret beg coklat tu, aku punya penat tu ialah tahap berharap janganla aku pengsan.. berdoa sangat aku tak susahkan family aku.. memang jantung laju gile.. nafas pun dah pendek-pendek.. so tips kalau korang nak borong barang dekat sini, bawala beg tarik.. memang ramai pun aku nampak orang bawa.. aku kan travel dari pagi.. so memang tak terfikir pun nak bawa beg siap-siap.. aku pulak memang bawa 1 je beg tarik.. penuh dah yang tu.. tips lain kalau korang nak shopping, jalan dulu.. then balik hotel amik beg baru pergi ke tempat shopping.. kalau korang shopping banyak la.. 

ok, bab sampai hostel settle.. now new challenge ialah nak angkut semua beg aku ke kyoto.. memang gile punya decision la aku rasa.. ikut google map, 1.5 jam sampai.. aku dekat 3 jam weh.. 3 jam.. gile betul.. sorryla banyak gile dalam cerita kali ni.. challenge pertama ialah macam mana nak tolak dan angkat 3 beg.. kalau campur bag pack total semua ialah 4.. 2nd challenge, STAIRSSSSS... gile betul bila fikir balik.. dekat shin imamiya, ada je lif.. tapi aku blur sebab lif ni tak sampai dekat exit yang aku nak pergi.. so aku p angkut naik tangga.. memang mendatangkan amarah juga.. haha.. dekat sini aku rehat lama juga.. and then nak ke kyoto, tukar beberapa kali train.. 3rd challenge, aku salah platform train berkali-berkali.. but alhamdulillah time ni aku dah pandai cari lif.. lif di station train biasanya jauh dan paling hujung.. bila salah tu, memang rasa nak cakap yang bukan-bukan la (read: menyumpah).. hehe.. ada sekali tu, aku baru angkat beg turun tangga.. alhamdulillah ada adik sekolah ni tolong.. aku suruh dia gerak dulu lepas dah sampai bawah beg aku.. nak cari nafas.. lepas dah lega, aku tanya petugas situ.. dia kata aku salah platform.. nak nangis rasa fikir nak ngangkut balik tu.. tapi Allah tu baik.. petugas tu kata lif hujung sana.. sikit lagi aku hampir nak peluk pakcik tu hahaha.. tapi masih rasional la part tu.. part peluk tu nak menggambarkan happy

untuk ke kyoto ni, aku ikut je maps.. dan dalam map cakap reserved seat.. patutnya kena beli tiket lain.. tapi aku blur dan tak tahu.. so, aku naik je train.. sekali dalam train, tengok eksklusif lain macam.. adakah aku salah lagi ni.. google la dalam train.. memang kena beli tiket lain.. aduiii, aku fikir takpela kalau kena denda pun.. tak larat dah ni.. perjalanan train last aku naik ni dalam 30-40 minit.. bila ada seat kosong pun aku tak berani nak duduk.. takut tu tempat orang haha.. tah pape

sorryla korang gambar takde.. tapi moment ni berharga untuk aku.. aku kena cerita.. so, bila dah sampai new challenge ialah nak cari inn yang aku book.. tengok maps dia kata exit sekian nombor.. aku nampak nombor tu dari tangga.. tapi bila naik ikut lif, nombor exit tu dah takde.. aku tanya petugas, dia pun tak tahu nama hotel tu.. so aku belasah je keluar mana-mana exit.. dah keluar tu, reset balik GPS.. dan alhamdullah gps kesian dekat aku.. dari stesen aku turun ni dalam 700m nak ke hostel.. banyak kali juga aku berhenti ambil nafas.. pukul 10 lebih dah time ni


dah boleh ambil gambar dah.. bila sampai kyoto, dah lega dah.. tu kasut baru aku..


sign dekat platform.. to avoid bunuh diri kan maksudnya..


alhamdulillah dalam 11.15 malam aku sampai.. bersalah gile dekat owner hotel ni.. hotel ni agak ke dalam sikit.. aku sesat juga memula.. cuak betul sebab dah malam.. hai mi.. hehe.. bilik aku belah atas.. tangga dia gile mencuram weh.. nanti aku share later.. tapi bila tengok bilik gini, terubat rasa.. 


luggage yang aku usung untuk 3 jam.. beg tarik tu ialah yang jenis sederhana.. gile yana.. memang keje gile


yang ni pintu memisahkan dengan bilik sebelah


pengajaran dia dekat sini ialah usahla berpindah-pindah time travel kalau barang korang tahap banyak macam aku.. kalau barang tak banyak pun aku rasa penat juga weh sebab kita seharian dah jalan.. then nak kena travel lagi 2 3 jam.. aku tak simpan barang dekat mana-mana locker sebab aku tak pasti route balik macam mana.. plus, barang aku tu kena repackaging balik.. pengalaman la.. aku tukar penginapan sebab nak rasa rumah tatami gini.. which at the end aku rasa berbaloi la.. kalau kena ulang, mungkin aku ke kyoto dulu, then lepas round baru ke osaka.. barang pun masih behave.. haihh.. itula aku rasa detik paling penat aku pernah alami dalam hidup.. till then

No comments: